View: 5232|Reply: 26
|
Haram percaya Safar bulan bawa bencana
[Copy link]
|
|
Haram percaya Safar bulan bawa bencana Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SAFAR adalah bulan kedua dalam kalendar Islam. Dalam bahasa Arab, Safar bermaksud kosong. Sudah menjadi kebiasaan orang Arab pada Safar ini, meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka kerana melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara mereka, berdagang dan sebagainya.
Dalam lipatan sejarah Islam, Safar juga mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan seharian.
Di antara peristiwa penting itu ialah pernikahan Rasulullah SAW dengan Khadijah Khuwailid. Ia berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul. Safar juga menyaksikan kebenaran berperang yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah.
Peperangan pertama disertai Rasulullah SAW adalah Wudan atau Abwa' bagi menentang kekufuran. Seterusnya, peperangan Bi'r Ma'unah juga berlaku pada tahun ke-4 Hijrah, di bawah pimpinan al-Munzir 'Amr As Sa'idi.
Al-Munzir ditugaskan berdakwah dan mengajar agama Islam dan al-Quran kepada Bani 'Amir. Peperangan ini disertai 40 sahabat Rasulullah SAW.
Selain itu, Safar mencatat tragedi al-Raji'. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-3 Hijrah atau ke-4 Hijrah membabitkan tujuh sahabat baginda diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan al-Qarah.
Bagaimanapun, kaum itu mengkhianati perutusan dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah).
Di antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib 'Adi, Marthad Abi Marthad al-Ghanawiy, 'Asim Thabit dan Zaid al-Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib 'Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) juga berlaku pada Safar tahun ke-7 Hijrah dengan disertai 20 sahabat wanita antaranya Ummu Salamah, Safiyah Abd Mutallib dan Ummu Aiman. Di dalam peperangan itu, seramai 15 sahabat gugur syahid manakala pada pihak Yahudi pula seramai 73 terbunuh.
Demikian antara peristiwa penting yang berlaku pada Safar dirakamkan oleh sejarawan untuk dijadikan bahan pengajaran kepada umat Islam.
Bagaimanapun, masih terdapat sebahagian umat Islam terutama yang lemah akidah mempercayai kepada sempena baik, prasangka buruk atau nahas terhadap Safar ini, khususnya pada Rabu akhir bulan.
Lebih malang lagi, mereka percaya bahawa pada Safar ini, Allah akan menurunkan puluhan ribu bala yang akan menimpa umat manusia, sedangkan bala sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila masa yang dikehendaki Allah.
Justeru, berdasarkan kepercayaan karut itu, ada umat Islam yang menulis ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan di dalam tempayan atau kolam atau perigi atau seumpamanya untuk diminum atau mandi konon untuk mendapatkan perlindungan daripada bala buruk pada hari itu.
Perlu ditegaskan bahawa kepercayaan karut seumpama itu berpunca daripada amalan atau kepercayaan jahiliah yang dilarang Islam. Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 揟idak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta seperti kamu melarikan diri daripada singa yang bengis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mandi, jamu makhluk halus bukan cara tolak bala
SANGKAAN atau kepercayaan khurafat bahawa kononnya Safar membawa bala dan musibah berlaku sejak dulu lagi. Bagi masyarakat yang tidak usul periksa, terus menerima serta mempercayainya.
Sebagai natijahnya, kepercayaan karut-marut itu terus membelenggu mereka yang lemah jiwa dan imannya hatta terus membudayakan amalan berbau syirik itu.
Kepercayaan ada perkara sial atau bala pada sesuatu hari, bulan dan tempat itu sesungguhnya adalah sebahagian kepercayaan orang jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Manakala amalan bersuka ria dan mandi-manda pada Safar pula dikatakan ada kaitan dengan perbuatan orang Yahudi. Perbuatan itu diriwayatkan berlaku ketika Nabi SAW sedang gering pada bulan Safar, iaitu tatkala Baginda kian menghampiri saat kewafatannya.
Kaum Yahudi yang benci kepada Nabi SAW rasa senang dan gembira mendengar berita Baginda sedang sakit.
Sebagai melahirkan rasa kegembiraan dan kesukaan, mereka mengadakan pesta mandi-manda.
