CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28798|Reply: 120

Cintaku Lintang Pukang

[Copy link]
Post time 7-11-2008 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Guys, tolong aku jap clarifykan situasi aku sekarang.



Aku ni single lagi tapi aku ade sorang kawan baik pompuan. Nak kata kawan baik tak juga sebab kitorang lebih kepada lovey-dovey relationship gitu. Dia tak berahsia dengan aku. Akulah tempat dia curahkan rahsia dan jadi peneman tiap kali dia sedih dan sukaria. Dia kata dia sayangkan aku. Aku dah minta nak jadi kekasihnya tapi dia belum sedia lagi. Katanya, takmau terikat dengan hubungan yang serius lagi buat masa ni. Ok fine, aku paham.


Sekarang ni masalahnya ;

1- Sekarang aku gaduh dengan dia. Kesnya, dia suka flirt dengan laki-laki lain (ade yang kaki lucah) dalam ym dan aku rasa tersisih dan risau. Bila dia berwebcam, dia asyik layan kawan-kawan lakinya (yang baru dikenali 2, 3 minggu ni) duk gelak-gelak dan gurau senda sama2 webcam. Aku macam tunggul je duk lihat dia dari skrin pc-ku (Dia duk obersea, tu yang leh tgk via webcam je). Duk bersayang-sayang apa semua. Sape tak terasa ati kan? Sedangkan dia tahu yang aku ade hati kat dia.

2- Dengan aku juga dia kurang mesra dah dan selalu cakap nak tido awal, tetapi satu malam kantoi masih ade depan laptop sampai pagi buta layan chatting. Dan sekarang paling tak pun kul 3 pagi baru tido selepas chating dengan laki-laki tu (2 orang). Maka aku pun jeles la, aku cakap aku cam tak diperlukan lagi. Aku cakap aku perlukan dia. Rendukan dia macam dulu. Tapi still the same. Layan sepatah dua kata je. Padahal minggu lepas je baru sambut ulangtahun-3 perkenalan kitorang.

3- Aku buka ym dia (dia kasi password dia tapi dia tak sedar kot aku duk periksa ym dia ) dan aku dapati ID laki tu duk sebaris dengan kalangan-kalangan orang-orang kesayangan dia, sebelum ni duk dalam kelompok "kawan" je. Sudah dinaikkan taraf rupanya. Dan ku selalu perhatikan dorang ni makin lama makin rapat. Padahal kenal dalam chatroom je. Dan aku semakin tersisih.

4- Cemburu aku sampai ke kemuncaknya. Akhirnya dia minta waktu rehat jap. Sebab dia kata aku duk fikir bukan-bukan pasal dia sedangkan tiada apa pun yang berlaku. Nanti dia akan kontek aku balik. Aku ade bukti dan points tapi aku takmo nak ague. Aku malas nak gadoh jadi aku setuju je sambil makan hati tengok dia masih lagi online sampai pagi buta setiap malam.


So, sekarang ni aku bosan sebab tu lah aku luah kat sini. Harap-harap ada yang sudi kasi pendapat pasal ni.Aku tahu aku takder hak halang dia wat semua tu, tapi at least hormatilah perasaan aku ni. Aku tak kisah dia nak kawan dengan laki-laki lain pun, cuma aku rasa dia dah tak begitu amik perhatian kat hubungan kitaorang lagi. Semuanya kini dah lintang pukang. Aku tak tahu nak buat camner lagi sebab aku cintakan dia. Nak let go terasa sayang sebab dah terlalu banyak masa, perasaan dan rahsia dikongsikan bersama. Nak carry on, aku lak makan hati sengsorang. Aku rasa tak lama je hubungan kitaorang ni. Maybe aku akan kehilangan dia tak lama lagi.

Boleh bagi pendapat you all tak? *** Sori karangan agak panjang, jiwa tengah frust la katakan***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 07:14 AM | Show all posts
u...
i boleh clarify kan..
cuma ...sanggup ke u menerimanya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 07:38 AM | Show all posts

Reply #1 civvy_street's post

1st tym masuk bod ni, wa baca complete info yang senang kitorang nak pahamkan ....

