CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6606|Reply: 22

SEPAK TAKRAW PANTAI

[Copy link]
Post time 24-2-2007 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Takraw pantai guna bola tanpa lubang

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2007 02:36 AM | Show all posts
Pelapis sertai sepak takraw pantai

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:17 AM | Show all posts
sapa besa main takraw pantai ni?
kalau dexa ada gambaq bola dia,menrik gak neyh
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:18 AM | Show all posts
dexa,avatar ang tu x apdet la.La ni kan Crouchy ada hematoma bawah mata kiri dia..hehe,ang edit la sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 07:57 AM | Show all posts
oohhhh maen kat pantai... mau tanggal kulit kaki nih uh oh sakit panas oh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2007 03:19 AM | Show all posts
Takraw Pantai Asia ditunda ke Julai

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2007 10:46 PM | Show all posts
ko orang tengok ler.... dengan pengenalan sepaktakraw pantai baru ini, malaysia biasanya akan ketinggalan lagi.... kita boleh tengok dari dulu.... malaysia selalunya ketinggalan atau lambat dalam mengikuti sebarang pembaharuan dalam permainan sepaktakraw ni walaupun malaysia merupakan kuasa kuat tradisional dalam permainan ni..... kita tengok setiap kali pembaharuan sejak dahulu lagi.... kita sebagai kuasa kuat sukan ni, kita sepatutnya berjaya mengambil peluang untuk menguasai setiap pembaharuan dengan cepat.... tetapi setiap kali ada perubahan dan pembaharuan dibuat, kita ketinggalan....... lihatlah bila sepaktakraw wanita diperkenalkan dulu, thailand juga yang menguasai, sampai sekarang malaysia ketinggalan, malahan  ketinggalan kepada myanmar dan vietnam dalam kategori wanita ini.... kemudian sepaktakraw bulatan hoops diperkenalkan, thailand juga yang cepat menguasai..... walaupun thailand yang memperkenalkannya, tetapi kita tiada alasan untuk gagal berusaha menguasai dan menandingi thailand.... sekarang sepaktakraw pantai pula, ko orang tengok ler, thailand jugak yang power nanti..... sudah ler sepaktakraw tradisional kita dah ketinggalan dan berhempas-pulas kita selama ini nak menandingi thailand semula.... tapi nampaknya selagi sikap kita yang tidak kompetitif dan tidak berdaya-saing.... selagi itulah kita takkan maju dalam permainan ini.... ko orang tengok ler, kalau kita tak berubah, last-last sepaktakraw ni kita akan jadi macam bolasepak, tidak hairan suatu hari nanti kita kalah kat semua pasukan sepaktakraw negara asean.

[ Last edited by  riccckyyy at 3-4-2007 10:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 01:53 AM | Show all posts
sepak takraw sungai tadak ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #8 hyphrigian's post

hehe sepak takraw parit pon ok gak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 03:33 PM | Show all posts

Reply #9 ReuK's post

nak main dalam parit.....
tak kuasa i tawwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 07:45 AM | Show all posts
Originally posted by hyphrigian at 5-4-2007 01:53 AM
sepak takraw sungai tadak ka?



saje tanya ke  
tu rhetorical tu, totti --

macam volleyball gak
ada beach volleyball  - lama dah
tapi memang tak ada river volleyball
or creek volleyball

kalau totti nak main takraw kat tepi sungai
tak ada hal - boleh saja --
totti boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 07:45 AM | Show all posts
Kejohanan Sepak Takraw ASEAN perkenal acara pantai

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 06:25 AM | Show all posts
Sepak takraw pantai diperkenalkan kepada dunia

PETALING JAYA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 10:34 PM | Show all posts
30 Jun, 2008
Skuad Sepak Takraw Pantai Negara Impikan Perak Di Bali


KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pingat perak menjadi taruhan skuad sepak takraw negara pada Sukan Pantai Asia yang julung kali diadakan dari 10 hingga 28 Oktober ini di Bali, Indonesia.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail berkata pasukan itu mempunyai harapan meraih sekurang-kurangnya satu pingat perak walaupun ini adalah kejohanan yang pertama bagi acara sepak takraw pantai.

"Kita tidak membuat sasaran pingat yang lebih tinggi kerana ini merupakan temasya sukan pantai Asia yang pertama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad berkata pasukan sepak takraw negeri Terengganu dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipilih untuk mewakili negara manakala pasukan wanita pula diwakili oleh Skuad Elit Sepak Takraw Kebangsaan.

Menurut Ahmad seramai 30 orang skuad negara termasuk pegawai akan mewakili negara ke temasya tersebut.

Antara acara lain yang dipertandingkan pada temasya itu adalah Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai, Bina Badan, Woodball, Renang Maraton, Jetski dan Berlayar.

Sebanyak 45 negara anggota Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) dijangka mengambil bahagian.

-- BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya pernah main takraw pantai ni ...
sama keluarga saya aje  masa kitorang buat family day dulu -
best.. and fun..  suka2 aje.. -- so not bad -
macam beach volleyballz gak - cuma volleyballz guna tangan
takraw guna kaki --   a fun sport -
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 02:35 PM | Show all posts
ada gambar tak ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 11-8-2008 02:35 PM
ada gambar tak ?



yang takraw pantai nanti saya tanya my brother -
kalau dia boleh bagi gambar2 tu

yang ada pada saya gambar masa kitorang main
beach volleyballz -

insyaallah this year punya family day - akan snap
elok2 tunjuk camana teruknya kitorang main
beach takraw ni -  saya punya kaki macam la
nak tergeliat - asyik terjatuh aje - tapi best
and fun --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2008 06:24 AM | Show all posts
Tiada ganjaran gangsa di Bali

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak berhasrat memberikan ganjaran kepada skuad sepak takraw pantai yang berjaya membawa pulang sebutir pingat gangsa antara regu daripada Sukan Pantai Asia Pertama di Bali, Indonesia yang berakhir, kelmarin.


Presidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata, sudah memadai dengan sokongan moral dan perangsang terus diberikan oleh persatuan kepada skuad bimbingan Kamarul Azri Aziz dan Ahmad Nasir Muda itu yang baru kali pertama beraksi dalam sukan baru ini di peringkat antarabangsa.

"Sebutir gangsa satu pencapaian yang OK memandangkan acara ini masih baru buat pasukan negara dan persediaan menghadapinya tidak serapi seperti dalam membentuk skuad elit sepak takraw biasa," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Skuad negara yang diperkuatkan dengan anak Adnan Saidin - Raja Sepak Takraw Asia 1986, Mohd. Faizal Adnan dan pelibas berpengalaman Sukan SEA 2001, Rosmadi Ghani meraih gangsa setelah muncul naib juara Kumpulan B dan dikalahkan Thailand 13-21 pada separuh akhir.

Mereka menewaskan Korea Selatan 21-14, Indonesia 21-20 tetapi kecundang kepada Myanmar 15-21 yang jika dimenangi mampu mengubah warna pingat yang lebih baik apabila dapat berdepan Brunei dalam separuh akhir.

Namun, agak malang ialah apabila mereka kempunan sebarang pingat dalam acara berpasukan setelah dikalahkan Thailand 2-0.

******************************************************************************


kalau dapat emas... tak apa juga bagi ganjaran.. especially
dulu malaysia ni bagus dalam takraw.. setakat gangsa - biar dulu -
lagi pun rasanya takraw pantai ni --- baru juga diperkenalkan -
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 09:24 PM | Show all posts
haha. belum apo2 dah fikir ttg nak beri ganjaran. memang mampuih la atlet2 skang. xdo motivasi diri sendiri sbb dimanjokan dgn ganjaran. ado ganjaran baru nak main semangat sikit. xdo ganjaran hancus la permainan. memang punah ranah dan rosak binasa atlit2 malaysia.

* den ingat laie maso den aktif bersukan dulu. memang xdo pun tawaran dan habuan tp bermain mati2an sbb bermain bukan dek kerno ganjaran tp kerano maruah dan semangat kesukanan yg tinggi. apo nak jd skang ni x tau la. tu yg den beralih main boling lak skang nih haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 06:19 AM | Show all posts
Originally posted by sonadid at 2-11-2008 09:24 PM
haha. belum apo2 dah fikir ttg nak beri ganjaran. memang mampuih la atlet2 skang. xdo motivasi diri sendiri sbb dimanjokan dgn ganjaran. ado ganjaran baru nak main semangat sikit. xdo ganjaran hancus la permainan. memang punah ranah dan rosak binasa atlit2 malaysia.

* den ingat laie maso den aktif bersukan dulu. memang xdo pun tawaran dan habuan tp bermain mati2an sbb bermain bukan dek kerno ganjaran tp kerano maruah dan semangat kesukanan yg tinggi. apo nak jd skang ni x tau la. tu yg den beralih main boling lak skang nih


masa dulu mana ada athletes yang sebuk nak ganjaran ini  ganjaran itu...
depa main sebab minat.. sebab suka and gave their full commitment juga
macam footballer -  zaman mokhtar... or shuttlers  zaman misbun and
phua ah hua... or athletics zaman marina china, istiaq mubaraq  even
takraw  zaman adnan saidin tu - tapi  the last 10 years ni.. nak kena bagi
imbuhan sana sini...  main pun ntah apa2... setakat gangsa pula tu -
sedangkan takraw ni dulu memang diungguli oleh malaysian --  tak lama
lagi  saya percaya south korea akan menang takraw ni... kerana kesungguhan
mereka sokmo nak improve their sports and games -
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:22 PM | Show all posts
haha. tul tuh. ontah2 tahun ni ditubuhkan sebagai negaro (namo pun xdo laie) tahun dopan dah leh kalahkan malaysia huhu sbb diorang main kerana maruah dan minat. bukan kerna uwang dan harta huhu. cam dialog filem lak den nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.101770 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list