View: 49301|Reply: 60
|
Bonsai kesinai a.k.a pokok sinai
[Copy link]
|
|
Bonsai kesinai seni unik, kaya penawarOleh Adha Ghazali dan Isma Jamil
Pokok renek dianggap raja tumbuhan berkesan rawat penyakit, indahkan landskap
PADANG BESAR: Bagi segelintir masyarakat luar terutama di pedalaman Thailand dan India, keunikan pohon kesinai bukan sekadar pada seni hiasannya semata-mata, malah dianggap sebagai raja tumbuhan yang turut menjadi penawar bagi segala penyakit.
Malah, di sebalik liuk lenggok batang kesinai serta susunan daunnya yang rapi, siapa tahu kesinai mempunyai sejarah tersendiri terutama bagi masyarakat Hindu di India serta penganut Buddha di Thailand.
Kesinai dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan dua masyarakat berkenaan sejak berkurun lamanya selepas terbukti berkesan menjadi penawar bagi penyakit seperti cirit birit, sakit gigi dan juga kanser.
Difahamkan, bermula daripada akar, batang, daun hinggalah pucuk, kesinai dikatakan mempunyai penawar tersendiri sehingga ada segelintir pihak yang bertungkus-lumus merungkai keajaibannya melalui kajian saintifik.
Maka, tidak hairanlah masyarakat terdahulu sengaja membiarkan kesinai tumbuh meliar di sekitar kawasan kediaman serta semak berhampiran kampung. Alasannya, bukan untuk hiasan, tetapi sebagai persiapan ramuan mujarab sekiranya ada penduduk kampung yang sakit.
Kesinai atau nama saintifiknya streblus asper adalah sejenis tumbuhan renek yang mendiami beberapa negara beriklim tropika seperti Malaysia, India, Sri Lanka, Filipina dan Thailand.
Kini, fungsi kesinai dalam bidang perubatan tidak begitu menyerlah dan seolah-olah sudah dilupakan, apatah lagi masyarakat sekarang lebih gemar menilainya daripada kecantikan serta keunikan seni luarannya semata-mata.
Justeru, tidak hairanlah, penggemar kesinai sanggup berbelanja besar termasuk meredah hutan dan belantara semata-mata untuk mencari pohon yang mempunyai gabungan liuk lenggok menarik dan berpotensi untuk diserlahkan, sekali gus menarik untuk dipertontonkan.
Bagi warga Perlis, terutama masyarakat yang menghuni kawasan kampung di sepanjang jalan dari Beseri menghala ke Titi Tinggi, di sini, kesinai mungkin perkara biasa apatah lagi kawasan berkenaan memang menjadi habitat utamanya.
Maka, tidak hairanlah jika sepanjang laluan Jalan Kangar-Padang Besar, ada lebih 30 nurseri bonsai yang dipenuhi dengan kesinai pelbagai saiz dan siap untuk dijual. Malah, kebanyakan rumah kediaman di kawasan ini juga turut dipenuhi bonsai kesinai sebagai hiasan dalaman.
Paling menarik, keunikan tanaman hiasan itu semakin terserlah apabila nama sebuah kampung yang menjadi habitat utama kesinai iaitu Kampung Pattani diubah menjadi Kampung Sri Kesinai, sempena menghargai keindahan seni dimiliki tumbuhan itu.
Maka, tidak hairanlah jika nama kesinai dianggap sinonim dengan masyarakat Perlis terutama di sekitar kawasan ini, Titi Tinggi dan Chuping, yang dikatakan lebih 20 tahun menceburkan diri dalam industri bonsai kesinai.
Bagi Fauzi Ibrahim, 47, sepohon kesinai akan dikira bermutu tinggi jika memiliki pangkal atau perdu pokok yang tegap dan disusuli rimbunan batang serta dahan, selain kelompok daun yang tersusun rapi.
Bagaimanapun, katanya pohon berkenaan masih memerlukan sentuhan dan kreativiti selain jagaan rapi untuk memastikan dahan serta daunnya bercambah dengan baik dan menimbulkan aura seni bermutu tinggi.
