CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1423|Reply: 2

[Politik] PAS ajak kumpulan Islam bersama PN

[Copy link]
Post time 2-4-2021 01:23 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: PAS menegaskan pendiriannya menolak untuk menyertai agenda politik yang bertujuan menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, berbanding melindungi negara dan rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut menegaskan PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN), iaitu berjuang bagi membela semua golongan dengan asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.

Selain itu, katanya, PAS juga menolak sebarang permuafakatan yang tidak membawa kepada penyatuan, selain enggan bekerjasama dengan kumpulan yang mencabar agama dan bangsa.

Justeru, Abdul Hadi mengajak semua kumpulan Islam bergerak dengan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Katanya, ia adalah tawaran baharu daripada PAS yang disifatkan 'berintegriti dan berkebajikan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan' serta meraikan masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa.

"PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, PN bersama-sama dengan BERSATU yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti, selain bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

"PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat MN yang asal.

"PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

"PAS juga menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan itu dua hari selepas PAS dan BERSATU memaklumkan menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU-15, terutama membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.






Sumber : Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni siapa??? Rasa dia je betul.

Sampai Kena cap parti pelacur...nak ajak org lain jadi pelacur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.253069 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list