View: 53180|Reply: 294
|
ANTARA TABLIQ DAN AL-ARQAM
[Copy link]
|
|
ehem...
nak tanya laa ahli2 forummer semua..
sajer nak bikin kompius...
arqam dengan tabliq ni jalannya sama ker..pengasasnya sama ker..:hmm:
keduanya2 benar atau keduanya sesat???
kalau taknak kasik komen takper laa...
sajer jer bertanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
I harap sema boleh berdiskusi dgn ikhlas dan tak perlu bertelingkah tak tentu sebab.
Thanks
ps. Ader byk kerja rumah nak buat ni... nak logout. |
|
|
|
|
|
|
|
cara berbeza... tujuan satu... jgn sesiapa menyesatkan sesiapa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan Al Arqam atau Tabligh. Aku umat Islam biasa aja , jahil dan masih belajar nak baiki diri sendiri utk dunia dan akhirat. Cuma ada cerita nak kongsi dgn semua.
Mengenai Al Arqam.
Tahun 90 klu tak silap , aku still belajar kat IPTA. Dept aku ada buat open house . Pelbagai Sykt datang buat exhibition kat dewan IPTA utk open house tu . Kebanyakan sykt sykt tu multinasional co. Ada le satu sykt duk menyelit. Rupa rupanya salah seorang sahabat aku Arqam rupanya. So pada hari tu aku pun pi la tengok tengok . Sampai kat meja sykt kepunyaan Al Arqam tu , terkejut biawak aku (ala cam biawak yang kena telungkup tin sadin kat muka). Apa daknya , peralatan yang mereka pamerkan , jauh lebih maju dari peralatan sykt lain. Bayangkan pada tahun 89 ka 90 (lupa tahun sebenar) , meja pameran depa di penuhi dgn komputer riba (laptop , time tu tak dak lagi notebook) dan peralatan lain yang canggih . Kita pula komputer pun baru nak belajar merangkak rangkak .(guna wordstar dan lotus , time tu windows 3.1 belum top kut). Depa beri penerangan tentang teknologi yang mereka ada yakni dgn bantuan peralatan dan perisian mereka , mereka dapat pinpoint punca kerosakan pada sesuatu mesin . Tu dia , bayang le time 90 an depa duk crita cam tu , menganga aku . Terbayang aku waktu , satu ketika nanti pasti aku akan dapat bekerja dgn majikan Islam , dah tentu terjamin sedikit.
Hmmm sayang seribu sayang lepas beberapa tahun , Al Arqam di haramkan , sebab terperinci aku tak tahu , sebab aku tak dak di Malaysia time .
Arqam , Arqam , kenapa la ko sesat? Kalau tak Boleh gak aku kerja dgn sykt Abu Sdn Bhd .
Allahuallam
Utk tabligh , pula aku no komen , just aku boleh bagi satu
Firman Allah SWT maksudnya: "Apabila kamu telah selesai menunaikan solat maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". (Al Jumaah ayat 10) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 2005-7-5 01:18 PM:
ehem...
nak tanya laa ahli2 forummer semua..
sajer nak bikin kompius...
arqam dengan tabliq ni jalannya sama ker..pengasasnya sama ker..:hmm:
keduanya2 benar atau keduanya sesat???
...
Baguslah tu bertanya, tapi bila penerangan beserta dalil Quran dan Hadis jangan tolak pula, hendaklah diterima dan dibenarkan dalam hati.
Insyaallah ada masa saya bagi penerangan detail tentang jamaah tabligh.
Anda boleh bertanya apa2 tentang jamaah tabligh, insyaallah jika mampu saya akan menjawabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...
kalau bab dalil dan hadis no komen ler..sebb aku tidak mempunyai rujukan yang sahih lagi buat masa ni bagi segala dalil yang korang akan keluarkan nnti..
tapi korang punya pendapat..takkan aku nak halang lak..semua ada masing2 punya pendapat..
bab tabligh.. ada gak aku interbiu orang2 tabligh ni.. sebab aku pun ada gak berkawan ngan orang2 tabligh ni..
aku ada jugak laa nampaknya kenapa mereka ni adakan jemaah tabligh ni..
dan bila aku tanya antara arqam dan tabligh..depa tak sekutu sangat ngan arqam sebb dia kata arqam ada yang sesat.. wallahualam...
bila aku tanya budak2 arqam depa kata mereka tak sesat dan ada sebab mengapa mereka buat semua tu.. perg!!! pening aku
dan ada gak yang kata tabligh ni tak sesat cuma cara jer salah..sebab mereka suka mengamalkan sunnah2 rasulullah walaupun sunnah itu tidak buleh dilakukan...wallahualam
begitu juga al-arqam bila anak murid terlalu taksub pada tok guru maka dia dah jadi sesat...
so apa bezanya semua ni???? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 5-7-2005 02:46 PM:
hmm...
kalau bab dalil dan hadis no komen ler..sebb aku tidak mempunyai rujukan yang sahih lagi buat masa ni bagi segala dalil yang korang akan keluarkan nnti..
tapi korang punya pendapat..takk ...
