View: 11441|Reply: 61
|
Kalau semua dah tersurat oleh Allah....Apa hak kita sbg hamba-Nya??
[Copy link]
|
|
Dah lama aku nak voice out benda ni sbnarnya..tapi takut tergelincir plak akidah..
Ramai yg tanya aku including some of my non muslim friends..
Persoalannya sekiranya kita percaya semua yg berlaku pada kita,every seconds,smuanya telah tertulis di luh mahfuz...
termasuk yg buruk dilakukan oleh kita..mengapa kita juga dipersalahkan di akhirat kelak..
Bunyinya mgkin agak kontroversi tapi nak jugak tanya pendapat korang..
Cthnya..ditakdirkan kita lahir di persekitaran yg tiada pegangan agama..membesar menjadi seorang pendosa kpd Allah..
kita berusaha utk menjadik lebih baik ttp DITAKDIRKAN jadi jahat jugak...adakah ini semua DITENTUKAN oleh Allah..Lalu apa hak
kita sbg hamba-Nya...?Malah apa yg sedang aku buat sekarang..malah anda yg membaca ini juga telah tertulis di sana yg anda akan
melakukan ini dan itu....
Adakah begitu?Jika ditakdirkan anda menjadi pembunuh atau perompak..anda mungkin bersalah dan rasa sgt berdosa kpd Allah dan
manusia terlibat..ttp tiba2 anda berasa itu semua takkan terjadik sekiranya tidak diizinkan oleh Allah..mengapa Allah
mengizinkan perkara buruk itu berlaku?Hikmah?Apa hikmahnya.
Satu lagi perkara yg amat memusykilkan aku....seseorang hamba Allah akan masuk syurga bukan semata2 kerana amalannya..
Sekiranya dia tidak diizinkan Allah memasuki syurga walaupon amalan baiknya byk..maka dia takkan masuk syurga...
Ada kah begitu?Adilkah begitu..
Persoalan aku ini juga bangkit kerana aku banyak melihat kawan2 aku yg dunianya penuh maksiat..zina,seks sejenis,tidak
solat dan puasa..masih lagi diberi rezeki dunia yg mencurah2...adilkah?
Bagaimana plak dgn kewujudan Syaitan?Mengapa Allah tidak hapuskan shj syaitan2 laknatullah itu?
Mgkin persoalan yg aku kemukakan ini terlalu extreme dan melampau..tapi perkara sebegini sudah lama melingkari kepala aku..
Aku tahu byk rahsia yg kita tahu kecuali amat sedikit....tapi sbg manusia aku tak mampu nak menahan bertanyakan soalan2 ini...
Maafkan aku Ya Allah...langsung aku tidak meragui ketetapanMu...sebaliknya bersyukur kerana tidak dilahirkan menjadik
manusia yg jahil dan jahat...harap dikekalkan nikmat ini...Subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu dengar yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu dari kita |
|
|
|
|
|
|
|
em.. aku tak baca pon pharagraf ko...panjang sangat. bila tengok dari tajuk aku rasa cita ko ni ada kaitan dgn nasib, betol?
masa aku sekolah, ustazah aku cakap, setiap manusia ada takdir dia, iaitu rukun iman yang ke6, percaya pada qada' dan qadar. kalau tak silap aku (either qada' or qadar) qada ni apa yg dah tertulis kat kita, tak boleh nak ubah. tapi, kita masih boleh mengubahnya dgn qadar. kalau kita berusaha, nasib kita akan berubah. mean that apa yg kita create itulah diri kita, kitalah penentu sebenarnya takdir kita tu (qadar). yang tak boleh diubah hanyalah ajal & jodoh (ada satu lagi aku tak ingat).
janganlah banyak fikir sangat. pernah tak dengar, allah akan tolong umat-Nya yang rajin berusaha. |
|
|
|
|
|
|
|
takdir atau qada dan qadar telah ditentu kan oleh allah...
allah juga berpesan .... tidak akan ubah nasib umat itu melainkan dia sendiri megubahnya...
banyak contoh nya.... paling senang ialah makan... kalau tak makan kita lapar jadi kita kita usaha cari makanan
untuk dimakan agar tak lapar.....
begitu juga kehidupan kita didunia... sentiasa hendaknya mencari keredaan allah...
kita tahu rukun islam kita tahu rukun iman.. itu sudah cukup untuk jadi panduan kita didunia seandai
kita pandai mengunakan akal fikiran yg dianugerahkan untuk kita....
seandainya kita ditimpa musibah / kesusahan/ terinaya sentiasalah berdoa memohon perlindungan dan pertunjuk...
setiap insan yg waras tentu mengetahui tentang perbuatan nya... adakah itu perbuatan baik atau jahat...
kalau itu perbuatan jahat yg dimurkai allah adakah patut kita teruskan????....
ingatlah hanya dua tempat disediakan nant....i syurga dan neraka kita akan kekal disana...
buatlah pilihan... tentu tahu caranya.... |
|
|
|
|
|
|
|
kata2 ulamak...
