View: 13756|Reply: 54
|
Negara harus keluarkan motosikal besar
[Copy link]
|
|
Negara harus keluarkan motosikal besar, kata Zahid Hamidi
22-08-2007 04:51:20 PM | PORT DICKSON: Timbalan Menteri Penerangan, yang juga Penaung Persatuan Superbiker Malaysia (SAM) Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyarankan agar Malaysia menerokai industri pengeluaran motosikal berkuasa besar.
Beliau berkata, potensi Malaysia untuk menjadi pusat pengeluaran motosikal besar amat tinggi kerana negara ini sudah pun mempunyai industri automatifnya yang sudah agak maju dan pada masa sama, rantau ini juga menyediakan pasaran yang amat baik.
Zahid berpendapat, penurunan cukai yang tinggi terhadap motosikal besar oleh kerajaan akan dapat menjana industri motosikal Malaysia.
"Kita (orang Malaysia) sendiri ramai yang menunggang motosikal kuasa besar. Di Indonesia juga, peminatnya agak ramai tetapi harga motosikal di sana sangat mahal dari Malaysia," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tapak pelepasan Konvoi Super Bikers Malaysia Gemilang 50 tahun.
Konvoi kira-kira 350 motosikal itu berhenti rehat di Hotel Glory Beach Resort, selepas mengembara sejak semalam sejauh kirakira 200 kilometer dari Johor Bahru dan singgah di Melaka.
Konvoi akan meneruskan perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia selama 10 hari iaitu sehingga menjelang Hari Merdeka 31 Ogos.
"Dahulu kerajaan pernah mengurangkan cukai motosikal besar. Dari maklum balas yang saya terima, penjualan motosikal besar di negara ini meningkat kepada 30 peratus, ini menunjukkan memang ada potensi untuk kita majukan industri ini," katanya.
Konvoi yang turut disertai kira-kira 100 penunggang dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia itu juga menarik minat sepasang suami isteri dari Jerman untuk menyertainya.
Ralf Wordeg dan isterinya, Mariam mengambil keputusan untuk bersara awal dari kerja kerana minat mereka untuk mengembara dunia dengan motoiskal.
Selepas pergi ke Timur Tengah, Kemboja, Korea Selatan, Singapura, beliau tertarik untuk memasuki konvoi itu setelah dipelawa oleh penunggang motorikal besar yang mereka baru kenal di Pahang. BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dulu proton ada take mv augusta tu ke..? apa jadik lepas tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku rasa orang malaysia lagi suka guna moto kapcai.. senang nak cilok & carik parking.. yg penting save minyak.... |
|
|
|
|
|
|
|
betulllll.. setuju sangat.. hehe.. mahal mana pun motor tu.. hujan bawah jambatan jugak.. |
|
|
|
|
|
|
sync This user has been deleted
|
harinih baru nak cakap benda mcmnih nih.. ketinggalan betullah menteri nih..
lain kali jgn suruh saja datuk.. mulakan dulu sebab awak tu ada duit dan kedudukan. Kalau takdak kepakaran
beli balik mv agusta dari gevi spa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 sync's post
depa buat cemni nak bendung lambakan motor2 siam & s'pore... duit tu takmo hulur keluar... agaknya laaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
huhu nak jugak aku merasa bawak motor macam R1..tak pun Hayabusa..
[ Last edited by unnamed at 23-8-2007 08:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
r1 idaman.... |
|
|
|
|
|
|
sync This user has been deleted
|
org kita nih teringin dan bangga dgn hasil ciptaaan org luar saja kah.. cuba |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by sync at 22-8-2007 07:35 PM
org kita nih teringin dan bangga dgn hasil ciptaaan org luar saja kah.. cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Modenas KR3R Drawing Concept
|
|
|
|
|
|
|
|
mentang2 dia minat motor besar... suka2 jer suruh keluar moto besar, aku yg minat makan angin kat pulau2 nih cadangkan mesia keluar bot mewah murah2 untuk penuhi tuntutan hobi aku dan geng2 sekepa aku plak... amacam |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh je Modenas rebadge big bike Kawasaki .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 d34n's post
MV Augusta dijual demi kurangkan kerugian Proton
04-05-2006 01:55:39 PM
KUALA LUMPUR: Keputusan menjual keseluruhan kepentingan dalam MV Augusta Motors SpA (MVAM) kepada Gevi SpA bertujuan membolehkan Proton menumpukan perhatian kepada perniagaan teras dan meminimumkan pendedahan kepada kerugian pelaburan dalam MVAM, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini.
Beliau berkata mengambil kira masalah yang dihadapi, kemungkinan besar MVAM akan menjadi muflis dan seterusnya mengakibatkan risiko komersial, kewangan dan reputasi kepada Proton.
"Keputusan untuk menjual pegangan dalam MVAM dibuat berdasarkan hasil kajian sebuah 'global investment bank' (bank pelaburan sejagat) yang merumuskan bahawa model perniagaan sedia ada adalah tidak 'operationally and financially sustainable' (tidak mampan dari segi operasi dan kewangan).
"Keduanya, bagi menjadikan perniagaan MVAM berdaya maju, Proton perlu menyediakan pembiayaan yang besar, tempoh bayaran balik yang panjang dan melibatkan risiko kewangan yang besar," katanya menjawab soalan daripada Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini.
Tambahnya lagi bank-bank pelaburan yang dilantik bagi menguruskan penjualan pegangannya dalam MVAM menghadapi kesulitan memperoleh pembeli yang sedia menawarkan penilaian yang lebih tinggi kecuali pada nilai nominal.
Abu Bakar mempersoalkan sama ada penjualan syarikat pengeluar motosikal Itali itu sebanyak 1 Euro, merupakan satu keputusan yang bijak dan siapakah pembeli syarikat asing tersebut.
"Di peringkat awal semasa Proton membeli Augusta mungkin pada masa itu keputusan adalah masih baik dengan kos pembelian daripada RM367 juta, tetapi sekarang bila didapati syarikat itu memberi beban kepada Proton maka keputusan lembaga pengarah adalah untuk menjual.
"Tak ada yang (ingin) membeli kecuali dua sahaja pembeli iaitu Gevi dan HMB Capital," jelas Hilmi, sambil menambah pihak pengurusan mengambil keputusan menjual semua kepentingan kepada Gevi yang mengambil alih semuanya termasuk hutang, jadi tidak akan timbul lagi masalah hutang.
Tambahnya, ini merupakan satu pengajaran yang mahal kerana Proton telah membelanjakan lebih kurang RM500 juta secara keseluruhan kepada MVAM.
"Walau bagaimanapun, pada peringkat ini Proton masih lagi di suku ketiga atau suku terakhir tahun 2006, dan tahun kewangan 2006 masih menampakkan keuntungan namun kalau dikira tolak segala dividen dan cukai dijangkakan keuntungan tersimpan Proton agak kurang sikit berbanding tahun lepas,"katanya.
Sementara itu, menjawab soalan kedua Abu Bakar, Hilmi menjelaskan bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak mungkin jatuh ke tangan asing kerana Khazanah adalah sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Kewangan yang diperbadankan.
"Semua keputusan berkaitan pemilikan Khazanah akan ditentukan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan.
"Di samping itu, Khazanah bukan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan risiko kepentingan Khazanah jatuh ke tangan asing tidak timbul sama sekali," tambahnya.
BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
naper moto KR3 tu tak dikomersilkan hah......? lepas je tak masuk GP terus senyap jer..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|