View: 6271|Reply: 21
|
Puasa Sunat (merged: Amin_al_Kalam )
[Copy link]
|
|
Puasa Sunat Syawal
assalamualaikum kawan2...
saya nak kepastian berkenaan puasa sunat syawal atau puasa 6..kawan saya ada bgtau kalau nak buat puasa nih kita kena ganti puasa wajib dulu..besanya bagi perempuan la.tapi saya muskil bulan syawal nih ada sebulan ja sedangkan puasa ganti kita leh buat bila2 masa..tlg saya ye..
[ Last edited by fleurzsa at 28-11-2005 10:37 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
A'kum kembali... ;)
Saya pernah baca jawapan berkenaan isu ini,
bagi yg tak poser penuh (pompuan lah kot)
ganti/qada poser nyer pada bulan syawal dan sekali gus akan
mendapat pahala puasa 6.
btw, aku nak start poser esok!.. semoga aku berjayaaaaa...
wallahwalam... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
niat qadar dgn sunat bulan syawal lah .... betul tak....baru lah dapat duax2 pahala.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni jawapan yg sy dpt cari dari al-firdaus.com oleh ustaz Hafiz Firdaus yg plg dekat dgn soalan di atas
Jawapan HF:
Wa抋laikumussalam,
Di atas memang merupakan pendapat yang masyhur namun setakat ini saya tidak menemui apa-apa dalil yang sahih yang mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada mengajar umatnya untuk melakukan dua atau lebih ibadah dalam satu perbuatan. Yang jelas Rasulullah melakukan setiap ibadah secara sendirinya tanpa konsep dua dalam satu atau tiga dalam satu. Malah amalan seperti ini membuka ruang kepada banyak perlecehan syari慳t, umpama seseorang yang mendirikan solat dua rakaat lalu diniatkan sekaligus sebagai solat sunat Tahiyyatul Masjid, solat sunat Fajar dan solat fardhu Subuh. Hal ini pasti merupakan satu kesalahan yang tidak memiliki asal usulnya dalam al-Qur抋n dan al-Sunnah yang sahih.
Seseorang yang membolehkan amalan dua dalam satu atau tiga dalam satu bertanggung-jawab mengemukakan dalil yang membolehkannya. Setakat ini yang saya temui hanyalah pendapat akal semata-mata. Justeru hendaklah semua muslimin dan muslimat bersikap prihatin dalam hal ini kerana ia akan membawa risiko yang berat di mana amalan puasanya itu tidak akan diterima Allah, baik puasa qadhanya atau puasa sunatnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg dimaksudkan ustaz 'pandangan yg masyhur' adalah bila posa niat posa sunat dan posa ganti boleh dibuat sekali.
wallahu a'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Niat qada tapi dapat kelebihan syawal
jawapn dr. ma****ah, dipetik dari harian metro
Ibadat tak boleh ada dua niat
DULU saya sering menggantikan puasa dengan diniatkan sekali untuk puasa enam, tetapi ada kawan memberitahu ia tidak boleh dilakukan demikian. Sebaliknya, saya perlu dulukan puasa ganti dan jika ada hari lebih (dalam Syawal) baru saya boleh puasa enam. Adakah pendapat ini benar?
Bolehkah kita memulakan puasa enam pada 2 Syawal dengan diniatkan sekali untuk puasa ganti? Adakah ia perlu dilakukan berasingan? Jika dilakukan serentak, adakah seseorang wanita itu tetap menerima pahala bagi puasa sunat Syawal?
ZAKIAH
Seremban
JAWAPAN
Perbalahan mengenai hal ini sebenarnya berkisar satu ibadat tidak boleh mempunyai dua niat. Mana mungkin satu puasa diniatkan untuk qada yang hukumnya wajib dan diniatkan juga untuk puasa sunat dalam Syawal.
Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan adalah lebih utama untuk mengqada dulu daripada melakukan sunat.
