SUNGGUH, kelana selama lebih dua dekad di persada muzik tanah air telah meletakkan nama Liza Hanim dalam liga tersendiri.
Biarpun adakalanya berasa seakan-akan tidak percaya dengan pencapaian yang dilalui sejak menumpahkan cinta terhadap nyanyian seawal usia 17 tahun, siapa boleh menyangkal bahawa wanita itu pernah berdiri seiring dengan penyanyi hebat negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Berkat usaha berterusan tanpa mengenal jemu dan putus asa selain mengamalkan resmi menjadi diri sendiri, pegangan sebegitulah yang membuatkan pemilik nama penuh Haliza Hanim Abd. Halim kekal relevan di mata peminat.
“Jujurnya, kadang-kadang saya rasa tak percaya boleh sampai ke tahap ini.
“Dua dekad berlalu begitu saja. Rasa macam semalam baru mula menyanyi.
ANAK didik komposer terkenal, Adnan Abu Hassan ini bersyukur kerana bakat dan hasil kerjanya masih diterima hingga ke hari ini.
“Kini saya sudah berusia 42 tahun dan begitu pantas masa berlalu,” ungkap Liza tatkala memulakan perbualan bersama HibGlam.
Tambah anak kelahiran Klang, Selangor itu, walaupun terpaksa berdepan dengan pandemik maut Covid-19 ketika ini, rezekinya masih murah walaupun terpaksa akur tidak selebat dahulu.
“Bab pendapatan memang tak dinafikan terjejas. Bukan sikit tetapi banyak. Tetapi itulah pentingnya amalan menyimpan ketika usia muda.
“Jadi dengan duit simpanan itu jugalah saya gunakan untuk membayar apa-apa yang patut. Sedikit sebanyak dapatlah membantu suami,” katanya.
Post time 21-6-2021 11:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat lagi masa kecik, bila ada iklan pasal album dia, terus family bising kata, Siti wannabe, peniru Siti dsb…
Tapi tula, rezeki masing2.. but Aku suka suara dia! Kalau lagu balada, rasa suara dia mcm ada emosi + weight sikit.. Tapi tu aku la… Paling suka waktu dia nyanyi kat AJL yang andainya aku bersuara..
Post time 21-6-2021 11:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols selalu pasang lagu liza kat spotify, repeat persembahan dia kat ajl, abpbh and other award show. Penyanyi dulu walau umur baru belasan suara matang and sedap gila. Compare zaman skrg… kelaut. Patutnya dia dah bole setanding siti.. takde rezki. But she in her own league. Legend.
Menyambung perbualan, Liza yang mula dikenali selepas memenangi tempat kedua menerusi pertandingan Golden Teen Search pada 1996 turut menyatakan kerinduan dalam dunia lakonan.
Beritahunya, dia memang rindukan dunia lakonan dan tawaran tersebut masih diterimanya hingga ke hari ini.
“Tawaran lakonan masih diterima sampai sekarang. Cuma kerana masa yang tidak sesuai jadi saya terpaksa tolak dengan cara baik.
“Lagi pun lakonan memerlukan komitmen dan masa yang betul-betul ketat. Jadi, untuk seorang ibu anak lima dan ada anak kecil berusia dua tahun mungkin lakonan sudah tidak sesuai.
“Bukannya saya langsung tidak mahu berlakon, keinginan dan kerinduan itu masih ada. Mana tahu ada peluang, watak bersesuaian dan kelapangan, pasti saya akan kembali ke set,” ujarnya.
BERDEPAN dengan pandemik Covid-19 ketika ini, tiada apa yang boleh dilakukan Liza selain hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga tercinta.
Impian
Ditebak mengenai adakah seorang Liza Hanim sudah cukup puas bergelar anak seni, dia pantas mengakui belum mencapai kepuasan sebenar.
“Bercakap mengenai kepuasan, jujurnya saya belum puas selagi belum ada peluang untuk mengadakan konsert sendiri.
“Saya percaya itu adalah impian semua yang bergelar penyanyi, selain ada barisan single, album mini dan album penuh,” ujarnya.
Entah bila bakal jadi kenyataan, Liza tetap mengimpikan, sekurang-kurangnya dia hadir dengan sebuah konsert solo. Bukan hanya untuk diri sendiri, bahkan sebagai penghargaan buat peminat yang sekian lama menyokong karier seninya.
Post time 21-6-2021 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mrsbale replied at 21-6-2021 12:47 PM
Ni betul sgt. Cuols sebut compare dgn penyanyi top sekrg terus tringat performance yg ni.
Zmn s ...
1. Kenapa la Siti kawin awal.
2. Kenapa la kawin awal dengan laki orang.
3. Tengok sekarang dah gemuk.
4. Suara pun dah tak sesedap dulu.
5. Lagu pun kurang menyengat.
6. Dah la fesyen bertudung serba tak kena.
Post time 21-6-2021 01:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 21-6-2021 12:57 PM
1. Kenapa la Siti kawin awal.
2. Kenapa la kawin awal dengan laki orang.
3. Tengok sekarang dah ...
Stuju kaka. Dulu suka sheols sbb dia ada this aura yg buat rasa best sgt nk tgk dia nyanyi live. Baju dia, vocal dia, showmanship dia.
Pas kawen, hauk abis.
Liza hanim b4 kawen dulu i rasa dia ada this air yg mcm snobby skit. Pas dia kawen baru meols blh layan lagu2 sheols.