CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5133|Reply: 31

[INFO PENTING] Apa Itu INSULIN?

[Copy link]
Post time 2-7-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 2-7-2021 05:12 PM

Salam and good day everyone.

Like it or not i think some of us maybe masih have it in mind taking insulin sesuatu yg sukar dan it shows how bad is ur life...even saya pun since ibu saya melalui fasa ini...and oh rupanya saya salah. So sy share info probably manfaat utk semua.

Apa itu insulin?

Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan di organ pankreas anda.

Insulin membolehkan tubuh badan anda untuk menggunakan glukosa bagi menghasilkan tenaga.

Glukosa pula adalah sejenis gula yang terdapat dalam banyak sumber karbohidrat.

Sekiranya anda bukanlah seorang yang menghidap diabetes, insulin akan berperanan dalam perkara seperti berikut:

#1. Mengawal paras gula dalam darah
Selepas anda makan, karbohidrat akan ditukarkan menjadi glukosa.

Glukosa ini kemudiannya akan memasuki aliran darah.

Pankreas bertindak balas dengan menghasilkan insulin yang membolehkan glukosa memasuki sel-sel badan untuk membekalkan tenaga.

#2. Menyimpan lebihan glukosa sebagai sumber tenaga

Selepas anda makan, ketika kadar insulin masih tinggi, glukosa yang berlebihan akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glikogen.

Di antara waktu makan, ketika tahap insulin berada pada paras yang rendah, hati akan melepaskan glikogen ke dalam aliran darah dalam bentuk glukosa.

Ini akan membantu mengekalkan tahap gula dalam darah anda.

Glukosa ini kemudiannya akan memasuki aliran darah.

Pankreas bertindak balas dengan menghasilkan insulin yang membolehkan glukosa memasuki sel-sel badan untuk membekalkan tenaga

Namun, sekiranya anda menghidap diabetes, paras glukosa anda akan terus meningkat setelah anda makan.

Ini kerana tubuh badan anda tidak mempunyai insulin yang cukup untuk memindahkan glukosa ke dalam sel badan anda.

Diabetes jenis apakah yang memerlukan insulin?

Secara umumnya, kesemua jenis diabetes iaitu diabetes jenis 1, jenis 2 dan juga diabetes gestasi memerlukan suntikan insulin sekiranya diperlukan.

Ini kerana ada pesakit diabetes yang mungkin tidak lagi berkemampuan untuk menghasilkan insulin dalam tubuh.

Oleh itu, insulin digunakan sebagai salah satu cara mengatasi diabetes.

Suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes jenis 1
Bagi pesakit atau penghidap diabetes jenis 1, tubuh mereka sememangnya tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula darah.

Tanpa kehadiran insulin, banyak sel tubuh tidak dapat menyerap glukosa daripada darah sebagai sumber tenaga.

Disebabkan hal ini, tubuh akan menggunakan sumber tenaga yang lain.

Keton akan dihasilkan oleh hati sebagai sumber tenaga alternatif untuk tubuh.

Namun, kadar keton yang tinggi boleh menyebabkan keadaan berbahaya yang disebut sebagai ketoasidosis.

Penghidap diabetes jenis 1 perlu menyuntik insulin untuk mengimbangi kekurangan insulin dalam tubuh badan mereka.

Suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes jenis 2 -Diabetes jenis 2 berlaku apabila tubuh badan tidak bertindak balas dengan berkesan terhadap insulin. Ini disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance).

Apabila hal ini berlaku, tubuh badan kurang berkemampuan untuk menyerap glukosa daripada darah.

Pada peringkat awal diabetes jenis 2, tubuh bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak insulin daripada kadar yang diperlukan.

Sekiranya diabetes jenis 2 berkembang selama beberapa tahun, pankreas akan bekerja dengan lebih keras untuk menghasilkan insulin disebabkan permintaan yang tinggi oleh tubuh.

Ini boleh menyebabkan pankreas kehilangan sel penghasil insulin yang dikenali sebagai sel beta pankreas.

Individu yang menghidap diabetes jenis 2 juga mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal kadar gula darah mereka.

Kesimpulan
Ada pesakit diabetes yang mungkin sudah tidak berkemampuan untuk menghasilkan insulinnya sendiri disebabkan kesan diabetes yang dialami.

Oleh itu, mereka memerlukan suntikan insulin sebagai cara mengatasi diabetes yang dialami oleh mereka.



Sumber : Hellodoctor

@ipes2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr ipes, how come some people kuat ambil gula tambahan (sugary processed foods etc) secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang (likely decades) tapi still tak menghidap diabetes?  Tak menghidap diabetes di sini meaning tiap kali buat medical checkup blood glucose level all these years always within normal range (both fasting and non fasting).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 2-7-2021 04:04 PM
Dr ipes, how come some people kuat ambil gula tambahan (sugary processed foods etc) secara berlebiha ...

soalan yg bagus.. kita tunggu apa doc @ipes2 jawab
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tq mod adila, jadi senang nak faham baca article atas ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 2-7-2021 09:59 PM
tq mod adila, jadi senang nak faham baca article atas ni

sama sama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 2-7-2021 04:04 PM
Dr ipes, how come some people kuat ambil gula tambahan (sugary processed foods etc) secara berlebiha ...

