CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125670|Reply: 526

Cerita cinta dalam hidup aku..

[Copy link]
Post time 9-9-2007 07:47 AM | Show all posts |Read mode
sorry kalau aku type panjang sgt...


Dulu masa aku form 4 aku pernah minat sorang minah ni..nama dia Amanda..dia cute and baik ar..at first aku ingatkan respon agak baik la..then tetiba semuanya berubah menjadi hampa..agak lama gak ar aku minat kat dia..dah banyak kali dia reject aku tapi masa tu aku macam tak paham plak hint2 yang dia bagi..benda ni berterusan sampai aku masuk universiti..masa aku masuk universiti, aku dapat tahu yang dia ada bf dah masa dia kat PASUM(Pusat Asasi Sains UM)..and masa tu aku dah tak kacau dia walaupun kat hati aku ada gak teringat kat dia sekali sekala..lepas tu dia dapat masuk UKM and mak dia call aku mintak tolong tgk2 kan dia kalau2 dia perlukan pertolongan..aku pun tolong la since aku pernah minat dia..walaupun dia reject aku banyak kali dulu tapi aku still amik berat kat dia and aku mmg happy sangat dapat jumpa dia masa dia kat UKM tu..lepas beberapa bulan aku lepak tgk-tgk kan dia tetiba dia macam tanak lepak ngan aku lagi dah..aku pon tatau apsal dia tanak lepak masa tu..last last beberapa bulan kemudian baru aku tahu yang dia couple ngan senior kat ukm tu..lepas dari tu aku dah paham yang ada orang lain dah amik tempat aku jaga dia..aku back off dengan hati terbuka walaupun terhiris seketika...

Lepas amanda, aku tak banyak pikirkan soal cinta sebab aku dah rasa bertapa peritnya bila kena reject ngan orang yang aku minat..aku pon mula berubah sedikit demi sedikit..tiada lagi ungkapan cinta suci dalam hidup aku.. aku pon bergaul ngan banyak perempuan since aku tak dapat amik hati Amanda..aku cuba belajar dari kaum hawa apa yang diorang inginkan dari seorang lelaki..bukan semua yang aku belajar dengan kaum hawa ni benda yang baik..aku dah padamkan perkataan cinta dalam hidup aku masa tu..aku keluar ngan banyak jenis perempuan ar..some relationship were OK and some ended up dengan perbuatan yang tak boleh dibanggakan ar..masa tu aku tak sedar lansung sebab biasa lah..nafsu dah mengawal diri..tapi sesetengah dari mereka juga ada ajar aku sedikit sebanyak pasal perempuan and aku kumpul2 skit skit pasal perempuan supaya bekalan untuk aku pilih bakal isteri nanti...

Semua ni berlaku untuk beberapa tahun..and semua benda yang aku buat aku ada ceritakan kat salah sorang kawan baik aku and dia suka jer mendengar walaupun dia bukan jenis macam aku ni..everytime aku lepak ngan dia ada jer cerita pasal perempuan dari aku untuk dia..dia plak mesti ada cerita pasal awek yang dia minat nak cerita kat aku..kadang2 kitorang bertukar pendapat ar sebab sesetengah perkara yang dia runsing pasal awek yang dia minat tu aku cuba bagi pendapat skit skit..walaupun aku takde awek masa tu tapi aku belajar jugak ar dari pergaulan aku ngan kaum hawa yang datang dan pergi dalam hidup aku..Selepas bertahun mencuba, akhirnya kawan baik aku ni couple ngan minah ni.. tapi member aku ni secretive jugak orangnya..tau tau dah couple jer..hehehe..aku tumpang gembira ar jugak untuk dia...tapi status baru dia tu tak menghalang kitorang daripada berkongsi cerita..macam biasa, mana2 awek yang aku keluar, dia tau skit2 and cerita pasal awek dia pon aku tau skit-skit..

