View: 3129|Reply: 26
|
Apabila berpolitik tanpa prinsip
[Copy link]
|
|
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
KEJAYAAN dakwah para anbia ialah pada keikhlasan mereka dan istiqamah memegang dan mempertahankan prinsip. Kemenangan bukanlah kemestian dalam dakwah. Ramai anbia yang tidak menang. Bahkan dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim baginda bersabda: 揇itunjukkan padaku berbagai-bagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua pengikut. Ada yang bersama sekumpulan (kurang daripada 10 orang). Ada pula nabi yang tiada seorang pun bersamanya厰. Namun tidak ada nabi yang mengubah prinsip kerana inginkan pengikut sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang. Lihat saja Nabi Nuh a.s.
Pendekatan dan cara boleh berubah. Prinsip dan inti adalah tonggak kekal dalam seruan. Perjuangan para anbia adalah menegak akidah tauhid yang tulus dan murni dari sebarang kesyirikan. Syariat yang hendak ditegakkan ialah yang bertunjangkan tauhid dan perlambangan kepada pengabdian diri kepada Allah. Berkembanglah dari situ asas-asas keadilan untuk manusia yang merupakan penjelmaan syariat yang bertunjangkan tauhid. Para pengikut manhaj anbia dan salaf bagi umat ini seiras dan seiring dalam isu prinsip ini. Mereka tidak lekang dek hujan dan tidak lapuk dek panas. Pendekatan mereka mungkin berbeza. Tetapi akidah dan pegangan prinsipnya sama.
Adalah malang jika jamaah, kumpulan atau individu yang tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras perjuangannya. Maka berpecah-pecah pendirian antara mereka dan hanya bertemu dan seragam dalam isu-isu semasa. Ada yang sokong akidah Syiah, ada muktazilah, ada penyeru para wali, bomoh, ada yang suka mengkafirkan orang seperti ajaran khawarij dan yang berakidah Ahli Sunah Waljamaah. Soal prinsip berbeza. Namun soal isu perundangan, pilihan raya dan beberapa perkara semasa kelihatan sama. Ini bercanggahan dengan rupa bentuk dakwah anbia dan generasi salaf. Mereka mungkin berbeza dalam sesuatu isu dan pendekatan, namun tegas dan tegap dalam prinsip.
Dalam Islam ada politik seperti adanya ekonomi, pendidikan dan selainnya. Namun terasnya adalah akidah dan usul-usul yang menjadi prinsip Islam. Seseorang yang hendak menganut Islam, tidak boleh masuk melalui pintu siasah atau ekonomi. Dia mesti masuk melalui pintu tauhid dan mengenali prinsip-prinsip Islam.
Seorang Muslim yang berdakwah hendaklah menyerukan kepada Islam sebagai al-Din, bukan sebagai parti, jemaah atau daulah. Seseorang mungkin tidak memiliki jamaah, kumpulan atau daulah tetapi mesti memiliki akidah dan ibadah kepada Allah dalam wajah zahir dan batin pengabdian diri tanpa pencemaran atau tokok tambah yang bukan-bukan. Pendakwah Muslim gembira melihat seseorang berpegang dengan Islam, sekalipun tidak menyertai organisasinya atau menyumbang kepadanya. Dia menyeru rakyat dan pemerintah agar menerima akidah terhadap al-Quran dan al-Sunah sebagai prinsip diikuti pelaksanaan syariat dalam diri dan masyarakat. Pendakwah Muslim akan dukacita melihat seseorang meninggalkan prinsip-prinsip Islam sekalipun orang itu rakan organisasi atau mendakwa sealiran dengannya. Pendakwah Muslim tidak mempunyai kepentingan yang mengatasi prinsip dakwah. Gembira dan dukacitanya melihat orang menerima atau menolak dakwah adalah kerana tanggungjawab hidayah bukan kerana habuan siasah atau seumpamanya.
Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat salah, supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif. Dia akan tafsirkan kebaikan dengan wajah kejahatan atau sekurang-kurangnya akan kata 慳da udang di sebalik batu |
|
|
|
|
|
|
|
.. satu tu, undi sebagai tiket ke syurga..
satu lagi, islam hadhari...
tapi kalau nak buat bandingan antara ketua..
pak lah vs nik aziz, terang2 dah nampak sapa yang lebih jelas sapa yang 'walk the talk'...
"aku cari al ghazali.." :re: :re: :re: |
|
|
|
|
|
|
|
korang fikirlah...kalu mengundi aka bersekongkol dgn penaja kemungkaran...agak2 leh masuk syurga x? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaithNoMore at 26-11-2007 06:27 PM
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
KEJAYAAN dakwah para anbia ialah pada keikhlasan mereka dan istiqamahmemegang dan mempertahankan prinsip. Kemenangan bukanlah kemestiandalam dakwah. Ramai ...
ntah la..Mufti Perlis ni keliru dan mengelirukan org lain...drpdpercaya dengan dier baik aku dengar ceramah DSTG haji abdulhadi.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 BeachBoys's post
I wonder tuan mufti undi yang mana satu? Dan atas prinsip apa ya?
"Hinanya umat ini apabila kita tidak berprinsip".
INI PRINSIP SAYA:
Waj 'alna lil muttaqiinaimaa ma
Ya Allah bawakkan kepada kami pemimpin2 yang bertaqwa. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai masanya kita tak melebelkan ulamak dengan mana-mana parti politik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 27-11-2007 08:25 PM
sampai masanya kita tak melebelkan ulamak dengan mana-mana parti politik.
sampai masanya kita mengharapkan lebih ramai ulama2 yg neutral & tidak taasub kpd mana2 parti politik. ulama yg berparti ni terpaksa memenangkan parti sendiri walaupun dari segi prinsipnya dah lari sebab takut hilang undi dari rakyat jelata. nampaknya undi lebih penting dari segalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ulama umno terang2 memenangkan parti sendiri.
ulama Pas juga 'terpaksa' memenangkan parti sendiri, walaupun anak2 buah buat mcm2 kesilapan. sebab kalau diakui kesilapan nanti takut suratkhabar menguar-uarkan kesilapan yg diakui itu dan akhirnya hilang undi utk menang kerusi pilihan raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaithNoMore at 26-11-2007 06:27 PM
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
KEJAYAAN dakwah para anbia ialah pada keikhlasan mereka dan istiqamah memegang dan mempertahankan prinsip. Kemenangan bukanlah kemestian dalam dakwah. Ramai ...
tapi kita kena ingat, kalau tak ada pembangkang maka tak ada check & balance. prinsip demokrasi memang mcm tu. so kita perlukan pembangkang kuat utk fungsi check tersebut.
BARANG HARUS DIINGAT, walaupun kita perlukan pembangkang, pembangkang yg beragama islam tu kena paham, matlamat menang kerusi pilihanraya tak menghalalkan cara. itu jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
harap institusi Mufti boleh berperanan tanpa ditekan oleh penguasa mahupun pembangkang.
Berikut adalah antara kandungan temuramah antara Dr. Asri dan Malaysiakini.com
1. Isu Kongsi Raya
...Dr Asri bagaimanapun menegaskan perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam.
"Perayaan agama kita terikat dengan akidah. Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkan-Nya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita," jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.
2. Keberanian dan Peranan Mufti
Menurutnya lagi, dalam membincangkan isu-isu agama seperti ini, dan memutuskan fatwanya, pihak-pihak luar jangan mengenakan sebarang tekanan kepada pihak berkuasa agama.
"Hanya dengan cara ini, barulah mufti杕ufti dan pakar-pakar agama dapat membincangkan dengan wajar dan munasabah," ujarnya..
