View: 3378|Reply: 21
|
Maut Lepas Teguk 1.5 Liter Minuman Soda Dalam Tempoh 10 Minit
[Copy link]
|
|
Lelaki di China meninggal dunia selepas hatinya cedera dipercayai kerana meneguk sejenis minuman soda 1.5 liter dalam tempoh 10 minit di negara itu, baru-baru ini.
Kejadian pelik itu diceritakan dalam jurnal 'Clinic and Research in Hepatology and Gastroenterology' atau dalam bahasa Melayunya, Klinik dan Penyelidikan dalam Hepatologi serta Gastroenterologi.
Gambar hiasan
Lelaki berusia 22 tahun itu didapati meninggal dunia bukan hanya disebabkan hatinya cedera, tetapi juga akibat kandungan gas di dalam badannya kerana meminum minuman tersebut.
Lelaki itu dilaporkan mengadu berasa sakit dan perutnya membengkak selepas meminum minuman tersebut menyebabkan dia pergi untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Beijing.
Sebaik tiba di hospital berkenaan, dia mengalami tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung yang tinggi dan bernafas dengan cepat.
Anggota perubatan kemudian berusaha mengeluarkan gas dari sistem pencernaannya.
Difahamkan, lelaki terbabit memaklumkan doktor bahawa dia minum minuman itu untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas.
Bagaimanapun, usaha doktor menyelamatkan nyawanya gagal dan dia meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bahanya minum minuman bergas nih |
|
|
|
|
|
|
|
mnm mineral je ...ilang haus tu
|
|
|
|
|
|
|
|
air soda bikarbonat ke?..rip..xpernah mnm..kalau bergas i suka yg stroberi yg fn tu..sdp tp xleh mnm selalu..sthn 3 4 kali blh lah |
|
|
|
|
|
|
|
Memang air gas tak bagus pun
Boleh reput tulang wei
Aku selalu ugut anak aku cakap nak gigi rongak ke
Nak gigi reput ke..baru la keinginan tu terbantut
Sebb dah rasa seksa gigi depan takda nak makan susah. Wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 27-9-2021 05:18 PM
Memang air gas tak bagus pun
Boleh reput tulang wei
Aku selalu ugut anak aku cakap nak gigi rongak ...
Dulu aku suka minum coke… tp bila org cakap tak bagus kandungan dia tu.. aku tak minum dah, anak2 pun aku tak biasakan… sampai bila beli mcd yg free air pepsi tu kitaorg buang je air tu sbb nak tukar tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 27-9-2021 05:59 PM
Dulu aku suka minum coke… tp bila org cakap tak bagus kandungan dia tu.. aku tak minum dah, anak ...
Kat rumah ni yang minum air gas hanyalah laki aku..lantaklah untuk tenaga katanya. Orang tua susah aku nak nasihattt. Tulah anak2 aku jeling2 nak rasa jugak. Tu yg kena ugut macam2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 27-9-2021 06:06 PM
Kat rumah ni yang minum air gas hanyalah laki aku..lantaklah untuk tenaga katanya. Orang tua susah ...
Anak2 aku mmg diaorg tak suka minum air gas… mmg tak laku pepsi tu… kalau m d ke kfc ke mmg tukar air milo atau oren jus… laki aku pun mmg tak minum sbb manis sgt katanya… abg & kakak dia ada kencing manis, yg abg mmg cucuk insulin hari2… tu yg dia seram nak minum kot |
|
|
|
|
|
|
|
Betul cari bala main teguk macam tu je minuman bergas. Kalau benar2 dahaga pun elok minum air kosong je dari pilih miniuman bergas. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya betul, minum jugak tapi kadang-kadang la |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 27-9-2021 06:10 PM
Anak2 aku mmg diaorg tak suka minum air gas… mmg tak laku pepsi tu… kalau m d ke kfc ke mmg tuka ...
Air milo pun manis sis bukan setakat air potong kaki jah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by acik79 at 27-9-2021 06:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2021 06:23 PM
Air milo pun manis sis bukan setakat air potong kaki jah
Air milo tu kalau ais dah cair ok la tak manis sgt… mcd kan letak ais sampai nak penuh cawan tu… huhu |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 27-9-2021 06:28 PM
Air milo tu kalau ais dah cair ok la tak manis sgt… mcd kan letak ais sampai nak penuh cawan tu ...
Ais yang cair bukannya jumlah kandungan gula dalam air milo tu yang tiba-tiba ghaib |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 09:45 AM
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Carbonated drink, releases CO2. Mmg la x elok |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2021 06:36 PM
Ais yang cair bukannya jumlah kandungan gula dalam air milo tu yang tiba-tiba ghaib
Ye la betul tu… tp aku jarang makan fast food ni… nak berjimat… |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran lama i pun meninggal asbab kanser usus. Maknya ckp dia mmg minat sgt minum air gas. Sgt kerap. Opahnya pun nangis2 cucu meninggal muda sgt umur 21 masatu arwah. Dia pesan kat org lain jgn la minum air gas. Sambil sedih2 cerita pasal air gas opahnya tu |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 27-9-2021 05:18 PM
Memang air gas tak bagus pun
Boleh reput tulang wei
Aku selalu ugut anak aku cakap nak gigi rongak ...
Pi try partial dentures sis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by naina at 28-9-2021 12:09 AM
Cintakapuri replied at 27-9-2021 10:34 PM
Pi try partial dentures sis
Gigi anak iols gugur ngam la umurnya 7-8 tahun nak ganti gigi kekal..now yang atas gigi depan dah tumbuh. Syukurr dia kembali selera untuk makan.kikiki |
|
|
|
|
|
|
| |
|