|
assalamualaikum
saya nak tanya, ada rasulullah kata yang salah satu solat tidak diterima ialah solat orang perempuan yang tidak bertudung
kemusykilan saya ialah: adakah solatnya tidak diterima kerana dia memang tidak memakai tudung dalam kehidupan sehariannya atau pun kerana tidak memakai tudung semasa bersolat? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sejuknya at 3-1-2007 05:41 PM
assalamualaikum
saya nak tanya, ada rasulullah kata yang salah satu solat tidak diterima ialah solat orang perempuan yang tidak bertudung
kemusykilan saya ialah: adakah solatnya tidak diterima ...
Kalau masa bersholat tak pakai tudung memanglah sembahyangnya tak sah. Sebab nampak aurat. Tapi kalau dia sembahyang menutup aurat dan mengikut semua rukun sembahyang, sahlah sembahyangnya. Cuma dia berdosa kalau dia tak tutup aurat pada waktu-waktu lain sebagaimana yang diperintah Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
solat pakai tudung, habis solat bukak tudung.
umpama diberikan mahkota dan dilantik raja. habis makan, sendiri turun tahkta. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 3-1-2007 05:44 PM
Kalau masa bersholat tak pakai tudung memanglah sembahyangnya tak sah. Sebab nampak aurat. Tapi kalau dia sembahyang menutup aurat dan mengikut semua rukun sembahyang, sahlah sembahyangnya. ...
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 3-1-2007 05:49 PM
solat pakai tudung, habis solat bukak tudung.
umpama diberikan mahkota dan dilantik raja. habis makan, sendiri turun tahkta.
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Betul, Bukan hanya wanita saja, malah pada lelaki juga. Jika dia bersolat tapi masih membuka aurat semasa di luar rumah atau kermana mana saja maka pahala solatnya akan ditolak. Hal aurat memang berkait rapat nan aurat. Sebab tu nabi Kata, sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Oleh itu selagi mana kita bersolat tetapi di luar masih lagi buat maksiat seperti lihat aurat wanita di tempat2 yg menggairahkan, membuka aurat seperti pakai seluar pendek atau tak pakai tudung atau tikam nombor, maknanya solat kita masih lemah. solat yg tidak dapat mengubah seseorang dari berbuat perkara mungkar adalah sia sia........ iman umat akhir zaman ini seperti buih di lautan terumbang ambing. oleh itu untuk memastikan solat kita berkesan kita jangan berenti separuh jalan. Istikomah dalam perjuangan. solat lagi dan lagi. perbanyakan solat sunat dan zikir. insyaallah kita akan menemui apa yg dikatakan oleh nabi "solat dapat mencegah dari fahsyar dan mungkar". |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi lah pada mereka2 vyg tidak tinggal solat lima waktu tapi masih membuka aurat bila di luar rumah. Lelaki juga sama, bila basuh keta petang petang pun dengan selamba pakai suar pendek. Wanita yg jadi suri rumah, masa nak kuar jejalan je pakai Tudung, kalo ade orang datang rumah, selamba saja tayang rambut, ye lah dalam rumah la katakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aurat perempuan bukan setakat kat tudung jek...Jgn sampai pakai tudung tp pakaian keterlaluan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sejuknya at 3-1-2007 05:41 PM
kemusykilan saya ialah: adakah solatnya tidak diterima kerana dia memang tidak memakai tudung dalam kehidupan sehariannya atau pun kerana tidak memakai tudung semasa bersolat?
Cuba berfikir secara kritikal. Adakah maksud ayat tersebut dilihat secara zahir saja ataupun ada maksud2 lain yang tersirat didalamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
bab Aurat ni kalau aku tak silap, satu hal yang besar, bukan takat tutup atau buka aurat, terima tak terima amal. Solat wanita yang tak tutup kepala sah atau tak? Dari segi hukum fikh yang biasa orang tau, ramai yang akan kata tak sah sebab biasanya bila sembahyang, orang perempuan akan pakai telekung. Tapi manalah tau, dalam satu masjid, tetiba datang jemaah perempuan yang pakai skirt labuh je, tak pakai tudung, ikut sembahyang jemaah dengan baju yang dia bawa bejalan-jalan sebelah orang Melayu misalnya. Mau tekejut giler kakak tu bila tengok orang yang sembahyang sebelah dia! Lepas tu harus dia akan bercerita pada kawan dia tentang pengalamannya tu. Biasalah.