Beb, one thing ko nak kene tanya diri ko? Sanggup ke ko nak terima dia lagi, setelah bermacam2 dia buat? In other words, ur gal nak fcuk around oredi, literally speaking :re: Let her go je lah, wa sure lu deserve a better gal tho..... Dari ko makan ati camni, baik ko kuar n look for a gal yang boleh sayangkan ko dan ko x sakit kepala

Better ko yang lepaskan dia sebelom dia lepaskan ko .... what say you?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 07:47 AM | Show all posts

Balas #1 civvy_street\ catat

dikk, pi blaja jadik org dulu dikk.. aiyohh.. tepuk seblah tangan je kau nih. aku sure pompuan tuh anggap kau cam kawan die je .. dah dah pi blaja jadik org dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 07:54 AM | Show all posts

Reply #2 MsQuerida's post

Yup, sanggup... Sebab tengah rasa tak menentu sekarang ni. So tolongla clarifykan supaya lebih jelas sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 07:56 AM | Show all posts
aah la..blah jelah...nnti dia nyesal sure cri ko blik...
so time tu lah bls blik...hehehehe...jht aku....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2008 08:01 AM | Show all posts

Reply #3 yipun78's post

Haha.. Tq mod yip,

Setakat ni masih boleh sabar lagi. Tengoklah sedikit masa lagi kalau hint-hintnya makin banyak mungkin aku TERpaksa undur diri kot.

Yang aku berat ati nak tinggalkan dia adalah kerana dia jujur dengan aku selama ni. Cuma akhir-akhir ni je bermasalah sikit.  Anyway, aku dah sedia untuk segala kemungkinan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 08:07 AM | Show all posts
Kecewa betul aku. Kenapa perempuan mudah sangat berubah? Kena ayat dengan laki selama seminggu dua je dah bolih cair? Aku yang  dah buat bermacam-macam untuk dia, begitu mudah diabaikan bila ade orang lain datang approach?


*Serik untuk mencari teman*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2008 08:09 AM | Show all posts

Reply #4 impiansetaman's post

Sebelum ni kitorang bukan sekadar kawan.. Tapi lebih daripada tu. Orang yang bercinta pun tak macam kitorang... Tapi sekarang aku tak lebih macam stranger padanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by Dialicious83 at 7-11-2008 07:56 AM
aah la..blah jelah...nnti dia nyesal sure cri ko blik...
so time tu lah bls blik...hehehehe...jht aku....


Berat ati taw nak blah gitu jer.
Terutama bila melibatkan orang yang sangat rapat dengan kita.
Tapi aku rasa setuju gak... Mungkin aku perlu "ajar" gak dia kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by civvy_street at 7-11-2008 06:58 AM
Aku ni single lagi tapi aku ade sorang kawan baik pompuan. Nak kata kawan baik tak juga sebab kitorang lebih kepada lovey-dovey relationship gitu. Dia tak berahsia dengan aku. Akulah tempat dia curahkan rahsia dan jadi peneman tiap kali dia sedih dan sukaria. Dia kata dia sayangkan aku. Aku dah minta nak jadi kekasihnya tapi dia belum sedia lagi. Katanya, takmau terikat dengan hubungan yang serius lagi buat masa ni. Ok fine, aku paham..


salams...

bro, pertama sekali in relationship, is to define the line....ayat bold di atas menunjukkan, ko hanya lah kawan....
okaylaa, kawan  baik

Aku tak kisah dia nak kawan dengan laki-laki lain pun, cuma aku rasa dia dah tak begitu amik perhatian kat hubungan kitaorang lagi.


so ayat bold di atas ni plak, hubungan tu sebenarnya tak wujud.....kalau wujud pun, just as Kawan.........
no matter what u both did, say sayang ke, apa ke, keluar sekali ke, 

Sebelum ni kitorang bukan sekadar kawan.. Tapi lebih daripada tu. Orang yang bercinta pun tak macam kitorang... 


so ayat atas ni wat aku confuse, apa yg buatkan ko rasa ko  n dia lebih dari kawan? malah lebih dari org lain bercinta?
kalau ko define cinta, as being jujur to one another, share all the troubles.........oh tak. tu bukan. tu relationship....

cinta, hatefully, sometimes full of lies and pretending.........(ni ayat emo aku, jgn pedulik )

have to say this, WAKE up bro.....she's not yours, dia tak pernah pun jadik yours, in future, who knows.....kan!

but as u love the relationship (dunno bout her), just stay if u would....but keep an open mind that she is not yours, let her have her wild things, (if u are ok) , njoy URSELF first. afterall love is about happiness kan. wat per ada awek tp kita tak happy.

bak kata mod yip, go out from her, get ur own couple. if ko jumpa couple yg lagi ok, who knows, u might be laughing about this thread in future....
now, aku paham, ko hanya nampak dia jer yg terbaik.........the truth is , hehehehhe...

