Aku menanggung kerinduan yang mendalam.
Namun hatiku tidak upaya utk memilik mu.
Kasih saja tidak cukup utk membuat kita bahagia
Restu mereka, yang perlu kita utamakan
Hatiku memberontak mahu bersamamu
Perasaanku bergelojak mahu engkau tahu, engkaulah putera hatiku
Aku tidak ampuh menahan batasan kerinduan yang semakin melimpah ini
Namun, hanya disini mampu aku coretkan rasa rinduku yang tertahan-tahan ini
Jikalau semua berbeda,
andai aku tidak mengenalimu,
Hatiku tak akan terpenjara oleh mainan perasaan yang menyeksakan ini
Aku tak perlu memilih utk menjeruk rasa
Hatiku meratapi nasib malang ku sendiri
Adakah kerana aku tak punya jodoh
Maka kau datang padaku utk membuang rasa duka di hatiku?
Segala rasa cinta ku selama ini terpalit luka yang amat dalam
Sehingga kedatangan engkau pun
Tak mampu utk disembuhkan
Tapi kehadiranmu menyemai rasa bahagia walau ianya sekadar persinggahan
Kau, dan aku...
Hanya meniti rasa cinta yang terpendam
Hanya mampu meluahkan rasa melalui pandangan kasih yang tidak tertumpahkan
Kerana batas-batasnya... yang kita sendiri tahu penghujungnya....
Kita tahu ianya akan berakhir dengan keadaan yang kita tak mungkin disatukan...
Walau sarat pun rindu hamba
Akhirnya pasti terus melukakan....
ye i am crazy membiarkan diri aku hanyut ke arus cinta yang tak bertepi.