Ada juga pendapat yang mengaitkan amalan mandi-manda sama ada di sungai atau di pantai pada bulan Safar itu dengan upacara keagamaan penganut Hindu yang mandi di sungai Ganga di India, tujuannya untuk mensucikan diri daripada dosa.
Sesungguhnya Allah tidak menetapkan bahawa sesuatu hari ataupun bulan tertentu itu mendatangkan bala atau membawa perkara buruk. Ini bererti bulan Safar seperti juga bulan yang lain tidak menjanjikan perkara buruk berlaku.
Seseorang boleh ditimpa musibah meskipun dia duduk senang-lenang di rumah kerana yang menentukan untung nasib atau keadaan hidupnya bukanlah hari, bulan dan kemewahan harta benda, akan tetapi semua urusan sama ada yang baik mahupun buruk itu sebahagian daripada ketentuan Ilahi.
Oleh hal yang demikian, menghindari sesuatu bencana bukanlah dengan cara mandi tolak bala atau menjamu makhluk halus yang dikatakan sebagai penyebab sesuatu musibah.
Cara yang sepatutnya ialah memohon pertolongan Allah dengan berdoa kepada-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya terutama sekali perbuatan yang berbau syirik atau mempersekutukan Allah.
Syirik atau mempercayai ada kuasa lain selain Allah adalah satu kesalahan yang dosanya tidak diampunkan Allah.
Firman Allah yang maksudnya: 揝esungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain daripada syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia tersesat sejauh-jauhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kikis kepercayaan Safar merupakan bulan sial
Oleh W. RAHIMAH DERAMAN
BERLALU sudah 3O hari Muharam di tahun baru Hijrah 1428. Kini giliran Safar meneruskan tempoh 29 hari berikutnya.
Jika Muharam bermula niat, azam dan tekad baru untuk menghijrahkan diri pada keimanan, apa pula cerita di bulan kedua dalam kalendar Hijrah bagi tahun Qamariah dalam Islam, iaitu bulan Safar ini?
Benarkah bulan Safar bulan musibah? Masih wujud lagikah amalan, adab dan budaya khurafat yang menjurus pada kufur serta syirik di kalangan umat Islam pada setiap datangnya Safar?
Cerita mengenai amalan budaya Arab jahiliyah yang meresap dalam masyarakat Melayu kuno itu terus berulang tiap kali berlalunya Muharam.
Malah, amalan khurafat dan mitos bulan Safar bagi yang jahil dan batil mengenai Islam itu dikatakan terus dilakukan segelintir Muslim yang rigid dengan adab dan budaya tinggalan kuno itu.
Jika benar, segeralah hentikan dengan beristighfar dan mohon keampunan pada Allah s.w.t. agar azam berhijrah pada keimanan awal Muharam lalu terus terpelihara. Perlu diingat amalan sebegini akan menjerumuskan Muslim pada kekufuran dan syirik.
Soalnya, mengapa bulan Safar terus dikaitkan dengan adat, budaya dan kepercayaan khurafat, tahyul serta bidaah dengan menyifatkannya sebagai bulan sial dan penuh malapetaka.
Adakah setiap musibah atau bencana yang berlaku itu hanya di bulan Safar? Jika demikian, bagaimana dengan banjir besar dalam dua fasa di Johor yang lalu dan pelbagai bencana menggemparkan yang melanda seluruh ummah sepanjang 11 bulan lain pada setiap tahun?
Logik akal sudah menjelaskan betapa dangkal, batil dan jahilnya pengamal adat, budaya dan kepercayaan karut marut sedemikian.
Mitos mengenai legenda Safar sebagai bulan sial dengan pelbagai amalan khurafat untuk menolak bala sepatutnya tidak wujud lagi. Begitu juga amalan lain yang bercanggah dengan tuntutan al-Quran dan al-sunah.
Dalam kehidupan moden serba canggih hasil kemajuan dan perkembangan ilmu sekarang, umat Islam mesti membebaskan diri dari belenggu tahyul dan khurafat.
Malah, sejak awal lagi Islam menegah apa juga amalan, adat mahupun budaya yang menjurus kepada khurafat dan tahyul kerana ia merosak dan memesongkan akidah serta syariah Islam.