Bagi aku le , kalau aku nak buat statement dan statement tu secara zahir perlu disokong dgn link rujukan utk bukti kesahihan , aku sendiri akan berusaha mencari dan menyertakan link rujukan bagi bukti kesahihan. Dgn ini
1- kita akan benar benar pasti apa yang kita nak poskan benar benar sahih.
2- memudahkan pembaca membuat penilaian terhadap kesahihan apa yang kita tulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 5-7-2005 01:56 PM:
cara berbeza... tujuan satu... jgn sesiapa menyesatkan sesiapa
tak sapa nak tuduh sesat ker apa...
saja nak bertanya...
bukan nak panas kan issu...
saje nak tahu jerk..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 2005-7-5 02:46 PM:
hmm...
kalau bab dalil dan hadis no komen ler..sebb aku tidak mempunyai rujukan yang sahih lagi buat masa ni bagi segala dalil yang korang akan keluarkan nnti..
tapi korang punya pendapat..takk ...
APA kemuskilan anda aza, cubalah tanya disini..jika ada apa-apa yang meragukan elok bertanya, jika tidak persoalan dan kemuskilan anda sampai bila2 tak selesai. Nanti anda cerita pada anak isteri anda yang jamaah tabligh tu tak betul, anak isteri anda pula sebarkan kepada kenalan2 mereka. Ini merugikan anda sendiri kerana anda tidak keluar ke jalan Allah dan menghalang org lain dari keluar kejalan Allah.
Kitab ini tidak adakeraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa(Al-Baqarah:2)
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.(Al-Baqarah:147)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)"
Jamaah tabligh berpegang kukuh kepada Al-Quran dan Hadis dan bermazhab AhlussunnahWaljamaah.
Silakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah ikut keluar Tabligh selama 40 hari di Sarawak so aku rasa aku boleh berikan sedikit maklumat tentang jemaah ini. Aku masih lagi ada contact dengan karkun-karkun Tabligh walaupun mereka dah jarang nak tasykil aku keluar lagi sebab aku suka berdialog dan mereka tidak mahu.
Jemaah Tabligh adalah satu pergerakan dakwah yang diasaskan oleh Maulana Ilyas Al-Kandahlawi di India. Beliau merupakan seorang pengikut Tariqat Chistiah yang antara latihan-latihannya ada berkhalwat di perigi-perigi buta. Maulana ini menyedari bahawa dengan beramal sendiri sahaja maka Islam itu tidak boleh berkembang dan dilihat pula suasana waktu itu ramai umat Islam di India sudah mula terpengaruh dengan ajaran Hindu. Dari peristiwa itulah maka beliau bertekad berdakwah keluar mengajak orangramai dengar bayan di masjid. Mula-mulanya cabaran yang dihadapi oleh beliau amat perit sekali dimana beliau pernah ditumbuk semata-mata nak ajak kebaikan namun akhirnya ia mula berkembang dan sampailah ia di masjid India Malaysia.
Sampai di Masjid India maka ramailah umat Melayu juga terpengaruh termasuklah aku. Aku dulu terpengaruh sebab memang minat aku mengembara dan adventurous serta juga melihat pakaian mereka yang agak rock sikit. Mereka kata itu sunnah nabi...takperla (nanti marah pula orang Arqam) maka aku pun jadilah seorang karkun yang berulang-alik setiap minggu ke masjid India. Aku hampir-hampir nak keluar ke India tapi Allah tak izin sebab kahwin dapat bini orang ABIM pula maka duit tu aku buat belanja kawin. Aku hanya sempat keluar 40 hari di Sarawak saja dan itulah pengalaman yang amat berharga dalam hidup aku sebab disitu aku dapat kekuatan beramal dan balik dari keluar di Jalan Allah tu...aku ikut nasihat amir aku supaya luaskan lagi pengaetahuan dengan pergi mengaji pada Tok-tok Guru.
