View: 4393|Reply: 26
|
Sempena Maal Hijrah - Bawa Islam Dengan Sikap Dan Bukan Dengan Cakap
[Copy link]
|
|
Bawa Islam Dengan Sikap Bukan Dengan Cakap
Di akhir zaman ini susah dicari mubaligh membawa Islam dengan sikap,
bukan dengan cakap
Da抜-da抜 di akhir zaman banyak membaca firman, bukan suri teladan
Sunnah-sunnah Rasul alhamdulillah dibacakan, malangnya tidak dikotakan
Falsafah-falsafah Islam dihuraikan, realitinya terburai, berkecai
Islam hari ini kering dengan suri teladan
Banjir dengan syarahan-syarahan dan slogan-slogan
Mabuk memperdengar dan mendengar, sepi dengan amalan
Dimandikan dengan teori, praktikal tidak disiram
Kita mahu Islam dijadikan tabiat bukan sekadar diingat-ingat
Kita mahu Islam jadi budaya, bukan istiadat
Tuhan! Engkau lahirkanlah pemimpin-pemimpin
Dan mubaligh-mubaligh membawa teladan
Bukan untuk didengar,
tapi untuk ikutan
[ Last edited by hambasufi at 20-1-2007 11:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah Kamu Masih Mengaku Islam?
Apakah kamu mendabik dada masih mengaku orang Islam?!
Padahal sebut sahaja nama Tuhan, hati rasa tidak senang
Sebut sahaja Akhirat, terasa benci di dalam hati
Sebut sahaja dosa pahala, sakit hati mendengarnya
Yang engkau sebut setiap hari ekonomi, pelaburan, pinjaman, keuntungan
Yang engkau kumandangkan kemajuan, pembangunan, masa depan yang terjamin
Tuhan engkau sebut sekali-sekala, itu pun sekadar di mulut bukan di hati
Adakalanya setengah rasul engkau jadikan bahan perli
Tidak sedikit pun engkau takut dengan Tuhan
Walaupun engkau percaya dengan Tuhan, tapi tidak rasa apa-apa
Ada dan tiadanya Tuhan sama sahaja
Adanya macam tiada
Kerana padamu Tuhan tidak perlu ditanya
Bahkan Tuhan tidak dipedulikan
Seolah-olahnya Tuhan itu menyusahkan
Tuhan padamu tidak masuk kira
Padamu duit, kemajuan, pembangunan telah menjadi Tuhan
[ Last edited by hambasufi at 20-1-2007 11:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tegakkanlah Keadilan Dalam Kehidupan
Tegakkanlah keadilan di dalam kehidupan, bukan saranan
Lahirkan kasih sayang dengan perbuatan, bukan slogan
Pemurahlah dengan budi, bukan teori
Merendah dirilah dengan sikap, bukan cakap
Berdisiplinlah, bukan membuat disiplin
Ajaklah orang membuat baik bermula dari diri sendiri
Orang akan turut setelah memerhati
Tunjukkanlah akhlak baik, bukan menyarankan falsafah akhlak
Akhlak adalah pakaian batin, seperti kain pakaian lahir
Orang yang tiada pakaian lahir keaibannya nampak
Orang yang tiada pakaian batin kejahatannya nampak
Janji kita kotakanlah, bukan hanya berkata
[ Last edited by hambasufi at 20-1-2007 11:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Umat Islam Sudah Nafsi-Nafsi
Ke mana sahaja kita pergi terasa sepi
Sekalipun di tempat ramai
Ke mana sahaja kita berada, kita rasa macam berdagang di negeri orang
Padahal di negeri sendiri
Kerana tidak ada siapa yang ingin bertanya,
berkenal dan bermesra
Lebih-lebih lagi tidak akan ada sesiapa
Yang mengajak ke rumah sebagai tetamunya
Tegur sapa sesama umat Islam terlalu kurang
Memberi salam jarang sangat berlaku
Kalau kita orang yang baru datang di satu tempat
Dia pandang kita, kita pandang dia
Namun tegur sapa ingin tahu sudah jarang terjadi
Hanya pandang-memandang, namun ingin berkenal jauh sekali
Umat Islam hari ini masing-masing satu sama lain curiga-mencurigai
Kerana itulah kemesraan sudah tidak ada lagi
