View: 9206|Reply: 71
|
Berkenaan solat Tarawih [merged topics]
[Copy link]
|
da_henz This user has been deleted
|
Assalamualaikum
Ramadhan kini sudah tiba..so,selamat menunaikan ibadat puasa! :lebai:
30 malam mengerjakan tarawih
antiQue ~ Ini adalah dari hadith palsu, jadi abaikan tentang ini
da_henz: ok bro..delete dah..
[ Last edited by ibnur at 13-9-2007 08:14 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi semayang terawih pertama,kat surau tak buat lagi bacaan selawat setiap 2 rakaat.. |
|
|
|
|
|
|
da_henz This user has been deleted
|
hmm..sini buat 23 rakaat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fadhilat Solat Tarawikh ni adalah berasal dari hadith palsu. Tidak ada dalam kitab-kitab hadith besar seperti Sahih Sittah
Saya mohon bulan puasa tahun depan, jangan ada lagi thread dibuka tentang ini..
[ Last edited by antiQue at 24-9-2006 01:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana dengan 8 rakaat
boleh kah atau tidak atau hanya 23 rakaat sahaja yang disunatkan |
|
|
|
|
|
|
c4_im9092 This user has been deleted
|
Originally posted by da_henz at 24-9-2006 10:01 AM
Tarawih
Assalamualaikum
Ramadhan kini sudah tiba..so,selamat menunaikan ibadat puasa!
30 malam mengerjakan tarawih
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
nak tau lebih lanjut, sila click: <http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/tarawih.htm>:lebai:
[ Last edited by antiQue at 25-9-2006 09:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah terawih
MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.
Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.
Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan.
Pada zaman ini di kebanyakan negara umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid selepas solat Isyak.
Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36 rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan.
Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukan oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.
Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Solat terawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah.
Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.
Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riak atau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah. Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian) dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah).
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan berpecah kerana bilangan rakaat
Oleh MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR
DALIL umum bagi solat terawih ialah sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala maka diampunkan baginya dosanya yang lalu. (Riwayat Bukhari)
Mendirikan Ramadan antaranya bermakna menghidupkan malamnya dengan solat sunat terawih dan amalan-amalan lain. Orang yang bersolat terawih termasuk dalam maksud hadis ini yang menyarankan agar umat Islam mendirikan malam.
Cuma terdapat beberapa isu yang perlu dijernihkan agar umat Islam dapat terus menikmati udara perpaduan dan keharmonian. Antaranya isu rakaat solat terawih.
Terdapat perbezaan pendapat tentang hal ini. Masalah ini pun pada sesetengah keadaan sudah menjadi barah perpecahan umat Islam. Mengapa? Ini kerana masing-masing seolah-olah mendabik dada bahawa pendapatnya sahaja yang benar dan betul.
Dalam mazhab empat iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali, jumlah rakaat solat Terawih ialah 20 rakaat. Dalil mereka ialah perbuatan para sahabat Nabi s.a.w.. Diberitakan bahawa umat Islam pada zaman Saidina Umar al-Khattab bersolat terawih sebanyak 20 rakaat.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi s.a.w. solat pada bulan Ramadan sebanyak 20 rakaat. Oleh kerana Umar al-Khattab adalah salah seorang Khulafa ar-rasyidin dan tidak ada pula mana-mana sahabat ketika itu yang membantah perbuatan Umar, maka menjadi ijmak sepakat bahawa memang solat terawih boleh dikerjakan 20 rakaat.
Pendapat kedua menyatakan rakaat solat sunat terawih adalah 36 rakaat. Inilah amalan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Inilah juga amalan penduduk Madinah al-Munawwarah.
Pendapat ketiga pula menyatakan ia hanya lapan rakaat. Pendapat ini bersandarkan kalam isteri Nabi Aishah r.a.: Nabi s.a.w. tidak pernah menambah pada bulan Ramadan atau bulan selain Ramadan lebih daripada 11 rakaat. (Riwayat Bukhari)
Imam Abu Hanifah, seorang ulama hebat dan imam ikutan bagi umat Islam berkata mafhumnya: 揝olat terawih adalah sunat muakkad. Dan Umar r.a. tidak melakukannya daripada dirinya sendiri, dan beliau bukan seorang ahli bidaah. Beliau tidak menyuruh melainkan ada asalnya di sisinya dan kefahaman daripada Nabi s.a.w.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nape?Tak caye? at 24-9-2006 11:31 PM
bagaimana dengan 8 rakaat
boleh kah atau tidak atau hanya 23 rakaat sahaja yang disunatkan
8 rakaat tu memang ada dalam hadith sahih, dilakukan oleh Rasulullah.
Hadith tersebut :
Sahih Bukhari
Volume 3, Book 32, Number 230:
Narrated Abu Salama bin 'Abdur Rahman:
that he asked 'Aisha "How was the prayer of Allah's Apostle in Ramadan?" She replied, "He did not pray more than eleven Rakat in Ramadan or in any other month. He used to pray four Rakat ---- let alone their beauty and length----and then he would pray four ----let alone their beauty and length ----and then he would pray three Rakat (Witr)." She added, "I asked, 'O Allah's Apostle! Do you sleep before praying the Witr?' He replied, 'O 'Aisha! My eyes sleep but my heart does not sleep."
