View: 11711|Reply: 69
|
Bagi MK: Teori 'Imam Ghaib Syi'ah' = Teori 'Jesus Christ adalah Tuhan'
[Copy link]
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Teori Imam Mahdi dalam Syiah 12-Imam adalah suatu teori yang rumit dan komplek, dimana terdapat kepercayaan pada keujudan Mam kedua belas: 'Muhammad bin Hassan Askari' dan beliau juga adalah Imam Mahdi yang Ditunggu-tunggu. Teori ini juga membenarkan bahawa Imam Hassan Askari yang tidak berterus-terang mengisytiharkan bahawa beliau mempunyai seorang anak lelaki. Teori ini juga lebih mementingkan bahawa Imam Hassan Askari menyembunyikan 慳nak lelakinya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
KETAKSAAN DISEKELILING IDENTITI MAHDI DARIPADA AHL AL-BAYT
KETAKSAAN DISEKELILING IDENTITI MAHDI DARIPADA AHL AL-BAYT
Sejarah Imam-imam daripada keturunan isi rumah Nabi SAW (Ahl al-Bayt), dan tradisi-tradisi mereka diawet oleh warisan keimaman syiah, mengesahkan ketaksaan disekeliling identiti Imam Mahdi dimana namanya, waktu datangnya dan rupa wajahnya tidak pernah diisytiharkan. Ini bukan disebabkan oleh ketakutan terhadap pihak berkuasa, tetapi disebabkan oleh ketentuannya tidak pernah ditentukan terlebih dahulu. Ini adalah kerana idea Imam Mahdi hanyalah idea yang kecil dan pengharapan, yang berputar-putar difikiran mereka sendiri. Pengharapan ini semakin maju kehadapan apabila Imam Ali menjadi Khalifah, dan ia menjadi semakin mendalam selepas trajedi pembunuhan Imam Hussain Ali, cucu Nabi SAW dalam Karbala. Inilah masanya dimana kebanyakan puak Syiah mula bersiap sedia untuk bertindak menyerang balas untuk menggulingkan pemerintahan Bani Umayyah melalui pemberontakan bersenjata. Umat Islam dizaman itu dapat dipersatukan melalui siasah ini atau oleh Imam Ahlul al Bait yang lain dengan menjadikan Imam Mahdi satu isu yang penting. Dimana Imam Mahdi akan mengumumkan dan akan berjaya, atau mati disebabkan oleh perisytiharan dan kemunculannya. Dengan itu, sesetengah mereka kemudiannya berkata, beliau telah masuk ketempat persembunyian dan ghaib, dan beliau akan muncul semula pada masa akan datang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
HARAPAN untuk KADHIM SEBAGAI IMAM MAHDI
HARAPAN untuk KADHIM SEBAGAI IMAM MAHDI
Dengan tekanan politik dari pemerintahan Bani Abbassiyah yang terlalu terhadap Imam Musa bin Ja'far Kadhim, harapan untuk puak Syiah yang percaya terhadap keimamannya semakin bertambah setelah perisytiharannya dan membawa kepada satu pemberontakan menentang pemerintaha Bani Abbassiyah. Majoriti puak Syiah mempercayai dengan serius bahawa Imam Musa itu adalah Qa'im dan Imam Mahdi. Mereka dilaporkan banyak menggunakan hadis-hadis daripada Imam Baqir dan Imam Sadiq dalam mengenal pasti siapakah orangnya. Mereka juga mungkin menokoh tambah kepada hadis-hadis yang sedia dari pihak mereka, apatah lagi berdasarkan keinginan, kasih saying dan penderitaan mereka.
