"Aku mengambil keputusan untuk menyaman Ellie Suriaty atas kenyataan ini.
Bukan aku yang memohon untuk dana ini tetapi penerbit filem Mencari Rahmat”
Demikian kenyataan pengarah filem, Al Jafree Md Yusop yang nekad mahu menyaman pelakon Ellie Suriati Omar jika pelakon itu tidak tampil untuk memohon maaf selepas membuat dakwaan tidak berasas padanya.
Al Jafree berkongsi screenshot perbualan Ellie yang mendakwanya ada memohon dana AMP (Advertisement Marketing and Promotional) untuk memasarkan filem Mencari Rahmat.
Kredit foto: Twitter Al Hafree
Komen itu turut disertakan dengan imej keratan akhbar memetik kenyataan Al Jafree mengkritik Finas kerana memberi tumpuan pada lesen dan dana secara berlebihan berbanding perkara lain.
“Dia kononnya 'menganjing' saya sebab banyak kritik Finas sebelum ni. Kononnya saya mohon dana tapi mengecam Finas pada masa sama.
“Jika tiada permohonan maaf, saya teruskan saman,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Kredit foto: Twitter Al Jafree
Penerbit Mencari Rahmat, Mohd Noor Kassim secara sinis turut mengiyakan kenyataan Al Jafree sambil membahasakan dirinya "akak" melalui hantaran di Facebook.
Kredit foto: Facebook Mohd Noor Kassim
Sementara itu, Ellie menyatakan dia bersedia untuk disaman dan tetap enggan memohon maaf kepada Al Jafree.
Kredit foto: NST
“Dia buat kelakar ke apa? Jika nak saman, silakan. Tapi kenapa dia perlu sentap?” kata Ellie seperti dilaporkan Malaysiakini.
Untuk info, Ellie Suriati merupakan pengarah dan penulis skirp untuk filem Penanggal yang diterbitkan pada 2013. Malah sebelum ini, Ellie pernah berdepan kontroversi apabila terbabit dengan kempen menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga berdepan kecaman masyarakat dan rakan artis. |