CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178938|Reply: 359

Ringkasan Novel Menarik Yang Pernah Anda Baca, Novel-Novel Menarik

[Copy link]
aininfarihah This user has been deleted
Post time 20-8-2005 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Salah satu buku yang saya minat ialah antologi cerpen yang bertajuk... DI SISI RINDA... Terbitan DBP (atau sekarang dikenali sebagai DAWAMA)..

Buku ni saya baca masa sekolah rendah.. "Di sisi Rinda" adalah cerpen tulisan A. Samad Said-(sasterawan yang kerap bertembung tapi tak pernah bersapa... saya malu nak tegur beliau)

"Di sisi Rinda" berkisar tentang pengalaman seorang budak perempuan dengan kucing kesayangannya yang bernama RINDA semasa zaman perang...

Masa tu saya kecil lagi oleh sebab itu hati saya cukup tersentuh bila baca cerita tu.. Tambahan saya memang sayang sangat kucing...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2005 11:10 AM | Show all posts
Tentu ramai yang kenal sasterawan negara Arena Wati. Salah satu novel tulisan beliau yang saya minati bertajuk PANRITA..
Buku terbitan DBP yang diterbitkan pada tahun 1993 ini berharga RM18.00 memang menarik tapi perlukan sedikit penelitian kerana kisahnya agak unik..

Biasanya kebanyakan karya Arena Wati banyak berkisar tentang kehidupan yang berlatar belakangkan laut.. Mungkin kerana beliau sendiri membesar dengan laut dan beliau sendiri pernah menjadi pelaut selain itu beliau juga banyak memuatkan citra wanita dalam novel-novel beliau yang kebanyakannya berlatar belakangkan budaya dan ideologi masyarakat Jepun.. nanti akan saya terangkan dalam ulasan novel-novel beliau yang lain...

Panrita merupakan kisah tentang pengembaraan ke alam roh. Arena Wati dengan sedar dan pasti, cuba memberi gambaran apa yang sedang dan akan berlaku kepada kita. Alam roh bagi orang-orang yang 'in-coma' yang dialami oleh watak-watak dalam Panrita merupakan alam 'transit' sebelum dikembalikan ke alam bumi. Segala yang berlaku di situ adalah manifestasi apa yang akan berlaku sesudah berakhirnya kehidupan ini. Percubaan yang dilakukan oleh sasterawan ini amat menarik, dan belum pernah digarab oleh novelis Melayu waktu itu.

Saya tulis sedikit petikan dari buku tersebut... selamat membaca...

..."Teruskan perjalananmu, Omba." Tiba-tiba Panrita Tua wujud di hadapannya. "Suatu pengembaraan di anggap gagal kalau kita tidak dapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kau jumpa dalam perjalananmu, adakalanya lebih baik daripada apa yang kau cari."....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 08:52 AM | Show all posts
nak bagi ringkasan..tak larat la..banyak sgt novel yg saya dah baca... antara novel2 yg saya rasa best mengikut
kategori:-

legal thriller:
1- the tenth justice-brad meltzer
2-dead even -brad meltzer - yg ni best coz hubby n wife both r lawyers. wife tu pendakwaraya. hubby plak keje dgn big company. wife ditugaskan utk jadik pendakwaraya utk 1 kes besar-melibatkan someone big-the pihak yg di dakwa tu
hired company ( where the hubby works ) n specifically request for the hubby untuk jadik peguambela.  i like the fast
page-turner kind of writing that brad meltzer has n also the tense he build along the storyline.

medical thriller:
most books by mary higgins clark
- there r things in the medical field that we have never think possible but it they do occured. macam ada 1 novel by clark yg saya baca dulu.. tak ingat through kaedah apa..the doctor pindahkan janin yg nak digugurkan ke dalam womb
another woman yg nak anak.. scary!!

romance:
malay:-
1-biru ungu cinta- noor suraya
this is my fav novel. best bangat!! bukan sekadar kisah cinta biasa.. tapi juga pengorbanan seorg anak untuk ibubapa.. pengorbanan seorang sahabat merangkap kekasih kepada sahabat a.k.a kekasihnya. lawak2 selamba penulis buat say aketawa sendirian.
basically all novels by noor suraya saya suka. watak2nya mewakili diri kita... try la baca..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 04:04 PM | Show all posts
kak ct....Tx a lot
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 03:47 PM | Show all posts
byk novel yang anon baca.

