CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8715|Reply: 39

AJARAN SESAT (merged: Gravedigger, sitizulfa)

[Copy link]
sailorvenus This user has been deleted
Post time 13-6-2005 08:28 AM | Show all posts |Read mode
AJARAN SESAT : Manifestasi Kecelaruan Berfikir

Lebih kurang sebulan lalui, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman mengatakan bahawa 24 kumpulan ajaran sesat masih bergerak diseluruh negara. Ia adalah baki daripada 124 kumpulan yang telah dikenalpasti yang mana 100 daripadanya telah berjaya dihapuskan. Beliau menyebut bahawa 24 kumpulan terbabit dikesan masih aktif dan beroperasi di sekitar Lembah Klang. Antaranya ialah kumpulan Tarikat Muhammadiah, Al-Arqam, Ajaran Haji Kahar, Ajaran Qadiani dan Ahmadiah [BH 21/5/05].

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri juga dilaporkan telah mengesan satu kumpulan militan seperti Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI) sedang bergerak cergas di negara ini. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata setakat ini anggota kumpulan itu telah dikenal pasti, sedang diperhati dan diteliti sama ada perlu dikenakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau tidak. Sementara itu, pihak polis dilaporkan akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama negeri bagi memantau kegiatan kumpulan Al-Arqam yang dilapor antara 24 kumpulan ajaran sesat yang bergerak aktif di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata, kegiatan kumpulan ajaran sesat di negara ini adalah terkawal. Katanya, yang masih aktif sekarang hanyalah kelompok kecil dan jika ada yang paling besar pun, mungkin kumpulan Ayah Pin di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu [BH 21/5/05]. Datuk Noh Omar, kemudiannya menafikan kenyataan akhbar diatas yang menyebut kenyataannya bahawa kumpulan tersebut ada kaitan dengan aktiviti militan atau pengganas. Beliau menegaskan bahawa kumpulan tersebut berasaskan agama dan ia dipantau kerana ajarannya boleh memesongkan akidah umat Islam dan jika dibiarkan ia boleh menjejaskan perpaduan ummah. 揝ebab itu kita mengkaji sama ada sesuai atau tidak jika kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melenyapkan pengaruh kumpulan berkenaan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sailorvenus This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2005 08:30 AM | Show all posts
PIAWAIAN ISLAM DALAM PENETAPAN AQIDAH

Aqidah adalah seluruh pemikiran yang dibenarkan (mesti sampai kepada peringkat tashdiqul jazim) sementara hukum syarak adalah seruan Allah yang berkenaan dengan perbuatan manusia yang bertujuan untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia (pemerintahan, penghukuman, sistem sosial, pendidikan dan ekonomi) [Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Nizhamul Islam, Al-Quds, 1953]. Dalam mengambil perkara-perkara hukum syara
Reply

Use magic Report

sailorvenus This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2005 08:31 AM | Show all posts
KHATIMAH

Dari huraian di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk menghukum sesuatu golongan itu sesat, perlulah mengikuti kaedah-kaedah yang ditunjukkan oleh Islam seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 01:19 AM | Show all posts
Salam,

Firman Allah swt,

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
( Ali Imran: 19)

Islam bererti taat/patuh dan berserah diri kpd Allah swt.

Islam bererti damai dan kasih sayang.  Islam mengajar perdamaian dan kasih sayang bg umat tanpa memandang warna kulit, agama, & status sosial.

Islam bererti selamat.  Islam merupakan petunjuk bg memperolehi keselamatan hidup di dunia dan akhirat. (spt maksud salam dlm  Islam)

Apabila islam itu berubah dr aslinya spt yg terjadi pd agama bangsa Nasrani dan Yahudi, ia tidak boleh lagi disebut Islam.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 12:45 PM | Show all posts

Bahai, Qadiani dan Arqam.

Ramai yang tidak tahu tentang ajaran Bahai ini. Ia sebenarnya adalah satu ajaran yang telah menyeleweng jauh dari Islam khususnya dari Syiah. Walaupun di negara kita ini ia kurang mendapat sambutan dari umat Islam namun pengaruhnya tersebar luas dikalangan bukan Islam.
Ajaran ini berasal dari Iran di mana pengaruh syiah yang berakarkan kepercayaan kepada Imam Mahadi menjadi keyakinan. Bermula dari ajaran Shaikism dan Babism yang akhirnya mengiktiraf Bahaullah sebagai Imam Mahadi, ajaran ini mula berontak dan berpisah dari aliran Syiah dan membentuk satu aliran pemikiran yang baru.
Ajaran ini mengiktiraf semua agama cuma mereka katakan bahawa agama tersebut tidak lagi relevan dengan masa kini. Mereka mendakwa juga kalau setiap agama ada zaman kegemilangan mereka maka zaman kini adalah zaman mereka........tapi sampai hari ini tak gemilang apa-apa pun. Di Iran mereka semua dah diharamkan dari bergerak agar mengelakkan kacau bilau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 12:59 PM | Show all posts
Ajaran Qadiani pula berasal dari Qadian yang terletak di satu daerah di India-Pakistan. Ajaran ini pernah mendapat perhatian di negara kita dengan amalan-amalannya yang bertentangan dengan Islam, malah sehingga hari ini mereka ada mempunyai markas mereka di Kg. Nakhoda, KL.

