CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14731|Reply: 108

Bicara Sang SUFI

[Copy link]
Post time 9-2-2007 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum sumer,


apa kata di thread ini kita paparkn bicara-bicara sufi yang mudah dan ringkas untuk kita fahami. Banyak mutiara-mutiara ilmu yang kita akan dapati daripada golongan2 ini  yang sudah mencapat tahap ilmu makrifat dan ilmu hakikat.

[ Last edited by  rainbows at 9-2-2007 07:56 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2007 07:55 AM | Show all posts
Imam Hatim Al Asam adalah murid Imam As Syaqiq Al Bakhi rhm. Beliau pernah ditanya oleh gurunya (Syaqiq al baqhi) :

Engkau telah belajar daripada ku selama 30 tahun lamanya. Maka apakah ilmu yg telah engkau dapatkan daripada aku?

Hatim Al Asam telah menjawab :

Aku telah menghasilkan lapan faedah daripada segala apa yang aku telah pelajari. pada hemat saya lapan faedah ini sudah memadai untukku, kerana aku mengharapkan keselamatan dan kesejahteraannya (pada hari kiamat nanti)

lalu Syaqiq berkata : Apa dia lapan faedah itu?

Hatim Al Asam menjawab : Lapan faedah itu adalah :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 08:02 AM | Show all posts

Faedah yang pertama

Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk2 yg ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yg dikasihinya dan yg diasyikkannya dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian drpd sesuatu yg dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga ke masa ia sakit sahaja dan ada pula yg sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur.


Manakala yg lainnya akn terus balik dan tidak mahu untuk bersama-sama dengan kekasihnya di dalam kubur. Dia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur itu.

Lalu aku terus berfikir dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahwa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yg setia mengiringi kekasihnya ke dalm kubur dan menjadi penghibur dan teman setianya.

Dan tidak ada kekasih yg bersedia utk berbuat demikian selain daripada amalan soleh, maka aku terus menjadikan amalan soleh ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, dan menghiburkan hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku sendirian.

[ Last edited by  rainbows at 9-2-2007 08:04 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2007 02:21 PM | Show all posts
tak salah kalau haramkan amalan SESAT (yg menyalahi aqidah)  yg didakwa sebagi amalan SUFI....

tetapi,

mengharamkan amalan SUFI yg tidak melanggar tuntutan Al quran, Sunnah, Ijma ulamak dan qias itu yang menyebabkan KEHARAMAN tersebut berbalik kepada org yg mengharamkannya....

[ Last edited by  ibnur at 20-2-2007 09:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 10:38 PM | Show all posts
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ......

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan de ngan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan< FONT face=Arial size=3> Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubu h)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil ber fikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 11:25 PM | Show all posts
spirkaklampuru,

I'll dwell on this if you could translate it in English please.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2007 12:45 AM | Show all posts

Reply #8 barney50's post

Hehehe....Barney my Hindu friend, since when you're interested to know about Islam and came visiting here?
Anyway i'll translate u this...
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging (eat meat including beef)
2. memakai haruman (use perfume for your body and not cow dung)
3. kerap mandi (always take a bath with water not oil)
4. berpakaian dari kapas (clothing from cotton and not only white color and half naked)

Thats all for the night. Bye and manikam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2007 11:41 AM | Show all posts
Faedah yang Kedua

Sesungguhnya aku melihat sekalian makhluk ini sentiasa mengikuti kehendak nafsu mereka dan bersegera menunaikan apa jua kehendaknya.

Lalu aku memikirkan firman Allah SWT yg berbunyi;

Maksudnya : Dan adapun orang yg takut akan berdiri di hadapan Tuhannya dan menahan nafsu daripada kehendak -kehendaknya maka orang itu akan dijadikan baginya syurga itu sebagai tempat tinggalnya

Daripada pemikiranku terhadap ayat ini maka timbul satu keyakinan didalam hatiku bahwa Al Quran itu adalah benar, dan nafsu itu mesti dimusuhi, lalu akupun menjadikannya sebagai musuh dan berjuang utk menentangnya.

Dan aku tdk pernah memanjakannya sehingga ia tunduk kpadaku dan merasa puas hati dengan tugasnya utk taat dan beribadat kepada Allah SWT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2007 10:29 PM | Show all posts
Faedah Yg Ketiga

Sesungguhnya aku melihat setiap org berusaha utk menghimpunkan mata benda dunia ini sebanyak-banyaknya kemudian ia menahannya dan tidak mahu mendermaknnya, lalu aku memikirkan akan firman Allah SWT yg berbunyi :

Maksudnya;

Apa yg ada disisimu itu akan habis, pahala yg ada disisi Allah itu akan kekal

Lalu akupun terus suka mengorbankan apa jua yg aku dapatkan daripada harta benda dunia, dan aku suka membahagikaannya di kalangan fakir dan miskin, supaya harta benda itu menjadi pahala yg tersimpan di siisi Allah SWT
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 02:10 AM | Show all posts
berbahagia kalau kita dapat mengamalkan ilmu2 tasuf tersebut ,

sesungguhnya ilmu tasauf itu dapat menyucikan hati kita ini dari

perkara2 batil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2007 08:31 AM | Show all posts
Faedah yang Keempat

Sesungguhnya aku melihat sebahagian daripada makhluk ini ada yg menyangka bahwa kemuliaan dan keagungan itu terletak pd byk kaum dan pengikutnya, lalu dia tertipu dgn cara berfikirnya.
Dan ada pula sebahagian drpd mereka yg menyangka bahwa kemuliaan dan keagungan itu terletak pada harta dan anak buah lalu dia merasa sombong dgn yg demikian itu, bahkan ada pula yg menyangka bahwa kemuliaan dan keagungan itu bepunca daripada kemampuan merampas hak orang lain dan menzalimi mereka serta menumpahkan darah mereka
Dan ada pula yg menyangka kemuliaan dan keagunagn itu berpunca daripada byk membuang2 harta dan melakukan pembaziran dan keterlaluan dalam berbelanja.