Seorg hamba bila berdosa dgn Allah ada 4 perkara berada ttp bersamanya :-
- Allah tidak akan tarik rezeki dgn mudah/tiba2
- Allah juga tidak menarik nikmat kesihatan
- Allah tidak menampakkan kesan2 dosa dlm dirinya/muka
- Allah tidak memberi kesan musibah kpd nya pd masa dia membuat dosa
Allahu Akbar Allah Maha Besar Pengasih dan Penyayang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Dah lama aku nak voice out benda ni sbnarnya..tapi takut tergelincir plak akidah..
Ramai yg tanya aku including some of my non muslim friends..
Tak apa untuk bertanya kerana takut bertanya sesat jalan .
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Persoalannya sekiranya kita percaya semua yg berlaku pada kita,every seconds,smuanya telah tertulis di luh mahfuz...
termasuk yg buruk dilakukan oleh kita..
Semuanya telah tertulis kerana semuanya tak terlepas dari pengetahuan Allah . Saya bagi parable untuk anda mudah fahamnya , katakanlah anda berkebolehan untuk tahu apa saja yang akan berlaku di masa depan , maka anda bertindak menulis pengetahuan anda itu dalam satu buku , adakah ini bermakna dengan berbuat begitu , anda memaksa segala kejadian di masa depan itu berlaku atau segala yang berlaku disebabkan paksaan dari anda ? Apa yang tertulis di Lauh Mahfuz adalah kerana pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu dari perkara yang belum berlaku , sedang berlaku hinggalah ke perkara yang akan berlaku , namun itu tidak bermakna paksaan dari Allah .
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
termasuk yg buruk dilakukan oleh kita..mengapa kita juga dipersalahkan di akhirat kelak..
Bunyinya mgkin agak kontroversi tapi nak jugak tanya pendapat korang..
Allah menetapkan bahawa setiap ciptaanNya adalah tertakluk di bawah undang2 alam (sunnatullah) . Apakah ketetapan undang2 Allah untuk ciptaanNya yang bergelar manusia ?
Undang2 Alam ciptaan Allah menyatakan :
(1) -- sebagai manusia , kita ada otak maka kita mampu berfikir dan membezakan di antara baik dan buruk . Kita nak guna atau tak nak guna kemampuan otak kita ini adalah atas kerelaan hati kita sendiri . Apabila kita berfikir maka kita melakukannya dengan kehendak hati kita sendiri tanpa paksaan dari Allah .
(2) -- sebagai manusia , kita ada kemampuan untuk memilih perbuatan apa yang kita nak buat menurut kesukaan hati kita .Dan ini bermakna Allah tak paksa kita tapi kita atas kerelaan hati kita sendiri pilih untuk melakukan setiap perbuatan kita dalam hidup kita , samaada baik atau buruk .
(3) -- namun sebagai manusia , kita tak ada kemampuan untuk memilih akibat dari perbuatan kita yang bakal menimpa kita samada di dunia atau di akhirat maka ini kita boleh namakan sebagai paksaan dari Allah .
Jadi (1) dan (2) kita boleh kawal , tapi yang ke (3) adalah di luar kawalan kita . Maka persoalannya disini wajarkah Allah memaksakan agar kita menanggung akibat dari setiap perbuatan yang kita sendiri pilih untuk lakukan ?
Kita buat satu lagi parable agar mudah faham .
Seorang pembunuh bertindak sesuka hatinya membunuh satu famili lalu sipembunuh ini di tangkap dan dijatuhkan hukuman mati oleh hakim sebagai balasan ke atas perbuatan membunuh tersebut . Jelas hakim memaksa hukuman mati ke atas pembunuh dan pembunuh tidak diberi pilihan untuk memilih nak jalani hukuman atau tak nak . Adakah hakim tersebut tidak adil kerana memaksakan hukuman ke atas pembunuh tersebut ? Tak adilkah apabila pembunuh tidak diberi pilihan untuk memilih hukuman apa yang patut dilaluinya sebagai akibat dan balasan bagi perbuatan membunuhnya itu ? Kalau diberi pilihan nak dihukum atau tidak , pembunuh mana yang inginkan dihukum , semua penjenayah akan terlepas dari hukuman begitu sajalah . Tak adillah orang yang melakukan kesalahan diberi pilihan nak jalani hukuman atau tak nak !
