CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13289|Reply: 40

HUKUM MEMBINA KUBUR

[Copy link]
Post time 6-8-2007 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Ayah saya meninggal pada 3 jun 2006

Jika ikut resmi penduduk kat daerah ini... cukup 100 hari kena naik batu nisan, simen kubur, pasang mar-mar

Saya dengar pula pendapat daripada sesetengah pihak mengatakan perbuatan ini haram walaupun tiada fatwa pengharaman

Saya ingin mendengar pula pendapat forumers kat sini

SUNAT, MAKRUH @ HARAM ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 02:12 PM | Show all posts
saya cuba berikan pendapat-pendapat dari ustaz dan ulamak.  

berikut dalil yang dirujuk oleh mereka....

揜asulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:24 PM | Show all posts
ada gak ckp ngan mak, makcik, ke sape
yang lebih tua

ckp arr, ada terbaca yang buat mcm nih buat mcm tuh
tak digalakkan...(mcm bidaaah lah)

pastu kena tempelak ngan dorang balik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by baju_merun at 6-8-2007 12:28
Ayah saya meninggal pada 3 jun 2006

Jika ikut resmi penduduk kat daerah ini... cukup 100 hari kena naik batu nisan, simen kubur, pasang mar-mar

Saya dengar pula pendapat daripada seseteng ...


sahiih kate akhi Ibnur tuu masha Allah . Logikanye, jika telah mati maka amalan orang tuu cukup ape yang telah die amalkan selama hidupnye yang akan die bawa pulang ke kampung akherat. Jika bagus apa yang telah die amalkan selama itu maka selamatlah dia dalam kubur dan akheratnya WALAU kuburnya hanyalah sebuah kuburan tanah yang sederhana dengan bertanda batu biasa. Jika buruk amalannya selama didunia, maka buruklah nasibnya didalam kubur dan akheratnya WALAU kuburnya diperindah dengan bangunan yang indah dan dikelilingi taman buah yang rindang dan segar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 05:50 PM | Show all posts
Apabila sesuatu adat telah diterima sebagai amalan yang elok dan diterima masyarakat, maka amalan2 tersebut adalah sukar untuk dibuang dari masyarakat... apatah lagi ia juga diamalkan oleh orang2 yang dikatakan dihormati dalam masyarakat...seperti ketua kampung atau penghulu...

Apabila amal agama (yang haq) menjadi keutamaan setiap warga masyarakat, maka amalan2 yang bertentangan dengan syari'at akan keluar dari masyarakat dengan sendirinya...

Mungkin masyarakat tidak mudah menerima nasihat berkaitan hukum hakam, namun usaha dakwah ke dalam masyarakat sedikit demi sedikit akan membawa kepada pengamatan amalan agama seperti yang dituntut oleh Islam

.. dan untuk menyedarkan masyarakat bukannya mudah sekadar menempelak perkara2 yang tidak betul, tetapi ia memerlukan usaha kasih sayang dan nasihat yang berterusan...dan mungkin akan makan masa namun usaha sedemikian tidak akan membawa kerugian...

Wallahu 'alam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

satu This user has been deleted
Post time 6-8-2007 10:07 PM | Show all posts
Setuju......

Sesuatu itu dikira dan dinilaikan mengikut hukum atau adat kebiasaan semasa, jika yang elok dimata secara logik akal, itulah yang diikut manusia.

Secara KEBIASAANYA dalam hukum biasa dan semasa, jika hukum mengiakan atau mengesahkan perbuatan kita, ianya akan detrima dan diwar-warkan.

Jika hukum menyatalkan salah, ianya akan diketepikan.

Bermakna, hanya mengambil peduli hukum yang menyokong perbuatan kita sahaja.

Bukan sekadar itu, malah dicari-cari (hingga hampir mereka-reka) hukum yang mengiyakan pernuatan kita. Walaupun hanya dengan nas-nas yang daif. Hinggakan makruh seperti sunat dan sunat seperti wajib.