Aku ikut nasihat dia dan aku berazam mengaji pada semua Tok-tok Guru yang aku ketahui. Aku belajar Quran secara harfiah dari Tok Guru Wahabi, belajar tasauf dari Tok guru Naqshabandi, belajar mencintai ahlul-bait dari Tok Guru Syiah dan politik (ni sensitif sikit bagi orang Tabligh) dari Tok Guru PAS dan Ustaz UMNO. Akhirnya jadilah aku begini akibat dari menjadi karkun Tabligh.
Aku berterima kasih pada burzuq-burzuq Tabligh dan ada yang masih aku ingat lagi ialah seorang ustaz yang bernama Muharram....tapi selalu dipanggil singkatan oleh karkun Tabligh sebagai Ustaz Harram jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 5-7-2005 02:46 PM:
hmm...
kalau bab dalil dan hadis no komen ler..sebb aku tidak mempunyai rujukan yang sahih lagi buat masa ni bagi segala dalil yang korang akan keluarkan nnti..
tapi korang punya pendapat..takk ...
ehem..apa-apapun, kenapa nak sebut Arqam lagi..sebab ini bukan zaman Arqam lagi..ini zaman rufaqa.....zaman asoib..zaman ikhwan....
sebenarnya..biar ler tatie perbetulkan...
rufaqa dn tabligh berjuang dilandasan yg sama iaitu jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah....tabligh dan rufaqa berfahaman ASWJ....yg menerima Tauhid, Fekah dan Tasauf dari ulamak-ulamak ASWJ....yg bersumberkan Al Quran, hadis, Ijmak Ulamak dan Qias....
tidak ada masalah kata-mengata atau sebagainya di antara tabligh dan rufaqa ...kerana JALAN YG SATU itu walau berbeza kaedah utk melaluinya..tapi JALAN YG SATU ITU tetap akan tiba pada PENAMAT YG SATU juga... |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
salam saudara kuman,
Adakah semua pengikut jalan tabligh ni sama? Saya dapati bila kita sebut tabligh maka takder lain image yang kita nampak melainkan itu sahaja. Sedangkan manusia itu mempunyai latarbelakang dan cara berfikir yang berlainan. Bolehkah kita anggap semua tabligh disemua negara adalah sama dalam semua segi? Bolehkah orang seperti saudara Gravedigger ini dipanggil ahli tabligh? Apa kriteria yang menjenamakan kita sebagai pengikut tabligh? Adakah sebarang cert yang akan diberi sebagai tauliah ahli tabligh?
Mungkin persoalan ni dapat membuka ruang perbahasan yang lebih bermakna? |
|
|
|
|
|
|
|
tentang ARQAM..
aku ada seorang close-friend BEKAS ahli Arqam, dan dari dia aku dpt tahu byk perkara ttg Arqam.. di sini aku coretkan mana yg termampu:
Arqam diasaskan oleh Asaari Muhammad (Ustaz Ashaari, atau 'Abuya' oleh para pengikutnya) pada tahun 70-an. Beliau berasal dari Pilin, N.Smbilan. Ayah beliau seorang pegawai kastam di selangor. Beliau pernah dibesarkan oleh bapa saudara beliau, Lebai Ibrahim, yg mana dari pakcik beliau inilah byk beliau belajar agama, mentelaah buku2, kitab2 tua, dan dari Lebai Ibrahim juga beliau di'ijazah'kan wirid Aurad Muhammadiah (yg kemudiannya beliau 'turun'kan kpd anak2 buah di dlm Arqam bermula tahun 80an, sehingga akhirnya ianya menjadi isu kontroversi negara, dan Arqam DIHARAMKAN pada tahun 1994 oleh sebab Aurad Muhammadiah).
Perjuangan Arqam pd asalnya memang bagus. Teramat bagus. Ia memberi kesedaran melalui dakwah (pelbagai cara: ceramah, diskusi, kursus dakwah, kursus kesedaran islam, pameran & ekspo, slideshow, nasyid, pentomen, malam puisi islam, etc. - yg mana pd tahun itu (70/80-an) jarang atau tidak pernah dilakukan oleh mana2 badan Islam), sehingga menarik minat ramai orang menyertai Ustaz Asaari.
Matlamat perjuangan Arqam masa itu (yg aku paham lebihkurang..) - mengamalkan Islam secara total - dari sudut diri, anak isteri, r/tangga, pendidikan, bekerja, berekonomi... sehinggalah di peringkat alam sejagat) dan apa yg mereka yakin (antaranya) bahawa "tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegak Islam dlm negara".
