CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5918|Reply: 43

Berdosa beri makanan bercampur najis, kotor

[Copy link]
Post time 1-11-2007 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Berdosa beri makanan bercampur najis, kotor




Soalan

SAYA berusia 20 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini kawan baik saya meluahkan masalahnya. Dia memberitahu, dia pernah memasukkan darah kotor (haid) dan sedikit air kencingnya ke dalam makanan abangnya.


Dia diberitahu kononnya dengan berbuat demikian, orang yang memakan makanan mengandungi bahan berkenaan akan tunduk dan mendengar kata.  Bagaimanapun, katanya, perangai abangnya bertambah buruk dan dia sering dipukul walaupun atas kesalahan yang sangat kecil.

Kini dia menyesal dan mahu bertaubat. Ketika dia meluahkan masalahnya saya hanya mendengar dan membisu. Saya tidak tahu apa perlu saya ucapkan. Saya sedih melihat keadaannya kini yang nampak murung dan lebih suka mengasingkan diri di dalam bilik.

Apakah hukum atas tindakannya? Bagaimanakah dia boleh menebus kembali dosa yang dilakukannya?

Adakah Allah menerima taubat dan sembahyang orang yang memasukkan benda kotor ke dalam makanan orang lain?

R
Kuala Lumpur

Jawapan


Memakan perkara yang najis dan kotor adalah haram.

Memberi makan benda haram pada orang lain juga adalah berdosa. Darah haid dan air kencing adalah najis dan bukan untuk digunakan menundukkan orang lain. Ini adalah fahaman salah dan sesat.

Perbuatannya memberi makan najis pada abangnya adalah berdosa dan dia wajar menerima balasan sedemikian daripada abangnya.

Manusia tidak boleh ditundukkan dengan bahan najis, tetapi dengan kasih sayang dan iman kepada Tuhan.

Setiap manusia terdedah kepada melakukan dosa, namun sebaik-baik manusia berdosa ialah yang segera bertaubat pada Tuhan. Dosanya boleh ditebus dengan menyesal dan segera bertaubat pada Allah. Allah itu bersifat maha pengampun dan pengasih.

Jika hamba-Nya jujur datang pada-Nya mengaku kesalahan dan dosa serta jujur berhenti dari dosa dan bertaubat, pasti akan diterima Tuhan. Paling penting, dia harus membuktikan dia benar-benar bertaubat dengan berhenti daripada perbuatan ini dan membanyakkan amalan baik sebagai ganti pada amalan salah yang pernah dilakukannya.


~ Kepada pasangan suami isteri, jangan lah mengikuti perkara perkara khurafat sebegini..:pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 09:41 PM | Show all posts
ada juga yang berfikiran macam ni.

kotor tu... no wonder la kalo abang dia asik marah-marah je

penangan dari incik satan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:59 PM | Show all posts
  ya ampon.... perangai camnih pon ada

konpom budak nih nk wat nasik kangkang tapi tak menjadik .......

takut lak nk pikir....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:57 PM | Show all posts
:kant: :kant: :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:02 PM | Show all posts
kalau my dotter... siap la putus telinga tu i pulas :@
tak respect langsung kat rezeki.. sedap2 campo darah dsb.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:06 PM | Show all posts
ishh..xpatut.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2007 10:07 PM | Show all posts
makkaiii....loya tekak..ada potensi ni nnt bila dh kawin buat benda pelik2..ngeri betul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 10:18 PM | Show all posts

Reply #4 rourouleya's post

Nk buat nasi kangkang ada caranya, bukan main kangkang kt nasik pastu kasi makan kt somi.. kalo nk rasa jadi penghuni neraka weil, buat lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 10:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:38 PM | Show all posts
    
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 11:19 PM | Show all posts
hahah dia lupa baca jampi, tak menjadi le kot... ingat leh buat handal gitu je terus jadik, sekalik terbalik kot... huhuhuh.

amendeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 11:37 PM | Show all posts
jijik nya

off topic skit..Dunhill..lama tak nampak ko..idup lagi rupanya ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 11:50 PM | Show all posts
ade gak manusa yg bepikiran camnie zezaman modan nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 11:57 PM | Show all posts

Reply #12 elinny's post

Kan aku baru lepas keluar dari tahanan ISA kt Kamunting berkenaan akta OSA baru baru ni.. :pompom::pompom::pompom:

Cuba klik alkisahnya


http://forum3.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1


http://forum3.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1

[ Last edited by  Dunhill. at 2-11-2007 12:04 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2007 12:00 AM | Show all posts

Reply #11 LostSoul's post

kalau setakat kangkang kt nasi tu tanpa ada baca apa apa mantera panggil iblis macam mana ilmu ni nk menjadi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2007 12:01 AM | Show all posts

Reply #13 exoz's post

Kalau tk, takkan lah ramai orang mintak rawatan kt Darussyifa tu dikk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2007 12:12 AM | Show all posts
ini orang pun ada ke.
masa dia nak kacau kencing darah tu semua..
dia tak rasa geli ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by Dunhill. at 1-11-2007 10:18 PM
Nk buat nasi kangkang ada caranya, bukan main kangkang kt nasik pastu kasi makan kt somi.. kalo nk rasa jadi penghuni neraka weil, buat lah..



ye ke dunhill...emo dengar kan, takyah doa..kangkang je kat nasi yang tengah berasap panas tu dan peluh yang terjadi menitik balik dlm nasi takyah doa-doa pun boleh bodohkan suami dah

NAUZUBILLAH kita dalam golongan ini...

my cousin cerita ada kisah benar, sebab nasi kangkang le jugak....waktu nak meninggal dunia, bila nak kapankan je ada halangan - lidah arwah tu terjulur keluar dan 'korek-korek' private part arwah....so susah tak boleh nak kapankan...sampai suami maafkan dan redha barulah lidah tu bergulung masuk ke dalam mulut dan meninggal dunia....aib dan azabnya waktu nak meninggal dunia...

tu, baru siksa atas bumi, belum lagi kat kubur, belum lagi waktu perhitungan di akhirat lagi

tapi masalahnya ada gak yang amal benda-benda kotor nih semata2 nak orang dengar cakap...

banyak gak emo dengar, pasal campo air kencing dengan air kosong - bagi minum kat orang....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 08:15 AM | Show all posts
yg penah dgr, maid Indon esp dari satu daerah tu, selalu campur air kencing utk majikan dia, kasi tunduk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 08:50 AM | Show all posts
cam nasi kangkang gak la kan..
eii diorg x pk ker benda ni menjijikan..
nk bg org mkn lak tuh...xde akal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060823 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list