|
Ramai yang tidak tahu mengenai pasukan PAC.
Sini ada skit info. sapa2 ada info lain mengenai pasukan nie kat m'sia, kongsila kat sini.
Askar payung terjun adalah anggota tentera yang menerima latihan khas menggunakan payung terjun memasuki kawasan operasi dan biasanya bertindak sebagai sebahagian daripada pasukan yang lebih besar memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan.
Kemasukan dengan cara pengguguran menggunakan payung terjun membolehkan sesuatu pasukan melangkaui sesuatu barisan pertahanan musuh dan ancaman penggunaan askar payung terjun memaksa pasukan musuh menempatkan pasukan tentera di kawasan-kawasan yang sepatutnya selamat sekiranya dilihat dari sudut geografinya. Ini memaksa musuh menyerakkan pasukan tenteranya bagi menemui ancaman penggunaan askar payung terjun.
Angkatan Tentera Malaysia mempunyai program latihan payung terjun untuk anggota-anggota terpilih. Latihan payung terjun diberikan kepada anggota Pasukan Khas seperti anggota Gerup Gerak Khas, anggota Pasukan Khas Laut PASKAL dan juga anggota Pasukan Khas Udara PASKAU.
Malaysia juga mempunyai Pasukan Atur Cepat yang berpusat kepada 10 Briged Para yang dilatih khusus untuk digerakkan ke kawasan operasi dengan cara menjalankan penerjunan payung terjun ke kawasan operasi. Briged ini mempunyai 3 batalion tentera yang menerima latihan khusus sebagai ahli payung terjun dan dibantu oleh elemen-elemen artileri, semboyan, askar jurutera dan lain-lain pasukan bantuan tempur.
Batalion tentera yang ditukar menjadi batalion payung terjun adalah:
* 8 Rejimen Renjer Diraja (Para),
* 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan
* 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
Pasukan-pasukan Bantuan Tempur yang yang dilatih sepenuhnya untuk penerjunan menggunakan payung terjun termasuk
* Skaudron Para, 1 Armor
* 1 ARTI Rejimen Artileri Diraja
Latihan payung terjun untuk Angkatan Tentera Malaysia dijalankan di Kem Terendak di Melaka. Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia mengendalikan latihan payung terjun untuk anggota-anggotanya di Hulu Kinta. |
|
|
|
|
|
|
|
dan bukan anggota PAC sahaja yang kena terjun.......gun dan kenderaan penarik gun pun kena terjun......akhirnya tersematlah lambang penerjunan pada gun |
|
|
|
|
|
|
|
samalah juga dengan anjing perang..anjing airborne |
|
|
|
|
|
|
|
lambang para
|
|
|
|
|
|
|
|
PARA - the maroon barret
[ Last edited by tenteng at 6-8-2008 01:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 tenteng's post
tarian perang para tak best la bro.
macam gabungan poco-poco dan haka.
takde unsur- unsur kebangsaan langsung.
wa suka VAT69 punya tarian lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 tenteng's post
gemor sungguh deme conteng muka yea?
rasa combatant habis la tuh
sebenarnya calit 2-3 line pon dah cukup
asalkan ia mengubah corak wajah.
kalo cat keseluruhan muka, muka akan terasa panas, berpeluh dgn byk dan muka akan jadi berkilat. tak bagus dalam operasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 tenteng's post
ooo...
lu pompuan rupanya.
sori la. kat sini tak ramai pompuan.
nick lu pon tak mcm pompuan.
anyway, laki lu para yea? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 tin's post
saje je pakai penuh masa ada pertunjukan.
saya pun rimas pakai camo ni byk2. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 tin's post
a'ah. tp saya pun ada background army jugak cuma dah x aktip cam dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 tenteng's post
wakakak..wa dari tadi tgelak dengan tin dok refer tenteng bro..
wah nice to see lady in service here.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 tenteng's post
tak aktif?
bersara atau ROD dah mampus? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 innocentti's post
hamboi inno....
kalo ada peluang, lu pasak wa cukup2 yea
mana la wa taww tengteng ni pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 tin's post
haha..bola canggung/tanggung tak buleh cari..dia kena tunggu saja..bila sampai jump tinggi2 la..
smlm kan dia suda bagi A/S/L plzz
wanita 20an anak sorg..correct me if im wrong |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 innocentti's post
eh, yeke?
aiseh, wa tak perasan laaa...
takpe inno, takpe.
serangan akan dipergiatkan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 tin's post
ROD 2010. lepas grad terus stop sbb husband (ms 2 tunang) dah posting. since dia dah x sama kem n x bleh nak pantau. mmg sedih x leh g latihan cam dulu2...so sempat aktif 3 thn jek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 tenteng's post
huhuhu...
habis blajo terus bertunang?
ini musti lawo nih
kem boleh pindah. buat permohonan la.
YO selalunya depa luluskan je.
weekend pegi la. jauh sikit pon takpe.
takpon mintak attachment kat kem hubby hang.
sikit susah mau dapat tapi tak mustahil.
suruh la hubby tolong jugak jolokkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 tenteng's post
sambung sket lagi.
kalo mau aktif, jangan kasik ROD mati weyyy...
mau kasik idup balik susah ooo...
nanti kena ngadap Pang5. literally.
nanti dia tanya memacam, tak terjawap karang |
|
|
|
|
|
|
| |
|