CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2873|Reply: 34

Dayang bercerita tentang puasa dan hari raya

[Copy link]
Post time 21-9-2007 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Sambal udang ibu buka selera DayangOleh Farihad Shalla MahmudSAAT paling manis ketika berbuka puasa biasanya apabila berpeluang menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu bersama insan tersayang. Dikelilingi keluarga ketika menikmati juadah selepas seharian menahan lapar dan dahaga menjadi momen paling indah apatah lagi peluang seperti itu bukan mudah untuk hadir.

Dan itulah juga yang dirasai penyanyi bersuara gemersik dari Bumi Kenyalang, Dayang Nurfaizah Awang Dowty apabila tahun ini dia berpeluang meraikan suasana itu bersama keluarganya di kediamannya di sini. Bukan mudah untuk Dayang menikmati suasana sebegitu memandangkan keluarganya menetap di Kuching, Sarawak manakala dia merantau di Semenanjung Malaysia demi karier sebagai seorang penyanyi.

Bertemu Dayang pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan kurang bernasib baik anjuran bersama Hotel Cititel, Dayang melahirkan keterujaannya apabila berpeluang menyambut ketibaan Ramadan bersama keluarga tersayang.
"Ini julung kali Dayang berpeluang berpuasa bersama keluarga. Lazimnya Dayang hanya merasai saat itu di penghujung Ramadan saja. Itupun ketika bercuti untuk menyambut Hari Raya. Tapi kali ini tidak. Memandangkan keluarga Dayang memang sudah ada di sini sejak bulan Julai lagi iaitu sewaktu Dayang menyambut hari lahir," ujar Dayang teruja.

Apabila ibu sudah ada di depan mata, anak manapun pasti tidak mahu melepaskan peluang meminta untuk disediakan itu dan ini untuk dinikmati pada waktu berbuka kelak.

"Biasalah, Dayang kalau emak yang masak memang Dayang suka makan. Lazimnya Dayang suka sambal udang yang dimasak emak dan Dayang jadikan ia sebagai pembuka selera. Kalau dah makan, memang tak boleh berhenti makan nasi sehingga bertambah sampai dua pinggan," ujar Duta Shapemaster ini.

Gara-gara sukar mengawal selera itu, penyanyi berusia 26 tahun ini sempat melahirkan kegusarannya memandangkan berat badannya semakin bertambah.

"Risau juga apabila berat badan Dayang sekarang melepasi angka yang disifatkan ideal. Tapi hendak buat macam mana, kawal pun selera tetap ada. Jawabnya, kena rajin membuat senamanlah," cerita Dayang sambil merahsiakan berapakah berat badannya ketika ini.

Namun, katanya suasana itu akan hanya dinikmati dalam masa dua atau tiga minggu saja kerana ibu bapanya akan kembali ke Kuching untuk persiapan menjelang Syawal selain menemani kakaknya Donna yang kini menetap di sana selepas melahirkan anak sulung.

Dalam perbualan itu, sempat juga Dayang memberitahu yang dia akan mula bercuti pada 8 Oktober depan selama 17 hari untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

"Untuk pengetahuan semua, inilah satu-satunya yang boleh Dayang panggil bercuti. Sepanjang tempoh itu Dayang akan mengambil peluang untuk menziarahi sanak saudara dan juga menerima tetamu yang bertandang di rumah. Dayang sebenarnya kalau setakat cuti dua tiga hari, jarang pulang ke kampung.

"Bukannya apa, rasa macam tidak berbaloi kerana masa pendek sangat, tak sempat hendak buat apa-apa dah kena balik. Lagipun, kalau Dayang balik dalam tempoh itu, mak dan bapa Dayang yang bising. Kata mereka, membazirlah, baik simpan duit itu. Jadi, Dayang pun ikutkah kata mereka. Lagipun, mereka juga kerap turun ke sini melawat Dayang," ceritanya sambil dipersetujui pengurusnya, Sharliza yang setia berada di sisinya.

Dayang juga turut mendedahkan rahsianya iaitu dia memang tidak gemar mengemas. Namun, berada di dapur adalah satu perkara yang menjadi kegemarannya.

"Memang dari dulu lagi, Dayang gemar menolong ibu di dapur. Potonglah apa-apa yang patut. Sambil itu, belajar memasak sekali. Tapi janganlah suruh Dayang mengemas, memang Dayang tak minat," dedah Dayang sambil tertawa.

Mengenai majlis berbuka bersama anak yatim itu, Dayang berkata tahun ini adalah kali ketiga berturut-turut dia meraikannya bersama anak yatim di lokasi yang sama.

