View: 5112|Reply: 42
|
Hadis palsu menyesatkan umat
[Copy link]
|
|
Hadis palsu menyesatkan umatOleh Dr. Azwira Abdul Aziz
Dalam sebuah risalah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ajaran sesat didefinisikan sebagai apa jua ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan sunah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah. (Mustafa Ab. Rahman & rakan-rakan, Mengenal ajaran sesat di Malaysia, Jakim, 2000, hal: 1).
Risalah yang sama juga ada menyebutkan bahawa antara ciri-ciri ajaran sesat itu ialah ia tidak berdasarkan nas-nas syarak sama ada al-Quran atau pun hadis tetapi berdasarkan kepada cerita rekaan, dongeng, khayalan karut, kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam. (Ibid, hal: 10).
Tidak dinafikan lagi bahawa hadis-hadis palsu yang digunakan dalam epistemologi Islam adalah termasuk dalam kategori cerita rekaan dan dongeng. Tetapi, malangnya di negara kita Malaysia, fenomena penggunaan hadis palsu dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab masih berleluasa.
Antara contoh terkini yang disebarkan ialah hadis-hadis berkenaan membaca al-Quran ketika ziarah kubur. Hadis itu bermaksud, 揃arang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua oran tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakan surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcmn nak bezakah hadis palsu dgn hadis sohih? apa kaedahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lah takde paragraph? |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku lah.. sesuatu yg baik walaupun nabi tak lakukan kira ok lah.. asal jgn langgar batasan.. langgar hukum .. wallahuallam |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. sekarang ni umat Islam semakin peka terhadap hadis.. kemurnian hadis perlu dipertahankan kerana ia adalah salah satu sumber perundangan Islam..
bagaimana membezakan hadis palsu (maudhu') dgn hadis sahih.
secara umumnya hadis sahih dan lain2 taraf hadis yg boleh dipercayai boleh dirujuk dlm kitab2 hadis yg muktabar seperti kitab ashabul sunan atau lebih dikenali sebagai sunan sittah iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasai抏, Jami` at-Tarmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Abi Daud.
hadis palsu boleh dikenali sama ada melalui sanadnya atau matannya.
antara ciri-ciri hadis palsu pada sanadnya ialah:
1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri
2. Perawinya terkenal pembohong
3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah
4. Motif yang mendorong membuat hadith palsu itu
contoh:
"Aku beriman kepada Jibril di sisi Ka 慴ah, maka Ia mengeraskan bacaan."
Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab Syafi抏 yang mengatakan Bismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara keras dalam solat Jahriyyah.
ciri-ciri hadis palsu pada matannya pula:
1. Perkataan dan ayat-ayatnya sangat jelek dan janggal. ini kerana uslub hadis ada keunikkan tersendiri.
2. Kerosakan maknanya:
a) Berlawanan dengan perkara yang mudah diketahui
oleh akal dan tak dapat pula dita抴il
b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai Allah. Akal
menetapkan bahawa Allah suci daripada menyerupai
makhluk
c) Berlawanan dengan ilmu kedoktoran
d) Mengandungi dongeng yang tidak dapat diterima
akal
e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu
f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qathi抏 dan
tidak pula dapat dita抴ilkan
g) Menyalahi Hadith Mutawatir
h) Menyalahi kaedah umum yang diambil dari al-Quran
dan Sunnah
i) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang sudah
terkenal pada zaman Nabi SAW
j) Hadith yang sesuai benar dengan mazhab yang
dipegang oleh perawinya dan ia pula terlalu
sangat fanatik kepada mazhabnya
k) Hadith yang menerangkan pahala yang sangat besar
terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil
l) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat
besar atas kesalahan yang kecil
m) Hadith yang menerangkan sesuatu urusan agama
yang kalau ada semestinya diriwayatkan oleh orang
ramai
kita seharusnya berhati-hati dlm menerima sesuatu hadis. di sini perlunya pemahaman dlm ilmu hadis. jgn sampai kita berdusta ke atas Nabi SAW. Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:
1. Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.
2. Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .
3. Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara di atas sehinggalah telah jelas hujah tentang status hadis tersebut dan selamat utk disebarkan.
[ Last edited by goldraja at 5-11-2007 01:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 5-11-2007 01:13 PM
alhamdulillah.. sekarang ni umat Islam semakin peka terhadap hadis.. kemurnian hadis perlu dipertahankan kerana ia adalah salah satu sumber perundangan Islam..
bagaimana membezakan hadis palsu ...
berdosa tak mencipta hadis palsu utk tujuan kebaikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 tobby's post
ini lah yg selalu ditanya oleh masyarakat.. berdosa atau tidak, aku tak dpt nak jawab, itu hak mutlak Allah utk memberi ganjaran dosa atau pahala..
tp ada satu hadis nabi yg mana mafhumnya antara lain menyebut, barangsiapa yg berdusta ke atasku, maka tersedia tempatnya di neraka. ini amaran yg amat keras.
nak cipta hadis palsu utk tujuan kebaikan.. apa yg baiknya pd hadis palsu? |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh hadis palsu ini diambil dari koleksi 100 Hadis Dha'if dan Maudhu |
|
|
|
|
|
|
|
contoh lain...
Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. (Maudhu')
Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)
Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar. (Maudhu')
Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)
Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah al-Rahman. (Munkar)
Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan. (Maudhu')
Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman a.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)
Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung. (Maudhu')
Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)
Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain. (Maudhu')
Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut (dari rambut, kuku dan darah yang dibekam) ke tanah perkuburan Baqie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 5-11-2007 01:35 PM
berdosa tak mencipta hadis palsu utk tujuan kebaikan?
Sudah jelas lah berdosa kerana sengaja berniat menyatakan sesuatu disandarkan kepada Nabi secara dusta tidak kira apa tujuan.
Namun, ada kenyataan2 bukan hadith yang kemudiannya disangka hadith, atau riwayat2 hadith yang sampai tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Contoh antara karya penulisan Imam Al Ghazali, ada penerangan Ulama bahawa terdapat hadith palsu. Dalam hal ini, adalah satu kesalahan kepada kita menyatakan Imam Ghazali guna hadith palsu untuk menyesatkan manusia. Adakah Imam Ghazali berniat berbuat sedemikian? Dan apa salah dia bila ada Ulama sezaman dengannya yang menyampaikan hadith tersebut?
Saya bagi contoh serban, ada riwayat palsu, ada lemah dan ada juga yang sahih. Kalau berkaitan hukum, apabila terdapat satu kesalahan riwayat yang menggunakan hadith palsu, maka adakah patut satu hukum itu dikeluarkan tanpa merujuk kepada riwayat lain?
Kembali kepada perbincangan asal, saya setuju hadith palsu mesti ditolak, namun pada saya tak semua hadith palsu menyesatkan. Orang yang mencipta hadith palsu akan tanggung balasan yang pedih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 5-11-2007 04:38 PM
Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. (Maudhu')
Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)
Sesungguhnya hati itu ber ...
Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. (Maudhu')
tak sangka yg ni hadis palsu. hadis ni selalu disebut oleh penceramah utk beri amaran kpd golongan yg cinta dunia. rupanya hadis palsu.
satu pertanyaan..........apa hukumnya memanjangkan & menyebar hadis palsu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 5-11-2007 06:59 PM
Orang yang mencipta hadith palsu akan tanggung balasan yang pedih.
kalau niatnya mencipta hadis2 palsu tersebut utk tujuan kebaikan bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 5-11-2007 06:59 PM
Contoh antara karya penulisan Imam Al Ghazali, ada penerangan Ulama bahawa terdapat hadith palsu. Dalam hal ini, adalah satu kesalahan kepada kita menyatakan Imam Ghazali guna hadith palsu untuk menyesatkan manusia. Adakah Imam Ghazali berniat berbuat sedemikian? Dan apa salah dia bila ada Ulama sezaman dengannya yang menyampaikan hadith tersebut?
Imam Ghazali tak bersalah. zaman tu bukan zaman teknologi maklumat mcm sekarang. zaman tu amat sukar utk verify hadis2 palsu yg byk tersebar atas faktor geografi etc,l sedangkan terlalu byk hadis2 palsu yg mengajak ke arah kebaikan. sesuatu yg dilakukan tanpa pengetahuan dirinya moga diampunkan Allah yg Maha Pengampun. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: The book |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 5-11-2007 01:06 PM
pada aku lah.. sesuatu yg baik walaupun nabi tak lakukan kira ok lah.. asal jgn langgar batasan.. langgar hukum .. wallahuallam
bgmn dgn mencipta solat-solat sunat yg tak pernah dilakukan oleh Rasulullah? niatnya baik utk mengingati Allah, bukannya utk buat maksiat. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by mnm77 at 5-11-2007 08:13 PM
Note: The book |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 5-11-2007 08:22 PM
cuba berfikir sejenak. kalau percubaan menghapuskan hadis2 palsu yg sudah sebati dgn masyarakat itu hanya akan menyebabkan perpecahan umat islam, patut atau tidak patut? mana lebih penting, p ...
Yang jelas dipersetujui palsu patut disokong
Tetapi masalahnya ada yang guna maklumat yang dikatakan hadith palsu untuk hentam Ulama2 tertentu berdasarkan ilmu rujukan yang dianggap STANDARD (or Agreed Upon), walhal ia masih diperselisihkan oleh Ulama2 muktabar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|