Disebabkan Allah adillah maka Allah menetapkan bahawa kita tidak diberi pilihan tersebut . Syurga dan neraka Allah yang tetapkan . Dan di akhirat nanti kita tidak diberi pilihan nak masuk syurga atau neraka ikut suka hati kita sebab kalau kita boleh pilih ikut suka hati makanya Hitler , Bush dan sewaktu dengannya pun akan pakat-pakat pilih nak masuk syurgalah jawabnya .
[ Last edited by blastoff at 27-10-2007 08:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hak kita nyawa kita selagi dipinjamkan oleh Allah...selagi ada nyawa berusahale mencari syurga...dunia ni kan sementara...kalau difikirkan sangat kenape ni kenapa tu kenapa setan kenapa dan kenapa dan kenapa...tak semuanye boleh dapat jawapan sesilap kang terpesong lak akidah yg dijaga selama ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Cthnya..ditakdirkan kita lahir di persekitaran yg tiada pegangan agama..membesar menjadi seorang pendosa kpd Allah..
kita berusaha utk menjadik lebih baik ttp DITAKDIRKAN jadi jahat jugak...adakah ini semua DITENTUKAN oleh Allah..Lalu apa hak
kita sbg hamba-Nya...?Malah apa yg sedang aku buat sekarang..malah anda yg membaca ini juga telah tertulis di sana yg anda akan
melakukan ini dan itu....
Adakah begitu?Jika ditakdirkan anda menjadi pembunuh atau perompak..anda mungkin bersalah dan rasa sgt berdosa kpd Allah dan
manusia terlibat..ttp tiba2 anda berasa itu semua takkan terjadik sekiranya tidak diizinkan oleh Allah..mengapa Allah
mengizinkan perkara buruk itu berlaku?Hikmah?Apa hikmahnya.
Memang benar , persekitaran yang bagaimana yang kita lahir , adalah di luar kawalan kita. Namun apabila kita telah baligh dan mampu untuk berfikir dan mampu pulak untuk memilih setiap perbuatan kita menurut kesukaan hati kita , makanya kita patut dipertanggungjawabkanlah , sebab kita sendiri yang pilih nak buat baik atau buruk . Maka kitalah yang akan menerima akibat dan balasan dari setiap perbuatan yang kita sendiri pilih nak lakukan .
Kita bukannya puppet seperti dalam wayang tongkoi orang cina tu dan Allah tak menetapkan kita jadi puppet ! Buktinya , sekarang anda sedang membaca tulisan saya ini , ada rasa macam Allah paksa tak ? Nak toleh mata ke arah lain rasa macam tak boleh ke ? Mata anda dipaksa oleh Allah untuk pandang tulisan saya saja ke? Tak macam tu pun kan , kan , kan . Jadi jelas Allah tak paksa kita tapi kita sendiri yang pilih nak buat itu dan ini .
Jadi persoalan yang sepatutnya anda tanya adalah mengapa Allah menentukan atau menakdirkan bahawa kita boleh pilih ikut suka hati kita nak buat itu dan ini, kenapa Allah tak paksa saja kita ibarat puppet ? Kenapa Allah kurniakan kita akal fikiran , kenapa tak takdirkan kita jadi macam zombie saja ?
Lalu saya tanya anda balik , anda mau jadi zombie yang tak memiliki fikiran ? Anda mau jadi puppet yang tak memiliki kemahuan ? Maka dari sini kita perlu sedar betapa bertuahnya kita dikurniakan Allah kemampuan untuk bertindak dan berfikir ikut suka hati kita , ternyata kita bukanlah puppet atau zombie maka bersyukurlah kepada Allah banyak - banyak atas kurniaannya ini . |
|
|
|
|
|
|
|
Ini anis baca kat suratkabar dan anis kongsikan di sini...pada anis, walau semuanya telah tertulis, ianya belum terlaksana dan kitalah yang melaksanakannya di mana..kita yang memilih mana yang baik mana yang buruk.Atas sebab itulah Allah s.w.t mengurniakan kita akal fikiran, sesuatu yang sangat istimewa yang tidak dimiliki oleh mahkluk Allah yang lain..Dan anis sependapat dengan pandangan kat bawah ini...
Periksa diri, bukan salahkan Allah
TAKDIR! Memang manusia sering menyebut perkataan itu, tetapi sejauh mana kita memahaminya? Kita selalu mengucapkannya apabila dilanda musibah sama ada bencana alam, kebakaran, kemalangan, kematian atau kemiskinan.