Allah s.w.t. menegaskan dalam firma-Nya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11).
Al-Quran sebaliknya meninggikan martabat dan memuliakan bulan-bulan tertentu dengan janji fadilat berganda ke atas mukmin yang menjauhi kemungkaran dan kemaksiatan sama ada sesama manusia apa lagi terhadap Allah s.w.t.
Namun, anggapan Safar sebagai bulan sial dengan mengadakan pelbagai acara ritual untuk menolak bala antara adat, budaya dan amalan khurafat serta tahyul yang terus membelenggu sekelumit Muslim.
Amalan mandi Safar untuk tolak bala dan hapus dosa ini bukan sahaja karut malah dikatakan ada hubung kait dengan kepercayaan penganut Hindu melalui ritual Sangam yang mengadakan upacara penghapusan dosa melalui pesta mandi di sungai.
Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Salleh ketika diminta mengulas perkara ini berkata, tiada amalan istimewa atau tertentu yang dikhususkan untuk dirai pada bulan Safar sama ada berdasarkan ayat-ayat al-Quran, sunah Rasulullah s.a.w., sahabat mahupun para salafussoleh (para tabie).
揂malan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat harian yang diamalkan sepanjang masa di bulan-bulan yang lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatan dan nasihat mufti
- Budaya dan amalan khurafat (Safar khususnya) adalah tidak beradab dan bercanggah dengan Islam.
- Amalan khurafat merosakkan akidah.
- Amalan khurafat selama-lamanya tidak boleh seiring dengan syariat Islam yang bersumberkan dalil dan nas yang murni.
- Merupakan tinggalan adab dan budaya yang jadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.
- Khurafat tidak ada kaitan dengan sunah atau kelebihan bulan Safar.
- Suatu kesalahan jika menyandarkan Allah s.w.t. dengan sesuatu keburukan dan kejahatan.
- Khurafat adalah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan perbuatan dan kejadian alam sekeliling mengikut hawa nafsu dan pengaruh syaitan.
- Segala pantang larang dan adat bulan Safar menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.
- Setiap Muslim mesti diberi dan mencari ilmu serta memahami tentang akidah Islam secara berterusan.
- Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang syariah ke atas pengamal khurafat perlu terus dipertingkatkan.
- Hukuman maksimum dikenakan jika disabitkan dengan kesalahan.
- Media perlu mainkan peranan menjelaskan kepada masyarakat Islam.
- Pendidikan perlu ditingkatkan termasuk melalui khutbah-khutbah Jumaat dan kelas-kelas takmir di masjid serta penyebaran melalui risalah.
- Sesuatu perkara, bulan dan hari tidak boleh dijadikan ibadah (amalan) tertentu melainkan ada sumber dari al-Quran dan hadis sahih.
- Tiada sumber sahih bulan Safar boleh mendatangkan bencana dan mala petaka.
1. Mandi safar;
- Berpesta mandi beramai-ramai sama ada di pantai atau sungai.
- Menolak bala dan buang sial.
- Menghapuskan dosa.
- Berarak diiringi alunan muzik.
- Tanda kesyukuran kerana Nabi Muhammad s.a.w. sembuh dari sakit berat.
- Minum air dalam mukun (pinggan tembikar) lama bertulis nama sahabat Nabi dan simbol Islam (bulan dan bintang) untuk membersihkan dalaman tubuh.
- Menulis ayat-ayat tertentu di kertas dan mandi bersamanya.
2. Melarang mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan;
- Pasangan dikhuatiri tidak kekal.
- Dibimbangi tidak mendapat zuriat.
3. Menghalang bermusafir atau berpergian jauh.
- Boleh mendatangkan bahaya atau musibah.
4. Rabu minggu terakhir bulan Safar puncak hari sial;
- Upacara ritual menolak bala dan buang sial sama ada di pantai, sungai atau rumah (Mandi Safar).
- Hadiahkan kepada diri dan keluarga dengan bacaan syahadah (3 kali), beristighfar (300 kali), ayat Kursi (7 kali), surah Al-Fil (7 kali),
- Jangan keluar rumah.