Dengan dorongan dari matlamat ini, org2 Arqam GIGIH bekerja. Di sudut apa pun, baik yg berniaga kedai runcit, cikgu, pekerja pejabat, suri rumah, petani, para pelajar, pegawai k'jaan, ustaz, mekanik, tukang kebun... semua mereka bekerja di bidang masing2 demi utk menaikkan Islam... Arqam menubuhkan kampung2 di merata negara bermula dgn kampung yg diasaskan oleh Us Asaari di Sg Penchala di pinggir kota KL. Arqam ada perkampungan nya di semua negeri di Malaysia termasuk Sbh & Srwk, setiap kampung ada sekolah dan tadika. Wujud juga berpuluh2 markas Arqam di serata daerah. Wujud juga berpuluh2 kedai dan projek ekonomi (Arqam adalah antara PENCETUS kpd perusahaan makanan bumiputera: kicap & sos, mee kuning, sabun, tauhu, kerana Us Asaari pd masa itu begitu meragui hasil makanan yg dihasilkan oleh tangan bukan-Islam) dan ianya membuka kepada peluang pekerjaan kepada ribuan ahli Arqam mahupun non-ahli.
Pendek kata, ekonomi yg dicetus Arqam begitu cepat membangun, dan sedikt sebanyak jadi kebanggaan umat Melayu. Malah Arqam juga menerobos ke bidang komputer dlm proses penerbitan buku & majalah, pd seawal tahun 80-an, (spt coretan anti_aktivis di atas) yg mana pd masa itu penggunaan komputer dlm penerbitan agak terlalu baru dlm negara kita (NSTP dan Utusan pun belum 100% komputerised pd masa itu).
Dlm pada itu Arqam membawa identiti tersendri : 1). Lelaki berjubah dan berserban (smart, tidak lekeh) dan wanita berpurdah, termasuk anak2 mereka.. 2). Mereka SENTIASA solat berjemaah walau di mana pun, walaupun hanya 2 orang.. 3). Setiap perkampungan atau markas Arqam diwujudkan kelas Fardu Ain, majlis ilmu, majlis tahlil, yg istiqamah. 3). Mereka sentiasa travel di merata pelusuk negara, dengan bas atau van, dengan istilah "ekspedisi" di mana dlm ekspedisi itu disampaikan tarbiah dan didikan oleh guru mereka.
Akhirnya, Arqam diterima bukan sahaja di dlm negara, malah di luar negara, hingga lahir ahli2 Arqam di Thaland, Indonesia, Filipina, China, Mesir, Jordan, Eropah (UK, France, Germany) dan US.
Kemudian, Ustaz Asaari secara terang-terangan mengumumkan bahwa 'kunci' kejayaan dlm jemaah Arqam adalah wirid Aurad Muhammadiah, amalan beliau. Oleh itu ahli2 nya diarahkan "mengambil" Aurad ini dan dijadikan amalan "wajib' sebagai pegangan rasmi jemaah Arqam.
Dan di sinilah bermulanya (pd pendapat aku), kejatuhan Arqam....
(akan disambung.. kalau aku rajin nak taip, he he,..)
[ Last edited by Kopi-Topi on 6-7-2005 at 09:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
INILAH RETETAN SEJARAH
Bismillahirrahmanirrahim
Sejarah selalunya berulang.Dan seterusnya akan berulang. Pengalaman manusia pada sesuatu abad, akan dirasai juga oleh manusia pada abad seterusnya.Demikian juga dengan generasi yang akan datang, akan turut mengalami apa yang dialami oleh manusia sebelumnya.Demikianlah sunahtulah. Bahawa bermula, berkembang, membangun, menurun dan jatuhnya sesuatu kaum adalah berpunca dan bersebab. Dan kalau punca dan sebab yang sama berlaku pada satu generasi yang bangun pada abad mana sekali pun, nescaya nasib yang sama akan dirasai oleh generasi yang berikutnya.
Sebab jatuh bangunnya sesuatu bangsa adalah mengikut kaedah atau presedur yang tertentu. Yang mana kalau prosedur yang sama diikuti oleh sesuatu bangsa lain, nescaya sejarah yang lalu berulang untuk bangsa yang terkemudian itu.
Demikianlah yang sedang berlaku kini, sebenarnya telah beberapa kali berlaku dalam sejarah oleh generasi2 sebelumnya yang berlainan bangsa dan keturunan mereka.