"Apa pun, seni kesinai memerlukan minat yang mendalam dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Apa tidaknya, selain memerlukan usaha untuk mencari pohon yang cantik dan berkualiti, komitmen penjagaan dan ilmu seni yang tinggi turut diperlukan untuk menjadi penggemar bonsai kesinai yang berjaya.
"Saya sendiri menghabiskan masa hampir 15 tahun selain mengeluarkan belanja yang besar untuk mencari pengalaman selain mengumpul pelbagai jenis bonsai kesinai yang menarik dan bermutu tinggi," katanya yang kini menyimpan lebih 40 bonsai di sekeliling taman rumahnya.
Sementara itu, seorang pengusaha nurseri bonsai, Zulkifli Eppo, 53 dari Kampung Seri Sepakat, di sini, mengaku pernah menyewa kren dan lori panjang untuk memindahkan sepohon kesinai gergasi ke kedainya.
Katanya, sepohon kesinai biasanya memerlukan masa yang lama sehingga mencecah dua tahun untuk dibentuk sehingga mampu menyerlahkan aura seni yang menarik.
"Bagaimanapun, segala penat lelah bermula dari mencari kesinai, kerja pemindahan dan pembentukan, selain penjagaan rapi, berbaloi apabila bonsai yang dihasilkan 'menjadi' dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
"Sehingga kini, ratusan bonsai kesinai sudah saya jual dan paling tinggi, seorang pelanggan pernah menawarkan harga RM5,000 bagi sepohon bonsai gergasi yang siap dibentuk," katanya.
FAKTA: Kesinai
Nama saintifik: Streblus Asper.
Sejenis tumbuhan renek menghuni beberapa negara beriklim tropika.
Selain Malaysia, banyak ditemui di India, Sri Lanka, Filipina dan Thailand.
Pernah diproses untuk dijadikan ubat tradisional terutama oleh masyarakat di Thailand dan India.
p/s kalu p Padang Besar..mmg byk pokok ni... akka saya hampir nk beli...tp malang keter kecik..mana muat nak bawa balik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Mas916's post
macam penah tengok,... tapi x pasti sebab gambo tu jauh...
x der gamba close up ke mas |
|
|
|
|
|
|
|
tadak harum....
kat umah member ada la pokok ni...hari tu dia ada kata nk bg ..tp sampai la ni tak dapat2....
tp pokok ni mmg mahal la....ada jual kat nurseri dkt umah ni arr...tp takut nk tanya rega... selalu mg RM100++ |
|
|
|
|
|
|
|
rasa2 cam kenai je pokok ni .. org kg (kelate) panggil pokok ssina.. dulu2 masa saya kecik2 time mak bela kambing,kalau musim tengkujuh akan potong2 dahan pokok ni bagi kambing mkn daunnya.tumbuh kat semak2.daunnya cantik bersinar tapi agak kesat.
balik dulu mak ada tanya nak tak pokok tu.. sbb anak sedara susah payah balik kg semata2 nak gali pokok tu (dlm semak) utk hiasan dirumahnya.banyak pokok2 dlm semak/belukar yg org sekarang tanam utk hiasan dan perubatan.tak sangka kan?!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pokok kesinai kat rumah aku baru tanam 2 hari lepas.. nanti boleh la tengok yg mana besar dulu... anak aku @ pokok tuh... |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh close up lagi tak jenis daun dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Unagi's post
close up? nanti aku ambil gambar lain..close up special utk hang..
[ Last edited by bijanpenang at 5-8-2007 04:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bijan...kat mana beli pokok tuh? berapa rega?
(macam ku kenal je si bijan ni..tp di mana yerr...) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 bijanpenang's post
takpe bijan...dah tengok betul2 daun dia...pasal confuse ada daun bonsai yg satu tuh ketul2 macam plastic...skarang dah terclick daun dia macamana... |
|
|
|
|
|
|
|
Bonsai kesinai
SEPULUH tahun dulu, pohon kesinai hanya dianggap pokok hutan yang tumbuh melata dan tidak ramai yang tahu menilai seni dimilikinya, walaupun liar menghuni pagar kediaman terutama di sekitar ceruk kampung.
