Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pendengar setia segmen Suria Cinta yang dikendalikan DJ Lin mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat bersiaran seperti biasa.
Terdahulu pada entri yang dimuat naiknya beberapa hari lalu, penyandang trofi Penyampai Radio Popular dua kali berturut-turut Anugerah Bintang Popular ke-32 dan 33 itu memaklumkan sudah mengambil ubat-ubatan seperti disarankan, namun masih belum berkesan.
DJ Lin turut berterima kasih kepada semua pendengar Suria Cinta yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya serta meninggalkan mesej peribadi bertanyakan tahap kesihatannya selain berkongsi tip mengatasi masalah alahan pada kulit.
DJ Lin mengendalikan segmen Suria Cinta sejak 2006 yang bersiaran dan menemui pendengar setiap hari Ahad hingga Jumaat dari pukul 8 malam hingga 1 pagi.
Sumber:
K! ONLINE