Bagi sesetengah pihak, mereka lebih meletakkan takdir apabila berlaku sesuatu tanpa mahu memikirkan sama ada diri sendiri patut dipersalahkan kerana kegagalan atau kelemahan diri sendiri mencorakkan kehidupan.
Apakah kemalangan kerana memandu terlalu laju dan cuai, terbabit dengan penagihan dadah, hidup melarat kerana tidak mahu berusaha malah hidup bergelumang dengan maksiat kerana nafsu juga mahu dikatakan takdir?
Dalam Ops Sikap XIII baru-baru ini, statisik menunjukkan jumlah kemalangan 15,911 kes, berbanding 15,716 kemalangan dalam Ops Sikap XI musim perayaan tahun sebelum ini.
Begitu juga laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, 8,269 penagih dadah dikesan, adakah ini juga mahu menyalahkan takdir?
Taburan penagih dadah di seluruh negara mendapati majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam. Apakah takdir orang Melayu dan beragama Islam memang menagih dadah?
Fenomena ini sungguh merugikan bangsa, malah mengaibkan Islam justeru, mengapa mahu meletakkan kesalahan kepada takdir tanpa melihat kelemahan diri sendiri?
Begitu juga, perangkaan menunjukkan umat Islam yang mewakili kira-kira 60 peratus penduduk negara ini hanya menguasai 20 peratus pembahagian ekonomi.
Kemiskinan, pengangguran dan kualiti hidup di sesetengah tempat masih pada tahap kurang memuaskan. Apakah semua ini kerana suratan takdir yang langsung tidak boleh diubah? Mengapa bangsa lain boleh ke depan dan apakah takdir mereka lebih baik?
Memang, kita tidak boleh mempertikaikan Allah pencipta seluruh alam, selaku pentadbir yang menentukan hukum, perundangan dan peraturan bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama ada yang baik atau buruk.
Susunan dan penentuan adanya baik dan buruk itu ialah ketentuan Tuhan yang azali, malah menjadi satu daripada Rukun Iman yang wajib bagi umat Islam. Begitu pun manusia diberikan kesempatan untuk berusaha mendapatkan yang terbaik.
揃erlumbalah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
topik ni selalu keluar
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=236197
macam-macam pendapat jadi rojak. muktazilah, jabariah dan qadariah. dan satu lagi pendapat di campur adukkan ialah sifat al-bada' yang cuma dalam akidah syiah. berhati-hati lah semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nashrudean's post
Assalamualaikum nashrudean,
Kalau semua dah tersurat oleh Allah....Apa hak kita sbg hamba-Nya??
'Cthnya..ditakdirkan kita lahir di persekitaran yg tiada pegangan agama..membesar menjadi seorang pendosa kpd Allah..'
kita berusaha utk menjadik lebih baik ttp DITAKDIRKAN jadi jahat jugak...adakah ini semua DITENTUKAN oleh Allah..Lalu apa hak
kita sbg hamba-Nya...?Malah apa yg sedang aku buat sekarang..malah anda yg membaca ini juga telah tertulis di sana yg anda akan
melakukan ini dan itu....
Adakah begitu?Jika ditakdirkan anda menjadi pembunuh atau perompak..anda mungkin bersalah dan rasa sgt berdosa kpd Allah dan
manusia terlibat..ttp tiba2 anda berasa itu semua takkan terjadik sekiranya tidak diizinkan oleh Allah..mengapa Allah
mengizinkan perkara buruk itu berlaku?Hikmah?Apa hikmahnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mempercayai & mengimani qada' & qadar termasuk didlm rukun iman.
Kite harus tahu ttg konsep qada' & kadar @ ketentuan & perlaksanaan pd ketentuan itu.
Apa2 yg telah tertulis di luh mahfuz merupakan RAHSIA pentadbiran dr Allah S.W.T.
Klau sesuatu yg menjadi rahsia, amat memusykilkan jika kita seolah2 mengetahui segala yg berlaku adalah benar2 berlandaskan apa yg dah tertulis 2 (sedangkan kita x pernah melihat pun apa2 yg dah tertulis di sana).
Sebagai manusia, kita sbnarnye dituntut utk mencari kebenaran dgn berpandukan sumber2 dr Al-Quran, hadith, ulamak2 dll.