5. Membaca jampi serapah tertentu untuk menolak bala sepanjang Safar.
6. Menjamu makan makhluk halus yang dikatakan penyebab sesuatu musibah.
7. Menganggap bayi lahir bulan Safar bernasib malang;
- Perlu jalani upacara timbangan buang nasib buruk.
- Penumbuk padi, kain putih, sebekas air, seikat kayu, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda diguna semasa timbangan.
8. Mempercayai dalam perut manusia ada 慼ayyah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesemua bulan-bulan Islam tiada kejahatannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 20-2-2007 10:42 PM
- Minum air dalam mukun (pinggan tembikar) lama bertulis nama sahabat Nabi dan simbol Islam (bulan dan bintang) untuk membersihkan dalaman tubuh. ...
inilah contoh amalan khurafat yg menggunakan nama Islam, tapi sebenarnya khurafat. Buat kerja setan, guna nama sahabat, guna nama Nabi.
bomoh2 melayu sampai ke hari ini masih mengamalkannya. kalau baca dlm mastika, harian metro, variasari kita boleh tengok masih ramai umat islam yg mengamalkannya. contohnya ambil cebisan 'raja kayu' & direndam dlm air lalu dibaca dgn ayat suci al-quran kononnya boleh menyembuhkan segala penyakit. itulah contoh menggunakan ayat quran utk tujuan khurafat.
Buat kerja setan, tapi guna nama Allah....lalu orang ramai yg jahil pun percaya la benda ni mcm Islamik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jendela Hikmah: Mengelak terperangkap dosa syirik
Oleh Maznah Daud
Kepercayaan karut, tolak bala bulan Safar adalah perbuatan khurafat
Kehadiran bulan Safar, bulan kedua dalam kalendar Islam memberi kesan dalam kehidupan umat Islam kerana bulan itu sering dikaitkan dengan kisah bidaah serta khurafat yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Oleh itu, ada di kalangan kita yang masih terbelenggu dengan kepercayaan diwarisi turun-temurun mengenai 慿esialan |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siol pada bulan Safar
Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS
Masyarakat Arab zaman jahiliah memang terkenal dengan mengerjakan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat.
Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan-gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.
Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut. Perkara sebegini disebutkan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara.
Islam menyelar budaya tathayyur dan menganggap ia perbuatan yang mencemar kemurnian tauhid.
Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata. Firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad): 揟idak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal |
|
|
|
|
|
|
|
...mungkin tak jadi masaalah lagi sekarang di malaysia ni...ramai melayu dah tak tahu bulan-bulan islam ni melainkan爎amadhan燿an爏hawal. |
|
|
|
|
|
|
|
Safar bulan bala kepercayaan karut jahiliah
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SAFAR adalah bulan kedua dalam kalendar Islam. Dalam bahasa Arab, safar bermaksud kosong. Menjadi kebiasaan orang Arab, pada Safar mereka meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka kerana melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara dan berdagang.
Dalam lipatan sejarah Islam, Safar juga mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi bahan renungan bersama setiap Muslim antaranya, pernikahan Rasulullah SAW dengan Khadijah binti Khuwailid.
Peristiwa itu berlaku sebelum Nabi SAW dilantik menjadi Rasul. Bulan Safar juga menyaksikan kebenaran berperang yang berlaku pada tahun kedua hijrah. Peperangan pertama yang disertai Rasulullah SAW adalah Wudan atau Abwa |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. ade lg kepercayaan mcam nie.. org tua2 dlu la.. t'gt lg ms nak kawin dlu.. nenek , atuk2 semua tak bg kami nikah bln safar ckp tak elok la ape la.. tp nak jg ht org tua kami ikut jg.. buat bln lain.
dlm islam takder semua tu.. semua bln baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku pun rasa pemilihan tarikh pembubaran Parlimen oleh Pak Lah bukan secara kebetulan . Walau pun ramai bagi teori untuk mengelakkan pertembungan DSAI dari bertanding . DSAI bebas bertanding menjelang bulan April 2008
Mungkin Petunjuk dari Tuhan bahawa kerjaya Pak Lah sebagai PM semakin menghampiri angka kosong . Sama2lah kita tunggu dan lihat . |
|
|
|
|
|
|
| |
|