Ingin berkenal satu sama lain sudah tidak perlu
Betapalah untuk mendapat kawan, jauh panggang dari api
Aduh, sepinya dunia ini
Walaupun di dalam hiruk-pikuk manusia
Sekalipun di tengah ramai
Tapi umat Islam sudah hidup nafsi-nafsi
Masing-masing menjaga diri
Satu sama lain tidak percaya-mempercayai
Sungguh rasa asing sekali ke mana kita pergi
Sungguh rasa sepi di mana sahaja kita berada
Di negeri sendiri terasa macam berdagang di negeri orang
Sekarang ini seolah-olahnya kita musafir sepanjang masa
Kerana orang tidak ingin hendak berkenal dengan kita
[ Last edited by hambasufi at 20-1-2007 11:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jiwa Sudah Hilang
Di waktu manusia hidup nafsi-nafsi
Di masa manusia mementingkan diri
Ketika sifat kemanusiaan telah tercabut di dalam hati
Kerana rasa bertuhan sudah mati, rasa kehambaan punah sama sekali
Aduh seksanya hidup
Walaupun hidup di dalam masyarakat ramai terasa sepi
Inginkan kasih sayang, kasih sayang sudah hilang
Mahukan simpati, ia telah mati
Inginkan bantuan, bantuan telah gersang
Tidak ada seorang pun yang boleh dipercayai lagi
Kerana kejujuran dan amanah telah punah
Dengan siapalah hendak mengadu
Bukan sahaja pengaduan tidak dipeduli
Bahkan adakalanya dikhianati dan ditipu pula
Aduh sedihnya! Manusia sudah kehilangan jiwanya
Kerana itu timbang rasa sudah tiada
Manusia sudah kehilangan hatinya
Lantaran itulah cinta-mencintai sudah mati
Tuhan! Berapa lama lagikah Engkau biarkan kami hidup begini?!
Bila lagikah seorang penyelamat Engkau lahirkan di kalangan kami?!
Agar mengembalikan rasa bertuhan yang sudah mati
Dan mengembalikan kasih sayang yang sudah hilang
Agar manusia hidup sesama mereka bagaikan satu keluarga
[ Last edited by hambasufi at 20-1-2007 11:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bawalah Tuhan Dalam Perjuangan
Jangan hanya bersyariat sahaja tanpa membawa Tuhan sama
Bersyariatlah bersama Tuhan agar rasa bertuhan dan rasa kehambaan hidup di jiwa
Berpuasalah, berzakat dan berhajilah bersama Tuhan agar tebal rasa kehambaan
Juga agar ibadah-ibadah itu membangunkan insaniah atau memberi kesan
Begitulah seterusnya berjuanglah bersama Tuhan
Kalau Tuhan tidak dibawa bersama di dalam perjuangan
Perjuangan kita akan jadi perjuangan ideologi
Sekalipun perjuangan itu selaras dengan syariat Tuhan
Memperjuangkan syariat Tuhan tidak bersama Tuhan akan lahir sifat-sifat mazmumah
Di dalam dia bersyariat sombong, ego, riyak, gila nama, gila glamour terbawa sama
Di dalam bersyariat takut atau cintanya dengan Tuhan sudah tiada
Tapi kalau bersyariat dan berjuang bersama Tuhan
Dari syariat dan perjuangan itu lahirlah akhlak yang mulia
Lahir sifat kasih sayang, timbang rasa, dan mengutamakan manusia
Terbit dari sifat mahmudah, bertolong bantu, dan kerjasama
Merendah diri, sabar dan redha, tawakal subur bersama
Dari syariat dan perjuangan lahirlah peribadi-peribadi yang indah
Bahkan buatlah apa sahaja, tapi biarlah bersama Tuhan
Agar bersyariat itu kerana Tuhan
Bukan bersyariat untuk syariat atau untuk fadhilat
Agar dari bersyariat dan berjuang itu kita benar-benar kenal Tuhan
Jangan sampai berjuang dan bersyariat sampai tidak kenal Tuhan
Kalau berlaku seseorang itu bersyariat dan berjuang tidak kenal Tuhan
Atau bersyariat dan berjuang tidak bersama Tuhan
Sia-sia sahajalah syariat dan perjuangan itu
.