Seperti ajaran Bahai, Qadiani juga akhirnya membuat pengakuan yang menentukan bahawa beliaulah al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Malah beliau juga membuat pengakuan bahawa bukan setakat al-Mahdi tetapi juga jelmaan nabi Isa serta Krishna bagi orang Hindu.

Ajaran Qadiani ini telah pun dikeluarkan fatwa oleh ulama-ulama ASWJ yang pernah bersidang suatu masa dulu sebagai sudah terkeluar dari Islam, namun demikian di Pakistan mereka masih mempunyai pengaruh lagi.
Pernah seorang Ulama masyur Al-Maududi mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan mereka dan justru ada berita mengatakan kematian beliau ada konspirasi berkaitan dengan Qadiani ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2005 01:04 PM | Show all posts
Ajaran Arqam??

Syukur Alhamdulillah telahpun diharamkan oleh kerajaan dari bergerak aktif. Jika tidak...kemungkinan ia juga akan menjadi seperti dua ajaran sesat ni.
Ini kerana pemimpinnya yang berasal dari ustaz kampung sudah mula naik taraf setingkat demi setingkat.
Dari ustaz naik kepada Sheikh kemudian al-Imam terus menjadi pemuda Bani Tamim dan tak mustahil jika tidak disekat bakal pula menjadi al-Mahdi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 12:26 AM | Show all posts
Benda yg saya nak sebut ni mungkin akan menyebabkan forumners Abuya akan marah tapi saya nak kongsi maklumat shj.

Semua maklum yg tarekat ni banyak. Ada mcm2. Masing2 mendakwa tarekat masing2 sampai ke Nabi.

Suatu hari ketika duk bborak dgn seorang pengamal tarekat Naqsyabandiyyah (beliau bukan setakat amal bahkan tesis Phd beliau pun ttg tarekat Naqsabandiyyah), saya pun tanya satu soalan ttg Aurat Muhammadiah Arqam. Soalan saya: Ustaz, mcm mana dgn tarekat org Arqam tu? Beliau spontan menjawab: Mereka kata sampai ke Nabi tapi sebenarnya tak sampai. Asalnya ia amalan bacaan dlm silat kemudian dijadikan wirid dan berkembang jadi mcm sekarang ni...

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2005 09:30 AM | Show all posts
Suatu hari ketika duk bborak dgn seorang pengamal tarekat Naqsyabandiyyah (beliau bukan setakat amal bahkan tesis Phd beliau pun ttg tarekat Naqsabandiyyah), saya pun tanya satu soalan ttg Aurat Muhammadiah Arqam. Soalan saya: Ustaz, mcm mana dgn tarekat org Arqam tu? Beliau spontan menjawab: Mereka kata sampai ke Nabi tapi sebenarnya tak sampai. Asalnya ia amalan bacaan dlm silat kemudian dijadikan wirid dan berkembang jadi mcm sekarang ni...


sabar ustaz, hujung tahun hi akan keluar sebuah buku, sekarang dah siap cuma dlm proses edit yg terakhir, tajuknya belom ada lagik, tapi buku ini akan mengopek setiap nanah arqam, silap2 impak dia cam buku 50 dalil kenapa anwar takleh jadik Pm.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 15-7-2005 12:26 AM:
Asalnya ia amalan bacaan dlm silat kemudian dijadikan wirid dan berkembang jadi mcm sekarang ni...


Memang benar seperti apa yang dikatakan itu malah masih terdapat silat-silat kebathinan jawa mengamal seperti apa yang diamalkan oleh Arqam. Mereka menjadikan markas sebuah gunung di Alas Kotonggo sebagai tempat-tempat pertapaan mereka sementara menunggu Kiai Agung muncul.

Tapi sayang...Arqam pula dah buang latihan-latihan persilatan tapi mengambil pula wirid-wirid bidaah dan ini menjadikan ahli mereka lembik-lembik belaka.

Mengikut apa yang saya baca.....Asaari pernah membawa anak buahnya berjumpa Tok Gurunya yang digelar Pak Mat Kelang dan ketika berjumpa ia cuma memakai seluar pendek tak ikut syariat. Pesan Asaari....lihat saja tapi jangan komen nooo.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 15-7-2005 09:30 AM:


sabar ustaz, hujung tahun hi akan keluar sebuah buku, sekarang dah siap cuma dlm proses edit yg terakhir, tajuknya belom ada lagik, tapi buku ini akan mengopek setiap nanah arqam, silap2 impak  ...