kebanyakkan nye novel cinta lah. eheks..

cuma anon tak bape suka novel cinta yang berat sgt.. meant, yang terlalu karatzz.. adoi.. pening..

satu novel yang anon suka sgt.. tajuk dia Cemburu Seorang Perempuan..
actually jln cerita dia biasa aje.. cuma anon suka sgt motif dia..

so nice
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 10:11 AM | Show all posts
bole tambah lagi ulasan?

karya Anis Ayuni - Gemersik Kalbu

{saya sebenarna semakin hari semakin keberatan untuk membeli novel keluaran alaf21. maaf kalau ada org2 alaf21
di sini. bukan apa, akhir2 ini novel2 ternitam alaf21 pada pendapat saya semakin kurang bermutu. jalan cerita yg lebih
kurang sama. dan kadang2 novel itu seolah2 ditulis secara membabi buta, tiada research langsung. saya tahu menulis
novel bukan mudah tetapi penulis2 perlu akur dgn taste, tahap pemikiran masyarakat kita yg tidak lagi bole
diperbodoh2kan }


sori ek..intro yg pjg

anyway.. jalan cerita Gemersik Kalbu bukanlah sesuatu yg baru juga. cuma beberapa twist yg penulis kenakan pada
jalan cerita membuatkan novel ini tidak membosankan.

perkara yg paling saya suka ialah novelis dgn sengaja tidak langsung memberi gambaran mengenai rupa paras hero &
heroin. selalunya novel2 yg kita baca hero & heroin digambarkan sebagai lelaki yg hensem+ macho manakala heroin seorg yg cantik & digilai ramai.

betul heroin dalam novel ini juga disukai lebih dari seorg lelaki. tetapi novelis bijak memainkan jalan cerita. novelis bijak
mematikan watak lelaki sampingan itu. kalau dalam novel lain, ada penulis yg menggambarkan seolah2 dunia telah kiamat
bila cinta bagi watak lelaki sampingan itu ditolak oleh heroin. oh!! sungguh menjelikkan.

apa2 pun.. mungkin karakter heroin ada sedikit persamaan dgn saya.. mungkin sebab itu mudah bagi saya menghayati
cerita ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2005 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by dahlia976 at 9-11-2005 10:11 AM
bole tambah lagi ulasan?

karya Anis Ayuni - Gemersik Kalbu

{saya sebenarna semakin hari semakin keberatan untuk membeli novel keluaran alaf21. maaf kalau ada org2 alaf21
di sini. bukan ap ...

yeah..btul tuh...bride pon suka sgt ngan novel nih..in fact sbb ade kisah pasal cikgu2 gak...bride nih bakal guru gak!!!
rasa tak rugi larr beli...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2005 12:22 AM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 3-9-2005 03:47 PM
byk novel yang anon baca.

kebanyakkan nye novel cinta lah. eheks..

cuma anon tak bape suka novel cinta yang berat sgt.. meant, yang terlalu karatzz.. adoi.. pening..

satu novel yang anon s ...

cemburu soerang perempuan nih bride kenal ngan penulisnya..satu univ ngan bride..anon dah baca buka die yg lps CSP nih..Mimpi kita serupa..citer nih pun berkesan gak kt hati bride!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2005 08:56 PM | Show all posts
saya suka baca cerita KISAH KASIH...buku alaf..penulisnya tak ingat...
kisah adik beradik kembar..farah & sarah..hero pulak lokman....
ceritanya sarah kawin dgn lokman...mati tinggalkan sorang baby...farah pulak study kat oversea...farah kena kawin dgn lokman....atas permintaan sarah sendiri..nasib baiklah lokman hansem + kaya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by maeya_78 at 29-12-2005 08:56 PM
saya suka baca cerita KISAH KASIH...buku alaf..penulisnya tak ingat...
kisah adik beradik kembar..farah & sarah..hero pulak lokman....
ceritanya sarah kawin dgn lokman...mati tinggalkan soran ...