Bulan Ogos yang lepas, member baik aku ni telah kembali ke rahmatullah..sobb sobb.. inilah kali pertama pemergian seorang kawan yang ada dalam hidup aku memberi impak yang kuat and aku tak pernah rasa KEHILANGAN yang TERAMAT sebelum aku kehilangan dia...aku hilang kawan yang pernah berkongsi rahsia ngan aku..aku hilang kawan yang selalu mengusik aku bila masa lapang kitorang luangkan bersama..aku hilang kawan untuk mendengar..aku hilang kawan yang slalu buat lawak spastik..and aku rasa aku lebih rela kehilangan segala2nya tapi dia...

Selepas 6 hari pemergian kawan baik aku ni..aku teringat plak kat awek member aku ni..member aku penah cakap yang awek dia ni tak boleh lepak sorang2 sangat..everytime awek dia down, mesti buat benda2 yang tak senonoh..aku pon tak tau ar aper benda yang tak senonoh tu tapi arwah bagitau yang awek dia ni jenis low self-esteem...

So aku pon msg ar dia ni tanya kabar..Nama dia Hamie..mesti perasaan kehilangan dia lagi besar dari aku sebab BF dia dah takde..dia msg aku balik and aku ajak dia keluar sebab nak bagi dia get busy and tak pikirkan sangat kehilangan BF dia tu..(walaupun aku sendiri tak dapat lupakan member aku tiap2 hari..)..Kitorang pon kuar ar..gie jalan2 window shopping sambil cerita-cerita pasal arwah..tapi aku takde lar nak bukak cerita2 yang buat dia sedih..kitorang bercerita benda-benda yang buatkan kitorang tersenyum bila sebut nama arwah..

Its been 3 weeks and ada ar beberapa kali aku jumpa Hamie.. gie kuar lunch...gie tahlil arwah sama2..gie window shopping and chix-scout..hehe..Hamie ni lawak gak orangnye..dia suka tgk perempuan lawa..hehe..(Hamie, u're officially my chix-scout partner..hehehe)..and to tell the truth, aku agak senang ar bila aku lepak ngan dia...

Selepas arwah pergi..aku totally changed...scandal2 aku semua aku tinggalkan(tapi still berkawan la..) and alhamdullilah aku dah tinggalkan dunia scandal2 ni..aku mula sembahyang balik (ni mmg aku tak budget ar sebab aku mmg malas gila sembahyang sejak dulu lagi) and everytime aku sembahyang, nama arwah akan ada dalam doa aku...

Hamie plak everyday ingat kat arwah and dia cakap everytime dia baca yasin untuk arwah, dia nangis..Ada satu malam ni Hamie msg aku..dia tanya aku Tuhan marah tak kalau dia mintak arwah hidup semula..aku pon taktau camner nak bagitau dia..and aku tau perasaan dia still tak tentu arah lagi..sebab tu dia tanya benda yang bukan bukan..aku pun cuba la comfortkan dia semampu boleh...

Bila aku tgk keadaan Hamie yang masih sayangkan arwah walaupun arwah dah takde, walaupun diorang sekadar couple jer.. aku baru sedar yang CINTA itu masih wujud...and kadang-kadang aku cemburu+gembira dengan arwah sebab dia ada orang yang bebetul sayangkan dia..

Aku plak sedikit demi sedikit menaruh hati kat Hamie sebab cara dia menyayangi arwah membuatkan aku nak rasa kasih sayang dari dia skali...tapi aku mmg takkan bagitau Hamie yang aku ada minat kat dia skit sebab aku dah serik kena reject dulu.. Kalau aku kena reject ngan dia nanti, tak dapat la aku keluar ngan dia window shopping, tak dapat ar nak bagi markah kat awek2 yang cun lalu depan mata kitorang..tak sanggup siut.. Kadang-kadang aku ada gak sms dia cakap yang aku miss chix-scout ngan dia..walaupun sebenarnya aku miss dia lebih dari aku miss chix-scout session..tapi takkan ar nak obvious sangat kan...ada satu malam ni dia sms aku yang dia miss arwah..and aku cuba comfortkan dia and sedar-sedar aku ada kat depan rumah dia..aper aku buat ni? sebab kalau kawan biasa, takkan aku sanggup datang rumah dia sekadar nak luang 5 minit bersama..