Sedangkan sahabat dahulu, makruh itu dijauhkan (haram) sunat itu diamalkan (seperti majib).

Wallahu'alam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
satu This user has been deleted
Post time 6-8-2007 10:19 PM | Show all posts

Reply #1 baju_merun's post

Assalamualaikum....

Ada fatwa mengharamkan membina kubur terutamanya dengan batu kapur (mar-mar). Cuma ianya tidak diwar-warkan secara meluas melalui media massa. Cuba rujuk pihak jabatan agama Islam.

Dalam Islam hukumnya cukup jelas HARAM. Cuma adat yang mengharuskannya, lama kelamaan, keharusan menjadi kewajipan. Kita kini berada pada tahap LAMA KELAMAAN. Jika kita perhatikan, orang yang banyak cakap (pandai cakap) ini sebenarnya bukanlah orang yang sebetulnya layak atau alim. Cuma berani cakap sahaja.... walaupun tidak tahu serta tanpa bukti atau nas-nas yang sahih.

Cuba rujuk mereka yang alim dalam bidangn ini seperti Tuan-tuan Imam serta Tuan-tuan Guru.
Reply

Use magic Report

satu This user has been deleted
Post time 6-8-2007 10:59 PM | Show all posts

Reply #1 baju_merun's post

Dalam kes ini....

Adalah lebih baik jika diadakan perbincangan diantara keluarga serta waris yang ada, jemput tuan-tuan guru atau tuan-tuan imam memberikan panduan. Kebiasaannya tuan-tuan guru serta imam akan memberikan pendapat berdasarkan apa yang Allah suruh serta Rasullullah s.a.w. amalkan, berdasarkan ilmu yang mereka ada. Seterusnya kita mengikuti apa yang disarankan dengan harapan ianya mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Apabila semua orang mendengar dan memberikan pendapat masing-masing, buatlah kesimpulan dan keputusan pada penghujung perbincangan, moga-moga hukum Allah menjadi pilihan utama, insya-Allah.



http://www.geocities.com/satudotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 11:18 PM | Show all posts
Assalamualaikum baju merun,

Hadis yg di berikan olih forumis sudah jelas.

Dan apa yg di perkatakan olih forumis lain juga ada kebenaran nya. (mengenai adat yg telah di terima pakai)
Miker akan melalui jalan yg berliku liku kiranya miker hendak menyanggah amalan ini.
Berbanyak banyak lah berdoa dan mengharap bantuan dari Allah swt.

Di antara sebab nya di larang olih Rasulullah swt.
1. suatu pembaziran (tidak dapat membantu si mati)
2. suatu amalan jahilliyah (yg hendak menunjukkan status, pangkat n darjat seseorg) - riak
3. tanah kubur itu adalah WAKAF, bukan lah HAK si mati ataupun keluarga nya. Jadi tapak kubur tersebut  bersifat 'sementara' sahaja.

Banyak tanah perkuburan sekarang sudah di letakkan NOTIS MELARANG membuat binaan di atas kubur.
Yg pernah teman tengok ialah di Mesjid Derga, Alor Setar dan tanah perkuburan di jalan Kuala Kangsar. (yg banyak jual pasu)

Waallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:21 AM | Show all posts
Memang sulit bagi seorang muslim untuk berpegang kepada agamanya pada zaman ini. Ketika dia tahu sesuatu yang haram, tapi karena menimbang perasaan masyarakat banyak akhirnya dia ikuti pulaklah yang haram itu. Padahal dia tahu dan faham bahwa dialah yang akan ditanya oleh Allah mengenai hal ini. Dan dia jugalah yang akan menanggung dosanya...sendiri. Sedangkan di akherat nanti, bisakah kita berhujjah dihadapan Allah dengan berkata "waah akuu niii hidup dengan orang banyak yaa Allah, jadi aku tak bisa mentaati aturanmu yang satu itu", Bisakah? Sedangkan orang-orang banyak yang didunia  kita pertimbangkan perasaannya juga sibuk dengan urusan-urusan mereka sendiri-sendiri di akherat nanti. Naah ketika itulah kita akan menyadari "Berarti aku telah salah selama di dunia. Orang-orang berbuat dosa maka akupun mengikuti. Sedangkan sekarang aku hanyalah sendiri menghadapi hisab Allah yang berat. Mana orang-orang yang dulu aku bela?".