Bagus soalan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 2-7-2021 05:12 PM
soalan yg bagus.. kita tunggu apa doc @ipes2 jawab

Ni kes main lanu tanya tanpa betul2 tengok siapa post

Actually mod dila pun boleh tolong jawab. Macam mana entah mata kero nampak mod ipes yang posted artikel

Sorry mod dila
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 12:21 AM | Show all posts
Just sharing Terapi Insulin. Cara menyuntik insulin dan cara penyimpanannya.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2021 01:18 AM | Show all posts
Edited by adila39 at 3-7-2021 01:34 AM
mclaren replied at 3-7-2021 12:00 AM
Ni kes main lanu tanya tanpa betul2 tengok siapa post

Actually mod dila pun boleh tolong jaw ...

Its ok Mac,

A good point yang you tanya tu, however  I nak jawab in point of view as a doctor tak boleh and tak mampu.. becoz im not a doctor..but jika jawab as someone yg membaca maybe boleh.   Usually yang ada kencing manis ni disebabkan kegagalan system badan kita nak kekalkan kandungan gula in a normal level. ..so gula akan tinggi dari yang normal yang kita panggil hyperglycemia.

Sebenarnya ramai je yang takde apa apa symptom sbb tu medical check up setahun sekali tu perlu. And tak semestinya kita kena kencing manis disebabkan pengambilan gula semata mata

Diebetis type 1 – apabila cells cells pancreas rosak tidakdapat menghasilkan insulin , so this isnt just on how much sugar a person eats.

Diebetis type 2 - inherited , body can respond to insulin normally tapi disebabkan genes. So tak banyak apa yg i boleh jawab ialah..maybe kita tak nampak pun dia ada diebetic but who knows tahap kesihatan depa ni, boleh kena cardiac issues dan mcm mcm lagi. I bukak topik ni sbb i sendiri need to understand better since my mum juga lalu fasa ini, ada cardiac issues and diebetic so i need to know clearly what is insulin.
I hope i dapat membantu u, nanti kita tunggu our dearly doc @ipes2 untuk clarify further.   

Oh ya, then usually sebelum kita buat medical check up

  
Pemeriksaan Gula darah secara rawak
Ujian ini mengukur kandungan gula di dalam darah secara rawak. Ini bermaksud darah boleh diambil bila-bila masa dan pengaruh oleh makanan tidak diambil kira. Julat yang normal untuk gula darah rawak adalah 7.8 mmol/L – 11.1 mmol/L. Keputusan ujian gula darah rawak biasanya tidak digunakan sebagai ujian diagnostik untuk penyakit diabetes mellitus
FBS (Gula darah berpuasa)
Pengambilan darah untuk ujian ini dilakukan selepas 8-12 jam berpuasa ataupun semalamam berpuasa. Pengambilan air kosong adalah dibenarkan semasa tempoh berpuasa ini. Paras gula darah akan meningkat semasa tempoh berpuasa. Tetapi, untuk individu yang sihat, paras ini akan diseimbangkan balik ke tahap normal oleh hormon insulin. Pesakit diabetes mellitus pula akan mempunyai masalah pengimbangan balik tahap gula mengakibatkan paras gula darah kekal tinggi.
Tahap gula darah berpuasa di atas 7.0 mmol/L merupakan kriteria yang diterima untuk disahkan menghidap penyakit diabetes mellitus. Jika seseorang mempunyai simptom mengidap penyakit diabetes mellitus , kejadian sekali untuk FBS yang melebehi 7.0 mmol/L boleh dianggap cukup untuk diagnosa penyakit. Sekiranya pesakit itu tanpa sebarang simptom, kejadian dua kali diperlukan untuk doktor mengesahkan penyakit kencing manis.

Above ni some info untuk jenis ujian yang biasa dilakukan.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2021 01:20 AM | Show all posts
keypochino replied at 3-7-2021 12:21 AM
Just sharing Terapi Insulin. Cara menyuntik insulin dan cara penyimpanannya.

Awesome!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you mod dila

Kadang tu hairan juga macam mana ada orang kuat makan gula tapi medical checkup dia always all good.

Also maybe worth noting kot?..., orang yang dalam soalan saya tu jenis aktif.  Adakah itu contributing kepada sebab dia bertahun2 ambil gula berlebihan tapi takde diabetes? Lagi satu, keturunan diabetes pun takde.  So orang macam ni if nak dapat pun, type 1 je lah kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 3-7-2021 08:30 AM
Thank you mod dila

Kadang tu hairan juga macam mana ada orang kuat makan gula tapi medical check ...

oh dia aktif... mmgla ada article saying rajin bersukan mengurangkan risiko... xleh kata juga mac.. hahaha untung dia... apa je dia makan and minum coke hari hari ke? maybe dia beruntung je la... so kita xyahla ambil risiko untuk makan mcm mereka.. we just do just do us je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 3-7-2021 09:02 AM
oh dia aktif... mmgla ada article saying rajin bersukan mengurangkan risiko... xleh kata juga mac. ...