Tahniah !:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:28 AM | Show all posts
uit..bukan buku aku grave...buku ada soang budak batch aku dulu..budak laws...siap interview SB tuhhhhh...ditambah plak ngan interview bekas2 arqam...PADAT... bak kata budak2 arqam.. DAH TERANG LAGIK BERSULUH..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2005-7-15 12:26 AM:
Benda yg saya nak sebut ni mungkin akan menyebabkan forumners Abuya akan marah tapi saya nak kongsi maklumat shj.

Semua maklum yg tarekat ni banyak. Ada mcm2. Masing2 mendakwa tarekat masing2 sa ...


Untuk penerangan yg lebih lanjut sila klik pada link di bwh iaitu asal-usul tareqat muhammadiah ini....Forumner di link di bawah bukan dari kalangan pengikut rufaqa.

http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=10225&forum=1&18
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 05:42 PM | Show all posts
erm, baguslah tuh. so apa2 jer rujukan pasal aurad muhammadiyah nih dari internet la erk? aku ingat dari nabi...so kira apa yg forummer tuh tulis betul la erk?
patutla koang nih mudah di deceive.. ;)


kalo tak silap aku nabi ada kata masa kutbah terakhirnya bermaksud' hari ini telah aku sempurnakan agamu..' (tolong betulkan saya ustaz nahzalus kalo saya silap)

jadi aku nak tanya berbanding ngan kutbah rasululah yg betul, dan disaksikan oleh umat islam ketika itu..dgn seorang yg mendakwa berjumpa rasulullah..mana lebih ada value?

perlu diingat, manusia nih berlambak2 menipu ngan nama rasulullah, th sebab ada hadis palsu dan penjual goreng pisang dituduh SB..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 15-7-2005 12:26 AM:
Benda yg saya nak sebut ni mungkin akan menyebabkan forumners Abuya akan marah tapi saya nak kongsi maklumat shj.

Semua maklum yg tarekat ni banyak. Ada mcm2. Masing2 mendakwa tarekat masing2 sa ...


Ustaz....

tak payah dengar cakap-cakap orang..cubalah baca buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam tu...ada penjelasan dan jawapan pada persoalan mengenai wirid itu...dan juga persoalan mengenai perihal perkara berkaitan Imam Mahdi tu...


jangan kata tak de kat library buku tu...berlambak-lambak sampai bercopy-copy....

kalau tatie nak tlg jawabkan kat sini..jadik panjang sgt...lagipun ustaz kan berpendidikan tinggi dan dah kerja tentu lebih elok ustaz carik sendiri....kan ke ustaz rajin buat perbandingan, jadik elok sangatlah tu...buat rujukan ilmiah..jangan dengar-dengar ajer...

--------------------------

gelak dengar lawak bapak grave..pasal jangkaan dia nanti ustaz ashaari ngaku jadi imam Mahdi..wah..dia lagik advance boleh buat RAMALAn pasal apa yg akan berlaku berdasarkan teori EVOLUSI...hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 12:20 AM | Show all posts
Sambungan ajaran Arqam.

Awal-awal pergerakan Arqam boleh dikatakan sebagai gabungan pelbagai kumpulan Tariqat dan intipati ajaran mereka adalah berteraskan perjuangan tasauf. Asaari Muhammad sendiri mengamalkan Aurad Muhammadiah yang diterimanya dari Pakcik beliau, lebai Ibrahim. Lebai Ibrahim pula hanya
merupakan jemaah biasa yakni bukan khalifah atau wakil yang dilantik oleh mana-mana cucu Sheikh Suhaimi.

Kehidupan tasauf pada peringkat awal boleh diteliti dengan kehidupan ahli-ahli Jemaah yang bersifat tawadhu' dan Asaari Muhammad sendiri berpakaian ala kaum sufi dimana almarinya kosong dengan kemewahan. Kereta yang dinaiki untuk berdakwah juga amat dhaif ketika itu dan ketika ditegur jawapannya ialah...itu semuanya dunia.

Apabila jemaah ini mula mendapat sambutan dengan program niaganya, Asaari mula merasakan ia perlu berada di kepimpinan paling atas. Maka bermulalah penyingkiran-penyingkiran ahli terutama dari aliran Tariqat yang tidak sefahaman. Asaari mula mengiktiraf dirinya sebagai wakil sah khalifah Tariqat Muhammadiah dan mulalah ia bercita-cita menuju ke puncak.

Ketaksuban ahli-ahli mula dibentuk ketika itu dan berbagai-bagai ancaman dilemparkan bagi mereka yang mula menarik diri. Ahli-ahli sudah mula melabel berbagai-bagai gelaran untuk Asaari Muhammad.