Sedanglan para ulama menjelaskan, sesuatu yang berkaitan dengan adat (tradition atau "urf" dalam bahasa arabnyer) maka yang berlawanan dengan hukum Islam maka hukumnya haram untuk dilakukan (dan harusnya dihilangkan, jika tidak bisa dihilangkan dari masyarakat, maka setidaknya didakwahkan kepadai keluarga sendiri aje duluu right). Sedangkan adat yang tidak berlawanan dengan syariat maka hukumnya mubah ajee (boleh).

Ana pribadi, ketika mengetahui  tahlil kematian dan selamatan HARAM, maka ana menjauhi dan tidak mengikuti masyrakat yang melakukannya, dan ana tidak peduli dengan omongan dibelakang ana. Tetapi tetap ana menjaga hubungan silaturahim dengan mereka dan bicara dengan mereka. Jika mereka bertanya, maka ana terangkan. Itu ajee.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:27 AM | Show all posts
pernah terbaca pasal kubur bertingkat atau seumpamanya di Mekah (sila betulkan kalau salah)

katanya mana2 tulang yang dah reput dari kubur, akan diketepikan dan mayat yang baru pula akan ditanam dilubang berkenaan. dan begitulah seterusnya.

dulu ada ura2 nak buat kubur bertingkat kat kl nih, tapi dapat bantahan ramai.

alasan kat kl nak buat kubur btingkat nih, sbb dah kekurangan tanah.


eh, dah lari topik ka?

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:42 AM | Show all posts

Reply #11 Syd's post

memang dah byk berlaku di tanah perkuburan yg lama ... esp yg zaman 30-40 an dulu dan takde kaum keluarga nak maintain. setengahnya, memang zaman dulu, diorang just guna kayu as nesan, bila reput, tak diganti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-8-2007 02:24 PM
ada gak ckp ngan mak, makcik, ke sape
yang lebih tua

ckp arr, ada terbaca yang buat mcm nih buat mcm tuh
tak digalakkan...(mcm bidaaah lah)

pastu kena tempelak ngan dorang balik


setuju dengan you, sebab i pun terkena and terkedu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by NHANI at 6-9-2007 05:12 PM


setuju dengan you, sebab i pun terkena and terkedu


Alhamdullilah...............

Teman pung buat mcm Ikhwan.
Kalau di tanya..............kiter jawab.

Tetapi kalau utk keluarga..............kiter pesan dahulu.
Dan terangkan dgn hadis Nabi saw.
Agar deme memahami dan tidak mengamalkan selepas ketiadaan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 11:55 AM | Show all posts
kubur atuk aku siap ade bumbung lagi...
salah ke??
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:21 AM | Show all posts

A'ah..

First time aku dengar pasal ni..

Bukankah penggunaan batu nisan begitu meluas sekali.. Macam mana plak boleh tetiba timbul isu ni?

What about makam then?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 10:04 AM | Show all posts
perbuatan ni meluas bila ada golongan golongan yang mahu menghormati seseorang secara berlebihan.  contoh macam makam raja-raja, panglima-panglima, dan sheikh-sheikh tareqat.  Ada jugak makam-makam yg dibina terlalu panjang macam yg bole jumpa di Melaka.  Panjang kubur dari mayat, konon pulak tu dia orang kata makam tu yang jadi panjang sendiri sebab orang yg mati tu keramat!!!

ada juga kubur-kubur sheikh-sheikh tareqat yg jadi tempat pengikut-pengikutnya buat benda khurafat konon-konon nak mintak hajat apa ke benda entah.  

oleh sebab benda ni meluas bukan saja di Malaysia sahaja, tetapi meluas dalam tmpt pemerintahan Islam sendiri, ramai org yg takut nak sound.  Sebab antara ada binaan ni ialah makam raja-raja dan sultan-sultan.  mana org berani nak sound, nanti kena pancung.  