Apabila Imam Kadhim meninggal dunia setelah tiga puluh lima tahun menunggu dan mengharap, kebanyakan puak Syiah yang mempercayai keimanannya yang terlalu tidak percaya cerita mengenai kematiannya. Mereka berkeras mengatakan bahawa beliau telah ghaib, dan masih hidup dan mengesahkan bahawa beliau adalah Imam Mahdi yang Ditunggu-tunggu, dimana beliau akan muncul dan mengisi bumi ini dengan keadilan dan saksama sebagaimana ianya telah diisi dengan ketidakadilan dan kezaliman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
IMAM RIDA MENAFIKAN KEMUNGKINAN BELIAU ADALAH IMAM MAHDI
IMAM RIDA MENAFIKAN KEMUNGKINAN BELIAU ADALAH IMAM MAHDI
Pengharapan puak Syiah mengenai kemunculan Imam Mahdi telah dikembalikan selepas lebih kurang dua puluh tahun. Ini terjadi pada tahun 200 Hijrah, apabila khalifah Ma'mun dari Bani Abbassiyah menjemput Imam Ali bin Musa Rida ke Khurasan dan kemudiannya melantik beliau sebagai Putera Mahkota (bermaksud pengganti Khalifah) dalam tahun 201 Hijrah. Ini telah menyegarkan semula pengharapan dalam minda puak Syiah dan telah memberi mereka kepada suatu kepercayaan bahawa berkemungkinan Imam Rida adalah Imam Mahdi yang Ditunggu-tunggu.
Kulayni melapurkan dalam 'Al-Kafi' bahawa Ayub bin Nuh telah pergi kepada Imam Rida dan berkata kepadanya. 揝aya berharap anda akan menjadi pemilik Urusan ini, dan dengan izin Allah akan menganugerahkannya kepada anda tanpa menggunakan pedang. Anda telah pun menerima sumpah kesetiaan, dan wang telah dicetak dengan nama anda (di atasnya). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Canteekk....teruskanlah teori anda ini sama ada C&P ker ataupun dari idea sendiri, Aiman tak kisah! Lepas tu boleh lah Terong Pipit ataupun Panglima Hitam sokong atau sambung lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum,
Tahukah engkau bagaimana teori 'jesus christ adalah tuhan' itu?
Bisakah engkau memperjelaskan hal ini terlebih dahulu.......?
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
Panglima Hitam This user has been deleted
|
Originally posted by saifulms at 2-7-2006 10:18 PM
Assalamu'alaikum,
Tahukah engkau bagaimana teori 'jesus christ adalah tuhan' itu?
Bisakah engkau memperjelaskan hal ini terlebih dahulu.......?
Wassalam.
..Dua-dua teori nak menipu. Dalan Bible pun tak sebut, tambahan pulak dalam al-Quran.
..tapi puak2 ni memang pandai dengan akai putaq alam... disebabkan keturunan Husain bin Ali dah putus Allah SWT makauntuk mengelak perpecahan didalam puak2 Syiah dan juga harta pusaka Imam, maka golongan elite puak Syiah kenalah menggunakan teori anak lelaki rahsia dan imam ghaib.... sebab pengikut2 mereka tak boleh membantah perintah wakil Imam... memang tak logik dek akai teori ni... tambahan pulak nakdiceritakan secara saintifik... jauh sekali macam bumi dengan langit....kena perbodo sampai kiamat ler puak2 ni...:pmuka::pmuka::pmuka:
Pang5 ~ Selalu terpikiaq kenapa setiap kali Imam mereka meninggal ada aje perpecahan diantara mere... memang depa ni puak keras kepala. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Awat? Hati ada sakit ke?
Originally posted by Gravedigger at 2-7-2006 10:16 AM
Canteekk....teruskanlah teori anda ini sama ada C&P ker ataupun dari idea sendiri, Aiman tak kisah! Lepas tu boleh lah Terong Pipit ataupun Panglima Hitam sokong atau sambung lagi.
Kalau tak puas hati jawab ler point by point.... kasi fakta anda. Bukankah golongan anda memang pandai tulis drama swasta.... like Peshawar Nights dan Dialog antara Sunni dan Syiah.
Dulu-dulu boleh ler puak-puak Syiah dok kelontong umat Islam... but not now susah ler sikit sebab sudah banyak yang tidak buta huruf.