Malah, pohon kesinai terutama yang bersaiz besar juga pernah dikaitkan dengan elemen mistik suatu ketika dulu, apabila diwar-warkan sebagai tempat rehat kegemaran makhluk halus, selain dianggap sebagai tidak bernilai sama sekali.
Apa pun tanggapan atau teorinya, bagi sesetengah pihak terutama penggemar seni bonsai, unsur mistik yang dikaitkan dengan kesinai tidak lagi relevan apatah lagi pohon berkenaan mula mendapat tempat dan menjadi kegilaan ramai.
Hakikatnya, dengan liuk lenggok batang kesinai serta himpunan daunnya yang seolah-olah tersusun rapi, ditambah pula dengan sentuhan seni rekaan bonsai, tiada siapa yang berani menafikan prestij dan keunikan yang wujud di sebalik sepohon kesinai.
Atas keunikan itulah, kesinai atau nama saintifiknya 'Streblus Asper' mula mendapat tempat sehingga ada yang memilihnya sebagai pohon tema utama menghiasi ruang kediaman serta halaman teratak masing-masing.
Menariknya, sebuah perkampungan yang dulunya dikenali sebagai Kampung Pattani di sepanjang laluan jalan Kangar-Padang Besar, turut ditukar namanya kepada Kampung Seri Kesinai yang mengambil nama sempena kewujudan pokok tersebut.
Malah, bagi mereka yang berulang alik atau melalui Jalan Kangar-Padang Besar, pasti terpegun melihat deretan kesinai baik yang sudah siap atau dalam proses pembentukan, menghiasai sepanjang laluan terbabit, terutama berhampiran Kampung Seri Kesinai di kilometer 30, jalan berkenaan.
Bagi penggemar bonsai kesinai, terdapat dua jenis reka bentuk tumbuhan berkenaan iaitu kesinai bonsai untuk hiasan laman rumah biasa dan kesinai bola atau landskap untuk hiasan di tepi jalan.
Spesies hutan itu bagaimanapun memerlukan penjagaan teliti termasuk penyediaan air yang cukup serta cuaca yang tidak terlalu panas manakala proses merapikan daun-daun pokok kesinai untuk dijadikan pelbagai bentuk perlu dilakukan dua kali sebulan.
Namun begitu, apa yang penting, untuk menanam kesinai ia memerlukan minat yang tinggi serta kreatif bagi mencorakkan rupa bentuk pokok berkenaan kerana untuk membentuknya, ia bukan semudah disangkakan.
Bagi seorang anak jati Perlis, Fauzi Ibrahim, 47, imej kesinai memang sinonim dengan negeri Indera Kayangan berkenaan.
Malah, katanya beliau bernasib baik kerana pengalaman 10 tahun berkecimpung dalam seni kesinai, memberikan kelebihan kepadanya untuk menghias sendiri kediamannya dikenali Teratak Warisan di Kampung Paya, di Batu 5, Jalan Kaki Bukit, di sini.
Beliau berkata, sejak rumah berkenaan siap dibina pada 1998 lalu, semua koleksi kesinai yang disimpannya dipindahkan dari rumah lamanya di Kampung Padang Lati, di sini ke Teratak Warisan.
Paling mengasyikkan, lebih 30 pohon kesinai pelbagai jenis dan kualiti diatur rapi di sekeliling laman rumahnya yang dibina dengan berkonsepkan santai, yang turut menempatkan sebuah 'hut' atau bangsal rehat yang dilengkapi pelbagai alatan klasik.
Malah, Fauzi mengaku dengan usahanya sendiri beliau hanya membelanjakan antara RM7,000 hingga RM8,000 untuk menghias Teratak Warisan dengan susunan kesinai dan hut rehat terbabit, berbanding RM20,000 hingga RM30,000 kos pasaran semasa.
Bagi Fauzi, seni kesinai memerlukan kesungguhan dan minat yang mendalam dan bukannya sikap hangat-hangat tahi ayam, termasuk tahu dan pandai menilai pohon untuk menentukan kualitinya.
"Dulu, tidak ramai yang tahu menilai seni kesinai dan bagi kami golongan penggemar, amat mudah sekali mencari bahan. Malah, kami boleh dapat pohon kesinai liar secara percuma daripada pemiliknya, berbanding kini yang memerlukan bayaran sehingga ratusan ringgit.