Sebab tu di arab saudi, binaan-binaan yg dibina atas kuburan telah diruntuhkan oleh kerajaan al-saud.  tetapi benda ni jadi isu wahabi merosakkan kuburan, tdk menghormati kuburan.  sedangkan yang buat isu ni tak sound pulak orang-orang yg buat khurafat di kuburan ma'ala dan al-baqi'  ???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by baju_merun at 6-8-2007 01:28 PM
Ayah saya meninggal pada 3 jun 2006

Jika ikut resmi penduduk kat daerah ini... cukup 100 hari kena naik batu nisan, simen kubur, pasang mar-mar

Saya dengar pula pendapat daripada seseteng ...


Jika anda seorang yang mengikuti mazhab Ahli sunnah wal Jamaah maka membina kuburan seperti yang terdapat di negara kita ini adalah tidak menjadi satu kesalahan malah khususnya dibenarkan dalam mazhab syafei. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang pembinaan kubur sebegini. Antaranya seperti yang terdapat dalam penafsir syarh Sahih Muslim yang terkenal, Nawawi; ia mengatakan :
    "Sunnahnya ialah, kuburan tidak terlalu ditinggikan dari atas tanah dan tidak terbentuk seperti belakang unta, akan tetapi ditinggikan lebih kurang satu jengkal"   ( Syarh Muslim, oleh Nawawi)

Namun jika anda ingin mengikuti fahaman kaum wahabi atau salafi lapuk maka anda bolehlah merujuk kepada fatwa-fatwa dari mufti Arab Saudi. Bagi mereka kubur itu hendaklah diratakan dan adalah haram juga untuk meletakkan nama-nama serta catatan di batu nesan. Ini adalah bidaah sesat dan boleh masuk neraka nanti jika melakukannya.

Bagi kaum wahabi juga mendirikan bangunan di atas kuburan adalah haram berdasarkan hadis-hadis lemah yang mereka kemukakan. Tidak dihairankan sebab mereka adalah musuh wali-wali Allah dan ingin menghancurkan makam mereka serta menghapuskan syiar Islam( Ini bab kubur dan bukan mendirikan bangunan....boleh bincang di lain tajuk. Kita boleh juga lihat bagaimana pendirian mufti wahabi Perlis nanti berhubung pembinaan makam mewah Di Raja Perlis, Arau...hehe!).

Sekarang terpulang kepada anda bagaimana anda mahu menguburkan orang yang pernah anda kasehi itu.
Apakah anda mahu tanah kuburnya rata saja dan cukuplah meletakkan batu sungai yang tidak tercatat apa-apa ataupun mahu menembokkannya serta meletakkan nesan indah yang ditempah khas sebagai tanda terakhir kasih anda terhadapnya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-9-2007 12:53 AM


Jika anda seorang yang mengikuti mazhab Ahli sunnah wal Jamaah maka membina kuburan seperti yang terdapat di negara kita ini adalah tidak menjadi satu kesalahan malah khususnya dibenarkan dal ...

Inilah jawapan yang saya expect..

Terima kasih penggali kubur..




Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 01:14 AM | Show all posts
"Sunnahnya ialah, kuburan tidak terlalu ditinggikan dari atas tanah dan tidak terbentuk seperti belakang unta, akan tetapi ditinggikan lebih kurang satu jengkal"   ( Syarh Muslim, oleh Nawawi)


mana yang kata binaan?  meninggikan tanahnya tu ada sama dengan letak batu-batu, batu marmar dan ntah binaan batu apa lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057826 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list