View: 4601|Reply: 23
|
Betul ke tak payah qada'
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum,
Seandainya seorang Muslim tak sembahyang sebelum...katakanlah...8 tahun dia dah sembahyang (dikira pada tahun dia baligh), kira punya kira, dia kena ganti 2000 hari solat..adakah dia kena mengqadha' kan semua solat tersebut???. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 eastrun's post
Ada pendapat sedemikian.
Pendapat yang saya pegang (dari guru dan Ulama rujukan saya) ialah kena qadha. Kalau tak pasti banyak mana, buat anggaran, qadha sikit2 setakat yang mampu sampai kepada target anggaran tersebut.
Juga mesti taubat mohon ampun dari Allah, sesal dan azam tidak mahu tinggal solat lagi. Ini kerana ada hadith Nabi yang berbunyi, seseorang yg tinggalkan solat dengan sengaja telah sampai ke pintu Kabaair (dosa besar) walalupun dia menggantikannya kemudian
Wallahu a'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 17-9-2007 11:19 AM
Ada pendapat sedemikian.
antara yang berpegang pada pendapat ini (tiada qadha' bagi solat yang sengaja ditinggalkan) ialah Umar ibn Khattab, Abdullah ibn Umar, Sa抋d ibn Abi Waqas, Ibn Mas抲d, Ibn Sirrin, Ibn Hazm dan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, serta sejumlah besar dari salafussoleh yang lain
fatwa Ibn Taimiyah:
"Dan meninggalkan solat dengan sengajatidak di syara'kan mengqadha'nya, (jika ia melakukan solat qadha'tersebut) tidak sah baginya, bahkan hendaklah perbanyakkan melakukansolat sunat, itu adalah pandangan kumpulan dikalangan salaf" - (Al-Ikhtiyaaraat, ms 34)
mereka menolak adanya qadha' solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipanyang dibuat hanya pada waktunya, bukan di luar waktunya (lihat Al-Muhallaibn Hazm, Majmu' Fatawa, Nailur Authar dll)
揝esungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 naj13's post
Perlu kadha. Nasihat ustaz saya, tak perlu buat sekaligus semua, buat sikit-sikit tetapi dengan istiqamah. Di samping bertaubat banyak-banyak. Insyallah kalau mati sebelum sempat habis kadha, akan diampun dosa oleh Allah.
Ini saya petik dari http://hembusan.blogspot.com/200 ... lil-yang-sahih.html
Maka, kaedah qiyas digunakan oleh para ulama untuk menyelesaikan permasalahan ini. Berkata Imam Nawawi, "Jika mengqadha solat adalah wajib bagi mereka yang terlupa/tertidur, maka sudah pastilah ia menjadi lebih layak ke atas mereka yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja". Dan Imam Nawawi berkata lagi dalam al-Majmu', " para ulama telah pun mencapai ijmak bahawa sesiapa yang tidak melakukan solat fardu dengan sengaja (tanpa sebab) mesti mengqadhanya" [6]. Hanya ada segelintir ulama sahaja yang membuat kesimpulan yang bertentangan dengan ijmak ulama ini, dan mereka antaranya ialah Imam Abu Daud al-Dhahiri, Ibnu Hazm, Ibnu Qayyim, dan Ibnu Taimiyyah.
Semoga bermanafaat dan diberi petunjuk. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Petikan link dari yang naj13 beri juga ada menyebut pendapat wajib qadha menurut Jumhur Ulama dan Imam mazhab yang 4
http://ustaz.blogspot.com/2006/01/permasalahan-qadha-solat-bagi-yang.html
==============================
Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).
Bukanlah bermakna bolehnya qadha solat itu maka diri pembuat dosa boleh terselamat dan terampun dosa sebaliknya hanya usaha ikhtiar selain taubat nasuha bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan.
[ Last edited by mnm77 at 18-9-2007 09:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat yg menyatakan tak perlu qadha tu bukan bermakna ia menyatakan bahawa mereka terlepas dari perbuatan meninggalkan solat dgn sengaja cukup dgn bertaubat nasuha. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 mnm77's post
na'am, saya tdk meletakkan pendapat yg pertama krn sdra tlh pun menyebutnya.. justeru diletakkan link saja utk bacaan lanjut
ada satu lg pendapat yg memilih jln pertengahan dgn mengamalkan kedua2 nya, dgn mengambilkira keadaan org yg meninggalkan solat tersebut.. jika solat yg ditinggalkan hanya 3-4 waktu & mudah utk diqadha', maka wajib qadha'.. namun jika solat yg ditinggalkan sudah bertahun2 lamanya (spt. cth yg diberikan oleh pembuka topik) boleh berpegang pd pendapat Ibn Taimiyyah.. ini saya perolehi drp kuliah Dr. Azhar Yaakub
nevertheless, saya lbh cenderung kpd pendapat Saidina Umar, ibn Umar & Ibn Taimiyyah rh.. inilah juga pendapat yg tlh diajarkan kpd saya
Allahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 18-9-2007 09:47 AM
pendapat yg menyatakan tak perlu qadha tu bukan bermakna ia menyatakan bahawa mereka terlepas dari perbuatan meninggalkan solat dgn sengaja cukup dgn bertaubat nasuha.
