CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16582|Reply: 27

Azoospermia

[Copy link]
Post time 1-3-2007 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki dengan Azoospermia ada harapan punyai zuriat
01-03-2007 03:15:25 PM
Oleh IBNU KHUSAIRI IBNU ARIS
KUALA LUMPUR: Pelbagai masalah pada sistem reproduktif lelaki boleh membawa kepada kegagalan menghasilkan zuriat dan salah satu daripadanya ialah Azoospermia.
Azoospermia ialah satu keadaan jarang di mana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi persenyawaan. Kira-kira 10 hingga 15 peratus lelaki di dunia dan satu peratus lelaki di Malaysia mengalaminya.

Ia merupakan salah satu daripada masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah lain yang lebih lazim seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

Keadaan ini amat sukar diterima terutama bagi lelaki yang baru berumahtangga tetapi ramai mungkin tidak mengetahui punca masalah itu dan sama ada ia boleh dirawat, kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Pakar Wanita Srivari Dr K. Thanikasalam.

      JANGAN SALAHKAN ISTERI
      
Apabila isteri tidak mengandung, biasanya suami akan menyalahkan isteri mereka mandul atau tidak subur tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu, katanya.

Lazimnya 30 peratus daripada kegagalan mendapatkan cahaya mata berpunca kerana masalah pada suami dan selebihnya disebabkan masalah pada sistem reproduktif isteri.

Menurut Thanikasalam, pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata sekurang-kurangnya setahun selepas berkahwin boleh merujuk masalah mereka ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau pakar-pakar ginekologi swasta di mana pasangan suami isteri dikehendaki menjalani beberapa ujian untuk mengetahui siapa yang bermasalah dan rawatan baginya.

Dr Thanikasalam berkata lelaki biasanya susah untuk menerima hakikat yang mereka alami Azoospermia dan ini adalah kerana kurangnya pendedahan dan penjelasan tentang keadaan ini.

"Kaum lelaki boleh mengalami tekanan emosi yang teruk apabila mendapat tahu yang mereka mengalaminya namun jika mereka mengetahui lebih banyak maklumat tentang Azoospermia, pasti ia dapat membantu menguatkan semangat mereka," katanya.

Jika anda disahkan mengalami Azoospermia ini, apa yang sebaiksebaiknya perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mendapatkan rawatan melalui pakarpakar di hospital kerajaan dan swasta serta janganlah berasa tertekan.

      PUNCA-PUNCA AZOOSPERMIA
      
Azoospermia berlaku disebabkan oleh dua faktor, faktor pertama ialah kemalangan dan jangkitan kuman manakala faktor kedua pula disebabkan keturunan.

"Faktor pertama biasa berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya.

"Jangkitan virus jika lambat dirawat akan menyebabkan ia merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya," kata beliau.

Beliau berkata faktor kedua adalah apabila Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana biasanya ia disebabkan gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu.

"Jika faktor kedua dikenalpasti sebagai puncanya, maka lelaki yang mengalami Azoospermia ini tidak mempunyai sebarang harapan atau peluang untuk mendapat anak dan hanya kuasa tuhan yang boleh membantunya," kata beliau.

      RAWATAN UNTUK AZOOSPERMIA
      
Pertamanya lelaki terbabit perlu menjalani ujian untuk menentukan sama ada air maninya mengandungi sperma.

"Kemudian kita akan berikan dia ubat dan vitamin yang merangsang pengeluaran hormon yang bertindak menghasilkan sperma," katanya.

Selepas mengambil ubat itu lelaki terbabit perlu menjalani ujian air mani sekali lagi dan jika testis dalam keadaan normal biasanya keputusan ujian air mani kedua akan menunjukkan adanya kandungan sperma walaupun sedikit.

Namun begitu, menurut Dr Thanikasalam jika testis suami itu bermasalah keputusan ujian kedua biasanya akan tetap sama iaitu masih tiada sperma dikesan dalam air maninya.

"Jika ini berlaku, biasanya suami akan dikehendaki menjalani satu pembedahan kecil di testisnya iaitu sedikit tisu akan diambil dari testisnya untuk diuji di makmal sama ada sperma dihasilkan atau tidak oleh testis si suami tadi," katanya.

Menurut beliau, jika sperma dapat dikesan dalam tisu testis suami, maka Azoospermia mungkin berlaku disebabkan saluran yang membawa sperma untuk dicampur dengan air mani itu tersumbat atau rosak.

"Kita akan lakukan pembedahan untuk membetulkan kembali saluran itu dan selepas pembedahan dilakukan, biasanya penghasilan sperma akan kembali normal," katanya.

Jika hasil daripada pembedahan biopsi ini tidak dapat mengesan sebarang kewujudan sperma, biasanya tiada apa rawatan yang boleh dilakukan untuk membetulkannya.

Menurut Dr Thanikasalam saintis perubatan di seluruh dunia masih menjalankan kajian untuk mengenalpasti punca kerosakan kekal pada testis namun ia masih belum ditemui.

