View: 17740|Reply: 24
|
Bunga yang besar tapi menarik
[Copy link]
|
|
Daisy segar hiasi ruang tamu
Oleh Roselan Ab Malek
BUNGA daisy senang ditanam dan tidak cerewet dari segi penjagaan. Kuntum bunganya memang cantik dan berkelopak majmuk serta berbentuk bulat tumbuh pada ketiak daun. Bunganya menyerupai bunga matahari dan tumbuh di hujung tangkai yang panjang.
Ada beberapa jenis daisy yang mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti putih, jingga, merah hati, kuning dan merah jambu.
Daunnya pula berwarna hijau tua yang agak besar serta panjang dan bergerigi di bahagian tepinya, tumbuh dari bahagian bawah pokok yang tidak berbatang.
Bunga daisy sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat berbunga serta cantik warnanya.
Pokok ini cepat membiak jika dibaja selalu. Pembiakan dilakukan melalui anak benih yang terdapat di sisi pokok atau belahan rumpun yang padat dan boleh ditanam sama ada di dalam pasu atau di tanah.
Jika ditanam secara banyak di atas tanah ia menjadi amat menarik ketika bunganya berkembang.
Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang bersaliran baik terutama tanah berpasir.
Selain membiarkan kuntuman daisy mekar di dalam pasu atau di halaman ia juga boleh dijadikan bunga keratan untuk menghiasi sudut di dalam ruang tamu kerana bunganya tahan agak lama.
Bunganya besar memiliki banyak ranggi berwarna kuning terang dengan ukuran melintang antara 10 hingga 15 sentimeter.
Spesies pokok hiasan ini mampu menarik serangga yang turut membantu proses pendebungaan untuk menghasilkan biji benih bagi pertumbuhan anak benih baru.
Hayatnya hanya dalam tempoh semusim. Persekitaran taman perlu ditanam semula dengan anak benih baru apabila pokok yang lama tidak lagi berbunga, layu dan menyerlahkan daun yang pudar warnanya.
Cara menanam
BIJI benih dari bunga pertama induknya diambil dan ditabur dalam bekas yang mengandungi tanah basah. Ia mudah bercambah dan cepat membesar.
Pindahkan ke polibag untuk memberi peluang kepada setiap anak benih itu membesar tanpa berlaku perebutan baja dalam ruang bekas yang padat.
Proses tumbesarannya adalah cepat dan boleh dijadikan stok pusingan untuk proses penanaman semula pokok menggantikan pokok lama.
Kaedah penanaman berkelompok dikenal pasti mampu menyerlahkan pemandangan yang menarik. Sesetengah pakar landskap mengklasifikasikan kaedah itu sebagai mencipta semak (bush) bagi hiasan taman.
Siraman mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari hari. Penggunaan tanah gembur dan baja organik yang dihasilkan daripada najis haiwan reput, kompos dan tanah bakar amat disyorkan bagi memastikan kesuburan pokok dan wujudnya proses membaiki struktur tanah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bunga matahari hayatnya semusim
BUNGA matahari dikatakan berasal dari Amerika Selatan mencapai ketinggian maksimum hingga dua meter. Daunnya berbentuk bujur sirih sepanjang 15 sentimeter panjang dan 12 sentimeter lebar dengan gagang daunnya yang panjang kemas tersusun pada batang pokoknya yang keras dan berbulu.
Bunganya besar memiliki banyak ranggi berwarna kuning terang dengan ukuran melintang antara 10 hingga 15 sentimeter.
Spesies pokok hiasan ini mampu menarik serangga yang turut membantu proses pendebungaan untuk menghasilkan biji benih bagi pertumbuhan anak benih baru.
Hayatnya hanya dalam tempoh semusim. Persekitaran taman perlu ditanam semula dengan anak benih baru apabila pokok yang lama tidak lagi berbunga, layu dan menyerlahkan daun yang pudar warnanya.
Cara menanam
BIJI benih dari bunga pertama induknya mesti diambil dan ditabur dalam bekas yang mengandungi tanah basah. Ia mudah bercambah dan cepat membesar.
Pindahkan ke polibeg untuk memberi peluang kepada setiap anak benih itu membesar tanpa berlaku perebutan baja dalam ruang bekas yang padat.
Proses tumbesarannya adalah cepat dan boleh dijadikan stok pusingan untuk proses penanaman semula pokok menggantikan pokok lama.
Kaedah penanaman berkelompok dikenal pasti mampu menyerlahkan pemandangan yang menarik. Sesetengah pakar landskap mengklasifikasikan kaedah itu sebagai mencipta semak (bush) bagi hiasan taman.
BUNGA matahari bukan
saja banyak khasiat
kesihatan, juga memberi
pemandangan yang indah
jika ditanam di sekitar
rumah.
Cubalah menanam kira-kira 20 polibeg pokok bunga butang dalam satu garisan bulat dan pada garis pusat bulatan itu ditanam pula dengan pokok bunga matahari. Keindahannya pasti terserlah. Penanam juga boleh membina batas mengikut kreativiti tersendiri dengan kombinasi bunga butang yang pelbagai warna bersama serlahan kuning terang bunga matahari.
