View: 3816|Reply: 20
|
Kapal selam nuklear British dan Perancis berlanggar di Atlantik
[Copy link]
|
|
Kapal selam nuklear British dan Perancis berlanggar di Atlantik
LONDON: Kapal selam nuklear British dan Perancis yang turut membawa senjata nuklear berlanggar di lautan Atlantik awal bulan ini, akhbar the Sun melaporkan hari ini.
Akhbar tabloid itu menyatakan HMS Vanguard dan Le Triomphant rosak akibat insiden berkenaan tetapi tiada laporan kerosakan pada bahagian nuklearnya. Kapal selam British itu sudah ditunda ke Faslane, Scotland untuk dibaiki.
Kedua-dua kapal selam berkenaan yang membawa kira-kira 250 kelasi, dilaporkan sedang menjalankan misi masing-masing apabila berlanggar pada 3 atau 4 Februari lalu.
Kementerian Pertahanan enggan mengulas berhubung operasi kapal selam, tetapi seorang jurucakap berkata: "Kami boleh sahkan keupayaan United Kingdom tidak terjejas dan keselamatan nuklear juga tidak terjejas."
HMS Vanguard adalah satu daripada empat kapal selam nuklear yang digunakan tentera Britain sebagai sebahagian daripada sistem Trident dan ia sentiasa melakukan rondaan.
Setiap kapal adalah berukuran 150 meter panjang dengan garis pusat 13 meter dan mampu membawa sehingga 48 senjata nuklear pada maksimum 16 peluru berpandu. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
lepas satelit, kapal selam plak eksiden.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 jofizo's post
kalo ikut tarikh kapal selam eksiden dulu..lambat btol beritanya keluar..backdated |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah diaorang berlanggar kat selat melaka..burok kesanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 jofizo's post
musim langgar melanggar sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 innocentti\ catat
press baru tau. itupun musti ada wartawan yg dpt crita bocor |
|
|
|
|
|
|
|
ni le masalahnye ngn SSBN ni.... kluar je harbour terus buat ops, tak de exercise dah... sbb tu diorang tak penah declare zon diorang, sama dua2 subs tu sbb SSBN. Klu kluar exercise, at least ade Water Space Management (WSM) agreement antara diorang.... utk declare area tu ade subs utk elak collision. dua2 subs undetectable antara satu sama lain... so, ape lg.....
tak tahu plak, area atlantik yg mane diorng collide ni...
Alhamdulillah.... submariner kita selamat kt france tu.... between that date (3 & 4 Feb) Ouessant ade somewhere offshore. |
|
|
|
|
|
|
|
my opinion, tu international water. klu nak declare zon masing2, rasanya x praktikal. lgpun, both subs on their own mission. mission apa? tak tau la
subs collide? cm sonar man tido je... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by inquisitor at 17-2-2009 17:01
my opinion, tu international water. klu nak declare zon masing2, rasanya x praktikal. lgpun, both subs on their own mission. mission apa? tak tau la
subs collide? cm sonar man tido je...
nope.... if not in secret/ special mission..... we have to declare our movement in term of PMI (prevention of mutual interference). spy tak jadi mcm ni.... so, utk movement outside our area where specific ops area is not establish, kita boleh buat dlm bentuk moving heaven notice (MHN) utk indicate that area tu ade subs lain sedang lalu. certain area, ade certain sub area authority yg jaga. amd jgn terkejut, utk area asia pacific, under US.... so every movement must be submitted to them 1st so that they will arrange for us (mcm traffic gak le). tp special ops... sendiri2 je la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal selam nuklear Perancis, Britain tiada bunyi
GAMBAR fail model kapal selama HMS Vanguard milik tentera Britain yang berlabuh di pangkalan tentera laut Faslane, Glasgow pada 4 Disember 2006.
PARIS - Kapal selam nuklear milik Britain dan Perancis bergerak dalam keadaan senyap sehingga anak-anak kapal tidak tahu bahawa mereka sebenarnya berlanggar sesama sendiri pada awal bulan ini di Lautan Atlantik.