20 rakaat pula dilakukan oleh para sahabat.
Untuk keterangan lanjut, ada sedikit perbincangan dalam thread ini :
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1 |
|
|
|
|
|
|
|
Pertanyaan mengenai solat tarawih
Assalamualaikum semua
Saya ada beberaapa pertanyaan menegenai solat tarawih yang pernah ditanya oleh beberapa orrang rakan yang kalau boleh diminta penjelasan , agar saya sendiri pun dapat mempelajari bersama.
1. saya kadang kadang pergi solat tarawih lewat , bermaksud cuma boleh berjemaah untuk 8 rakaat terakhir, dan ada orang menegur saya dan kata tak boleh buat begitu. Mesti mula dari awal , katanya.
2. Adakah salah jika seseorang itu cuma membuat contohnya 4 atau 6 atau 10 rakaat , berjemaah ?
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
saya ade kemuskilan skit.
masjid tpt saya buat 20 rakaat. sy selalu 8 rakaat dah keluar saf. balik.
soalan saya, wajib ke buat solat witir? sbb sy tgk rata2 yg buat 8 rakaat blk camtu je.
sekian terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jeton-eton at 25-9-2006 01:07 PM
saya ade kemuskilan skit.
masjid tpt saya buat 20 rakaat. sy selalu 8 rakaat dah keluar saf. balik.
soalan saya, wajib ke buat solat witir? sbb sy tgk rata2 yg buat 8 rakaat blk camtu je.
...
Solat witir itu adalah sunat yang sangat disukai, bukan wajib.
Solat sunat witir adalah solat penutup yg dilakukan oleh Rasululullah sebagai penutup solat-solat yg dilakukan baginda pada waktu malam. Jadi sometimes, mereka mungkin nak solat tahajud atau solat sunat lain di rumah, jadi tidak perlu lah mereka witir selepas tarawikh, memadai witir selepas habis segala solat sunat dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply post azeemee :
1) Tak mengapa join jemaah lewat.
2) Yg ni saya tak faham sikit soalan, adakah soalannya, berjemaah sesetengah rakaat dan selebihnya secara individu, atau solat hanya 4 rakaat, atau apa? :hmm:
[ Last edited by antiQue at 25-9-2006 02:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Solat berapa2 pun x kisah.. nama pun solat sunat tarawih.. Sunat je
nak sembahyang kat umah pun boleh sbb nabi ada bersabda;
"Rasulullah membuat sebuah bilik kecil (dengan tikar yang dibuat dari daun palma). Rasulullah keluar (dari rumahnya) dan bersolat di dalam bilik kecil itu. Beberapa orang lelaki turut bersolat bersama-sama beliau. Malam keesokannya mereka datang lagi untuk bersolat, tetapi Rasulullah tidak keluar. Oleh itu mereka berteriak-teriak dan mengetuk pintu rumah Rasulullah dengan batu. Rasulullah keluar kepada mereka dalam keadaan marah dan berkata: "Kamu mahu menggesa (Tarawih itu di dalam masjid) dan aku bimbang kalau solat (Tarawih) akan menjadi wajib keatas kamu. Maka kamu semua lakukanlah solat ini dirumahmu, kerana solat yang lebih baik bagi seseorang itu ialah yang dilakukan dirumahnya, kecuali solat wajib Jumaah." (SAHIH BUKHARI
Jilid: 8,No: 134, Dirawayatkan oleh Zaid bin Thabit) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 antiQue's post
thnaks ANT. ingatkan witir tu wajib. |
|
|
|
|
|
|
bagak This user has been deleted
|
tak kisah berapa rakaat janji ikhlas
kat rumah boleh, kat masjid bole, kat hotel pun bole |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 25-9-2006 01:39 PM
Reply post azeemee :
1) Tak mengapa join jemaah lewat.
2) Yg ni saya tak faham sikit soalan, adakah soalannya, berjemaah sesetengah rakaat dan selebihnya secara individu, atau solat hanya 4 r ...
1. Terima kasih
2. Maksud soalan , Mestikah solat tarawih 8 atau 20 rakaat ? Walaupun soalan ini selalu di bincangkan mengenai 8 atau 20 rakaat , bagaimana pulak kalau seseorang buat kurang atau lebih dari 8 secara berjemaah ?
[ Last edited by azemee81 at 25-9-2006 02:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalo stiap mlm buat 8 rakaat jer (sbb letih) kire bleh menepati fadilat tarawih tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jeton-eton at 25-9-2006 02:17 PM
thnaks ANT. ingatkan witir tu wajib.
kalo check dkat buku sembahyang sunat rasanye witr termasuk gak....
tp cara yg baik, kalo tak buat witr lpas tarawih. bleh buat witr semasa qiamulail. biasenye bangun utk sahur sblom tuh sembahyang dan ibadat qiamulail pn ok gak. sembahyang sunat ke, insaf diri ke, tuntut ilmu agama ke, baca quran, zikir....
tahajjud->taubat->hajat->tasbih->witr
[ Last edited by Presa1200 at 25-9-2006 05:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|