Jenis frequent snacker dia ni mod dila. Sentiasa mulut tu hisap or kunyah gula2 atau coklat. Dan ais krim. Kadamg2 cookies.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:32 AM | Show all posts
mclaren replied at 2-7-2021 04:04 PM
Dr ipes, how come some people kuat ambil gula tambahan (sugary processed foods etc) secara berlebiha ...

1) kerana some people lebih mudah untuk dapat diabetes atas pelbagai factors eg genetic; in general Asians lebih mudah untuk dapat diabetes
2) cara terbaik untuk pantau banyak mana 'sugar' (ie carbohydrate, bukan sugar dalam teh tu, itu sucrose ie salah satu dari simple sugars yang merupakan products dari complex sugars seperti carbohydrate tadi eg rice, gandum, kuih2, pasta etc) dalam darah kita dengan check HbA1c.
3) untuk test bagaimana bagusnya sysytem kita handle 'sugar' ialah dengan buat Oral Glucose Tolerance test (OGTT), ie, puasa from midnight, pagi2 ambil darah utk check glucose level (disini kita guna glucose level dan bukan carbohydrate levels atau sucrose levels kerana ia lebih mudah untuk di check dalam makmal), lalu kita minum air glucose, dan kita chekc lagi darah 2 jam selepas itu. perlu check di makmal, tidak boleh hanya dengan cucuk dijari sahaja

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 5-7-2021 12:32 AM
1) kerana some people lebih mudah untuk dapat diabetes atas pelbagai factors eg genetic; in genera ...

Jadi subjek dalam soalan saya tu memang check blood glucose level melalui ujian darah makmal yang sekali dengan health screening or medical checkup company tu  
Ada juga kadang2 dia suka2 check guna glucose meter tu yang diabetics guna tu bila2 kat rumah relative yang ada diabetes. All tests sama ada yang cucuk hujung jari atau yamg darah diambil pasa lengan tu resulted in normal range all these years.

Jadi sebab genetically not prone to get diabetes lah ni ye maka walaupun dia makan banyak gula2, coklat, cookies, aiskrim semua tu tiap hari selama bertahun2,  dia masih tak kena diabetes?

Atau sebab dia seorang yang aktif?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 11:45 AM | Show all posts
mclaren replied at 5-7-2021 08:07 AM
Jadi subjek dalam soalan saya tu memang check blood glucose level melalui ujian darah makmal yang  ...

wahh kawan mac tu sangatla beruntung...sure la sugar level dia normal ya? probably dia aktif so banyak minum air ? maybe?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 5-7-2021 11:45 AM
wahh kawan mac tu sangatla beruntung...sure la sugar level dia normal ya? probably dia aktif so ba ...

Curious jugak.......

Adakah if dia maintain makan macam ni tapi suddenly stopped being active risiko dia naik? Or, adakah hanya sebab genes dia, even if dia bukan seorang yang aktif, memang susah nak dapat diabetes? Minat juga nak tahu he he
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:54 PM | Show all posts
mclaren replied at 5-7-2021 12:45 PM
Curious jugak.......

Adakah if dia maintain makan macam ni tapi suddenly stopped being active r ...
baru nak nulis ...
nanti2 jika dia tak aktif lagi... tapi tetap teruskan makan gtu ...
yerp...
kemungkinan tinggi dia akan dapat diabetes ...

sebab tu ...
jarang sesangat orang yang aktif ni ada diabetes ...
sebab blom apa2 ... "gula" tu dah dia tukar jadi tenaga


my family antara jenis yang camni...
alhamdulillah takat ni sorang pun blom ada tanda2 diabetes ...
dah pergi check semua sebab kuat makan snack and sweets


dan yerp...
salah satu sebab nya juga adalah genetik...
sebab tu bila ada sorang ahli keluarga mengidap diabetes ... kompom doktor akan sentiasa suruh check


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-7-2021 02:54 PM
baru nak nulis ...
nanti2 jika dia tak aktif lagi... tapi tetap teruskan makan gtu ...
yerp...

Oh ye lupa part glucose tu converted into energy. Munasabah lah tu. So my question ni considered answered lah he he.. @ipes2 boleh abaikan hi hi

Jadi orang2 macam ni kan bila dah tua2 esok if dah tak mampu nak expend energy sebanyak masa muda, kena hati2 lah kan dengan sugar intake mereka.
Also katakan ditakdirkan kesihatan masa muda tiba2 buatkan dia terpaksa banyak berehat temporarily ke apa, also kena hati2 jugak lah kan?

Thanks FC..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 03:14 PM | Show all posts
mclaren replied at 5-7-2021 03:06 PM
Oh ye lupa part glucose tu converted into energy. Munasabah lah tu. So my question ni considered a ...
sesamer ...

tau pun sebab tengok all my family ni kuat manis
bila check ... memasing nyer result maintain ok...

tu yang g baca sana sini dan tanya doktor ...

take care stay safe k


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.688784 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list