But,it's a pity sebab masih terdapat golongan Islam baka' yang malas nak mendalami ilmu Islam tersangtlah mudah terpengaruh dengan siasah dan dakwah puak Syiah. Kesian... atau pun mereka berminat sangat dengan Kahwin Muta'ah kot?.
[ Last edited by Mat Kampong at 2-7-2006 11:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tang mana nyer yg sama dgn teori Jesus anak Tuhan? |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Syeikh Sadduq
Menurut Kami, seseorang tidak boleh bertakliq kepada yang telah mati. Anda merujuk kepada kita Syeikh Sadduq yang hidup pada abad ke-4 Hijrah? Nah...... anda perlu merujuk kepada Syeikh Sadduq yang MASIH HIDUP sekarang ini, yang jauh lebih Sadduq... daripada Syeikh Sadduq itu.
Imam Redha Menafikan KEMUNGKINAN BELIAU ADALAH IMAM MAHDI
Bukan Imam Redha a.s. sahaja yang mengetahui bahawa beliau BUKAN Imam Mahdi..... Kami juga mengetahuinya.
Apakah masalahnya???
Teori 'Imam Ghaib Syi'ah' = Teori 'Jesus Christ adalah Tuhan'
Apakah maksud anda, Imam Ghaib = Jesus Christ?
Sebahagian Christian beranggapan Jesus Christ itu ANAK TUHAN... dan Sebahagiannya beranggapan Jesus Christ = TUHAN.
Dalam Persoalan Imam Mahdi.... apakah yang anda cuba bangkitkan?
Imam Mahdi = Anak Tuhan... ? ataupun...
Imam Mahdi = Tuhan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
FAKTOR-FAKTOR FALSAFAH UNTUK PERMULAAN TEORI IMAM MAHDI
FAKTOR-FAKTOR FALSAFAH UNTUK PERMULAAN TEORI IMAM MAHDI
Jika kita menjalankan satu kajian yang bersejarah dengan apa yang berlaku kepada KeImaman Syiah selepas kematian Imam Hassan Askari pada tahun 260 Hijrah, dan dengan sepintas lalu pemerhati bukti yang rasional dibentangkan oleh kumpulan yang meyakini tentang adanya seorang anak lelaki yang tersembunyi dari Imam Hassan Askari, dimana beliau adalah Imam selepasnya dan Imam Mahdi yang Ditunggu-tunggu, jika kita berbuat begini, kita akan menemui krisis teori dan doktrin yang dialami oleh kumpulan faham KeImaman Syiah. Krisis itu menunjukkan bahawa KeImaman adalah diwarisi secara menegak dan tidak boleh diizinkan penyerahannya kepada saudara lelaki atau sepupu. Dengan ini teori ini telah memaksa kumpulan Syiah ini untuk samaada bertolak ansur dengan keadaan begini atau menerima tamatnya fahaman KeImaman selepas kematian Askari tanpa seorang pengganti, dimana adalah semestinya dalam hidupnya, atau untuk menjangkakan akan ujudnya seorang anak lelaki untuk beliau secara rahsia, walaupun tidak ada perisytiharan tentangnya, atau menghebahkannya. Ia telah membuat kumpulan ini menganggap dengan takrif keatas ketaksaan ini dan penyembunyian dengan maksud taqiyyah (sindiran) dan rasa ketakutan kepada pemerintah Bani Abbassiyah, walaupun tidak ada kewujudan apa-apa penunjuk yang menyatakan perkara ini.
Dari cerita bersejarah yang diterima dan dikeluarkan oleh semua ahli sejarah dan pakar teologi daripada fahaman Syiah 12-Imam ini mengatakan: Imam Askari mati tanpa meninggalkan seorang anak yang jelas, dan beliau meninggalkan wasiat (mengenai kekayaannya) kepada ibunya dengan sokongan yang dipanggil 'Hadis'. Ini telah membuat abangnya Ja'far bin Ali untuk menuntut hak KeImaman selepasnya dan beliau menghendaki golongan Syiah 12-Imam untuk mengikutnya sebagai pengganti Imam Askari. Persamaannya, mereka mengikuti apa yang dilalui oleh bekas Imam Musa Ja'far selepas kematian abangnya Abdullah Aftah, yang menjadi Imam sehingga ke satu tempoh masa selepas Imam Sadiq. Beliau tidak mempunyai sebarang masaalah, melalui siapa hal KeImaman perlu diteruskan.