"Sepohon kesinai akan dikira bermutu tinggi, jika memiliki pangkal atau perdu pokok yang tegap dan disusuli rimbunan batang serta dahan, selain kelompok daun yang tersusun rapi.
"Bagaimanapun, ia masih memerlukan sentuhan dan kreativiti selain jagaan yang rapi untuk memastikan dahan serta daunnya bercambah dengan baik dan menimbulkan aura seni bermutu tinggi," katanya bapa kepada empat orang anak itu.
Fauzi berkata, komitmen dalam seni kesinai amat tinggi. Selain perlu meredah hutan dan belukar untuk menggali pohon kesinai yang berakar tunjang sehingga paras dada, komitmen penjagaan juga penting.
"Bagi saya, sekurang-kurangnya satu jam sehari diperuntukkan untuk menguruskan kesinai di laman rumah meliputi kerja membentuk, memotong atau menggunting. Ini tidak termasuk menyiram pokok sekurang-kurangnya sehari sekali bagi mengelakkan kerosakan akar selain keguguran daun.
"Malah, sekali-sekala, batang kesinai juga perlu dicuci bagi mengelak jangkitan kulat yang boleh menyebabkan pohon mati," katanya yang mengaku banyak memperoleh pengamalan melalui pembacaan dan perbincangan bersama rakan dan penggemar kesinai yang lain.
Selain itu, Fauzi berkata dia turut menghadiri pameran kesinai di hampir seluruh negara termasuk Thailand untuk mendalami ilmu kesinai.
Ketika ditanya mengapa dia memilih kesinai, Fauzi berkata, dia sudah lama berkecimpung dengan seni berkenaan dan ia seolah-olah sebati dengan jiwanya, apatah lagi kesinai memang sinonim dan mudah diperoleh di sekitar Perlis.
Tidak hairanlah, jika sepanjang jalan menghala ke Padang Besar dan Wang Kelian, di sini, kebanyakan rumah kediaman dihiasi dengan kesinai, selian dipenuhi deretan nurseri kesinai milik anak tempatan.
"Bagi saya kesinai sebenarnya mudah dijaga dan tidak banyak kerenah. Mungkin orang lain memilih bunga kertas atau orkid utnuk hiasan laman, tetapi saya lebih serasi dengan kesinai," katanya yang turut menjual lebih 40 kesinai sepanjang bergiat dnegan seni berkenaan 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, tujuan Fauzi mengumpul kesinai bukan untuk dijual tetapi beliau berasa puas apabila dapat menghasilkan bonsai kesinai, apatah lagi jika ia disukai ramai.
Info: Kesinai
Nama saintifik: Streblus Asper
Sejenis tumbuhan renek menghuni beberapa negara beriklim tropika
Selain Malaysia, banyak ditemui di India, Sri Lanka, Filipina dan Thailand.
Pernah diproses untuk dijadikan ubat tradisional terutama oleh masyarakat di Thailand dan India |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Mas916's post
bukan...dekat nasi ayam periuk besaq dan kedai nasi kandaq melayu...jalan linkungan timur... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bijanpenang at 9-8-2007 03:49 PM
bukan...dekat nasi ayam periuk besaq dan kedai nasi kandaq melayu...jalan linkungan timur...
sah...sah... tatau...tepi jaln ka...kean masuk taman ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Mas916's post
tepi jalan saja..rumah tokey neseri tu kt blakang...macam2 pokok dia tanam... |
|
|
|
|
|
|
|
Ifa tgk sebelah utara memang ramai yg tanam pokok nie....umah mak pun ader sepasang tapi harga sini mahal lah....sebatang dalam rm 150 tgk saiz... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ayasofiya's post
waah, kambing ko mesti sihat-sihat eh, makan daun nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 razifah's post
paling banyak kat sebelah Perlis..memang meriah pokok2 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 alibnmat's post
tu cerita masa akak kocik2.. tak tau le kambing tu gemuk ke tidak... akak tengok cam biasa jee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 bijanpenang's post
|
|
|
|
|
|
| |
|