Klau kite memahami keadaan ini (tuntutan kebenaran) maka kita bertindak & mengorak setiap langkah kite mengikut jln2 yg disukaiNya & bukan jln yg dilaknat olehNya. Kita juga akan mendapat 1 rangkumkuman keredhaan dr Nya.( syurga sseorg itu adalah bergantung dr rahmat & redha dr Allah S.W.T). Allah telah menekankan bahawa Dia meredhai Islam. Jadi didlm mencari keredhaan dr Allah, sudah semestinyelah kite kena memahami , menganuti Islam & mempraktikkan keislaman itu. Soal kebajikan & pahala bukanlah sbg penyebab utama utk mendapatkan syurga sbb klau kita mendapatkan pahala sebesar alam ciptaan Allah skalipun belum tentu dpt menebus jasa dr Allah di atas kejadian kite yg sempurna ini. Bagaimana pula kita nk menuntut syurga dr Allah S.W.T.
'Satu lagi perkara yg amat memusykilkan aku....seseorang hamba Allah akan masuk syurga bukan semata2 kerana amalannya..
Sekiranya dia tidak diizinkan Allah memasuki syurga walaupon amalan baiknya byk..maka dia takkan masuk syurga...
Ada kah begitu?Adilkah begitu..'
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika sesorg yg telah beramal dgn baik, tetapi tidak juga memperolehi syurga, ini bukan menggambarkan ketidak adilan Allah S.W.T tetapi ia harus direnungkan dr sudut keikhlasan sesorg itu didlm menjalankan setiap amal kebajikannye. Klau sesuatu kebajikan dilakukan utk menunjuk2 atau sekadar melepaskan batuk ditangga je, sudah pasti ganjaran pahala x akan setimpal sbgmana yg disangka. Sbg cth , solat, berpuasa, bersedekah, menderma, memberi pertolongan dll, haruslah dgn hati yg benar2 ikhlas. Klau sy bertanye anda pula, adakah dikira ikhlas beramal baik jika sesorg itu melakukannye kerana takutkan api neraka? Tepatkah alasan mereka ini. Tanyelah diri kite sendiri sbb alasan berbuat baik yg amat tinggi nilainye adalah semata2 kerana Allah S.W.T. Bukan kerana takutkan neraka, Bukan kerana mahukan syurga. Bukan kerana takut berdosa klau x buat. Bukan kerana mahukan pahala yg dijanjikan. Btul x? Sesengguhnye Allah S.W.T itu bersifat Maha Adil & keadilanNya x mungkin dpt dinilai oleh akal manusia spt kite ni.
'Persoalan aku ini juga bangkit kerana aku banyak melihat kawan2 aku yg dunianya penuh maksiat..zina,seks sejenis,tidak
solat dan puasa..masih lagi diberi rezeki dunia yg mencurah2...adilkah?'
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan ini bagi membuktikan bahawa Allah bersifat Maha Pemberi Rezeki. Kerana keadilanNya jugalah maka smua hamba2Nya diberi rezeki walaupun berbeza2. Rezeki yg melimpah ruah itu jgn pula disangka diatas redha dr Allah kerana perlu diingat bahawa Allah S.W.T boleh utk memberi kebenaran & keredhaan. 2 perkata ini adalah berbeza. Cthnye, klau kita nak memaki @ mengutuk sesorg, sudah pasti kita boleh melakukannye dgn mudah tetapi perlakuan ini hanye mendapat kebenaran dr Nya tetapi x akan dpt keredhaan dr Nya.
'Bagaimana plak dgn kewujudan Syaitan?Mengapa Allah tidak hapuskan shj syaitan2 laknatullah tu.'
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan anda kelihatan spt mempersoalkan @ mempertikaikan kebijaksanaan Allah S.W.T menciptakan sesuatu makhluk yg dinamakan syaitan. Cuba anda renung dr sudut yg baik di atas kejadian syaitan ini pd manusia. Ade kebaikan @ tidak? Dah tentu ade. Dgn adenye syaitan ini maka kite sndiri boleh mengetahui takat mana keimanan & kekuatan kita menempuh hasutan & fitnah drnye. Dgn kekuatan yg amat rapuh dihati kite ni maka sudah tentu kita harus sentiasa berdoa & bersandar kpd Zat Yg Maha Perkasa & Tidak Boleh Dicacatcelakan.
Dgn membuat beberapa analisis maka manusia akan dpt cara2 utk mengatasi gangguan dr syaitan spt sentiasa berkeadaan redha & ikhlas terutama ketika berdoa & beribadat kpd Allah.
Kesimpulannye;
Walau ape pun yg tercatat di luh mahfuz, ianye bukanlah urusan kita tetapi yg menjadi senjata kite adalah berdoa & berusaha dgn gigih utk kecemerlangan di akhirat kelak.