Apa yang aku patut buat skarang...nak confess yang aku suka dia? mungkin tak... aku tanak dilukai and aku suka keluar ngan dia...aku tanak bila aku confess and kena reject sebab dia takde perasaan kat aku, aku tak dapat jumpa dia lagi sebab dia freak out yang aku ni suka kat dia...

Tapi sampai bila aku nak simpan perasaan aku ni? Mungkin 2 - 3 bulan lagi? Biar mengenal hati budi masing2...ke nak tunggu sampai dia perasan yang aku suka kat dia, then baru aku jawab?


Update 9/9/2007

- Hamie MsG aku malam tadi ajak tgk movie seram..so hari ni pon aku gie ar tgk citer seram ngan dia..tapi ended up citer tu tak seram sangat..hampeh tol... Hamie tak abis2 mintak maaf ngan aku sebab dia salah pilih cerita..hahaha..aku cuma boleh tergelak jer la...lepas lepak ngan dia, aku hantar dia balik... dalam perjalanan balik dia sms aku... "hedpe*,drive leklok..."

Update 11/9/2007

- Aku perasan yang sejak smalam yang Hamie concern pasal aku sejak smalam kitorang main sms... tadi sebelum aku gi KL, Hamie sms "Tekke dear..."...
DEAR?!! ... adakah ini satu hint?

Update 12/9/2007

- Aku tak dapat nak kuar lunch ngan Hamie hari ni sebab banyak kerja kat office....sedey...besok dah nak puasa...Happy fasting month y醠l!

Update 13/9/2007

- Aku macam biasa sms ngan Hamie..pagi2 lagi Hamie dah kacau aku sebab kena puasa...last sms aku cakap kat dia aku miss dia..then dia reply balik yang dia pon miss aku...sejuknya hati....

Update 15/9/2007

- Aku outstation sampai hari isnin pagi..pretty damn sure i'm gonna miss her...

Update 18/9/2007

- Smalam aku baru balik dari Bandung and aku terus ajak Hami berbuka sama-sama..maybe sebab aku rindu dia sgt2 kot..lepas berbuka kitorang gie tgk movie(hehe..terlepas terawikh..)..and the best part untuk aku smalam bila kitorang borak kat dalam cinema sementara tunggu movie start..we talked a lot..about our friends..about anything basically..tapi semua tu macam tak penting jer..yang penting aku ada ngan dia untuk teman dia or maybe vice versa?... Lepas tgk movie aku hantar dia balik... aku tanya dia, sampai bila agaknya aku ngan dia boleh keluar 2 orang macam ni..memula dia salah anggap ingatkan aku dah bosan keluar ngan dia..tapi aku cakap ar yang aku agak happy keluar ngan dia..so aku bagitau dia sementara ada kesempatan, biar ar aku kuar ngan dia..lenkali bila aku ada awek ke..dia ada bf baru ke..dah tak dapat keluar camni lagi...

Sampai jer depan gate rumah, dia cakap pasal arwah bf dia...dia nangis.. ... dia cakap yang arwah dah janji nak kawen ngan dia.. aku cakap kat dia yang arwah mmg dah janji, cuma arwah kena pergi dulu...aku cakap kat dia yang aku rasa bertanggungjawab untuk dia bila arwah dah takde..aku cakap kat dia lagi yang aku nak jaga dia sementara dia jumpa pengganti arwah...aku harap2 Hami jumpa orang yang boleh gantikan arwah member aku tu...kesian aku tgk Hamie..

sambung kat link bawah ni k..
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=301113&page=2#pid18188038