[ Last edited by  hitamputih at 7-11-2008 08:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 08:39 AM | Show all posts
haah, mcm situasi aku la skg ni...

ape yg terbaik yg boleh ko buat skg ialah dgn 'meninggalkannya' buat sementara waktu, let say lah dlm jangkamasa sebulan atau dua... biasanya org yg sudah terbiasa dengan kita tidak akan merasai kewujudan diri kita sehinggalah dia kehilangan diri kita...

mende ni mmg perit utk ko buat tapi 'terpaksa' ko lakukan jugak.. perit macam mana pun ko mesti lakukannya... cuba delete ym id nya utk sementara waktu, jgn contact dia...

sementara ko menanggung luka hiba sbb tak contact dia, ko cubalah luaskan perkenalan ko dengan org2 lain.. kalau susah2 sgt, ko masuk je frenster ke, facebook ke, myspace ke... tegur je memane pompuan yg cun2 kat sana... minimumkan setiap hari ko kene private msg pompuan yg baru ko nk kenal tu 5-10 org...

insyaallah, ko akan rasa lebih baik dan lihatlah kesannya nanti, siapa yang akan cari siapa dahulu..

yg penting, hati lelaki mesti mau KERASSSS... hehhee...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:06 AM | Show all posts

Reply #1 civvy_street's post

erm.. aku dah alami situasi mcm ni zaman study dulu.. start dari kawan (padahal kaki kutuk dia dulu) n then start rapat sebab dia rasakan aku mampu buat dia gelak all the times (sampaikan kawan2 aku jeles tetapi masih bersikap profesional ngan aku) dan akhirnya org declare kitorg kapel walhal xde pape pun (sejibik mcm ko iaitu lovey-dovey n malah penah jeles tah ape2 ngan aku d sebabkan aku terlupa bgtau dia aku ada date ngan awek lain dan menyebabkan dia merajuk ngan aku selama 3 hari).

setelah few month kitorg selesa mcm ni (aku mmg tau dia ni agak peramah-sosiol and i dont even care) aku rasa something different.. aku dah reti rindu dan belikan hadiah yg pelik2 (aku tatau pun kalau hadiah sarung bantal tu pelik tapi aku tgk hadiah tu cute.. ahaha).. dan sampai la satu masa dia terbaca draft msg aku kat handphone (dulu aku slalu taip diari dalam hp sbb malas nak tulis).. kat handphone la aku luahkan segala2nya dan kantoi pada hari tu.. dia x bagitau aku lagi yg dia dah baca msg tu.. so dia kept silence sampai la hari raya dia call aku yg dia dah terbaca sume draft msg aku.. aku tekejut la.. n then aku tanya "so what now?" n then dia cakap "aku selesa ngan keadaan skrg".. aku pun malas nak argue ape just agree je la.. kalau aku paksa dia jadi awek aku pun n dia x sepenuh hati apa guna kan.. so biarkan dia buat apa hati dan minda dia nak buat.. i just want to keep her happy all the time..

aku tgk dia pun makin hari makin banyak kawan laki lain.. aku tak kisah tapi dari cerita dia dan kawan2 dia sume kawan2 laki dia tak puas hati n marah ngan aku padahal aku ni insan biasa.. pegi kelas pun naik bas or jalan kaki di bandingkan diorg yg memiliki kereta yg hebat2.. so nape nak jeles kalau rasa diri tu advantage besar sangat? im just an ordinary plain guy.. sampai la 2-3 tahun selepas tu aku nak clarify sesuatu yg firm.. aku jumpa dia dan cakap kat dia "aku dah penat dengan keadaan skrg dan bukannya aku give up tapi aku dah hit bottom.. aku tau mana point yg aku rasa aku kena naik balik.. so aku nak bgitau kat ko aku releasekan sume hope aku kat ko.. aku lepaskan.. so kiranya aku dah xde apa2 harapan la kat ko.. ko bleh teruskan apa yg ko rasa happy skrg.. n i wish u luck, happy and healthy".. masa tu dia ok lagi n then bila dia balik umah kawan dia jumpe aku cakap dia nangis sepanjang malam n akhirnya dia sedar.. tapi its already too late.. aku dah set straight my mind.. i want to pursue other things.. aku ade obligation yg lebih berat dari mengejar harapan yg aku tau hala tuju dia..

so to tuan rumah, aku harap ko bleh la ambik iktibar dari apa yg aku buat ni.. kalau ko rasa bleh pakai.. ko pakailah n improvise la mana2 yg patut.. kalau rasa x sesuai ko cuba la kaedah lain yg menjanjikan ko ngan dia happy..toksah paksa benda yg dah susah ajdi lebih susah.. jadi messy lak nanti.. lagipun baik ko focus ngan stadi.. well, good luck buddy..

p/s: mcm ni punya paragraph bleh tak?? ahaha.. aku tak reti nak separate2kan la..