Nubakhti, Ash'ari al Qummi dan Mufid mengatakan bahawa: 'Kebanyakan daripada golongan Fahaman KeImaman Syiah telah menjawab panggilan Ja'far dan sudah mahu bersetuju dengan hak KeImamannya'. (Rujukan - Firaq al-Shi抋h, P. 98, Al-Maqalat, p. 110, Al-Fusul al-Mukhtarah, p. 259)
Ini kerana ramai penduduk Syiah tidak tahu menahu di kalangan anak-anak bekas Imam Hadi, kecuali Ja'far, ataupun tidak ada diantara mereka pernah melihat salah seorang anak lelaki Imam Askari. Berikut adalah kisah dari Ash Al Adyan al Basri, utusan Imam Askari kepada penduduk-penduduk bandar, dimana beliau (Ash Al Adyan) adalah orang yang terakhir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Imam Askari, mengesahkan. Beliau berkata: 'Askari tidak memberitahunya siapa nama penggantinya, tetapi beliau memberinya beberapa petunjuk untuk diiktiraf dan mengenal pastinya'. Beliau juga berkata bahawa: 'Beliau telah pulang ke Samirra'i pada hari Imam Askari meninggal. Beliau juga melihat Ja'far bersama sebahagian penduduk Syiah disekelilingnya, dengan didahului oleh Uthman bin Sa'id Al Umari. Golongan Syiah mengucap takziah mereka dan serta mengucap tahniah kepada Ja'far. Abu Al-'Adyan (menurut ceritanya) juga pergi kepada Ja'far dengan mengucap takziahnya dan juga mengucap tahniah kepadanya. Dan beliau terus berkata: 'Satu rombongan dari golongan daripada Qumdatang pada hari itu ke Samirra'i untuk bertemu dengan Imam Hassan dan mereka telah diberitahu mengenai kematiannya. Mereka kemudian berkata: Kepada siapa seharusnya kita memberi takziah kita? Orang ramai menuding kepada Ja'far. Mereka berkata 'Salam' kepadanya dan lalu mengucap takziah mereka dan mengucap tahniah kepadanya. (Rujukan - Saduq: Ikmal al Din, p. 475).
..to be continued... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
reply #10
terima kasih diatas link2 yg telah diberikan...
Aku sekadar mahu tahu dimana wujudnya persamaan bagi kedua2 situasi yang sedang engkau perbandingkan ini. Namun engkau hanya membincangkan satu situasi sahaja dan meninggalkan situasi yang sedang aku persoalkan......
Atau adakah aku ini seorang yang kurang sabar?
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by pipi at 3-7-2006 12:35 AM
Syeikh Sadduq
Menurut Kami, seseorang tidak boleh bertakliq kepada yang telah mati. Anda merujuk kepada kita Syeikh Sadduq yang hidup pada abad ke-4 Hijrah? Nah...... anda perlu merujuk kepada Sye ...
MK menjawab: Pasal Syeikh Sadduq
Apabila nak melangkah kita kena tengok samada nak masuk longkang atau tidak. Jadi jika nada berkata; 憇eseorang tidak boleh bertakliq kepada yang telah mati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by saifulms at 3-7-2006 02:34 AM
reply #10
terima kasih diatas link2 yg telah diberikan...
Aku sekadar mahu tahu dimana wujudnya persamaan bagi kedua2 situasi yang sedang engkau perbandingkan ini. Namun engkau hanya membi ...
MK nak tanya cik saifulms sikit.
