View: 21846|Reply: 47
|
Bila kawan jadi kekasih
[Copy link]
|
|
Bila kawan jadi kekasih
Jika khuatir persahabatan didatangi kebencian, pertimbangan harus berasas akal
JAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya.
Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?
Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan bukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?
Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.
Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.
Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.
Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.
Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?
Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.
Pro
* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.
* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.
* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.
Kontra
* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.
* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.
* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.
* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?
Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.
Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.
Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.
Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.
Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.
Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.
Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.
sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kawan jadi kekasih??? best jugak coz kwn kite dah kenal hati budi nyer dan dah selesa bercerita semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa blaja kat u dulu aku ade bestfriends 5 orang. 2 lelaki 3 perempuan. Kat mane ade kawan2 pompuan adeler 2 orang kawan lelaki aku ni bertempek. Habis ajer blaja, entah mcamman salah sorang bestfriend pompuan aku nih bercinta laks ngan best friend lelaki aku nih. Pastu kawen, anak dh dua dah... Yg sulong skang dah 6 taun. Ok jerk, aku tgk loving couple lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
satu jerk aku nk tgelak beso, masa bkawan dulu cakap 'aku, ko' bila dh kawen ..."bang minum air" yg lelaki plak balas "jap lagi la yaaang".... kekkekekek
[ Last edited by acikia at 12-2-2009 11:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya kwn jd hubby @ bf ni......kita dah taw sume mende....so xyah la nak majuk bnd2 yang kecik.......da azalinya cam tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 pinklollipop\ catat
aku kawen awl setaun dr kawn aku tuh |
|
|
|
|
|
|
|
mmg best kalau kawan jd kekasih.. sbb kita dah tahu perangai sebenar.... masa kawan2 tentunya tak kontrol2.... just being ourselves... heheh.. but mesti la awkward mula2 nya kot sbb dah terbiasa jd kawan... takes time to adjust la kan...bg aku mmg aku suka konsep mcm ni...... serasi tu penting.........aku nak si dia or eventually a hubby tu jd kawan baik, kekasih, teman sejati, companion, protector aku........insyaallah.............
tp kalau clash lak ada 2 kemungkinan yg berlaku..... sakit sgt cuz at the same time hilang kawan... kalau takleh terima as kawan sahaja la.... but kalau dua2 rasa ok walau dah clash.... malah in some cases masa berkawan lebih rapat dr masa berkasih.... no hal.... mcm kes aku satu masa dulu la... lepas kita clash lagi rapat jd kawan.... and he's still one of my besties till today......i guess kami lagi serasi jd kawan dari jd kekasih......
|
|
|
|
|
|
|
|
best la kot kalo selama berbest friend tu masing2 da menyimpan perasaan..bole la on...tapi kalo 1 side je got feeling but e other side x de feeling pun cam x best..ada ckit susah...elok2 kawan baik bule tukar jadi kawan x baik |
|
|
|
|
|
|
|
tak semudah yang kita sangka....
erm...but aper2 sebuah perhubungan bermula dengan persahabatan...n kenal mengenali...
ikatan tak rasmi....n rasmi kit(tunang) after that baru lah yang serasmi nya |
|
|
|
|
|
|
|
kawan jadi kekasih....
skg jadi suami....ok jer. |
|
|
|
|
|
|
|
start dgn kawan, then jadi abg angkat, then jadi bf..
so far aku suka je..sbb dia dh masak dgn perangai aku..so tak yah nk cover2 lagi...bila aku start nk merajuk sket pun dia dh boleh detect n tau mcm mana nk handle perangai aku yg kdg2 cranky ni..
aku pun sng nak faham pasal dia...dari dulu2 kitorg practice frankly speaking on everything..helps a lot if we r arguing on something..tak perlu jd hipokrit semata mata nk jaga hati masing2... |
|
|
|
|
|
|
|
tak best ah. dah selalu bersama nti bosan lak. lgpon aku kalau aku anggap org tu skadar kwn, borak pon gune 'aku ko ' je. tp kalau aku tangkap lentok ngan seseorg tu, mula la ber 'saya awak'. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|