Memang sy x nafikan ttg peranan Qada' & qadar ni tetapi cuba anda fikirkan kenapakah harus ade doa panjang umur, doa murah rezeki, doa bertemu jodoh, doa keselamatan, doa pelihara keimanan dsbnye klau dah tentu nasib kite ini dah tertulis semuanye? Bukan kah ini menbawa maksud segala yg tertulis itu boleh di ubah perlaksanaanye oleh Allah Yg Maha Bijak & Maha Perkasa. Inilah yg dikatakan senjata mukmin yaitu DOA.
Sy amat2 berharap agar anda memahami ttg perkara ini & mengubah persepsi anda terhadap qada' & qadar.
Sekian Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jason_king at 27-10-2007 08:34 AM
kata2 ulamak...
Seorg hamba bila berdosa dgn Allah ada 4 perkara berada ttp bersamanya :-
- Allah tidak akan tarik rezeki dgn mudah/tiba2
- Allah juga tidak menarik nikmat kesihatan
- All ...
sesungguhnya allah maha pengasih dan maha penyayang dan sentiasa membuka pintu taubatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa untuk bertanya kerana takut bertanya sesat jalan
kadangkala dalam topik takdir ni yang menjawab tu tersasar.
kalau kita berusaha, nasib kita akan berubah. mean that apa yg kita create itulah diri kita, kitalah penentu sebenarnya takdir kita tu (qadar). yang tak boleh diubah hanyalah ajal & jodoh (ada satu lagi aku tak ingat).
berubah-ubah ni rasanya sesuai dengan pendapat al-bada' dan bukan sunnah wal jamaah.
Persoalannya... adakah Allah tak mengetahui apa yang akan kita lakukan before hand sampai kena ubah-ubah pulak kitab di lauh mahfuz? lebih sesuai kalau di katakan Allah s.w.t dengan sifat maha mengetahuinya dah tahu apa yang akan kita usahakan dan telah menentukan takdir kita sesuai dengan pilihan dan ketentuan Allah. Allah s.w.t maha mengetahui perkara-perkara yang dahulu dan akan datang, yang ghaib, yang tersembunyi dan segala-galanya. Apa yang kita nak pilih semua Allah tahu sejak azali lagi.
Persoalannya sekiranya kita percaya semua yg berlaku pada kita,every seconds,smuanya telah tertulis di luh mahfuz...
termasuk yg buruk dilakukan oleh kita..mengapa kita juga dipersalahkan di akhirat kelak..
Bunyinya mgkin agak kontroversi tapi nak jugak tanya pendapat korang..
katakan anda pakar kereta proton. bila proton keluar je awak cakap, "pintu proton ni boleh tahan setahun jer pastu"... atau "lampu signal proton wira ni gerenti tercabut dalam 6 bulan". Sebagai pakar kereta proton macamana awak tahu? Tentu sebab awak ni memang pakar kereta proton.
Sudah tentu Allah yang maha mengetahui, maha luas ilmunya dah tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. itulah yang tertulis di lauh mahfuz. kita hanya berusaha untuk yang terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Satu lagi perkara yg amat memusykilkan aku....seseorang hamba Allah akan masuk syurga bukan semata2 kerana amalannya..
Sekiranya dia tidak diizinkan Allah memasuki syurga walaupon amalan baiknya byk..maka dia takkan masuk syurga...
Ada kah begitu?Adilkah begitu..
Kenapa seseorang itu masuk syurga dengan keizinan dari Allah dan bukan semata-mata kerana amalan baiknya ?
Saya beri satu parable agar anda mudah faham .
Anda nak tengok perlawanan bola di stadium , penganjur menetapkan harga tiket dan penganjur juga menetapkan yang anda sendiri kena beli tiket , tak ada tiket percuma dan orang lain tak boleh beli tiket bagi pihak anda .
Jadi walaupun anda ada cukup duit tapi kalau anda tak ada tiket , anda tak akan dapat masuk ke stadium .
ada duit mencukupi --- dapat beli tiket --- dapat masuk stadium
ada duit yang mencukupi --- tak ada tiket ---tak dapat masuk stadium
__________________________________________________________
amalan baik yang banyak --- ada keizinan Allah --- masuk syurga
amalan baik yang banyak ---tak ada keizinan Allah --- tak dapat masuk syurga
Sepertimana anda nak masuk ke stadium memerlukan tiket , anda nak masuk ke syurga , anda memerlukan keizinan Allahlah. Tanpa keizinan Allah anda tak akan dapat masuk syurga sebagaimana tanpa tiket anda tak boleh masuk stadium. Sebagaimana tiket anda tak boleh perolehi begitu saja tanpa membelinya , maka keizinan dari Allah tak boleh anda perolehi macam tu saja , sebaliknya anda kena usaha melakukan banyak amalan yang baik dengan keimanan dan keikhlasan di samping menghindarkan amalan yang buruk untuk melayakkan anda memperolehi keizinan dari Allah untuk masuk syurga .
