View: 14715|Reply: 100
|
SOLAT WAJIB TAPI MALAS [merged: EddyAdy, Katak Pisang, jagung, sunquick]
[Copy link]
|
|
SOLAT 5 WAKTU: 80 PERATUS TIDAK MENGERJAKAN NYA.
Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat <ST1! w:st="on" :Citylima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.
"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada j! uga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek," kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.
Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melak! ukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau.
Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud; "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk." Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.
"Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak s! olat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak. Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama," kata Fadzilah.
Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun! , punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah swt menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya," katanya lagi.
Wallahualam bissawab.
[ Last edited by fleurzsa at 16-7-2006 01:25 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berat tuduhan mamat ni , dia nak meniaga motibasi , dia punya psl lah , tp bila bg exact figure n x blh bg bukti konkrit , tu FITNAH namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe apa yang dimaksudkan is that they dont do complete 5 solat kot?......maybe sembahyang zuhur tapi tinggalkan maghrib......gitu tak?
tapi kalau memang betul 80 peratus tak mengerjakan solat........memang dahsyat tu! susah nak percaya pulak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahirrahmanirrahim
Setiap orang selepas mati, mula-mula diperiksa sembahyangnya,
Sebelum amalan lain ditanya,
Ditanya apa bacaannya,
Syarat rukunnya, sah batalnya,
Khusyuk dan penghayatannya,
Kalau dia boleh berjemaah,
Adakah dia ikut mendirikan sembahyang secara berjemaah,
Adakah dia sembahyang tepat di atas waktunya,
Adakah dia sembahyang terhubung dengan hidup hariannya,
Kalau sembahyang ditanya tak betul jawapannya,
Atau tidak tepat jawapannya,
Amalan lain tidak ada nilai di sisi Tuhannya,
Kalau dia kaya, pemurah orangnya, tidak ada nilai di sisi Tuhannya,
Kalau dia pandai, tawadhuk orangnya
Dan tidak berbangga, tidak ada harga pada Tuhannya,
Kalau dia pemimpin sekalipun adil dengan rakyatnya,
Sembahyang dicuai apatah lagi ditinggalkannya,
Keadilannya tidak diiktiraf oleh Tuhannya,
Kalau dia seorang miskin, sabar atau redha dengan kemiskinannya,
Semuanya itu tidak ada nilai di sisi Tuhannya,
Amalan yang lain selain sembahyang bernilai dan berharga,
Setelah sembahyangnya sempurna segala halnya,
Kerana itulah di waktu hidup
Sempurnakan sembahyang segala aspeknya,
Kerana sembahyang tiang agama,
Kalau sembahyang tiang agama sudah dicuaikan,
Lain-lain perkara tidak berguna,
Amalan yang lain itu, bernilai dan berharga
Setelah sembahyang segala-galanya sempurna di seluruh aspeknya,
Ada orang pemurah dengan harta
Sembahyang ditinggalkannya,
Ada orang sabar dan redha dengan kesusahan,
Tapi sembahyangnya tidak sempurna,
Ada orang tawadhuk dan tidak bangga dengan kepandaiannya,
Tapi sembahyang dicuaikannya,
Ada pemimpin adil dengan rakyatnya,
Tapi sembahyang dibuat tidak sempurna,
Apa-apa hal utamakan sembahyang terlebih dahulu,
Kemudian diikuti dengan amalan lain,
Barulah amalannya itu
Ada harga di sisi Tuhannya,
Sembahyang 'Hablumminallah' lebih utama,
Yang lain 'Hablumminannas' kategori kedua,
Biarlah amalan kategori kedua itu
Buah dari sembahyangnya,
Elok diambil perhatian apa yang dikata
Ustaz Ashaari Muhammad
2006 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 16-3-2006 08:59 PM
Berat tuduhan mamat ni , dia nak meniaga motibasi , dia punya psl lah , tp bila bg exact figure n x blh bg bukti konkrit , tu FITNAH namanya
:setuju: Setakat membuat tinjauan rambang dan kemudian membuat generalisasi untuk keseluruhannya menampakkan satu sikap prasangka buruk yang seorang doktor pun boleh melakukan kesilapan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
takperlah, niat dia baik.
sekurang2ya dia berani menegur.bukannya hanya menujukan gurindam pengcengkam jiwa jer..lepas tuh nyuruk..mihahaha
bab solat nih mmg penting. kene jaga. sebenarnya pada aku tanggungjawab masing2
.
pendidikan mcm nih bermula dari umah. |
|
|
|
|
|
|
|
betul kata snake... berapa jumlah atau peratus itu tidak penting.. tetapi motif yang cuba disampaikan itu yang paling penting... |
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku dulu, kalo aku liat , mmg berbirat la belakang aku...terima kasih abah, mengajar aku menjadi orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 17-3-2006 03:31 PM
takperlah, niat dia baik.
sekurang2ya dia berani menegur.bukannya hanya menujukan gurindam pengcengkam jiwa jer..lepas tuh nyuruk..mihahaha
bab solat nih mmg penting. kene jaga. sebenarnya pa ...
Tp ingat bro , matlamat tak menghalalkan cara . Kalau kita katakan FITNAH tu OK psl konon2 utk tujuan baik , tunggu lah bila kita dipersoalkan atas apa yg kita kata ni
FITNAH ni kan besar dosanya , jgn buat main |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia nak katakan 80% tak tunaikan tepat2 5 waktu.....tapi mmg betul pun....aku byk tgk orgmcm ni...buat bodo je bila masuk waktu solat...tapi alhamdulillah dlm byk2 yg pemalas tu, byk gak yg tak amik ringan soal solat ni.....masa aku kecik dulu,kalau tak solat ke puasa.....tidur kat luar le ko, paling2 pun abislah belakang ko kena rotan siap dgn ceramah agama....tapi benda2 ni yg buat aku jadi manusia yg tahu erti pahala dan dosa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by satriamerah at 16-3-2006 19:35
Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi ya ...