Apa pandangan cik saifulms jika kita membaca artikel2 mengenai fahaman Kristian, fahaman Buddha, fahaman Hindu ataupun fahaman Yahudi? |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by antiQue at 2-7-2006 11:52 PM
Tang mana nyer yg sama dgn teori Jesus anak Tuhan?
Subhanallah, MK tidak terfikir akan mendapat soalan sebegini dari insan yang berilmu saperti antiQue.
Adakah antiQue ingat ini persoalan mathematic? |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Inilah apa laporan dari Sinan Al-Mausili yang juga mengesahkan bahawa kisah ketibaan satu delegasi dibawah kepimpinan Abu Abbas Muhammad bin Ja'far al Himyari al Qummi ke Samirra'i selepas kematian Imam Askari. Mereka bertanya mengenai aruahnya dan tentang warisnya. Jawapan dari mereka yang berada dimajlis tersebut memberitahu kepada mereka bahawa warisnya adalah Ja'far bin Ali. Jadi, ianya tidak boleh dijadikan alasan bahawa beliau tidak mencukupi syarat atau ditolak untuk mewarisi keImaman cuma atas dasar kekurangan pengetahuannya mengenai perkara tidak dapat dilihat. (Rujukan - Saduq: Ikmal al Din, PP. 476-479 Al-Rawandi: Al-Kharayij wa al-Jarayih, p. 164. Al-Sadr: Al-Ghaybah al-Sughra, p. 323)
Berdasarkan fakta diatas, Ja'far menghantar utusan kepada penduduk Qum, dimana adalah kubu kuat golongan Syiah, dan memberitahu mereka bahawa beliau seorang pemimpin (Qa抜m) selepas pemergian abangnya. Orang ramai Qum berkumpul dihadapan Sheikh Ahmad bin Ishaq dan membincangkan isu tersebut. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menghantar satu delegasi untuk bertemu beliau dan membincangkan dengannya dan serta untuk menanyakannya beberapa persoalan, saperti mana persoalan yang mereka biasa pertanyakan kepada nenek moyangnya sebelum itu dan agar dengan ini beliau dapat mengesahkan tuntutannya terhadap waris keImaman. Semua ini diriwayat oleh Khusaibi di 'Al-Hidaya al-Kubra' (Rujukan - p. 391) dan Saduq didalam 'Ikmal al-Din' (Rujukan - p. 475) dan Tabrisi di 'Al-Ihtijaj,( Rujukan - vol. 2, p. 279) dan Sadr di Al-Ghaybah al Sughra. (Rujukan - p. 391)
Semua ini menunjukan bahawa rakyat dari Qum memang tidak mengetahui mengenai ujudnya seorang anak lelaki kepada Imam Askari, ataupun adakah mereka mengenali identiti Imam yang baru sebelum ini, dan dengan itu tida ada sebarang sebab untuk menghalang mereka untuk menerima keImaman Ja'far bin Ali. Dan dengan itu, ini menunjukkan mereka bukanlah begitu mematuhi dengan tegas kepada perundangan perwarisan menegak terhadap keImaman, dan mereka naik saksi bahawa keImaman kepada saudara lain-lain adalah diizinkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
_JC_ This user has been deleted
|
Setahu JC, Saddam Hussein amat melarang perbuatan saperti diatas it,... tiba-tiba teringat apa yan dipakai oleh priest yang duperintah untuk memubunuh dalam filem 'The Da Vinci Code'...
Ada sesiapa boleh berikan fatwa yang dikeluarkan oleh Ayatollah Khomeini bahawa perbuatan diatas adalah sunnah2 dari Ahlul al Bait? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
_JC_ This user has been deleted
|
..jika perbuatan diatas adalah perbuatan Syiah Rafidah yang dikecam oleh Saidina Ali r.a., kenapa ianya berluasan dikalaangan perayaan As Syura Syiah?
[ Last edited by _JC_ at 3-7-2006 11:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
_JC_ This user has been deleted
|
Bila golongan Syiah diMalaysia nak buat camni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|