"Alhamdulillah, ini adalah tahun ketiga Dayang meraikannya bersama anak-anak yang kurang bernasib baik. Kesempatan ini Dayang gunakan untuk bersedekah apa yang termampu buat mereka semua. Ada juga di antara mereka yang Dayang sudah kenali kerana mereka pernah terbabit pada majlis yang sama tahun lalu.

Pada majlis itu Dayang turut menyumbangkan suaranya sebagai hiburan tetamu yang hadir. Turut memeriahkan majlis itu ialah Noryn Aziz, Nurul AF2 dan penyampai Hot.FM, Fara Fauzana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 09:55 AM | Show all posts

Udang masak lemak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2007 10:18 AM | Show all posts
sedap giler

taruk lah kacang panjang ker, tomato ker

slurpppp!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 10:31 AM | Show all posts

Reply #3 Syd's post


Abang Dini tak makan udang, alergi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2007 11:18 AM | Show all posts

Reply #4 houdini's post

gatal kat mana?

heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 12:12 PM | Show all posts
Lorr...sama lagi kita ni dini,aku pun x makan udang. Dayang x suka kemas umah,nampaknya laki dayang kena yg pandai kemas umah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2007 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 21-9-2007 11:18 AM
gatal kat mana?

heheheh


Gatal kat Syd
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 02:53 PM | Show all posts

Reply #7 houdini's post

bukan gatal kat dyg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 21-9-2007 12:12 PM
Lorr...sama lagi kita ni dini,aku pun x makan udang. Dayang x suka kemas umah,nampaknya laki dayang kena yg pandai kemas umah.


Peminat Dayang & Anuar memang banyak persamaan

Kemas umah ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 02:59 PM | Show all posts

Reply #9 houdini's post

Yeah n we love that.

Tu la,aku ni bilik aku je aku kemas.Satu umah lom lg cuba.Kena la praktikkan nampaknya ni. Ko x nak cuba dini?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 03:02 PM | Show all posts

Reply #9 houdini's post

awat dok ketaq2 lutot berpeluh bagai tu bang??! *giggles

p lapp peloh tu dulu seblom prektis mengemasss...waakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 03:17 PM | Show all posts

MERIAH: Dayang menghiburkan tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Cititel di Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 05:03 PM | Show all posts
adik yg baju biru ni kelakar!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2007 02:27 PM | Show all posts
Puasa bersama ibu bapa
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]


RAMADAN tahun ini lebih bermakna buat penyanyi popular Dayang Nurfaizah Awang Dowty kerana berpeluang menyambut bulan penuh keberkatan ini bersama ibu bapa tercinta.  

Berbeza sebelumnya, tahun ini Dayang berpuasa bersama orang tua di ibu kota, tidak lepas peluang nikmati sajian ibu

RAMADAN tahun ini lebih bermakna buat penyanyi popular Dayang Nurfaizah Awang Dowty kerana berpeluang menyambut bulan penuh keberkatan ini bersama ibu bapa tercinta.

Malah, kata Dayang, ibu bapanya memang merancang lebih awal untuk menyambut Ramadan dengannya tahun ini.

揑bu bapa saya sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Julai lalu, sempena sambutan hari jadi saya yang ke-26, sekali gus pelancaran album terbaru Dayang 2007 di Planet Hollywood Kuala Lumpur, baru-baru ini.

揝aya memang menantikan peluang untuk menyambut Ramadan bersama keluarga dan Alhamdulillah, impian itu tercapai tahun ini.

揝elalunya, sayalah yang akan pulang ke Kuching, Sarawak seminggu sebelum raya untuk berpuasa dan meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga.

揘amun, ibu bapa saya akan pulang ke Kuching lebih awal dari saya untuk membuat persiapan Aidilfitri nanti,
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 11:14 PM | Show all posts
sambal udang mak dia masak mmg best
tk pyh makan dgn nasi..makan gitu je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 22-9-2007 11:14 PM
sambal udang mak dia masak mmg best
tk pyh makan dgn nasi..makan gitu je..


sedap ek??? ada resepi tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2007 12:40 AM | Show all posts
puteri tu dh mencekik la tu sbb dah tau best!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 11:20 PM | Show all posts
hahahahaha
mmg mencekik pun
dyg tkde pun aku tk kisah
janji sambal udang ada
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 12:32 AM | Show all posts

Reply #18 puteri-jelmaan's post

Ko lgk teruk dr aku ni smpi dpt smbl udang,dyg pun ko wat dono.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 10:56 PM | Show all posts
ala..dyg..apa la sgt
wakakakakakakakak
jgn mare
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055196 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list