CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4369|Reply: 35

pengumuman - latest - 498 kereta seludup keluar negara dikenalpasti

[Copy link]
Post time 20-3-2009 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Mod ~ bukak thread sekadar nak buat ebahan   


Tuntut rebat minyak sampai 14 April
KUALA LUMPUR - Tempoh tuntutan rebat tunai untuk subsidi minyak dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 14 April ini bagi kemudahan pemilik kenderaan khususnya yang terpaksa membaharui cukai jalan menjelang akhir bulan ini.

Lanjutan itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan rebat buat kali kedua jika cukai jalan mereka tamat pada dua minggu pertama bulan depan.

Ini kerana mereka hanya dibenarkan membuat satu kali tuntutan rebat sahaja dan lanjutan tempoh itu bagi mereka yang belum berbuat demikian.

Pos Malaysia dalam kenyataan mereka semalam menjelaskan, prosedur tuntutan juga dipercepatkan dengan rebat tunai diagih pada hari yang sama cukai jalan diperbaharui.

"Mereka boleh memperbaharui cukai jalan di pejabat pos atau melalui www.posonline.com.my untuk wang rebat dimasukkan terus ke akaun bank," jelasnya.

Menurutnya, bagi yang bekerja, mereka boleh mengunjungi pejabat pos yang dibuka selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu.

Kerajaan pada Jun tahun lepas mengumumkan pembayaran rebat tunai ekoran kenaikan harga bahan api dengan bayaran RM625 untuk kenderaan berkuasa 2000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda 2500cc ke bawah manakala pemilik motosikal 250cc ke bawah menerima RM150.

[ Last edited by  zzcbr at 2-4-2009 14:42 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 09:30 AM | Show all posts
alhamdulillahhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:45 AM | Show all posts

Reply #1 zzcbr's post

keter dan motor dah kawtim liaoo...
duit nyer pon dah abiss beli teh tariikkk ngan roti banjerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:20 PM | Show all posts
maknanya siapa yang gagal pergi ambik rebat sebelum 14 hb april ni dah tak dapat ambik dah selepas dari tarikh itu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:26 PM | Show all posts
kalau beli motor dalam bulan 3, boleh dapat rebet tak??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:32 PM | Show all posts

Reply #5 kawasakininja's post

ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2009 12:39 PM | Show all posts

Reply #6 takumi86's post

ooo..tq.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:46 PM | Show all posts

Reply #1 zzcbr's post

konpom 14/4 ni pos opis penuhhh..maklumla selalunyer deme ni suke pegi last minuteee...
(termasukla aku..lhdn declaration x submit2 lagi nihhh...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 20-3-2009 12:32
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa


bukan boleh kaa.... katanya kita wat roadtax dr april 2008 sampai mac 2009 bleh claim.... sbb tuh exora lancar bulan 4.... ada konspirasi tanak kasi claim....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:48 PM | Show all posts

Reply #8 kawasakininja's post

tq jer?? open table laa..
esok mlm aarr... hihihiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:49 PM | Show all posts

Reply #10 takumi86's post

satu ugutan berupa provokasi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:36 PM | Show all posts
Start 1st April - no more rebat. So aku desak kerajaan turunkan lagi harga minyak dlm 20 ke 30 sen!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 20-3-2009 12:26
kalau beli motor dalam bulan 3, boleh dapat rebet tak??


Boleh dapat...sbb aku dulu beli motor dan kete baru..dua2  dah dpt rebat..janji beli sebelum 31 mac ni.. konpem leh dapat rebat..
kete lama aku roadtax mati bulan 2.. seminggu pas aku renew dan claim roadtax aku tolak amik kete baru..huhu kira mcm dpt 2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 20-3-2009 12:32 PM
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa


Boleh la deyyy.. member aku baru ambik keta tu dapat je rm625 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 20-3-2009 12:32
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa


chewahhh..jwb dgn confidentnya.... bleh la..as long as pembelian di buat dlm tempoh yg diberikan, mmg boley...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:31 PM | Show all posts
errr..gov taknak implement ker benda ni setiap tahun

wishful thinking jgn harapalah gov begitu bermurah hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2009 12:18 AM | Show all posts
kat mesia nih ramai ngat org kaya terlajak...
ikut sgt takde mase... skrg takde la sesak sangat kat pos opis tu.. kejap je dah sampai giliran...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 20-3-2009 23:31
errr..gov taknak implement ker benda ni setiap tahun

wishful thinking jgn harapalah gov begitu bermurah hati

baru berangan nak collect tuk kali kedua...
nmpknya kempunan laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 12:21 AM | Show all posts
govt extend utk org yang lom collect lagi.. pe la salahnya govt bagi gak kpd org yang memerlukan cam kite nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 08:34 AM | Show all posts
RON95 dijual 1 September
JOHOR BAHRU 21 Mac - Kerajaan akan memperkenalkan petrol jenis RON95 bagi menggantikan RON92 mulai 1 September depan pada harga RM1.70 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, petrol RON95 yang boleh digunakan oleh semua kenderaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan petrol RON92.

"Tiada kemungkinan penurunan harga minyak buat masa ini, jadi untuk mendapatkan harga petrol yang rendah dan berkualiti, kerajaan memutuskan memperkenalkan RON95 pada September tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini hari ini.

Katanya, petrol RON95 itu bakal dijual pada harga RM1.70 seliter sama seperti harga petrol RON92 yang dijual ketika ini.

Shahrir berkata, pada September ini juga kerajaan akan memperkenalkan minyak diesel Euro 2M yang mengandungi sulfur rendah dan sesuai digunakan untuk enjin kenderaan yang mesra alam.

"Diesel yang digunakan oleh kenderaan di negara kita sekarang kurang berkualiti berbanding negara serantau termasuk Singapura dan Thailand,'' katanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.461819 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list