Bagaimanapun, kedua-dua kapal itu tidak mengalami kerosakan serius dan bahan radioaktif tidak bocor ke dalam lautan.
"Kedua-dua kapal selam itu tidak dapat dikesan dan ia mengeluarkan bunyi yang kuat sedikit daripada udang," kata Menteri Pertahanan Perancis, Herve Morin.
Kemalangan yang tidak dirancang itu menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua negara bersekutu itu mampu mengawal tugas pemantauan bersama.
Namun, para pegawai pertahanan berkata, pergerakan kapal selam balistik nuklear itu merupakan rahsia negara.
Para pegawai tentera laut Perancis yang enggan dikenali berkata, negara itu sudah mengatur zon rondaan untuk kapal selam dengan sekutu-sekutunya.
Namun, katanya, rondaan kapal yang dilengkapi senjata nuklear tidak termasuk dalam rondaan secara bersama dengan sekutu-sekutu.
"Pencegahan nuklear adalah perkara nasional dan ia tidak boleh ditukar dengan kapal balistik nuklear," kata seorang pegawai.
Kapal selam Le Triomphant milik Perancis dan HMS Vanguard milik Britain merupakan kapal selama generasi baru balistik nuklear yang direka khas bagi mengelak ia dikesan oleh musuh. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 LT's post
interesting...Asia pasifik termasuk our territorial waters kat laut china selatan ka..what about spratlys? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 innocentti\ catat
mula2 nak kaber line, last2 bocor jugak....... |
|
|
|
|
|
|
|
Tp area kat Atlantic tuh luas .... kalu kat Pacific, musti Jepun dah bising (depa anti skit bab nuclear sub collision nih).
Betoi la, specific mission area kena kasik top secret lah walaupun terbocor kat media. Tak macam kita, ada top secret, lepas bocor terus barai. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 18-2-2009 02:33
interesting...Asia pasifik termasuk our territorial waters kat laut china selatan ka..what about spratlys?
itu je lah yg diberitahu.... aku rase mcm air traffic gak, kan Singapore control aircraft kt area malaysia ni gak. ini cuma tertakluk utk transit biasa, so that ade authority yg control pergerakan subs ni spy tak de 2 subs dlm satu area dlm masa yg sama. klu ops.... itu masing2.... tapi aku raselah, singapore, Australia ni dah slalu sgt dlm area kita.... sbb antara tugas subs waktu aman ni, intelligence gathering...... follow mane2 kapal TLDM, pas tu record kita punye acoustic signature (sama mcm radar Tx gak, lain kapal lain characterictic)... so, diorang dah boleh establish large collection of library yg memudahkan diorang in case of conflict..... |
|
|
|
|
|
|
|
Moral of the stori... 'Shit happens' - don't drink & drive |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke nuc bal sub ni x wat keje2 intel gathering ni.
style dia lain dgn attack sub. avoid other sub at all cost.
habis la commander dua2 sub ni. masuk ofis je la pas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 inquisitor's post
yup.... satu keje je SSBN ni. tunggu arahan tembak SLBM, itu je.... bab lain SSN punye keje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 LT's post
tak pa, dah balik karang kita return the favour ..satu lagi nak tanya, subs in general ada capabilty buat undersea mapping sendiri ka atau memang terpaksa bergantung 100% atas charta yang dibuat oleh hydro..kalau tengok hunt for red october, wa rasa macam tak percaya gak sub tu boleh turn on a dime just based on charts aja |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sub malaysia berlanggor ngan sub indon ngan s'pore kat selat mlaka ti camne le agaknye |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sub malaysia berlanggor ngan sub indon ngan s'pore kat selat mlaka ti camne le agaknye
In the spirit of ASEAN .... Non Interference .....
Realiti .... media Indonesia jerit - Provokasi Submarine Maling-sia!
Media Malaysia & Singapura - Huh, amender, tak dengar citer pun? |
|
|
|
|
|
|
| |
|