CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 2

Patuhi SOP, elak ditutup semula

[Copy link]
Post time 21-9-2021 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa semua pengusaha dan pengguna fasiliti gimnasium yang telah diberi kebenaran untuk kembali beroperasi supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia bagi mengelak kelonggaran yang diberikan itu ditarik balik jika SOP diabaikan sehingga boleh menyebabkan risiko penularan wabak Covid-19.

"Semua orang mendapat berita gembira semalam apabila MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah mewartakan pembukaan semua sukan indoor termasuk boling dan gimnasium mengikut SOP yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Sukan Ekstrem Bukit Kiara di sini, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan di KBS, MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) di atas usaha yang dilakukan untuk mendapat kebenaran beroperasi itu.

Menurut kemas kini SOP terbaharu MKN, semua pusat gimnasium, kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan kembali beroperasi tetapi terhad untuk penggunaan individu yang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 dengan kapasiti 50 peratus.

Sementara itu, Ahmad Faizal mengumumkan Kompleks Sukan Ekstrem Bukit Kiara, yang turut dikenali sebagai Kiara Skatepark yang ditutup sejak 2019 untuk pengubahsuaian, turut akan dibuka kepada orang ramai dan atlet papan selaju (skateboarders) dengan kerja-kerja baik pulih kini di fasa akhir.

"Selepas dibuka nanti, skateboarders kita boleh kembali ke 'rumah' mereka. Saya harapkan skateboarders mengambil sukan ini dengan serius kerana dunia mula memberi pengiktirafan selepas dimasukkan sebagai sukan tawarkan pingat di Olimpik Paris 2024... kalau boleh kita nak ada wakil negara bertanding di sana.

"Kita akan buka juga kepada orang ramai dengan menaruh harapan melahirkan lebih banyak bakat baharu. Saya nak ucapkan penghargaan KBS kepada dua syarikat, Vans dan U Mobile yang membantu kita membaik pulih Kiara Skatepark ini," katanya.

Pengubahsuaian Kiara Skatepark yang dibina pada 2006, antara lain merangkumi pembaikan ramp sedia ada, pembinaan ramp baharu dengan reka bentuk terkini dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan untuk kegunaan penggemar sukan lasak seperti papan selaju dan BMX. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 07:40 AM | Show all posts

Ahmad Faizal (dua, kiri) ) bergambar selepas meninjau keadaan ruang sukan papan selaju (skateboard) Kompleks Sukan Lasak Bukit Kiara. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh boling dah buka...yeayyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.115387 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list