      APA YANG PERLU DIELAKKAN
      
Selain itu, golongan lelaki juga harus mengelak daripada memakai seluar yang ketat kerana ini akan menganggu proses semulajadi penghasilan sperma dalam testis.

"Testis memerlukan suhu sesuai iaitu 3 hingga 5 celcius kurang daripada suhu badan normal untuk menghasilkan sperma yang baik dan mampu bersenyawa dengan ovum," katanya.

Selain itu, menurut beliau amalan pemakanan yang sihat dan tidak merokok pasti menjadikan seseorang lelaki itu sihat secara seimbang daripada segi fizikal dan seksual.

"Setiap orang harus mendapatkan pemakanan yang cukup, tidur yang cukup dan senaman yang cukup bukan sahaja untuk memastikan kesihatan sistem seksual malah sistem badan mereka supaya berfungsi dengan baik," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 1-3-2007 08:42 PM | Show all posts
isk..malu la nak pi jumpa doktor..entah apa la ya doktor tu buat nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 09:04 AM | Show all posts
rasanye..lelaki x perlu malu untuk jumpe doktor coz nie untuk kebaikan besama..rasanye lelaki perlu mengurangkan sikit ego mereka kerana salah satu punca lelaki x nak jumpe doktor adalah ego yang tinggi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2007 02:53 PM | Show all posts
jgn malu
jgn ego

abis pempuan tuh semua jupe ok jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:20 PM | Show all posts
tq for the gud info.......very much..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 05:56 PM | Show all posts
good info.... keep it up
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2007 12:57 PM | Show all posts
camni baruuu info education...bukan cm tajuk2 lain yg ntah hap2 tu...
bgoss syd
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 12:51 AM | Show all posts
thx for this info..........really help
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2007 08:28 AM | Show all posts

Reply #7 arnabkiut's post

Cuba hang tengok, sebab educational le baru ada 8 reply....padahal dah lebih 3 bulan thread kena bukak...
Reply

Use magic Report

princess_bubble This user has been deleted
Post time 25-6-2007 03:24 PM | Show all posts
AKU BARU JEW NAMPAK
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 05:23 PM | Show all posts
kalau orang yang ada azoospermia ni rasanye memang ada harapan ker nak dpt zuriat sendiri...?

mr forensics....aper plak nak malu...org lelaki nak cek kesuburan doktor akan uh dia "kuarkan" air mani (by meaning of masturbation) and lepas tu doktor analisis la air mani tue...

bukan mcm org perempuan...kena seluk....kena masuk mcm kat dalam tu......itu sudah pasti....
Reply

Use magic Report

princess_bubble This user has been deleted
Post time 25-6-2007 06:08 PM | Show all posts

Reply #11 hairanaz's post

erm...princess ade gak tahu hal2 macam nie.....tapi perempuan pun ade jugak ke penyakit yang macam nie????   takutnye
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 25-6-2007 08:28 AM
Cuba hang tengok, sebab educational le baru ada 8 reply....padahal dah lebih 3 bulan thread kena bukak...


nk buat camnee...dh memang mentaliti orang kite ..kalo utk education lembab ajerrr..
kalo utk main2.suke2...tkder pekdahh....cepat ajerkk ........
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by hairanaz at 25-6-2007 05:23 PM
kalau orang yang ada azoospermia ni rasanye memang ada harapan ker nak dpt zuriat sendiri...?

mr forensics....aper plak nak malu...org lelaki nak cek kesuburan doktor akan uh dia "kuarkan ...


seluk ker??
bukan letak kameraa ker???
orang panggey vagina scan..
hehhehehe......
Reply

Use magic Report

princess_bubble This user has been deleted
Post time 25-6-2007 07:38 PM | Show all posts

Reply #11 hairanaz's post

kawan princess ade jugak kena buat cam nie. takut kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by peret at 25-6-2007 07:10 PM


seluk ker??
bukan letak kameraa ker???
orang panggey vagina scan..
hehhehehe......


cth mcam kalau nak buat Ujian Pap Smear laa....utk kesan kalau2 ada sel2 kanser serviks ker gituh....mmg kena buh satu alat kat dalam tu....biar vagina ni cam terbukak gitu...and then nurse akan ambil sedikit sample sel dinding vagina.....

letak camera pon kira macam letak alat gak kat dalam vagina...so kalau orang perempuan ni nak malu2 bab nak jaga kesihatan wanita..mmg payah laa.....tok leh nak beranak laaa....sebab kalau nak bersalin pon mmg sah2 kena kangkang kat doktor......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


princess_bubble This user has been deleted
Post time 25-6-2007 09:35 PM | Show all posts
tumpang lalu yer..........................
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:48 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

jgn merokok... jgn pakai seluar ketat ( esp masa tido ) ...
elakkan terdedah pada suhu yg panas.. spt masa keje , bersukan..
amalkan hidup yg sehat
Reply

Use magic Report

princess_bubble This user has been deleted
Post time 26-6-2007 08:10 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

penyakit nie hanya berlaku pada kaum adam aje ke????
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:52 AM | Show all posts
macam mana dr. nak kuarkan air mani dalam testis tuh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050000 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list