Tak satu pun perbuatan kita akan terlepas dari balasan Allah , dan ini adalah janji Allah yang tidak akan dimungkiri Nya . Tapi perlu kita ingat , bagi setiap perbuatan baik , ia perlu disertai dengan keimanan dan keikhlasan , jika tidak perbuatan baik itu tidak di anggap sebagai kebaikan oleh Allah . Orang2 seperti Mother Theresa pun buat banyak amalan yang baik semasa hidupnya , maka kalau manusia boleh masuk syurga kerana banyak amalan baik maka Mother Theresa dan yang sewaktu dengannya pun akan dapat masuk syurga jugalah tanpa mengira beriman atau tidak , ikhlas atau tidak ! Jadi banyak amalan baik saja tanpa keimanan dan keikhlasan tidak cukup untuk membolehkan kita masuk ke syurga . Keizinan dari Allah adalah tiket yang diperlukan untuk masuk ke syurga tapi kalau tak ada banyak amalan baik maka macam mana nak melayakkan kita untuk mendapat keizinan dari Allah untuk masuk syurga ? ... dalam masa yang sama kita kena ingat duit aje tanpa tiket , alamat kena tengok siaran ulang tayang sajalah
[ Last edited by blastoff at 27-10-2007 02:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 27-10-2007 10:46 AM
Tak apa untuk bertanya kerana takut bertanya sesat jalan
kadangkala dalam topik takdir ni yang menjawab tu tersasar.
Kat mana yang tersasar ? Boleh tunjukkan tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
thanks guys..panjang lebar korang jwb..really appreciate it..
very useful..
nnti aku nak baca2 betul dan fahaminya...
kalu ada yg musykil aku tanya balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 12:49 PM
thanks guys..panjang lebar korang jwb..really appreciate it..
very useful..
nnti aku nak baca2 betul dan fahaminya...
kalu ada yg musykil aku tanya balik..
Aku tak habih jawab lagi daaa , kau tanya panjang berjela aku jawap lagi berjela-jela dari kau , aku kena jawab perenggan by perenggan , kalau tidak alamatnya aku tak boleh buat kerja lain laa asyik terpaku depan komputer saja , meh aku jawab bagi habih dulu k , kau baca slow-slow , kalau tak paham boleh tanya aku balik, no problem
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Persoalan aku ini juga bangkit kerana aku banyak melihat kawan2 aku yg dunianya penuh maksiat..zina,seks sejenis,tidak
solat dan puasa..masih lagi diberi rezeki dunia yg mencurah2...adilkah?
Berkaitan dengan rezeki dunia , Allah mengurniakannya kepada semua makhlukNya tak kiralah manusia , jin atau haiwan, menurut sukatan yang ditentukan olehNya , sebab tu munafik ke , kafir ke , beriman ke , semua menerima rezeki dunia . Tapi rezeki di akhirat Allah khususkan hanya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal sahaja dikalangan manusia dan jin .
Ok, kenapa ada orang yang buat maksiat memanjang tapi rezeki mencurah-curah ?
Kita lihat maksud ayat Allah di bawah :
(Al Anaam : 44) Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
Jadi , orang yang berterusan melakukan dosa besar tapi masih mencurah-curah rezeki itu tetap akan menerima balasan namun balasan itu akan datang secara tiba-tiba dari arah yang tidak disangka-sangka ! Hanya masa yang memisahkan mereka dengan balasan Allah , pembalasan walaupun datang lambat tapi mengejut tanpa sempat bertaubat kekadang tu ! Kojoi tak semena-mena .
Dosa yang dilakukan bukan hanya akan memberi akibat yang buruk kepada si pelaku di akhirat saja , tapi di dunia pun akibatnya pasti ada kerana setiap dosa akan mengakibatkan titik hitam di jiwa . Dosa yang berterusan akan membuatkan hati jadi hitam legam . Hati yang hitam legam ibarat mata yang buta . Mata kalau dah buta mana boleh lihat keindahan alam . Seumpama itulah hati yang hitam tak boleh menikmati keindahan iman dan ayat-ayat Allah , akan rasa hambar saja . Sebab itu makin banyak buat dosa makin tak mau buat ibadah , kalau buat ibadah pun tak rasa apa-apa , payau saja . Makin hitam hati maka makin hati akan lebih tertarik kepada dosa menyebabkan sipelakunya jadi ketagih lalu payah nak berhenti dari terus-terusan melakukan dosa !