Diiantara ulamak2 sufi yang telah dikecam oleh kawan mereka sendiri, dituduh kafir, syirik, ekstrim,berbau syiah, zindiq, menentang pemerintah, pembawa bidaah, Hinduism, fahaman Parsi Kuno,dituduh membawa unsur2 falsafah yang kurang sihat dan lain2 ialah Imam Syafei,Imam Hanafi, Imam Hambali,Junaid Al Baghdadi,Abu Hassan Al Syaari, Syeikh Abdul Qadir Al Jalani, Yazid Bustami,Imam Ghazali, Ibnu Arabi, Al Hallaj, Syeikh Nuri, Imam Syarani, Imam Haramain, Imam Qusyairi dan lain2 lagi.
Penentang2 mereka ini termasuklah ulamak2 yakni ulamak2 lahir atau ulamak rasmi. Yang mana mereka ini tidak mendalami ilmu tasawuf, kesufian dan kerohanian. Namun sejarah juga mencatatkan bahawa golongan ulamak2 itu bukan keseorangan.Mereka juga disokong oleh rakyat jelata dan ulamak2 yang lain. Ulamak2 besar yang menjadi penyokong pada Ulamak2 Sufi dalam sejarah perjuangan mereka ialah Imam Sayuti, Imam Ibnu Hajar, Al Haitami,Imam Nawawi, Syeikh Zakaria Ansari, Syeikh Syahabudin Assahrawardi, Syeikh Fakhrudin Ar Radzi,Syeikh Yafei,Al Firuzabidi, Sirajudin Al Bulqini, Syeikh Taqiyuddin As Subki dan lain2.
Mereka ini bukan sebarang ulamak,Ilmu mereka ada yang bertaraf mujtahid dan ada yang bertaraf mujadid. Kitab karangan mereka banyak dan ada yang tersimpan hingga sekarang. Untuk bahan rujukan masyarakat terkemudian. Mereka ini dikenali sebagai ahli ilmi lahir dan ilmu batinnya.
Mengapa terjadi pertentangan2 antara ulamak dengan ulamak? Sepatutnya ulamak sesama ulamak berbaik antara satu sama lain , supaya masyarakat tidak bergolak dan berpecah disebabkan oleh mereka. Dengan membaca sejarah silam, kita akan dapat menjawab dengan sebaik-baiknya.
Peristiwa penentangan antara ulamak lahir atau ulamak rasmi terhadap ulama2 sufi adalah berpunca kerana adanya perbezaan yang besar antara mereka . Ulamak2 lahir atau ulamak rasmi mendapat ilmu dan pendidikan yang lebih bersifat 慳qliah |
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaysia sendiri kumpulan sufi yang pernah muncul golongan yang disegani dan ramai pengikut ialah Tok Kenali bertareqat Ahmadiah,Tuan haji Husin di Kedah, Tuan Syeikh Said di Negeri Sembilan bertareqat Ahmadiah, Tokku Paloh diTerenganu dan Tuan Habib Noh di Singapura. Dan sudah menjadi menjadi tradisi setiap kumpulan sufi itu ditentang oleh ulamak2 rasmi atau ulamak lahir.
Pertentangan ini disebabkan oleh beberapa faktor: Diantaranya
1. Sikap tegas ulamak2 sufi terhadap hukum Allah dan sunnah Rasulullah. Ulamak sufi berani menasihati pemerintah serta menegur ulamak2 rasmi yang cuai dan mempermainkan hukum Allah dan ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak senang hati pada ulamak rasmi. Bila seseorang tidak senang hati dengan seorang yang lain, maka lahirlah tindakan dan sikap yang negatif terhadap orang yang tidakdisenanginya itu. Demikian halnya ulama-ulama rasmi, mereka tidak senang hati dengan ulamak-ulamak sufi.
Menggunakan kuasa dan keupayaan yang ada, maka dicarilah salah silap ulama-ulama sufi untuk membolehkan mereka itu ditekan dan dihukum. Paling tidak ulamak2 rasmi itu berusaha untuk membesarkan perkara2 kecil supaya dari situ blehlah ulama2 sufi dituduh sesat,zindiq,bid抋h, ada unsur2 Hindu dan lain2.