Siraman mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari hari.
Penggunaan tanah gembur dan baja organik yang dihasilkan daripada najis haiwan reput, kompos dan tanah bakar amat disyorkan bagi memastikan kesuburan pokok dan wujudnya proses membaiki struktur tanah.
Melegakan kesakitan
RAMUAN daripada bunga matahari dipercayai dapat menawar dan meredakan pelbagai jenis penyakit seperti mengurangkan tekanan darah tinggi, batuk, sakit kepala, sakit gigi, reumatik; radang payudara, sukar melahirkan anak, campak; infeksi saluran kencing dan keputihan.
Bijinya pula dipercayai boleh membantu mengatasi masalah tidak nafsu makan, lesu dan meredakan sakit kepala. Bagaimanapun wanita mengandung dilarang meminum air rebusan bunga matahari.
Fakta:
Nama: Bunga matahari
Nama lain: Bunga purbanegara dan kembang sarengenge
Nama botani: Helianthusannuus
Keluarga : Compositae
Asal : Amerika Selatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
syd.. kak noor ada pokok daisy.. tapi lainversion.. nanti lah .. malas nak tepek gambo skang |
|
|
|
|
|
|
semut_merah This user has been deleted
|
bunga matahari....besh kalo dpt bijinyer, wat kuaci... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilaOHdila at 22-7-2006 09:27 AM
1st jumpa daisy birunih
lawonye bunge nie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sal_bole at 22-7-2006 09:43 AM
lawonye bunge nie
SB...
tulah kan dilla pun tak pernah nampak bunga dessy biru tuh
memang cantek sangat...teruje pertama kali nampak SB:
dessy puteh
ni dessy biru jugak mungkin.....:hmm: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilaOHdila at 22-7-2006 09:27 AM
1st jumpa daisy birunih
:ni kaler dia betul2 biru ker...:love:lawanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamulamoon at 22-7-2006 06:59 PM
:ni kaler dia betul2 biru ker...:love:lawanya..
Mamu.....
ni memang kaler asli
1st time dalam hidup jumpa dessy biru nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamulamoon at 22-7-2006 06:59 PM
:ni kaler dia betul2 biru ker...:love:lawanya..
Setahu kak iman, bunga yang warna pelik2 ni ada yang diinject warnanya. Kak Iman pernah beli bunga kemunting cina yang bewarna merah. Cantik sangat. Tapi bila habis bunga-bunga yang kembang semasa dibeli tu, bunga seterusnya bewarna pink seperti yang biasa kita lihat. Tidak ada lagi warna merah yang cantik tu.
Tapi kak iman ada bunga raya bewarna biru. Ini memang asal warna biru. Sayangnya jarang sangat dia berbunga. Pokoknya pun jenis lurus ke atas tak berdahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 23-7-2006 11:29 AM
Setahu kak iman, bunga yang warna pelik2 ni ada yang diinject warnanya. Kak Iman pernah beli bunga kemunting cina yang b ...
kak iman, meh nak tgk bunga raya biru tu.. camana ye?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilaOHdila at 23-7-2006 10:05 AM
Mamu.....
ni memang kaler asli
1st time dalam hidup jumpa dessy biru nih
panggil moon je..:tq:
saya pun tak pernah jumpa kaler bunga yg pelik2 nih..kalau ada pun yg di spray.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya suka bunga matahari......
cantik sangat time dia berbunga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noor_hannah at 23-7-2006 11:43 AM
kak iman, meh nak tgk bunga raya biru tu.. camana ye??
Buat masa sekarang tak berbunga.
Bunganya tumbuh dicelah batang pokoknya. Kelopaknya berlapis-lapis. Kalau pokoknya bolehlah kak iman tepekkan gambarnya nanti. Kak iman dah tanam dua pasu. Tapi tak tahu kenapa susah sangat nak berbunga. Pokok ni kak iman beli semasa konvoksyen UTM skudai dekat pesta konvonya lebih kurang 4 tahun dah. Tapi lokek berbunga. |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa..exited nye nak tgk bunga raya kaler biru..:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
itu arrr
cantik2nya bunga warna biru |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo tu nama bunga SUNTIKlah yer kak Iman
kalau istilah duludulu bukan ke TUT/Klon
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh oh oh oh
cantiknya
tak tahu apa nak buat kalau dpt
nak peluk, nak cium, nak makan...
kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Suntikkan ni bukan tot, tak tau macam mana dia orang buat, tapi mengikut orang yang mengambil kontrak landskep ditempat kerja kak iman tu dia kata injek warnanya ikut warna yang kita suka.
Jadi kak iman pun belilah satu pasu dengan orang tu, masa tu bunganya bewarna merah yang masa sepatutnya bunga tu tidak ada warna merah.Tapi bila bunga yang mula2 tumbuh tu habis berbunga, bunga bewarna asal akan keluar iaitu warna pink hinggalah sekarang.
[ Last edited by haniman at 27-7-2006 05:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dila, bunga ni orang panggil bunga deborahkan. Ada juga yang panggil bunga matahari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|