View: 18281|Reply: 112
|
Depa datang semasa tidur
[Copy link]
|
|
Kawan rapat aku, telah merahsiakan perkara ini seumur hidup dia, tetapi baru-baru ini dia menceritakan kepada aku, jadi aku ambil keputusan ceritakan 80% dari ceritanya dalam forum ini untuk perhatian pakar di sini....
Semenjak belum kahwin, kawan aku tu sering didatangi makhluk ghaib tidur di sisinya. Selalunya makhluk ghaib itu datang pada awal pagi dalam pukul 4 atau 5 pagi dan kadang-kadang pukul 7 atau 8 pagi kalau dia bangun lewat. Makhluk ini tidak nampak, tapi dapat dirasai.. datang tidur di sebelah dia, kadang-kadang sekadar menumpang tidur, bagi kawan aku tu kalau sekadar menumpang tidur dia tak kisah tapi yang kadang-kadang makhluk itu menggangunya dengan memeluk dia, memegang badan dia menyebabkan dia rasa geli. Selalunya makhluk itu suka pegang bahu dan rusuk dia, dan tak pernah sekalipun makhluk itu cuba usik alat sulit kawan aku tu.
Berdasarkan sentuhan yang dilakukan kepada tangan makhluk itu, kawan aku beritahu yang datang tumpang tidur atau kacau dia tu bukan seorang saja, sebab di masa yang lain dia dapat merasai perbezaan pada tangan dan anggota makhluk tersebut yang disentuhnya.
Beberapa kali dia memberitahu makhluk tersebut agar jangan kacau dia... pergi jauh-jauh... sebab bagi kawan aku dia menganggap makhluk yang datang tu adalah gulungan jin yang nakal.. makluk tersebut seperti mendengar kata-katanya, tetapi akan ada kemudian makhluk lain yang datang mengganggu atau sekadar menumpang tidur di sebelahnya.
Kejadian begini terhenti apabila kawan aku berkahwin... tiada makhluk-makhluk tersebut datang lagi. Tetapi apabila isterinya pulang ke kampung, di mana kawan aku tu tidur seorang diri di rumahnya, maka makhluk tersebut datang lagi... Yang datang ada yang menggerunkan dan ada yang tidak. Walaupun kawan aku tu dapat merasanya saja dengan sentuhan, dia beritahu ada masa yang datang tu berbulu macam monyet, lalu dia tendang makhluk tersebut jatuh dari katil dan makhluk tersebut pun berlalu dari situ.
Sekali ketika kawan aku berada di rumahnya seorang diri semasa isterinnya balik kampung, ketika tidur, datang beberapa orang makhluk yang kawan aku cakap jin perempuan, bukan seorang tapi beberapa orang... kawan aku cakap dia dengar perbualan tetamu yang datang, dia dapat tahu antara empat hinga tujuh orang. kemudiannya beberapa orang dari mereka pulang dan yang tinggal dua orang sahaja. Kejadian ini seolah tetamu yang tinggal 2 orang itu adalah somebady sebab depa diiringi ketika datang melawat kawan aku.
bersambung!.. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik2! teruskan lagi .. |
|
|
|
|
|
|
|
bertuah kawan ko tak kesunyian |
|
|
|
|
|
|
|
Jin pompuan? |
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeng jeng.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan kau tuh hensem ke |
|
|
|
|
|
|
|
gondorowo? diorang berbulu dan berkepala besar? |
|
|
|
|
|
|
|
Gatai gak makhluk tuu ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kimCT's post
a'ah ek..cam ensem jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
2 tetamu itu terus datang tidur di sisinya, kelembutan tangan yang membelai dapat dirasai oleh kawan aku tu> tetapi kawan aku tu sudah bertekat dalam hatinya, kali ini dia tidak mahu berlembut lagi menghadapi gangguan makhluk sebegini. Dia memberi amaran, kalau terus mengganggu dia, dia akan [lakukan] pada jin tersebut.
[lakukan = satu tindakkan 'mencerakan', aku tak sebut di sini tindakkannya sebab kawan aku tu pun keberatan memberitahu tindakannya itu, tapi yang jelas akan menyebabkan makhluk tersebut cedera, korang jangan menganggap yang bukan-bukan... perbuatan tersebut semacam menumbuk atau memulas]
Peristiwa yang terjadi akhirnya menyebabkan makhluk tetamu itu tercedera.. dan kemudian sambil berbual sesama sendiri kedua tetamu tersebut berangkat pulang. Semenjak hari itu tiada lagi gangguan seperti itu datang kepada kawan aku tu. Tinggallah dia aman damai seisi keluarga. Dia memberitahu sampai sekarang dia masih merasa kasihan kepada tetamu tersebut di atas tindakkannya itu. Sebab yang datang itu berupa wanita dan bersopan... cuma disebabkan mereka mau memeluk dan bercumbu-cumbu dengannya maka dia mengambil tindakan sebegitu.
Sebelum tindakan sebegini, dia juga pernah mengkasari tetamu yang datang tetapi dia merasakan bukan kepada tetamu yang bersifat kewanitaan. Dia pernah sepak, tendang tetamu yang datang.
Satu kisah yag paling mengerunkan pernah terjadi beberapa tahun sebelum kawan aku dilawati tetamu terakhir seperti yang aku ceritakan di atas, satu ketika apabila kawan akudidatangi makhluk yang cuba mengucupnya, lidah yang menjelir masuk ke mulut kawan aku tu sampai ke kerongkong... kawan aku terus memegang lidah tersebut merentap keluar dari mulutnya, dia merasakan lidah tersebut kemudia mengecil sehingga menjadi sebesar jari tangan, kawan aku terus memegangnya dan tidak mahu melepaskannya, dengan kata-kata ugutan dan kutukan dari kawan aku, di samping membaca ayat-ayat tertentu, makhluk tersebut meronta-ronta hendak lari tetapi lidahnya dipegang dan dipicit oleh kawan aku. Kejadian ini berlaku di awal pagi, makhluk tersebut seolah mengunci mata kawan aku menjadikan dia tidak dapat membukakan mata semasa kejadian tersebut. Kawan aku berharap dia dapat membuka matakan untuk melihat makhluk tersebut. Akhirnya apabila kawan aku sudah dapat membuka mata, lidah yang dipicit kuat itu terlepas dan makhluk tesebut larti lintang pukang.
Kini kawan aku itu tidak lagi di datangi tetamu tanpa diundang tersebut. Peristiwanya ini berakhir hampir 20 tahun yang lalu...
Satu keanihan pada kawan aku ni... bila dia turut serta dalam sebarang upacara yang dilakukan oleh bomoh... maka segala tindakan bomoh tersebut tidak menjadi... dan bomoh tersebut menuding jari kepadanya dan meminta dia beredar dari tempat tersebut, barulah bomoh tersebut dapat menjalankan kerja-kerjanya. Kawan aku tu tidak tahu apa sebabnya.
Pernah kawan aku diberitahu oleh kawannya (seorang bomoh), 'kalau hang ada aku tak boleh buat ubat, tak jadi, heran la...'.
[ Last edited by paler kembang at 20-1-2008 01:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni musti somebody ader anta benda2 tue tuk jg dier sbnrnya... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|