CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20541|Reply: 296

Bagaimana Menyayangi Seseorang

[Copy link]
Post time 30-8-2008 05:11 PM | Show all posts |Read mode
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka,
jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.  

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah
lagi dia.  

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah
kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by shahhana at 30-8-2008 05:11 PM
7. Jangan berjanji menyayangi dia untukselama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhirkeesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinyaseolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk andaberdua.  


dan hari itu mgkin juga hari terakhir
maka cinta pun berkubur

[ Last edited by  greyrose at 30-8-2008 05:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:21 PM | Show all posts
mengumpan si dia dengan kata-kata manis kemudian memerangkapnya dengan pelukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 05:26 PM | Show all posts

Reply #3 obelisk's post

..................
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:26 PM | Show all posts
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


saya terima kerana dia adalah dia....kerana dia berbeza...

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.  


cinta dengan rayuan akan berlandaskan simpati semata......

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah
lagi dia.  




9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


jangan tinggalkan diriku terkapai-kapai tanpa sebarang pegangan.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:28 PM | Show all posts

Reply #2 greyrose's post

jgnla dikuburkan skali cinta tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2008 05:29 PM | Show all posts

Reply #6 sosimple's post

kita nak kuburkan lepas tu tanam pokok bunga
mesti cantik kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:33 PM | Show all posts
baqgaimana menyayangi?

-biarkan dia "hidup"...

:flower:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 05:38 PM | Show all posts

Reply #7 greyrose's post

tanam bunga rose merah nnti kuar bunga rose warna kelabu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:38 PM | Show all posts

Reply #9 sosimple's post

nak tanam carnation putih baru sesuai dgn konsep
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 05:39 PM | Show all posts

Reply #8 thessailly's post

selama nie dia mati ka
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:48 PM | Show all posts

Reply #10 greyrose's post

carnation putih ....baik tanam bunga melor...erk melor ngan carnation len kan....br btui2 kuburan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:49 PM | Show all posts

Reply #11 shahhana's post

...kena fahamkan sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:49 PM | Show all posts
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarangalasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannyameneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan matisecara perlahan.




Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:51 PM | Show all posts

Reply #12 sosimple's post

dah tamat riwayat...haruslah carnation putih

ntah ler bunga melor camne rupa? yg putih kecik2 yg org pakai kat sanggul tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:51 PM | Show all posts

Reply #11 shahhana's post

cinta yg telah mati....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #15 greyrose's post

noona....tet! no 4....

kali nie noona menang!....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #13 thessailly's post

erkkk okey tak pe nanti faham kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 05:53 PM | Show all posts

Reply #16 sosimple's post

owhh...cinta yang telah berkubur.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by shahhana at 30-8-2008 05:11 PM
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarangalasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannyameneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan matisecara perlahan.  


kisah ni slalu terjadi
tinggal tanpa sebarang pesan konon utk menjaga hati
tapi sbnrnya cara ni lah yg paling kejam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 1.212302 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list