"Kami perlu membuat keputusan secara bebas. Kami perlukan kebebasan. Saya tidak boleh membuat keputusan bagi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Saya tidak akan berbuat begitu. Kalau kebetulan keputusan itu sama, itu satu hal lain. Tapi kalau saya diberi pilihan 'buat keputusan bagi menyokong kerajaan atau tinggalkan jawatan ini...' saya akan pilih meninggalkan jawatan ini," tegas Dr Asri.
Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga menyatakan, beliau menerima tawaran menjadi Mufti Perlis tanpa meletakkan syarat-syarat khusus.
Katanya, yang ada hanyalah persefahaman bahawa beliau akan berperanan sebagai Mufti dan bukan dibayangi oleh sesiapa yang berkuasa di negeri itu.
"Peranan saya sebagai Mufti ialah untuk mengeluarkan fatwa dan memberikan pandangan serta membincangkan fatwa. Saya tidak boleh berfungsi di sebalik bayang-bayang tokoh-tokoh tertentu dan menurut semua kata-kata atau tindakannya."
"Personaliti saya sebagai Mufti tidak boleh ditenggelamkan dalam personaliti orang lain. Jika identiti Mufti ditenggelami oleh identiti pihak berkuasa, apa guna negeri ini ada Mufti?" tambahnya.
P.S: Selamat bertugas Dr. Asri. Kembalikan martabat institusi mufti. |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya PRU yang akan datang, abang Mufti ni nak berkempen untuk siapa?
Negeri Perlis sudah hampir menjadi negeri Islam yang sepenuhnya dimana Menteri Besarnya pun boleh menerima pandangan2 dari abang mufti ni. Segala kemungkaran seperti bertahlil,bertalqin,berdoa berjemaah lepas solat, azan 2 kali waktu Jumaat dsbnya telah hampir berjaya dihapuskan oleh abang mufti ni. Hanya satu saja yang abang mufti ni kurang berjaya iaitu meratakan kubur di Raja Perlis tu yang semakin hari semakin bertambah-tambah cantik dinaikkan bangunan di atasnya... ni pun bidaah sesat yang besar juga, yang perlu diperjuangkan oleh abang mufti ni.
Pastinya abang mufti ni takkan nak menggigit jari orang yang dah memberinya gaji, kemewahan dan pangkat yang istimewa ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 28-11-2007 08:38 AM
Agaknya PRU yang akan datang, abang Mufti ni nak berkempen untuk siapa?
Negeri Perlis sudah hampir menjadi negeri Islam yang sepenuhnya dimana Menteri Besarnya pun boleh menerima pandangan2 dar ...
mana2 mufti yg berkempen pilihanraya utk mana2 parti politik wajarlah letak jawatan & masuk politik or jadi calon mcm Mashiitah & Imam sepak peti undi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 28-11-2007 01:25 PM
mana2 mufti yg berkempen pilihanraya utk mana2 parti politik wajarlah letak jawatan & masuk politik or jadi calon mcm Mashiitah & Imam sepak peti undi tu.
Berkempen tak semestinya beri ceramah saja. Tulisan yang diatas ni pun satu kempen juga....secara tak langsung UNDILAH UMNO! |
|
|
|
|
|
|
|
ulama2 yg ada kat arus perdana sekarang nie...kredibiliti mereka sampai boleh di persoalkan oleh org org mcm kita...ilmu2 dan pemikiran2 mereka bukan kita kaji sedalamnya tp di perdebatkan tanpa kita buat sebarang perbandingan kewajaran pd pemikiran mereka tue...kenapa yerk? kdg kdg kita pulak yg melebih lebih nya bagi pendapat yg mereka mereka nie ulama yg dah tak betul skrg nie....hebat dah kita skrg nie yerk...belajar ilmu kejuruteraan tp boleh berhujah bersandarkan hadis yg mungkin ada yg copy paste jer pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 helmetkebas's post
Wajarlah kita ni jadi seorang Islam yg berilmu. Walau apa pun jurusan akademik kita, jangan lah jadi seorang Islam yg dungu. Bila kita berforam saperti ini banyak perkara yg kita pelajari. Apa yg kita sangka dulunya betul (kerana jadi pak turut), rupa2nya tak betul. Saya lihat kat masjid tempat saya tinggal orang2 tua janggut dah putih masih lagi datang bawa kitab belajar agama. Bila kita ada ilmu boleh lah kita berhujah. Jika hujah kita tak betul, ada orang lain yg lebih arif akan membetulkan. Dari sini ilmu kita makin bertambah. Ilmu agama Islam itu adalah hak setiap orang Islam, bukannya hak ulama2 saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 29-11-2007 08:10 AM
Berkempen tak semestinya beri ceramah saja. Tulisan yang diatas ni pun satu kempen juga....secara tak langsung UNDILAH UMNO!