maeya, kalau tak silap tajuk novel tu JENDELA HATI, Aisha Sofea:stp:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by nurin at 4-1-2006 08:19 AM

maeya, kalau tak silap tajuk novel tu JENDELA HATI, Aisha Sofea:stp:

yeap btul...jendela hati kalo yang tuh..
kisah kasih citer yang die berangan2 nak jadi cindrelella tuh
Reply

Use magic Report

camm This user has been deleted
Post time 17-1-2006 04:54 PM | Show all posts
Ada sesiapa yang pernah baca novel Bulan Tak Dipagari/dipagar Bintang? Kalau tak silap, ia adalah karya Khadijah Hashim. Seronok sangat cerita tu, mengisahkan seorang wanita yang tinggal di London. Seorang lelaki Inggeris jatuh cinta dengannya tapi tak ingat kenapa pulak dia tolak cinta lelaki tu, endingnya mestilah sedih, nama pun bulan tak dipagari bintang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by LittLeBriDe at 12-11-2005 12:05 AM

yeah..btul tuh...bride pon suka sgt ngan novel nih..in fact sbb ade kisah pasal cikgu2 gak...bride nih bakal guru gak!!!
rasa tak rugi larr beli...


suka gak baca novel nih..
kisah cikgu bercintan cintun..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 01:21 PM | Show all posts

Reply #8 LittLeBriDe's post

myra ada baca gak novel mimpi kita serupa ni..berkisarkan pasangan kembar yang meminati seorg wanita yang sama kan little bride...myra pun suka sebab dia bnyak berunsurkan ciri keagamaan..diselitkan juga makna nama2 dalam cerita tu..lebih tertarik kepada watak fawwaz...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 01:26 PM | Show all posts

Reply #9 maeya_78's post

novel  KISAH KASIH ni pun myra minat jugak tapi da lama sgt myra baca novel ni...
yang minat ingat yelah mak dia selalu bacakan cerita cinderella sampaikan dia nak pasangan dia tunggu dia ngan syarat cari sepasang kasut dia yg hilang semasa di ballroom kalau x silap...
lelaki tu memang sporting sanggup tunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 01:33 PM | Show all posts
myra ada minat kat satu novel ni tajuk "Bukan Puteri Lindungan Bulan"
buku tu myra pinjam dari kawan...menarik cerita dia...
kisah pengorbanan seorang kawan dalam susah payahnya menjaga anak2 dia setelah suami dia menceraikan dia...dia sanggup menjaga anak kawan dia yg telah meninggal dunia..bermacam2 dugaan yang dia hadapi..ketabahan seorang wanita menjalani kehidupan seharian...
sungguh menyayat hati.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2006 01:38 PM | Show all posts

Reply #16 myra_ixora's post

baru2 ni myra ada baca novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki..
berkenaan ngan wasiat seorg ayah...menarik cerita ni..tapi mcm ada unsur x baik sikit sebabnya
kekasihnya tanpa segan silu berani cium pasangan dia..ish2..ish..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 02:40 PM | Show all posts
antara  novel yang menusuk di hati...BILA SENA BERGUGURAN......
best sangat cerita...maeya baca banyak kali..mula2 pinjam dgn kawan...tp minat punya pasal maeya pi cari kat kedai buku...beli sendiri buat koleksi.....puas hati sangat bila miliki buku tu....best......
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by myra_ixora at 24-1-2006 01:21 PM
myra ada baca gak novel mimpi kita serupa ni..berkisarkan pasangan kembar yang meminati seorg wanita yang sama kan little bride...myra pun suka sebab dia bnyak berunsurkan ciri keagamaan..diselitka ...


saya pon suka citer  ni, setelah lama dok asyik beli citer alaf yg balik2, jln cite sama jer, terasa bebaloi beli MIMPI KITA SERUPA ni, lain dr lain jln cite nya... sampai siap berangan kalo ade anak nak kasik nama fawwaz lagik hehe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Budak_Itam This user has been deleted
Post time 26-1-2006 03:52 PM | Show all posts
suka baca bila senakkembali berbunga..buku tu ada sambungannnya bskb2..

fasal hubungan fika ngan zikri..suka lawak 2 selamba dia..paling bes..ngadap TUHAN lagi bagus dari mengadap perempuan..huhu..sinis abis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.476054 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list