Sebab itu dosa tak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan berterusan , kalau hati dah terlampau gelap gelemat macam punggung kuali , nanti akan sampai tahap di mana kehitaman dalam hati itu akan jadi tepu lalu mati tak berimanlah jawabnya . Sebab itu kita lihat ada orang yang buat maksiat melampau-lampau sepanjang hidup mereka sehingga ke akhir hayat tak ingin nak taubat malah mati dalam keadaan tengah dok buat maksiat pun ada ! Hati mereka ini dah sampai tahap tepu lah tuuuu
Cara nak cuci hati yang hitam adalah dengan berbanyak taubat nasuha setiap hari dan juga berbanyak melakukan kebaikan.
[ Last edited by blastoff at 27-10-2007 03:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Bagaimana plak dgn kewujudan Syaitan?Mengapa Allah tidak hapuskan shj syaitan2 laknatullah itu?
Syaitan pun Allah cuma bagi pada dia kemampuan untuk mempengaruhi manusia ke arah kejahatan tapi syaitan tak ada kemampuan untuk paksa manusia untuk berbuat kejahatan . Kejahatan yang manusia lakukan adalah atas pilihan sendiri , berdasarkan kerelaan hati mereka sendiri .
Syaitan tu pun dia yang pilih sendiri untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah , bukannya Allah paksa dia untuk menyesatkan orang . Dan syaitan juga akan menerima balasan akhirat di atas pilihannya itu sebagaimana semua manusia dan jin akan menerima balasan akhirat di atas semua pilihan mereka di dunia ini .
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Mengapa Allah tidak hapuskan shj syaitan2 laknatullah itu?
Apa perlunya syaitan dihapuskan ? Bukannya syaitan ada kuasa pun . Manusia yang memberi kuasa pada syaitan dengan menurut hasutannya. Syaitan hasut tungging langgang macam nak rak pun kalau kita tak ikut , maka tak jalanlah tipu dayanya
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Mgkin persoalan yg aku kemukakan ini terlalu extreme dan melampau..tapi perkara sebegini sudah lama melingkari kepala aku..
Tak ada yang extreme dan melampaunya . Pertanyaan tentang Dzat Allah aje kita tak dibenarkan untuk bertanya sebab deria manusia ni Allah tak letakkan kebolehan untuk mencapai pengetahuan tentang Dzat Nya maka fikir tungging terbalik pun tak akan dapat jawapannya jadi membuang waktu ajelah . Persoalan tentang roh juga kita diberi pengetahuan yang sedikit oleh Allah , selain dari itu tanya ajelah . Tapi bab nak menjawabnya tulah yang tak semua boleh buat , sebab kita hanya manusia , tak semua yang kita tahu kan kan kan ... tapi kalau kita tak boleh jawab , janganlah pula kita nak halang atau marah orang lain yang nak bertanya tak gitu ?
Originally posted by nashrudean at 27-10-2007 06:32 AM
Aku tahu byk rahsia yg kita tahu kecuali amat sedikit....tapi sbg manusia aku tak mampu nak menahan bertanyakan soalan2 ini...
Maafkan aku Ya Allah...langsung aku tidak meragui ketetapanMu...sebaliknya bersyukur kerana tidak dilahirkan menjadik
manusia yg jahil dan jahat...harap dikekalkan nikmat ini...Subhanallah...
Bertanya tak semestinya bermakna kita meragui . Bertanya boleh juga bermaksud kita ingin mendalami dan menambahkan lagi ilmu , juga memperbetulkan salah faham yang mungkin tersemat di pemikiran . Kalau kita menghalang manusia dari bertanya , macam mana kita nak memperbetulkan pemahaman yang tak betul di pemikiran mereka sebab kita tak boleh membaca pemikiran manusia , kita memerlukan mereka meluahkan apa yang terbuku dihati agar kekusutan itu dapat kita leraikan bersama . Oleh itu amat perlu untuk kita memberi ruang untuk manusia bertanya .
[ Last edited by blastoff at 27-10-2007 02:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
allah sentiasa bersama dengan orang mengingatinya . . . . rasul sentisa bertaubat walaupun tiada dosa . . . . allah akan berikan apa yang diniatkan . . . kalau minta yang baik akan diberikan dan kalau minta yang tak baik akan diberi jua
taubat dan doa senjata yang mustajab |
|
|
|
|
|
|
| |
|