[ Last edited by  hedpe at 19-9-2007 02:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2007 10:43 AM | Show all posts
hmmm...
takziah aku ucapkan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #1 hedpe's post

ko neh yang low self esteem ke die?
nape ko xbrani nak gtau die?
ex bf die dah xde..
pandai2 lah ko amek ati die..
ne tawu, sbenarnye die pon suke kat ko..
xpon, ko bg die hint dulu ke...
cakap gurau2 ngan die yang ko suke kan die ke...
tengok ler dulu respon die camne...
hmmm...cube ko ignore die dulu for few days ke...
tengok lah die feel a bit lost ke x time ko xder..
who knows
neeway, wish ko best of luck dengan pompuan neh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 02:09 PM | Show all posts
aku rasa better kau tunggu dulu...
jgn gelojoh sgt..
lgpun bf dia baru jer pergi....
bagi dia masa..takut dia keliru dgn perasaan dia nanti..
lagi2 kau kan kwn baik bf dia....
tak lari gunung di kejar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 01:06 AM | Show all posts

Reply #3 jezz12's post

aku pon low-esteem skit sebab kena reject dulu... ignore dia? hrmm...nanti aku try..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 01:07 AM | Show all posts

Reply #4 CikWaa's post

tu la..aku tak mengharap apa apa pon dalam masa terdekat ni...anyway, aku baru balik jln-jln ngan dia ni..sorry lambat reply...hehehe....  - dia cute hari ni -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2007 02:21 AM | Show all posts

Reply #1 hedpe's post

Salam ...

Abang tak sempat baca habis lagi ... Tapi takziah ya ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 05:36 AM | Show all posts
nasihat aku.....x lari gunung dikejar....bg ms dlu kt die...lm2 sket cuba la test line....kot2 diterima....gud luck bro!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 05:51 AM | Show all posts
kau relax dulu

  slow slow

  pastu sekali kau buat cam lupa or x contact dia

  kalau dia rasa mis kat kau , dia pun ada hati kat kau

  gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 11:30 AM | Show all posts
erm....apa2pun..jgn mabil kesempatan untuk meraih syg dia di saat dia dlm keadaan yang tertekan...it takes time for her...awak pun slow2 pujuk boleh. jgn trs tanya ke. nnt dia fkr apa plk about awak and her ex.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 07:03 PM | Show all posts

Reply #7 halimijuliana's post

terima kasih walau tak abis baca..senang2 baca la eh...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 07:04 PM | Show all posts

Reply #10 otakotak's post

ambil kesempatan? erm..tak sama sekali..skarang ni aku macam nak jadi orang yang selalu mendengar keluhan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 08:14 PM | Show all posts
ko jagala dia baik2..aku rasa arwah pun senang hati kalau dia lihat ko besama dia coz dia taw yang tebaik tuk bekas gurl dia..apa2pun takziah aku ucapkan atas pemergian member baik kau..aku taw camna perasaan bila kita hilang org yg kita sayang..sebab aku pun penah merasa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 07:30 AM | Show all posts
takziah   and good luck... slow2 mesti lama2 dia pun sukakan u...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:47 AM | Show all posts
aku rasa elok ko jgn bgtaw dia dulu tapi teruskan sikap ambil berat ko kat dia tuh.... bagi dia masa & ruang .. good luck
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:10 AM | Show all posts
takziah...

aku rs ko jgn terburu-buru sgt nk luahkan perasaan pd dia..
tk perlu nk tergesa-gesa pon..
ko kwn yg plg rapat dgn girl tu skrg..
try to win her heart slowly and deeply..
always been there when she needs you..
rsnya chance ko tgi... tp rilek2 dl..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 11:14 AM | Show all posts
dia anggap ko mcm kawan jer...jgn menaruh harapan ok..nnti ko yg merana..ko nie Sabahan ker..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 04:12 PM | Show all posts

Reply #13 sinbad05's post

tu la...aku harap aku buat benda yang betul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 04:20 PM | Show all posts

Reply #17 Prags's post

Bukan..aku bukan Sabahan...kenapa eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 04:21 PM | Show all posts

Reply #17 Prags's post

Bukan..aku bukan Sabahan...kenapa eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068962 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list