Lalu aku memikirkan firman Allah SWT yg berbunyi :

Maksudnya : Sesungguhnya orang yg paling mulia di sisi Allah SWT itu ialah orang yang paling tinggi takwanya.

Maka aku memilih jln takwa utk mendapatkan kemuliaan itu dan aku yakin sepenuh hati bahwa apa yg disebutkan di dalam Al quran itu benar dan sangkaan-sangkaan mereka yg aku sebutkan tadi adalah batal dan palsu belaka.
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 13-2-2007 08:40 PM | Show all posts

Ada satu kisah...

Kisah dari seorang Guru saya, katanya : "Ada satu kisah tentang 10 orang pemuda yang ingin menuntut ilmu agama mengkhusus kepada mentauhidkan Allah swt.  Setelah saban tahun menuntut, maka suatu hari Tok Guru memanggil mereka.  Bersama dengan Tok Guru tersebut ada 10 ekor ayam.  Tok guru menyuruh setiap pemuda mengambil setiap seorang seekor ayam dan mereka diminta menyembelih ayam itu tanpa diketahui oleh selain dari diri orang meyembelih ayam tersebut dalam jangkamasa yang ditetapkan.  Maka masing-masing pun berusaha menepati arahanTok Guru mereka.  Ada yang pergi ke bawah tangga, ada yang masuk ke dalam hutan dan sebagainya.  Apabila tempoh yang diberi tamat maka datanglah mereka ke Tok Guru menunjukan hasilnya.  Didapati 9 ekor ayam telah disembelih sedangkan seekor masih lagi hidup.  Melihatkan keadaan itu Tok Guru berkata bahawa anak muridnya itu telah melupai ajaran yang telah diberikan di mana hanya seorang sahaja yang lulus.  9 pemuda merasa pelik mengapa Tok Guru berkata demikian sedangkan mereka telah menurut arahan Tok Guru.  Tetapi Tok Guru menjawab pertanyaan mereka dengan bertanyakan dengan pemuda yang tidak meyembelih ayamnya mengapa dia tidak sembelih ayam tersebut.  Maka pemuda itu pun menjawab :"Tidak mungkin saya dapat menyembelih ayam itu tanpa diketahui oleh Allah swt".  Itulah kisahnya.... harap kita sama-sama membuat renung.....

[ Last edited by  f@uzi at 13-2-2007 08:43 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by f@uzi at 13-2-2007 08:40 PM
Kisah dari seorang Guru saya, katanya : "Ada satu kisah tentang 10 orang pemuda yang ingin menuntut ilmu agama mengkhusus kepada mentauhidkan Allah swt.  Setelah saban tahun menuntut, maka s ...


cukup memberi pengajaran....tq....sulitnya mengamalkan ilmu, berilmu belum tentu dapat diamalkan....
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 14-2-2007 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 14-2-2007 09:23 AM


cukup memberi pengajaran....tq....sulitnya mengamalkan ilmu, berilmu belum tentu dapat diamalkan....


Bukan semua orang diberi Allah swt ilmu.... yang sebahagian diberi ilmu tu pulak bukan semua diberi faham... dari yang faham bukan semua yang dapat menghayati... yang menghayati pula bukan semua diberi ikhlas.... emmmm..... banyaknya tangga nak didaki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by f@uzi at 14-2-2007 08:20 PM


Bukan semua orang diberi Allah swt ilmu.... yang sebahagian diberi ilmu tu pulak bukan semua diberi faham... dari yang faham bukan semua yang dapat menghayati... yang menghayati pula bukan se ...


huhuhuhu.....sukar tetapi kita mesti sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT dan tidak boleh putus harapan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 01:54 AM | Show all posts
Nabi s.a.w. bersabda; "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2007 07:43 AM | Show all posts
Faedah yang Kelima

Sesungguhnya aku melihat ramai orang yang saling memaki dan umapt mengumpat dan aku dapati hal ini berpunca daripada sifat hasad dalam memiliki harta, kedudukan atau ilmu.

Lalu aku memikirkan firman Allah SWT yg berbunyi :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka di atas dunia ini

Maka akupun faham bahawa pembahagian segala nikmat itu adalah daripada Allah SWT sejak azali lagi oleh kerana itu aku tidak pernah berhasad akan ssiapa dan aku merasa puashati dengan pembahagian yang dilaksanakan oleh Allah SWT.
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 15-2-2007 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 14-2-2007 09:52 PM


huhuhuhu.....sukar tetapi kita mesti sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT dan tidak boleh putus harapan....


Kita hanya berusaha untuk melakukan yang terbaik ... sedangkan kesanNya Allah yang tentukan... sesungguhnya Rahmat Allah melebihi murka Nya...
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 15-2-2007 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 15-2-2007 01:54 AM
Nabi s.a.w. bersabda; "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim



Ya... dengan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita akan mendapat yang terbaik....
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 16-2-2007 01:10 AM | Show all posts

Reply #16 f@uzi's post

yuup... banyaknya titian...
marilah kita cuba meniti perlahan2 agar tdk jatuh krn yg dibekal itu ilmu... amat sukar utk dtipu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.080260 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list