Nama beliau pun mula berubah untuk lebih komersial lagi dengan menjadi Ustaz Ashaari Muhammad. Satu demi satu gelaran mula bertambah dari pengikutnya....Sheikh, Al-Imam, Tuan Guru, At-Tamimmi dan dari Indonesia pula Abuya untuk menyamatarafkan Buya Hamka.

Inilah yang dikatakan tidak mustahil jika tidak dibendung maka ia boleh mendakwa pula sebagai Al-Mahdi sepertimana ajaran Bahai dan Qadiani. Sedangkan kehidupannya pun jauh dari amalan tasauf yang bermewah-mewah keduniaan masakan ketamakkan untuk menjadi pemimpin tidak menjadi idaman beliau.

Silap satu jer....Kalau Asaari mahu merebut jawatan PM di langit seperti Ayah Pin tentu jemaahnya masih hidup sekarang ini tapi ia tak sanggup menunggu lama. Ia mula mengimpikan Perdana Menteri Malaysia dan akhirnya apabila ia mula merasa dirinya mempunyai pengaruh yang hebat dan mendapat sokongan semua golongan rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina ataupun India maka ia mula mencabar Pusat Islam dan akhirnya kerajaan.
Rupa-rupanya baru ia sedar diri namun dah terlambat maka akhirnya ia pun kantoiiiiii..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2005 12:26 AM | Show all posts
Meminjam posting snipersnake....

Hayatilah sajak bapakmu (pemimpin tertinggi al qaram, eh al arqam) ini:

Rentetan bermulanya daulah
Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina
Memberitahu pilihan raya tidak ada Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju
Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa
Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata
dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya
Maka Daulah pun bermula
Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu Asaari Muhammad, 26 September 1999,
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2005-7-15 07:11 PM:


Ustaz....

tak payah dengar cakap-cakap orang..cubalah baca buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam tu...ada penjelasan dan jawapan pada persoalan mengenai wirid itu...dan juga persoalan  ...


terima kasih comel

bertanya tak salah. lagipun org yg saya tanya tu bukan org tak tahu tarekat, cuma dia tu bukan org Arqam. bila kita tanya org mcm ni lah baru jadi perbandingan. kalu tanya org Abuya saja tentu jawabannya sama. betul tak comel?

buku2 Arqam tu memang kena baca lah sebab ia berkaitan dgn arqam. kalu tak baca buku arqam pah tu tanya org selain arqam memang hampeh lah... tak boleh pakai.

macam org yg suka kata kat Ibnu Taimiyyah tu ler... asyik dengar kata org jer... buku Ibnu Taimiyyah satu pun tak pernah tgk. hampeh!

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 01:22 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 2005-7-15 09:30 AM:


sabar ustaz, hujung tahun hi akan keluar sebuah buku, sekarang dah siap cuma dlm proses edit yg terakhir, tajuknya belom ada lagik, tapi buku ini akan mengopek setiap nanah arqam, silap2 impak  ...


ok, bila dah siap edar sniper bagitau. kena baca tu sbb boleh buat perbandingan.

===

kalo tak silap aku nabi ada kata masa kutbah terakhirnya bermaksud' hari ini telah aku sempurnakan agamu..' (tolong betulkan saya ustaz nahzalus kalo saya silap)


sayapun tak pasti Nabi ada sebut tak mcm tu dlm khutbah dia. cuma yg confirmnyer itu sebenarnya ayat al-Qur'an yg sebhgn ulama' kata ia ayat terakhir diturunkan. tapi pendapat ni marjuh. yg rajihnya pendapat yg kata ayat terakhir ialah ayat al-kalalah. wallahua'lam.

[ Last edited by nahzaluz on 16-7-2005 at 01:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2005 02:10 AM | Show all posts
Pd musim haji thn ke 10 Hijrah Rasulullah saw tlh membuat pidatonya yg terakhir di padang Arafah menerangkan hukum2 & dasar2 Islam.  Di atr pidatonya:

"Hai sekalian manusia! Bhw darah kamu dan harta kamu tetap terhormat sampai kamu dtg mengadap Tuhan kamu.  Bhw kamu nanti akan dtg  mengadap Tuhan kamu, kamu akan ditanya ttg amalan kamu"

"Hai sekalian manusia! Org perempuan mempunyai hak ke atas kamu spt kamu mempunyai hak ke atas mereka.  Tiap2 org Islam adalah saudara bg org Islam.  Semua mereka bersaudara"

"Hai manusia! Saya tlh meninggalkan kpd kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama2nya selagi kamu masih berpegang dgn pusaka itu, iaitu Kitab Allah & sunnah Rasul Nya"

Berikut dgn pidato itu maka turun firman Allah swt:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Maidah: 3)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list