ni dah masuk bab politik malaysia dah ni. kalau boleh kita jgnlah heret tok2 mufti kita ke dlm politik. sebab boleh dikatakan kesemua tok2 mufti kita dilihat sbg menyokong dasar kerajaan termasuk mufti perlis (tidak mengkritik islam hadhari), mufti perak (terlibat secara langsung dlm program islam hadhari), mufti johor dan seterusnya. begitu jg institusi raja, majoritinya dilihat menyokong dasar kerajaan yg ada & terlalu kecut utk menyokong pembangkang secara terang-terangan. bekas2 mufti pun kita peratikan takda yg terjun secara aktif dlm politik pembangkang mahu pun Umno selepas persaraan mrk.
[ Last edited by tobby at 29-11-2007 01:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 zerozone's post
thanks...tak salah utk berckp ttg sesuatu yg berkait dengan ilmu..xsalah jugak jugak utk berkongsi soal ilmu agama...yg salah bila menafikan hak org yg lg berhak dlm menyampaikan...berhujah dengan ikut kata hati yg banyak mengikut pd rasional semata mata... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 29-11-2007 01:18 PM
bekas2 mufti pun kita peratikan takda yg terjun secara aktif dlm politik pembangkang mahu pun Umno selepas persaraan mrk.
Ko silap... masih ada bekas mufti yang aktif berceramah dari semasa ke semasa menyampaikan kebenaran yang menjadi prinsip dalam kehidupannya iaitu Dato Ishak Hj. Baharom, bekas mufti Selangor.
Memetik kata-kata beliau.....
"Saya setuju dengan pandangan Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang mengatakan jika mahu dianggap negara kita sebagai negara Islam, perlembagaannya mestilah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Itu yang nombor satu. Kemudian barulah disebut perkara lain, seperti yang diisukan pada masa ini. Jika ketua negara orang Islam, ada masjid, ada sekolah agama dan sebagainya, tetapi perlembagaannya bukan berdasarkan Islam, ia sepatutnya menjadi persoalan pokok; tidak sebagaimana hari ini dimana kita masih lagi menggunakan perlembagaan Barat yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadith. Jika mahu kata kita negara Islam, nombor satu sekali dari segi kemungkaran, itu patut dibersihkan dahulu. Jika kita mendakwa negara kita negara Islam, tetapi kemungkaran dan kemaksiatan masih berlaku dan kadang-kadang dianjurkan oleh pemerintah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 29-11-2007 03:01 PM
Ko silap... masih ada bekas mufti yang aktif berceramah dari semasa ke semasa menyampaikan kebenaran yang menjadi prinsip dalam kehidupannya iaitu Dato Ishak Hj. Baharom, bekas mufti Selango ...
tahun berapa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 29-11-2007 03:09 PM
tahun berapa tu.
Tak kiralah tahun berapa...selagi yang terdapat dalam katanya itu bahawa perlembagaan Malaysia ni masih belum Islam maka selagi itulah kata-katanya terpakai dalam berpolitik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|