[ Last edited by  FreeMen at 7-11-2008 09:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:11 AM | Show all posts

Reply #13 FreeMen's post

bro, takde paragraph ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:15 AM | Show all posts


carilah perempuan lain, ko dgn dia pon kan sekadar kawan ajer.....


ramai lagi perempuan di luar yang boleh beri penuh perhatian & kasih sayang kat ko...jgn terus tutup hati kat org lain....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 09:16 AM | Show all posts

so ayat atas ni wat aku confuse, apa yg buatkan ko rasa ko  n dia lebih dari kawan? malah lebih dari org lain bercinta?
kalau ko define cinta, as being jujur to one another, share all the troubles.........oh tak. tu bukan. tu relationship....

cinta, hatefully, sometimes full of lies and pretending.........(ni ayat emo aku, jgn pedulik )

have to say this, WAKE up bro.....she's not yours, dia tak pernah pun jadik yours, in future, who knows.....kan!

but as u love the relationship (dunno bout her), just stay if u would....but keep an open mind that she is not yours, let her have her wild things, (if u are ok) , njoy URSELF first. afterall love is about happiness kan. wat per ada awek tp kita tak happy.

bak kata mod yip, go out from her, get ur own couple. if ko jumpa couple yg lagi ok, who knows, u might be laughing about this thread in future....
now, aku paham, ko hanya nampak dia jer yg terbaik.........the truth is , hehehehhe...



Ahaaa... thank you tamtih, ko seakan-akan memahami permasalahan aku ni. Clarification macam ni lah yang aku nak dengar sebenarnya. Aku perlukan seseorang untuk sedarkan aku dari situasi aku sekarang. Sebelum aku lebih merasa tertekan oleh sesuatu yang tak wujud.


Berkenaan ayat yang aku mentionkan sebagai "lebih dari kawan dan orang bercinta" tu, contohnya macam ni. Kitorang biasanya bahasakan diri kitorang "sayang, abang", love u, miss u, dan lain-lain. Even family dia pun dia kenalkan padaku dan aku kenalkan padanya juga familyku. Dia mau balik ke tanah air, aku yang dimintanya carikan tiket, temankan dia study dan tolong carikan maklumat untuknya. Bila ade yang approach aku, dia ade tunjukkan juga sikap jeles dia.

So, dalam diam-diam rasa cinta itu wujud juga bagi aku. Tapi aku setuju dengan perenggan last ko tu. Aku rasa aku dah sedia untuk letting her go.. Mungkin dia perlukan ruang untuk hidup dia sekarang dan mungkin juga dia dah buat pilihannya tetapi tak pasti lagi nak nyatakan atau tidak... Sayang tu tak usah cakaplah, tapi kalau tak jalan juga tak bolih nak paksa diri gak kan... Remuk la ati ku buat seketika lepas ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2008 09:22 AM | Show all posts

Reply #11 hitamputih's post

penjelasan yg begitu details......ade amik psikologi ke ape ni??
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #16 civvy_street's post

bertabahla ye....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #13 FreeMen's post

jalan cerita n cth experience yang details n kene dgn situasi tuan umh............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 09:33 AM | Show all posts

Balas #12 munkyG\ catat

TQ  MG, ko pun alaminya juga ye sekarang? Ade juga member senasib.
Sebenarnya, sekarang aku dikenakan syarat olihnya supaya to give us both sometime out... Maknanya, stop berhubungan buat seketika. So aku rasa dia pun dah pikir kot tentang ni dalam-dalam. Cuma sekarang ia dah tiba kekemuncaknya so kitorang masin-masing buat hal sendiri dan yang berbahagianya adalah dia. Aku je yang tak jangka benda ni berlaku. So aku makan ati sengsorang sekarang.

But yess, tq.. kata2 mu bagi aku semangat sedikit.. Hati mesti kerassss kan..:lo l:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049306 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list