Originally posted by Narutah at 10-5-2008 05:23 PM
ni bukan filem arab ke?
film ni american production rasenye.. director die marc forster (yg direct Monsters Ball n Finding Neverland).. tapi cite ni dlm bahasa afghan la.. (atau bahasa msykt setempat kat situ, aku x sure sgt)..
aku rasa OK lah gak movienya...buku OK tapi aku taklah impress giler2...apa yg bagus versi movie ialah ia menukar sedikit point lemah yg ada dlm buku kpd situasi yang lebih meyakinkan...macam elemen kebetulan bertemu Aseef kat stadium tu. Scene last lari sikit dari apa yg aku bayangkan tapi ok la....
Sejujurnya ia sebuah filem yang sarat berjiwa dan penuh emosi. Latarnya amat menakutkan tapi menginsafkan. Cerita asasnya cuma pasal erti keikhlasan sebuah persahabatan di antara Hassan dan Amir tanpa sebarang syarat. Hubungan suci itu diduga dengan satu insiden yang amat menyakitkan Hassan. Lalu salah-faham dan rasa ego Amir yang merasakan dia betul dan lebih berdarjat memusnahkan segalanya untuk berpuluh tahun. Mereka kanak-kanak. Kerana itu, mudahnya tuduhan Amir kepada Hassan sebagai pengecut. Akibat malangnya, ia merugi semua yang telah Hassan korbankan dan meruntuh rasa hormat yang Amir sendiri binakan. Filem ini juga membuktikan kasih-sayang sebenar seorang ayah di sepanjang sebuah pengembaraan ranjau yang panjang. Juga tentang rahsia yang paling sukar dihuraikan oleh Baba kepada anaknya Amir. Sekali lagi kerana nama dan status, Hassan yang tidak berdosa terhukum menjadi mangsa keadaan. Sehingga ke akhir hayatnya, Hassan tidak pernah melupakan apatah lagi membenci Amir. Namun setiap soalan di Kabul akan terjawab di situ juga. Pencarian sukar diakhiri penemuan tragik seorang anak kecil bernama Sohrab menebus dan merungkai semua yang telah Amir tinggalkan dahulu.
Pergilah beli dvd atau vcd filem ini di kedai dan tontonlah ia sebagai pengisian jiwa di bulan Ramadhan ini.
p/s: tQ to megat coz promot filem ni pd aku
p/s/s: saiful bukhari patot blaja dr filem ni camner nk petahankn maruah bila kena liwat! (kalau btol dia kena laaa)
dah tgk citer neh last week.... sedih siot...ala2 nak mengalir air mata jer pabila scene amir baca surat hassan hantar kat dia itu...
sungguh setia persahabatan hassan hingga ke akhir hayat