Iskhhhhh... "keras' statement nih nih....
Bior betullll!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 17-3-2006 03:14 PM
:setuju: Setakat membuat tinjauan rambang dan kemudian membuat generalisasi untuk keseluruhannya menampakkan satu sikap prasangka buruk yang seorang doktor pun boleh melakukan kes ...
Dr Fadillah selalu kata yang kajian itu hanya didapati dr pendengar ceramahnya sahaja.... tapi kita yang mendengar ceramahnya juga kena berbaik sangka... cuba fikir... siapakah pendengar motivasi beliau... adakah orang yang berjaya... orang yang hendak berjaya... orang yang tak berjaya atau pun orang sememangnya tak sedarpun siapa dirinya! Seandainya semua golongan ini pergi atau mendengar ceramahnya, dan soalan yang sama diajukan, pasti keputusannya berbeza.... adakah peratusannya masih sama atau adakah lebih tinggi dari peratusan yang diberi oleh beliau... fikir-fikirkanlah... :hmm:
[ Last edited by ct_og at 19-3-2006 06:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak kata 50% pun dah berat , ini lak nak katakan 80% , kan fitnah namanya tu. Lainlah dia buat survey ke stiap umah org islam kat mesia ni , tu pun kena buat thorough research n mkn masa yg panjang
Ni lak bg exact figure berdasarkan permerhatian dia sendiri dan org yg dtg ceramah berbayar dia , what a crap !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tp... saya rasa mmg ada betulnya apa dia kata...
nak tgk yg smyg 5 waktu lengkap susah laa
kalau kat opis pon... ramai yg bila tanya...
diorg kata.. nak balik umah qada' zohor and asar...
leceh nak smyg kat surau ramai2...
and tgk je la kat tv...
kalau ada apa berita or siaran langsung or konsert ke apa ke...
dari ptg smpi mlm org duk tunggu... smyg ke diorg tu?
artist2 lak... kol 7 kat red carpet... bila smyg?
pembaca berita? kol dlm hingga 9 on air...
makeup atleast 1 hour...
so? |
|
|
|
|
|
|
|
So..the world itself is what you want to believe |
|
|
|
|
|
|
yushar This user has been deleted
|
Originally posted by Bateesta at 16-3-2006 08:59 PM
Berat tuduhan mamat ni , dia nak meniaga motibasi , dia punya psl lah , tp bila bg exact figure n x blh bg bukti konkrit , tu FITNAH namanya
Kalu kat tmpt keje aku dulu, drpd ramai2 yg blh pergi smyg jumaat, mungkin hampir 80% tak pergi! benar2 berlaku.. dan mereka juga ada yang tak semayang fardhu yg lain dan tak juga puasa... |
|
|
|
|
|
|
mnib This user has been deleted
|
budak umah sewa aku kan....itu ari ader la kuar azan maghrib kat dalam tv3...dier bley tanyer aku ...ni
azan yg baru ker? takpenah tgk pun sebelum nie? pastu biler aku cakap memang tiap2 ari tu la rakaman azan yg kuar.....giler dier malu....sampai merah2 muker....
kalu kat tempat aku...maser opis hour memang penuh surau....tapi biler aku kuar lepak2 ngan diaorg
kat luar.....singgah surau utk semayang memang takkan masuk agenda diaorg....so aku la yg buat2
gi toilet....tapi sebenarnyer gi surau....kadang2 tue diaorg cam paham aku gi surau....tapi masing2
buat2 tak paham jer.....
ader skali tue time buker puaser.....dalam ramai2 tue...aku ngan member pompuan aku sorang jer yg
bangun gi carik surau....yg lain sumer buat dono je....kire aku berdosa ker sebab tak tegur diaorg?
kang kalu aku tegur kang takut diaorg kecik ati....yg aku tau....kalu tegur dalam hati pun boley....
tapi tue kategori selemah-lemah iman kan....kire iman aku nie tak kuat la erk..... :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Solat 5 waktu ADALAH WAJIB dikerjakan...sedangkan mereka yg nak mati pun Allah wajibkan keatas mereka...apalagi pada kita yg masih segar ni...
Hukum meninggalkan solat, walaupun salah satunya adalah BERDOSA BESAR dan orang yg sengaja meniggalkan solat adalah orang yg meruntuhkan agama...dalam hadis Nabi Muhammad bersabda...org yg sengaja tinggalkan solat adalah kafir...Nauzubillah...solat 5 waktu adalah tiang agama...kalau tiada mengerjakannya samalah meruntuhkan tiang tersebut..
JANGANLAH HANYA MENDIRIKAN SOLAT.......TETAPI HENDAKLAH
MENJAGASOLAT 5 WAKTU....
FIRMAN ALLAH....TIDAK KUJADIKAN JIN DAN MANUSIA KECUALI UNTUK MENYEMBAH AKU" |
|
|
|
|
|
|
|
Jika benar lah seperti Dr.Fadillah Kamsah katakan itu, apakah usaha yang boleh dilakukan terhadap mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Oranggunung at 19-3-2006 11:09 PM
Jika benar lah seperti Dr.Fadillah Kamsah katakan itu, apakah usaha yang boleh dilakukan terhadap mereka?
Tak perlu buatper....kutuk saja mereka seperti biasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|