View: 5189|Reply: 51
|
[Tempatan]
Di Bukit Mertajam: Wanita pandu kereta lawan arus, rempuh tiga kenderaan
[Copy link]
|
|
Wanita pandu kereta lawan arus, rempuh tiga kenderaan
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpuh-tiga-kenderaan
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2021 @ 8:10 AM
Nur Izzati Mohamad
[email protected]
ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu. FOTO ihsan Pembaca
Bukit Mertajam: Tindakan wanita memandu kereta secara melawan arus mengakibatkan kenderaan itu merempuh dua kereta dan sebuah motosikal di susur ke Jalan Perusahaan Perai, di sini, semalam.
Dalam kejadian 6.20 petang itu, semua mangsa iaitu tiga pemandu kereta termasuk wanita itu,
dan seorang penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat cedera.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.30 petang.
"Ketika tiba di lokasi, semua mangsa dilaporkan berada di hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Melalui siasatan, kemalangan dipercayai berlaku ekoran daripada tindakan seorang wanita berusia 31 tahun yang memandu secara melawan arus.
"Akibatnya, dia melanggar dua kereta yang dipandu lelaki berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal lelaki berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemalangan itu di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jumaat lalu, media melaporkan kejadian seorang lelaki yang dirakam menunggang motosikal disyaki curi secara melawan arus di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).
Dua minggu sebelum itu, terdapat kejadian sebuah kereta melawan arus kerana cuba mengelak melalui sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Kilometer 2.5 Lebuhraya Lingkaran Luar (LLB) dekat Perai.
Ini menjadikan tiga insiden kenderaan melawan arus dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh tidak sampai satu bulan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku rcadangkan semua highway kat Malaysia ni tukar jadi 2 hala. Jgn asing2 macam sekarang. Ini semua salah jalanraya yg menyebabkan org confuse. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana bleh lawan arus
Lesen terbang?
Jln mengelirukan? |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 15-2-2021 01:02 AM
Mcmana bleh lawan arus
Lesen terbang?
Jln mengelirukan?
Terlelas exit kot, pusing nak ke exit tu balik.. Biasa motor selalu buat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau smpai lawan arus.tk reti nk lalu mana . batalkan aja lesen memandu tu.suh dia naik basikal aja |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu diri sendiri lawan arus..stop la kat tepi jln...bg lampu hazard tu...jgn drive lagi dan call polis. Umur 31 pun bodo. |
|
|
|
|
|
|
|
Serius xpaham kenapa nak bahayakan nyawa sdr & org lain
Kalau dah silap tu, xpayah la lwn arus
Cari nx exit je |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun takut nak drive cny ni, takot babi Gila mabok mcm ni laaa.... jln nmpk x da keta tp gila2 ni bkn jeni's yg putih ja, yg kicap pun ada
Kt hiway borr tu... Eh takod |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan sampai next exit je lah.
Bila terlalu selfish menyusahkan orang lain jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bila cam ni takde pulak lori trela besar lalu kasi langgar penyek mampus driver bodoh ni ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
X ada ke gmbr n detail pemandu ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ban lesen seumur hidup & masuk penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 15-2-2021 10:14 AM
X ada ke gmbr n detail pemandu ni..
Kalau lahhhhh arwah ayam ada lagi..mesti acik forum dah dapat detail,sampai makpak driver sekali.
Arwah baik orangya... |
|
|
|
|
|
|
|
X apa. Nanti blh tunjuk kad oku blh lps. Jgn risau.
Ini malaysia bkn amerika. Dkt msia semua blh, janji fulus. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik ayam dh kena rendang kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah, declare OKU lembam je nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 15-2-2021 10:22 AM
Kalau lahhhhh arwah ayam ada lagi..mesti acik forum dah dapat detail,sampai makpak driver sekali.
...
Baru teringat mana ayam ph
Apa dah mampus tercekik tulang ayam ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|