Hal ni satu yang mudah untuk kita jawab kalau di persekitaran kita tu dari golongan yang biasa kita jumpa, contohnya di Malaysialah sebab biasanya orang perempuan akan pakai telekung putih, orang lelaki akan pakai pakaian yang patutlah. Tapi kalau kita bertembung dengan suasana ada orang lelaki yang datang pakai baju agak singkat, tak tutup aurat sempurna waktu sembahyang, yang perempuan pulak kalau kita menengoknya, kita harus akan cakap "orang ni nak sembahyang ke nak gi shopping?" Harus waktu tu kefahaman kita tentang aurat ni akan bergoyang-goyang macam lalang kena tiup angin. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sikomeng at 4-1-2007 07:15 AM
ASM.
bab Aurat ni kalau aku tak silap, satu hal yang besar, bukan takat tutup atau buka aurat, terima tak terima amal. Solat wanita yang tak tutup kepala sah atau tak? Dari segi hukum fikh yang bi ...
Sebenarnya semasa sholat tak semestinya pakai telekong putih bagi orang perempuan islam. Kalau dia memakai skirt labuh, bersetokin, baju berlengan panjang sehingga ke dua pergelangan tangan, memakai tudung menutup rambut dan tengkoknya dan dilabuhkan hingga menutup dadanya, itu dah boleh sembahyang. Cuma masyarakat kita yang jarang-jarang menemui penomena begini.
Tapi kalau ada jemaah perempuan yang pakai skirt labuh je, tak pakai tudung, ikut sembahyang jemaah dengan baju yang dia bawa bejalan-jalan memanglah tak boleh sholat macam tu. Rambut tukan aurat. lagi selalunya kalau tak menutup aurat dia sepatutnya tak boleh masuk masjid kan. Aurat perempuan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas penjelasan semua...sorry sebab lambat reply sebab internet asyik down aje... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by winamp05 at 3-1-2007 07:02 PM
Betul, Bukan hanya wanita saja, malah pada lelaki juga. Jika dia bersolat tapi masih membuka aurat semasa di luar rumah atau kermana mana saja maka pahala solatnya akan ditolak. Hal aurat memang be ...
jadi, betullah pemahaman saya selama ini...yg solat seorang wanita yg tidak menutup aurat tidak diterima...
sebab menutup rambut memang dah wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Soal aurah dalam solat amat penting sekali. Cuma masyarakat di Nusantara yg lbh mementingkan penggunaan kain telekung bagi jemaah wanita yg byk dipengaruhi mazhab Shafie & Hanbali ataupun negara2 Arab berfahaman Salafi, namun, di kebanyakan negara yg umat Islamnya berfahaman Hanafi & Maliki ataupun di benua Eropah & Amerika serta Turki, asalkan pakaian menutupi aurah sudah cukup utk jemaah wanita mengerjakan solah.
Solah yg terjaga 5 waktunya serta khusyuknya akan memberikan impak positif pd pelakunya yg ikhlas. Sekiranya seorg muslimah yg bersolah lima waktu, tapi tidak menjaga aurahnya ketika diluar waktu solah, maka solahnya pasti tidak sempurna yg memungkinkan dia tidak mampu menjadi seorg muslimah solehah di sisi Allah. Begitu juga kpd Muslimah yg bersolah 5 waktu, menjaga aurahnya di luar waktu solah tapi berperangai negatif, solahnya mungkin tidak sempurna atau tidak mampu merubahnya ke arah yg lbh baik.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Dalam Solat.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr lah. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Jika solat wanita itu dilakukan dengan khusyuk dan menutup aurat seorang diri di bilik. Tapi dia tak menyedari auratnya terdedah sedikit akibat tertarik kain seperti ternampak sedikit ibu jari kaki. Adakah solatnya akan diterima Allah, sedangkan dia dah buat sebaik mungkin? tapi tak perasan auratnya terdedah semasa solat. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni bukan sebab tak menutup aurat masa solat, tapi dia solat dan tetap buka aurat masa kat luar rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by winamp05 at 4-1-2007 07:36 PM
sekarang ni bukan sebab tak menutup aurat masa solat, tapi dia solat dan tetap buka aurat masa kat luar rumah.
Ada yg pakai tudung, tapi tak pi solat
Ada yg tak pakai tudung, tapi solat tak pernah tinggal
:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tyrande_81 at 4-1-2007 07:49 PM
Ada yg pakai tudung, tapi tak pi solat
Ada yg tak pakai tudung, tapi solat tak pernah tinggal
:hmm:
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by winamp05 at 4-1-2007 07:27 PM
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ih ...
Thanks winamp for the info. Tiba-tiba hati jadi sayu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|