[ Last edited by hambasufi at 20-1-2007 11:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lawanya kaler. ..
warna warni. .. .
terasa dok kat negara gay jer. .. |
|
|
|
|
|
|
|
nice fonts and colours. give us somemore rainbows please :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat iklan pen kaler2 selingan citer Doraemon. Warna dapat membantu daya ingatan :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hambasufi at 20-1-2007 11:03 AM
Hehehehehe. This one may be bows:pompom: :bodek:
aaaaahhhh.. so nice ... give us some more..:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Azam
Azam cita-cita yang tinggi dan berpandangan jauh
Azam adalah kemahuan yang keras
Keyakinan yang tidak berbelah bagi
Untuk mencapai cita-cita
Kesabaran yang luar biasa, tahan dan tabah
Berhadapan dengan ujian dan cabaran
Sanggup menderita untuk mencapai cita-cita
Azam adalah orang yang tidak dikecewakan oleh kegagalan
Tidak dibatalkan oleh tawaran-tawaran kesenangan dan kemewahan
Kalau terpaksa rehat kerana halangan
Dia berfikir untuk mengatasi keadaan
Jika ada peluang dia akan teruskan perjuangan
Jemu tidak ada di dalam kamus hidupnya
Kecewa apatah lagi tidak ada di dalam fikirannya
Halangan, rintangan, cabaran tidak dapat menggugatnya
Kalau dapat kemenangan atau kejayaan
Tidak membunuh kemahuannya
Jika mendapat kegagalan tidak mematikan semangatnya
Jiwanya sentiasa subur untuk mencapai matlamat perjuangannya
Pada dia tidak ada gunung yang melemahkan semangatnya
Tidak ada lautan yang mematahkan cita-citanya
Perjalanan yang panjang bukan menjadi ukurannya
Perjuangannya mati bersama kematian jasadnya
Itulah dia erti azam
Kesabaran dan ketabahan yang luar biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Buat Perubahan Pada Diri Terlebih Dahulu
Kalau kita bersyarah di hadapan orang
Anggaplah kita bersyarah kepada diri kita
Orang ramai hanya menumpang mendengar sahaja
Yang patut lebih dahulu mengamalkannya adalah kita
Jika sering kita bersyarah orang tidak berubah
Apakan daya hidayah bukan di tangan kita
Yang penting diri kita semakin berubah
Kita yang bersyarahlah role modelnya
Kalau setiap kali kita bersyarah orang tidak berubah
Janganlah marah-marah kepada mereka
Lebih-lebih lagi jangan maki hamun terhadap mereka
Yang eloknya marah-marahlah kepada diri kita
Kerana kita menyuruh orang kita lupa diri kita
Orang tidak berubah, doakan mereka
Kita tidak berubah celalah diri kita
Jangan pula mencela mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Long Live Hambasufi ! ! :tq: :tq: :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by naz_1969 at 20-1-2007 11:38 AM
Long Live Hambasufi ! ! :tq: :tq: :tq:
May Allah Bless U:love:
|
|
|
|
|
|
|
|
Hayati Islam itu dengan Hati, Lidah dan perbuatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah Apa Sahaja Kerana Tuhan
Carilah pangkat bukanlah satu kesalahan
Tapi biarlah kerana Tuhan dan untuk Tuhan
Mencari pangkat kerana Tuhan kepentingannya untuk insan
Dari sini boleh timbulkan kasih sayang
Carilah kekayaan supaya dapat diagih-agihkan sesama insan
Tidak semua insan mendapat kekayaan
Yang tidak dapat dibela oleh orang-orang kaya
Di sini boleh menjalinkan kasih sayang sesama yang tidak punya
Carilah ilmu ia adalah satu kewajipan
Carilah ilmu atas nama Tuhan, untuk Tuhan
Faedahnya nanti dapat di manfaatkan sesama insan
Ia juga boleh melahirkan kasih sayang
Tidak salah jadi pemimpin, ia diperlukan
Untuk membela rakyat semua lapisan
Tidak ada pemimpin rakyat tidak ada pembelanya
Terdedahlah rakyat kepada kesusahan, orang jahat ambil kesempatan .