2. Perbezaan yang ketara antara ulama2 rasmi dengan ulamak2 sufi ialah dari segi pengamalan kerohanian. Sejarah hidup ulamak2 sufi banyak memaparkan tentang karamah, kasyaf, yaqazah, yakni mereka diberi Allah perkara2 luar biasa seperti dapat melihat perkara2 ghaib, berjumpa dengan Rasulullah secara jaga, dapat ilmu laduni dan lain2. Dengan ilmu laduni ulama2 sufi memberi tafsiran yang berbeza dengan ulama lahir atau rasmi tentang sesuatu ayat Al-Quran dan Hadis.Hingga dengan pengalaman2nya begini , diri mereka dikatakan sebagai wali Allah, sebab hanya pada wali Allah, Allah kurniakan keluarbiasaan itu.Tetapi hal ini tidak pernah berlaku pada ulama rasmi atau lahir. Dan jarang kita mendengar ulama-ulama rasmi disebut sebagai wali Allah.
Keadaan inilah yang mencetuskan perang mulut dan krisis antara dua kelompok ulama itu tadi.Yang sejarahnya sambung menyambung antara satu kegenarasi ke genarasi yang seterusnya sehinggalah kehari ini.
Ekoran dari itu maka timbullah tuduh menuduh . Biasanya ulama2 lahir atau rasmi yang menuduh ulama2 sufi membawa bid抋h. Dalam setengah hal, tuduhan itu melarat-larat sampai keperingkat mengkafirkan.Syirik,zindiq,karut,jahil,hinduism dan lain2 adalah gelaran biasa yang ditujukan kepada ulama sufi. Bila sampai pada tahap ini,biasanya ulama sufi akan dihukum atau diburu oleh ulamak2 rasmi dengan kuasa yang ada pada tangan mereka.
3. Ulama2 sufi (kerohanian) sangat memelihara hukum-hakam Allah,banyak beribadah dan banyakn mempertahankan sunnah. Tahajud dan menghidupkan amalan malam dengan sembahyang pada mereka adalah tradisi dan kehidupan seharian mereka penuh dengan kesederhanaan. Akhlak, pengorbanan dan perjuangan mereka menyakinkan orang ramai. Sebab itu mereka mempunyai pengikut dan simpati yang ramai. Pengikut taat dan para simpati hormat. Maka ulamak2 sufi menjadi tempat rujuk hukum dan fatwa serta tempat orang ramai meminta nasihat.
Sebaliknya oleh kerana ulamak rasmi tidak mempunyai pengikut serta para simpati, bahkan kurang dihormati oleh masyarakat, maka timbullah rasa dengki dan rasa tersinggung serta tercabar dalam diri mereka terhadap ulamak2 sufi. Hal ini akan membuat mereka mencari salah, menuduh fanatik, taksub,mencari kepentingan diri dan lain2 lagi. Dari situ bermacam2 kemungkinan buruk boleh berlaku pada ulama sufi lantaran mereka tidak mempunyai kuasa.
4. Ulamak2 sufi dituduh sesat dan zindiq ialah kerana ucapan2 mereka yang disalah tafsirkan oelh ulama2 rasmi atau ulamak2 lahir.Hal ini berlaku kerana perasaan hati mereka terhadap Allah tidak sama. Ulama2 sufi sangat asyik dengan Allah. Hati mereka penuh dengan rasa cinta dan rindu pada Allah hingga ada yang mabuk cinta(fana) . Sebaliknya ulama2 lahir atau rasmi sering putus hubungan dengan Allah, kerana cinta pada dunia. Rasa cinta dan rindu pada Allah tidak bertempat dalam hati mereka. Dalam keadaan hati yang berbeza, tentulah ulamak lahir atau rasmi tidak dapat memahami ucapan2 yang kadang2 terkeluar dari hati yang fana dengan Allah.
Orang yang menanggung cinta dan rindu yang mendalam mempunyai bahasa2 indah yang simbolik terhadap yang dicintai. Seperti 慴uah hati ku |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 2005-7-6 08:06 AM:
salam saudara kuman,
salam saudara kuman,
Adakah semua pengikut jalan tabligh ni sama? Saya dapati bila kita sebut tabligh maka takder lain image yang kita nampak melainkan itu sahaja. Sedangkan manusia itu mempunyai latarbelakang dan cara berfikir yang berlainan. Bolehkah kita anggap semua tabligh disemua negara adalah sama dalam semua segi? Bolehkah orang seperti saudara Gravedigger ini dipanggil ahli tabligh? Apa kriteria yang menjenamakan kita sebagai pengikut tabligh? Adakah sebarang cert yang akan diberi sebagai tauliah ahli tabligh?