ustaz hafiz aku pun ckp mcm tu.. x perlu qada'...ALLAH MAHA PENGAMPUN
buat taubat nasuha dan jgn tinggalkan solat lagi..
ustaz aku ckp... bayangkanlah kalau dia umur 60 tahun...x pernah solat... takkan dia nak qada' solat2nya
365 hari x 60 tahun = 21900 hari
17 rakaat (sehari) x 21900 hari = 372 300 rakaat
ambik kata sekali solat 4 minit paling cepat
4 minit x 5 solat = 20 minit sehari
20 minit x 21900 hari = 438 000 minit (sama dengan solat tanpa henti / tido / makan selama 304 hari)
jadi paling senang minta ampun pada allah dan jgn tinggal solat lagi..
diulangi ALLAH MAHA PENGAMPUN
[ Last edited by eiyoei at 18-9-2007 06:39 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 eiyoei's post
Bukan disuruh buat qadha sekaligus.
Qadha solat itu menandakan kesesalan yang tak terhingga sehingga dibuktikan dengan perbuatan mengqadha tu. Ada orang yang dah tua baru start qadha solatnya yang lepas-lepas, kadang2 satu, kadang2 dua waktu selepas solat fardhu biasa . Bila dia tanya, mustahil mahu habis, banyak ni! Jawapannya - usahakan sekadar kemampuan secara istiqamah.
Lagi satu kewajiban qadha tu memberi keberatan dan pendidikan (amaran) kepada orang-orang yang iman yang kurang kuat agar jangan sekali-kali meninggalkan solat (kerana kepayahan mengqadha yang akan melandanya nanti). Tambah-tambah pula, hukum meninggalkan solat mengikut mazhab shafie (bunuh) tidak dapat dilaksanakan pemerintah Islam di zaman ini. Si pemalas sembahyang senang-senang sahaja meninggalkannya dengan alasan dalam hatinya - "relaxla, nanti tua aku taubat ler! Bukan payah qadha!"
Allah Maha Pengampun dan kita harus berusaha untuk mencari keampunanNya.
Saya lebih berpegang kepada ijma' ulamak seperti yang dinukilkan Imam Nawawi dan diajar ustaz-ustaz saya. Begitulah yang saya ajarkan juga kepada anak-anak dan keluarga saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 always_typo's post
Saya ingat dari segi dalil memang dah everybody agree to disagree. So kita lihat dari perspektif syarat taubat pulak.
Salah satu syarat taubat di samping menyesal bersungguh-sungguh dan berhenti melakukan dosa adalah mengembalikan hak kepada yang berhak.
Kalau mencuri, kena beri balik harta yang dicuri. Kalau fitnah, minta maaf dari orang yang difitnah. Kalau tak mampu mengembalikan, buat sedaya upaya untuk mengembalikan secara bersedekah, minta maaf dari waris, etc etc.
Begitulah juga taubat meninggalkan solat dengan sengaja. Kesalahan amat besar tu.. kena bertaubat. Syarat taubat perlu dipenuhi. Harus dikembalikan haknya ie diqadhakan semua rakaat yang ditinggalkan. sedaya upaya. Sedang dengan makhluk pun kita kena pulangkan harta, inikan pula dengan Allah. Allah tak perlu solat kita tu, kita yang hamba ni yang perlu buat untuk mencukupkan syarat taubat kita.
Adapun hendak diampun dosa atau diterima taubat itu, hak Allah swt. Kalau dibuat secara istiqamah dengan penuh penyesalan dan tak diulang lagi, inshaallah Allah ampun. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit tambahan:
Ulamak mengatakan kalau selagi seseorang itu tidak mengkhadhakan solat wajib yang ditinggalkannya, selagi itulah solat2 sunatnya semua sia-sia belaka. Ini termasuk solat sunat rawatib, solat sunat tahajud, solat sunat tarawih, solat sunat hari raya dan lain-lain lagi.
Ada yang mengatakan perlu kadha semua, baru boleh solat sunat. Ini bukanlah satu isu yang pelik kerana melibatkan hak seseorang Islam itu terhadap Tuhannya. Ibadah puasa pun begitu juga, selagi tak dikadha yang wajib, puasa2 sunat adalah sia-sia. Zakat pun sama. Hak kita yang wajib kepada Allah perlu diselesaikan dulu, kemudian baru fikir nak buat yang sunat.
Ada ulamak yang lebih lembut mengatakan boleh solat kadha dan sunat dikerjakan bersama-sama, tetapi utamakan yang kadha dahulu, dan perlu konsisten dalam melakukan yang kadha, kalau ianya melibatkan jumlah yang banyak yang tak boleh dikerjakan sekaligus. Inilah yang dipegang kebanyakan orang.
Katakanlah anda berumur 25 tahun sekarang ini dan anda ingin bertaubat tak mahu tinggal solat lagi. Anda dah tinggalkan solat selama 10 tahun. Ditakdirkan anda diberi umur oleh Allah sehingga anda berumur 65 tahun. Hanya dalam 10 tahun, anda sudah dapat mengkadhakan solat anda itu dan ada berbaki 30 tahun lagi yang mana anda tidak perlu bersolat khada.