Carilah apa sahaja, buatlah apa sahaja
Asalkan di halalkan oleh Tuhan dan undang-undang
Setiap apa sahaja dibuat, kalau kerana Tuhan
Semua golongan akan jadi selamat dan menyelamatkan
Kalau buat apa sahaja bukan kerana Tuhan
Masing-masing nanti akan mengambil kesempatan
Mengambil kesempatan berlaku kemarahan Tuhan
Di sini juga akan berlaku perpecahan dan permusuhan
|
|
|
|
|
|
|
|
Cacian Dan Pujian
Kalau kita dicaci orang
Janganlah marah-marah kepadanya
Terima sahajalah dengan dada yang lapang
Cacat cela memang sifat hamba
Sama ada terang-terangan mahupun tidak nyata
Kalau boleh menerima cercaan orang
Ada harapan boleh membaiki diri kita
Jika orang memuji kita
Janganlah kita menerimanya
Pujian itu bukan hak kita
Ia milik Tuhan semesta
Tuhan sahaja yang layak menerima pujian
Kerana Dia sahajalah yang Maha Sempurna
Bila kita dipuji orang kembalikan sahaja kepada-Nya |
|
|
|
|
|
|
|
lu pun sama je, cakap lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Di Akhir Zaman Sudah Ramai Umat Islam Yang Kehilangan Tuhan
Di akhir zaman sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan
Atau mereka sudah tidak fikirkan lagi adanya Tuhan
Hingga mereka sudah tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam kehidupan
Walaupun mereka percaya adanya Tuhan,
tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah Tuhan tidak campur tangan
Oleh itu umat Islam sudah ramai tidak perlukan Tuhan
Kalau mereka pandai adalah usaha mereka Tuhan tidak kena-mengena
Jika mereka kaya, berpangkat, berkuasa kerana kemampuan mereka,
Tuhan tidak ada kuasa menentukan nasib mereka
Tuhan itu hanya sekadar ada
Peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada
Cuma sekali-sekala terasa perlukan Tuhan,
setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka
Seperti sakit, miskin, dianiaya sesama mereka
Barulah mereka berdoa atau meminta kawan-kawan tolong doakan keselamatan mereka
Setelah baik atau senang semula lupa pula dengan Tuhan, Tuhan tidak diperlukan pula
Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam di akhir zaman
Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang,
berpuasa, naik haji, sama aja
Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya
Jadi yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah mereka
Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama aja
Kalaupun percaya adanya Tuhan,
Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup mereka
Kalau begitu umat Islam pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada
Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicintai tidak ada di dalam perasaan mereka
Side effectnya apa sudah terjadi?
Orang beragama dengan tidak, perangainya sama aja
Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar,
sama-sama bergaduh,
sama-sama berkrisis
Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang rasa,
sama-sama tidak peduli-mempeduli
Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah,
sama-sama tidak merendah diri
Mengapa perangai sama?
Mengamalkan agama hanya tradisi, warisan,
tidak ada ilmu, tidak dihayati,
hanya harap pahala
Bukan ditunjang oleh takut atau cintakan Tuhan,
maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia
|
|
|
|
|
|
|
|
Formula Atau Kaedah Perpaduan
Cintakan Allah, membawa cinta sesama manusia
Cinta sesama manusia
membawa perpaduan sesama sebangsa
Cinta sebangsa membawa cinta sesama manusia
Baru kita tahu perpaduan itu diikat oleh
cinta manusia dengan Allah
Rahsia perpaduan adalah cintakan Allah
Allah Taala adalah tali pengikat perpaduan bangsa
Kalau bukan cintakan Allah,
cinta sesama manusia tak akan ada
Jika cinta sesama manusia tidak wujud,
perpaduan bangsa tidak mungkin menjelma
Formula atau kaedah perpaduan adalah cintakan Allah
Janganlah cari formula-formula atau kaedah selainnya
Perpaduan yang diikat oleh selain Allah
Adalah perpaduan yang reput dan rapuh
Untuk perpaduan bangsa
marilah kita perjuangkan cintakan Allah lebih dahulu
Setelah cintakan Allah, otomatis perpaduan akan berlaku
Janganlah perjuangkan perkara-perkara lain lebih dahulu
Kalau kita lakukan habis masa terbuang
perpaduan bangsa tidak akan menjadi kenyataan
Jangan syak lagi, jangan sangsi
Bahawa perpaduan bangsa itu
adalah cintakan Allah lebih dahulu
Perjuangkanlah Allah agar dia dicintai
Perpaduan bangsa akan berlaku secara realiti |
|
|
|
|
|
|
| |
|