Baiklah..Terima kasih kerana bertanya, semuga mendapat manafaat.
--Jamaah Tabligh berpegang teguh kepada Al-Quran dan hadis dan bermahzab Ahlussunnahwaljamaah dan menentang perbuatan bid'ah. Semua pengikut tabligh adalah sama, tak kira di Malaysia, Indonesia, Eropah, Asia Barat dan dimana sahaja. Persamaan ini dapat terbentuk dengan sendirinya kerana amalan sunnah Nabi saw. Sebagaimana nabi saw dapat menyatukan hati Muhajirin dan Ansar, suku2 kaum Arab yang terkenal dengan sifat kesukuan. Semuanya dapat disatukan dengan mengikut sunnahnya. Sunnah Rasulullah saw itulah amalan islam yang ditinggalkan, Oleh kerana sebahagian besar dari sunnah Rasulullah saw ditinggalkan dalam jangkamasa yang lama akhirnya org2 islam sendiri amat jahil dengan sunnah Rasulullah dan menjadi janggal dan pelik terhadap sunnah apabila Jamaah tabligh Menghidupkannya semula. Jadi kita kena lapang dadalah.
Sabda Rasulullah saw(Lebih kurang berbunyi) Barangsiapa yang dapat menghidupkan satu sunnahku dizaman fasyak dan mungkar baginya 100 pahala mati syahid.
Rasulullah juga memberitahu bahawa menghidupkan sunnahnya diakhir zaman seumpama menggengam bara api (kerana susahnya).
--Rasulullah ada contoh dan ikutan yang terbaik. tidak ada imej atau perilaku atau amalan yang dilakukan oleh jamaah Tabligh kecuali semuanya ada Dalil yang sohih dari Hadis dan Quran, dan mendapat tunjuk-ajar dari Ulama2 yang mempunyai salasilah ilmu yang diturunkan dari Rasulullah saw.
--Tidak ada Cert atau tauliah, siapa yang mengaku cintakan Rasulullah dia boleh menghidupkan sunnah.
Dibawah ini saya Copy Paste Article org yang bertanggungjawab yang menghidupkan semula amalan Tabligh yang dikira sudah lama ditinggalkan oleh umat islam.
Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy lahir pada tahun 1303 H. (1886) di desa Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Utar Prades, India. Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan Ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat wara |
|
|
|
|
|
|
|
Akibat kematian abangnya, Maulana Muhammad Yahya, pada 9 Agustus 1925, beliau mengalami goncangan batin yang cukup berat. Dua tahun setelah itu, menyusul kakaknya yang tertua, Maulana Muhammad. Beliau meninggal di Masjid Nawab Wali, Qassab Pura dan dimakamkan di Nizamuddin. Kematian Maulana Muhammad ini mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya. Beribu orang menziarahi jenazahnya. Setelah dimakamkan orang ramai meminta kepada Maulana Ilyas untuk menggantikan abangnya di Nizamuddin padahal pada waktu itu beliau sedang menjadi salah seorang pengajar di Madrasah Mazhahirul 慤lum. Masyarakat bahkan menjanjikan dana bulanan kepada madrasah dengan syarat agar dapat diamalkan seumur hidupnya. Pada akhirnya, setelah mendapat izin dari Maulana Khalil Ahmad dengan pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin membawa manfaat maka Maulana Ilyas akan diberi kesempatan untuk berhenti mengajar. Beliau pun akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke madarasah warisan ayahnya yang kosong akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliaupun akhirnya membuka kembali madrasah tersebut.
Karena semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliaupun mendirikan Maktab di Mewat, tetapi keadaan sekitar dan suasana menyebabkan masyarakatnya lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Dengan demikian Maulana Ilyas dengan terpaksa meminta orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak mereka untuk belajar dengan pembiayaan yang ditanggung oleh Maulana sendiri. Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat tidak mendapatkan perhatian. Bahkan mereka enggan menuntut ilmu, mereka senang hidup dalam kondisi yang sudah mereka jalani selama bertahun-tahun turun temurun.