Pendapat lain mengatakan melakukan puasa qada yang hukumnya wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum sampai Ramadan tahun akan datang.
Bagaimanapun, jika dilakukan dalam Syawal yang kebetulan ada fadilatnya, Allah akan memberi pahala juga kepadanya kerana mengambil fadilat dalam bulan berkenaan yang disunatkan berpuasa.
Apa pun, dia mesti meniatkan satu saja iaitu puasa qada, tetapi akan dianugerahkan pahala juga oleh Allah atas keberkatan Syawal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam.
bukan jawapan pada persoalan di atas ada dicetak pada akhbar MEGA - UTUSAN MALAYSIA # HARI LEPAS - carilah tajuk _ PUASA SUNAT SYAWAL - sila rujuk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas tunjuk ajar kawan2 semua. Tapi saya tak dapat cari artikel dari utusan malaysia tu..hari ni saya ada baca berita harian..ni artikelnya..
Qada puasa Ramadan tak perlu tunggu tahun depan
Kewajipan tidak kira puasa sengaja ditinggalkan atau uzur
PUASA Ramadan yang ditinggalkan wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan. Ia seperti yang ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: "...Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain..." (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya.
Ia seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.
Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:"...Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin..." (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Dalam mengerjakan qada puasa ini, ulama berpendapat bahawa orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur wajib menyegerakan qada puasa itu. Mereka tidak diharuskan bahkan, haram melakukan puasa sunat termasuk puasa enam hari pada Syawal.
Puasa qada boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa seperti Aidilfitri, Aidiladha atau pada hari tasyrik. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.
Jika qada puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan bermula 2 Syawal.
Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa kerana masalah keuzuran dibenarkan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas dan orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan), sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun masih mempunyai qada.
Bagaimanapun, menurut ulama, ganjaran yang bakal diterimanya tidak sama dengan ganjaran pahala mereka yang berpuasa enam selepas berpuasa penuh satu bulan Ramadan.
Sementara bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qada pada Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqada puasa enam itu dalam Zulkaedah.
Bagaimanapun, menurut ulama dia hanya mendapat ganjaran seperti yang disebutkan oleh hadis Rasulullah iaitu orang yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam pada Syawal diibaratkan berpuasa selama satu tahun.
Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekali gus dengan puasa enam pada Syawal.
Caranya adalah orang itu hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan sunat).
Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada Isnin dan Khamis atau pada hari Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya.
Dalam menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu.
Tetapi, jika berniat hanya bagi puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatnya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan di antara puasa wajib dan puasa sunat itu.
Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya: "Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra: 2/75).
Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan oleh syarak dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, ganjarannya tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas.
Bagaimanapun, menyegerakan qada puasa itu sikap terpuji dan dituntut oleh syarak. Hal ini kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ambi
Originally posted by sinchancute at 8-11-2005 09:29 AM
assalamualaikum kawan2...
saya nak kepastian berkenaan puasa sunat syawal atau puasa 6..kawan saya ada bgtau kalau nak buat puasa nih kita kena ganti puasa wajib dulu..besanya bagi perempuan la.ta ...
Inilah jawapan yang lengkap dalam fasal:
Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa
sunat?
Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yang
timbul saya telah membuat research yang lebih detail
dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan
puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh
digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yang
diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dalam
masalah ini tidak jelas.
Pandangan pertama: menggunakan perbahasan kawa-id
feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia
niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah :
wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini
puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti
dengan puasa sunat seperti puasa syawal.
Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha'
Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki
menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan
berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa
dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam
satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).
Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha'
digabungkan dalam satu.
Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh)
menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan
syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni
dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat
syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari
isnin/khamis;
dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.
Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al
Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari
RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita
berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha'
terlebih dahulu.
Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah
beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal,
malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan
menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini
juga satu cara.
Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh
kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;
Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm
dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam
bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan
jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat
triple bonus secara otomatik.
sekian wslm
THTL
Tn Hassan Tn Lah <[email protected]>
Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra:
Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa
yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa
enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa
setahun penuh. ( H.R : Muslim) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Amin_al_Kalam This user has been deleted
|
Puasa Sunat...
Saya rasa sudah tiba masanya utk saya menumpukan ibadat kepada TUHAN..
Saya ingin membuat puasa-puasa sunat agar saya menjadi manusia yg tidak mensia-siakan hidup di zaman mudanya...
Masalahnya skarang saya tak tahu tentang mcmana nak buat puasa sunat ni...
Saya tak tahu bila dan waktu bila puasa sunat ni boleh dilakukan dan mcmanakah niat sunat puasa ni dilafazkan...
Boleh tak siapa-siapa yg arif pasal puasa sunat ni ajar saya tentang cara-caranya??? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
puasa sunat banyak wahai amin oi...ko na puasa snat ape..pose 6 ke?niatnye same je macma kitenak pose wajib...tak yahnak susah2..ingat islam tak menyusahkan penganutnya... |
|
|
|
|
|
|
Amin_al_Kalam This user has been deleted
|
maksud aku pose sunat yg bukan dilakukan di bulan syawal...aku ingat lepas syawal melabuhkan tirai aku nak pose sunat...tak kira la sunat apa pun...aku pun tak tahu sangat pasal pose2 sunat ni...sebab tu ler aku tanya pose sunat mcm mana yg boleh aku buat... korang terang la skit jenis2 pose sunat yg biasa org buat dan hari2 apakah yg dibolehkan pose sunat tu dilakukan...aku tak tahu betul ni... |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
1. Puasa enam hari pd bulan Syawal
2. Puasa hari Arafah ( 9 Zulhijjah) kecuali org sedang mengerjakan haji.
3. Puasa Hari 'Asyura ( 10 Muharram)
4. Puasa Bulan Sya'ban
5. Puasa hari Isnin & Khamis
6 Puasa tgh bulan (13, 14, 15) dr tiap2 bulan Qamariah (thn Hijrah)
[ Last edited by fleurzsa at 13-11-2005 09:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bole puasa sunat isnin & khamis....
atau puasa sunat selang sehari (puasa nabi daud a.s.) - e.g. mon, wed, fri, sun, tue....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
this is from jais website : http://www.jais.net.my/soaljawab/puasa/s_162_puasa.htm
***********************************************************************************************
Hari-hari Yang di Sunatkan Berpuasa Dalam Islam
Soalan 16
Assalamualaikum wrm wrbt.
Bolehkah ustaz senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?
--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
* Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
* Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
* Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
* Puasa pada 9 haribulan Muharram.
* Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
* Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
* Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
* Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
* Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
******************************************************************************************* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
except for the last point (3 hari pd tiap2 bulan Qamariah) - i do not know its meaning as well.... harap ada kengkawan lain yg sudi bantu utk bagi penjelasan pasal nie.... tq... |
|
|
|
|
|
|
|
ops.... sorry... x perasan mod dh ada bg jawapan kat atas...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alexandria_iz at 13-11-2005 10:19 AM
ops.... sorry... x perasan mod dh ada bg jawapan kat atas......
Tak per... I pun ada tersilap 9 Zulkaedah lak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amin_al_Kalam at 12-11-2005 03:55 PM
Saya rasa sudah tiba masanya utk saya menumpukan ibadat kepada TUHAN..
Saya ingin membuat puasa-puasa sunat agar saya menjadi manusia yg tidak mensia-siakan hidup di zaman mudanya...
Masalahnya s ...
Alhamdulillah.... saya tumpang gembira dengan cita2 saudara ni... saya doakan saudara berjaya melakukannya... selain tu... harapan saya agar saudara jua tidak ketinggalan melakukan solat-solat sunat... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Amin_al_Kalam This user has been deleted
|
ok...mcm mana nak niat puasa utk puasa-puasa sunat di atas... |
|
|
|
|
|
|
| |
|