CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2169|Reply: 4

Kantoi Bawa Mercun Dalam Lori 'Misi Bantuan Mangsa Banjir'

[Copy link]
Post time 4-2-2021 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Taktik dua lelaki membawa masuk mercun bernilai RM360,000 ke Melaka menggunakan sebuah lori dengan pelekat “Misi Bantuan Mangsa Banjir” akhirnya tumpas apabila dicekup bersama enam individu lain, kelmarin.



Kedua-dua suspek masing-masing berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Limau di sebuah premis di Jalan Tampin – Alor, kira-kira pukul 6 pagi. Turut ditahan dalam serbuan itu adalah isteri kepada salah seorang suspek berusia 29 tahun.








Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, ketiga-tiga suspek itu merupakan hasil tangkapan susulan serbuan pertama yang dilakukan di sekitar Melaka Tengah, pada Isnin lalu.

“Pihak polis telah melakukan empat serbuan berasingan di sekitar Melaka Tengah dan berjaya memberkas lima lelaki tempatan berusia berusia 25 hingga 29 tahun selepas menemukan pelbagai jenis mercun bernilai RM150,000.

“Susulan tangkapan itu, kita membuat serbuan kedua di sebuah premis di Alor Gajah dan pemeriksaan ke atas muatan sebuah lori dengan pelekat “Misi Bantuan Mangsa Banjir” telah menjumpai mercun bernilai RM360,000.

“Justeru, dua lelaki berbangsa tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


Jelasnya, pihak polis percaya kedua-dua suspek tersebut telah mengaburi kegiatan mereka dengan menggunakan pelekat misi bantuan banjir yang ditampal pada lori untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

“Kita dapati terdapat juga mercun jenis bola dibungkus di dalam guni beras bagi mengaburi pihak berkuasa ketika mereka melalui SJR di negeri ini, malah kumpulan ini juga telah membuat surat kebenaran perjalanan palsu.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam Ops Limau ini adalah RM510,000 dan pihak polis percaya premis di Alor Gajah itu dijadikan gudang untuk menyimpan bekalan mercun sempena Tahun Baru Cina ini,” katanya.


Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, bekalan mercun tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan kegiatan pengedaran dibuat menggunakan katalog yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp.


Tambahnya, semakan lanjut turut mendapati, dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah.


Katanya, kesemua lapan suspek kini direman selama empat hari sehingga 6 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.




Sumber: K!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 10:16 PM | Show all posts
Nak bawa mercun untuk sambutan apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala jap lagi kena rasuah akan lepas la kontena itu. Masih teringat kisah pak cik aku yg pencen polis cerita. Time tu malam raya cina kata beliau. Dah elok pergi nak stop main mercun kena rasuah pula, tapi beliau tak ambil. Yang ambik tu yg pangkat besar sebab yang pangkat kecik ni takut ke dalam. Betapa bodohnya yg pangkat besar tu tak tahu tauke ni nanti akan report dia ke sprm.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini nama ya ambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik polis check lori tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 7297 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046140 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list