Beliau melihat bahwa kebodohan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana mestinya, sehingga gelombang kebodohan semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang melaju deras sampai ratusan mil membawa mereka hanyut. Tetap saja masyarakat masih belum memiliki semangat agama. Kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengirimkan anak-anak mereka untuk belajar ilmu di Madrasah. Hal ini disebabkan mereka tidak tahu pentingnya ilmu agama, mereka pun tidak menaruh hormat pada lulusan Madrasah yang telah memberikan penerangan dan dakwah. Orang Mewat pun tidak mau mendengarkan apalagi mengikutinya. Kesimpulannya bahwa Madrasah-madrasah yang ada itu tidak mampu mengubah warna dan gaya hidup masyarakat .
bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat. Kunjungan-kunjungan diadakan bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi masyarakat Mewat. Dengan izin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jama抋h dakwah ke Mewat. Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji yang ketiga ke tanah suci Makkah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui tokoh-tokoh India yang ada di Arab guna mengenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab. Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa抲d yang menjadi raja tanah Arab untuk mengenalkan usaha mulia yang dibawanya. Selama di tanah Makkah Jama抋h bergerak setiap hari sejak pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.
Setelah pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai Jama抋h dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu justru semakin meningkat. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jama抋h-jama抋h yang dikirim ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) guna menyampaikan pentingnya agama . Beliau sepenuhnya yakin bahwa kebodohan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerusakan. Adapun satu-satu jalan adalah memujuk orang-orang Mewat agar keluar dari kampung halamannya untuk memperbaiki diri dan belajar agama, serta melatih kebiasaan-kebiasaan yang baik sehingga tumbuh kesadarannya untuk mencintai agama lebih daripada dunia dan mementingkan amal dari mal (harta).
Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke Delhi, United Province, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar pelabuhan banyak jama抋h yang tinggal dan terus bergerak menuju tempat-tempat yang ditargetkan sepeti halnya daerah Asia Barat . Terbentuknya jama抋h ini adalah dengan ijin Allah melalui kerisauan seorang Maulana Muhammad Ilyas, menyebarlah jama抋h-jama抋h yang membawa misi ganda yaitu ishlah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Perkembangan jama抋h ini semakin hari semakin tampak. Banyak jama抋h yang dikirim dari tempat-tempat yang dikunjungi jama抋h pun ada yang kemudian membentuk rombongan jama抋h baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim yang lain dapat terwujud. Gerakan jama抋h tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke barbagai negara. Hanya kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha ini.
Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah, jama抋h-jama抋h banyak dibentuk dan dikirim ke pelosok jazirah. Sehingga dengan izin Allah usaha ini pun semakin meluas. Maulana Muhammad Ilyas tanpa henti terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk menjalankan usaha dakwah ini agar sampai ke seluruh alam. Dalam keadaan umur yang tua, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus tidak mampu lagi untuk digerakkan ketika beliau menderita sakit. Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadits Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri, dan Maulana Zafar Ahmad, bahwa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai amir jama抋h kepada sahabat-sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan, Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul Hasan, Mulvi Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam memimpin usaha dakwah dan tabligh .
Pada sekitar bulan Julai 1944 beliau jatuh sakit yang cukup parah, beliau hanya berbaring di tempat tidur dengan ditemani para pembantu dan muridnya. Kondisi tubuhnya yang telah lemah merupakan bukti nyata bahwa beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu berdakwah Khuruj Fi Sabilillah mengembara dari satu tempat ke tempat lain bersama dengan Jama抋h untuk mendakwahkan kebesaran Allah dan kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah.
Pada tanggal 13 Julai 1944, Maulana telah siap untuk menempuh perjalanannya yang terakhir. Beliau bertanya kepada salah seorang yang hadir, 揳pakah besok hari Khamis? |
|
|
|
|
|
|
|
ehem nak tanya ler...
TABLIGH- betulker mengamalkan ilmu2 fazail dan lagi satu apa yer mizail ker apa ker..dan aku tanya ustad ilmu ni tak betul..
ARQAM/ RUFAQA- mengamalkan Aurad Muhammadiah dan amalan itu juga dikatakan tidak betul..
BETUL KER????
any komen... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan yang bagus..mungkin anda bertanya kepada ustaz yang tidak pernah tahu atau membaca kitab Fazail Amal
Yang dimaksudkan dengan Fadail adalah Ilmu2 kelebihan, ilmu ini adalah pintu kepada lautan Ilmu dan Amal. Untuk mendapat ilmu ini kita kena duduk dimajlis2 Taklim Fadhail, kitab ini memuatkan Hadis2 Rasulullah Tentang kelebihan Amal.
Yang dimaksudkan dengan Masail adalah ilmu Hukum-Hakam, ilmu ini adalah ilmu seperti Hukum hakam syariah Halal, Haram, Makruh, sunat dan berbagai2. Ilmu ini kita kena belajar dari org2 Alim atau ulama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|