Katakanlah anda menghabiskan 4 minit untuk satu solat. Anda cuma perlu 4x5=20 minit sehari untuk mengerjakan solat kadha selepas setiap solat waktu. Bandingkan dengan masa anda menonton TV (2-3 jam sehari), tidur (6-8 jam sehari) makan (1-2 jam sehari), berbual2 kosong (? jam sehari), masa itu amat kecil sekali.
Lagipun masa tu anda habiskan untuk SOLAT, merayu keampunan dan ditunjukkan hidayah dari Allah, bukannya maksiat, apa nak dirugikan? Lebih rugi jika semua amalan solat sunat anda tidak diterima Allah kerana enggan mengkadha solat wajib yang sengaja ditinggalkan.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 always_typo's post
salam...
jadi maksudnya kalau kita ada hutang solat fardhu yg blum selesai x guna kita solat sunat ker?? apakah solat sunat yg kita buat tu sia2 kalau solat qada yg byk bertahun2 belum habis?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 zamnie's post
Itu pendapat sebahagian ulamak yang very strict. Puan boleh pegang kalau puan nak. Manakala ada juga ulamak berkata kalau buat yang kadha tu sedikit-sedikit tapi secara konsisten, diterima juga solat sunat dia. Mujur ada pendapat kedua tu. ianya dipegang oleh ramai orang zaman sekarang ni, terutama orang yang lalai dan baru mendapat hidayah setelah meninggalkan solat bertahun-tahun.
Contoh.
Solat sunat sebelum zuhur, kemudian Solat zuhur (fardhu). Lepas tu buat Solat zuhur (kadha) dan akhirnya solat sunat selepas zuhur.
Masyaallah. Implikasi tinggal solat ni amat besar sekali kepada amalan dan hidup seorang orang Islam. "Trauma"nya amat mendalam dan amat susah nak diganti dan boleh memberi kesan kepada ibadah2 lain sama. Sementelahan ibadah solat itu sendiri pangkatnya amat besar, turun direct dari Allah swt semasa israk mi'raj. Kena bertaubat bersungguh-sungguh, kesalahan tinggal solat ni.
Malangnya hari ni ramai orang dok ringankan bab solat, makin menjadi-jadi pulak tu. Yang mahu menegur orang tak solat terlalu sedikit..
Marilah kita beri perhatian kepada perkara ini terutama dalam mendidik anak2 kita tentang kepentingan melakukan solat dalam waktunya. Itulah yang saya paling risau, anak-anak hari ni yang terlalu banyak cabaran. Diri sendiri pun dhaif. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 always_typo's post
terima kasih krn jwpn anda...
tp memandangkan sy bekerja & masa solat tu amat terbatas sekali jadi apa yg sy selalu buat ialah solat fardhu dulu lepas qada satu solat yg lama... tp kalau ada kesempatan sy buat solat sunat spt dhuha dll..
sy pun confuse nak ikut pendapat ulamak yg mana satu?? yg strict atau tak?? tp kalau boleh sy nak amalan sy diterima.... jgn jadi sia2!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau puan tidak mampu, ikutlah yang kurang strict tu dengan mengekalkan apa yang dibuat sekarang. Saya cuma menyampaikan ilmu yang saya tahu, decision is up to you.
Ada orang teramat menyesal banyak krn ponteng solat, sanggup pi masjidil Haram buat solat kadha banyak2 kat sana (sebab x 100,000), tapi ada ustaz kata tak aci mcm tu, tapi depa tak larang. Siapa tahu, kerana perlakuan, pengorbanan ikhlas darinya diampuni dosanya oleh Allah? "Menyesal" ni pun berbeza tahapnya dari individu ke individu dan ianya tersembunyi dalam hati, siapa pun tak tahu melainkan kita dan Allah swt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 always_typo's post
ok... Insya Allah sy akan buat yg sebaiknya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 zamnie's post
Ustaz kat masjid pun kata kena qada' semuanya sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 zamnie's post
yang pernah sya belajar tidak lah dikira sia2 sembahyang sunat tersebut tetapi sembahyang sunat tersebut akan ditampalkan untuk mengantikan solat fardhu
dikatakan 70 solat sunat bersamaan 1 solat fardhu..maka sekiranya malas nak qada' dan rajin nak buat solat sunat..maka masih dibolehkan juga..tetapi kena usaha lebih lagi la dr yg biasa
wallahu'ala |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 mat_smart's post
baru ada komen dari sorang ustaz pasal hal ini.
Solat qadha tu boleh buat secara minima tapi masih cukup rakat, contohnya, baca yang wajib sahaja, sujud ruku' dll setakat tomakninah / baca pendek2 dsbgnya. Dengan itu boleh siapkan dua tiga kali qadha zohor setiap kali selepas solat zohor biasa dan seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 always_typo's post
RASANYA SOLAT WAJIB YG BIASA PUN BOLEH |
|
|
|
|
|
|
| |
|