View: 9400|Reply: 48
|
Ader sapa2 berpengalaman Dgn Callman??
[Copy link]
|
|
Awas callman ala samseng
KUALA LUMPUR 27 April – Orang ramai yang terlibat dalam kemalangan jalan raya diminta supaya berhati-hati kerana mereka mungkin didatangi segelintir pengendali trak tunda atau lebih dikenali sebagai callman, yang berlagak samseng dan bersikap keterlaluan.
callman terbabit dikatakan meminta bayaran yang tidak munasabah, biasanya antara RM200 hingga RM300 daripada mangsa walaupun pengguna kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tidak menggunakan khidmat tunda syarikat itu.
Ini kerana mereka mendakwa terawal sampai dan sekiranya mangsa enggan membayar jumlah yang diminta, callman akan bertindak ala samseng termasuk mengugut menyerang mangsa.
Persatuan Pembaiki Kereta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Ho Yoon Ping berkata, selain mangsa, ‘callman’ samseng juga akan bertindak agresif terhadap pesaing mereka yang menjadi pilihan mangsa.
“callman samseng ini menganggap pesaing mereka telah mencerobohi kawasan jajahannya.
“Dalam peraturan persatuan kami, semua pemilik kereta mempunyai hak untuk memilih mana-mana perkhidmatan tunda dan bukan kepada ‘callman’ yang tiba dahulu atau mengikut kawasan jajahan,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.
Semalam, Biro Pengaduan Awam MCA menerima aduan daripada dua beradik yang mendakwa mereka diserang sekurang-kurangnya sekumpulan 10 lelaki ekoran keengganan untuk menggunakan khidmat tunda kereta yang ditawarkan seorang ‘callman’ sebelum itu.
Kereta yang dipandu mangsa, Neng Man Seng, 27, terlibat dalam satu kemalangan kecil di Jalan Taman Tun Teja, Rawang dekat sini pada kira-kira pukul 11.30 malam pada 19 April lalu.
Man Seng kemudian meminta bantuan abangnya, Wah Seng, 29, selepas callman terbabit enggan beredar.
Wah Seng yang tiba di tempat kemalangan cuba membantu adiknya untuk menolak tawaran callman itu namun dia ditumbuk seorang lelaki berbadan besar sebelum dua beradik itu diserang sekumpulan lelaki.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang beberapa jam kemudian.
Dalam pada itu, Yoon Ping turut menyatakan langkah-langkah untuk mengelak daripada menjadi mangsa kegiatan itu.
Katanya, perkara yang paling utama yang perlu dilakukan orang ramai sekiranya ditimpa kemalangan ialah membuat laporan polis seberapa segera yang mungkin.
“Sekiranya kereta anda masih boleh dipandu, terus pandu ke balai polis berhampiran. Kalau kereta tak dapat dipandu, kuncikan kereta dan beredar dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan untuk ke balai polis.
“Langkah itu perlu kerana selepas laporan polis dibuat, mangsa akan diiringi polis kembali ke tempat kejadian. Dengan kehadiran polis, callman samseng tidak akan berani bertindak,” jelasnya.
*******
aku belum lagi...harap2 belum sampai bila2.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pernah.. tp mujur lah x da apa2. wlu dikelilingi 10 org samseng tu selama 1 jam. ada yg tendang keta pun ada.. sebabnya.. tetap nak tunggu plus, klu plus x dtg aku ckp aku tunggu polis. mujur lah aku naik naza ria, rasa lbh selamat skit dr keta lain. klu lah aku naik kancil aku, agaknya depa angkat usung.. hehehe.. yg jd persoalan di hati aku ni.. adakah sesetengah org plus ni link dgn samseng?.. lepas call plus jer, 5 minit pastu sampai lah samseng2 ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah terlibat dengan eksiden dalam 3 tahun lepas kat setapak. masa tu keadaan hujan renyai-renyai. baru je eksiden, menderu je datang callman ni. aku memang dah tahu apa akan aku buat bila terlibat dengan accident. aku terus call laki aku, kendian laki aku call insurans. insurans call aku dan cakap tow truck derang akan datang.
tapi minah yang langgar aku kat belakang, dia tatau apa2 sebab dia pun bawak kete boyfriend dia, dia bagi callman tarik kete tu.
masa kejadian tersebut memang callman tu ada janji macam2 le. tapi aku cakap tak pe sebab insurans aku dah tahu pasal accident tersebut. so derang dah tak kacau dah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow good info nih ..bahaya gak ek ...dan S**L punya orang sebab amik kesempatan atas musibah orang lain...:@
Meya pernah keta abah rosak ....datangler so called callman nih g tow ker satu workshop kat jalan nak ker Port Dickson.
Takde apa pun terus nak kena repair jugak kat dia sebab apa tak sure ...macam ada kontrak pulak hehehe.
Mula2 kata berapa tah ...kena bayar..tup...tup on the way nak pegi amik tuh...call kata dekat RM2k...haram jadah punya orang.
Meya time tuh memang dah 'gila' dah...naik segala angin dalam badan sebab dah terasa2 diorang nih geng bangsat punya orang.
Sampai sana...tengok tempat macam sarang penyamun...hubby dengan abah masuk...Meya duduk dalam keta dengan mak...tunggu2 tak kuar2...Meya nampak ada satu keta Honda masuk ada dua orang lelaki India keluar...badan besar ...muka macam gengster ...
OKay confirmed ...memang C*L*K* nak jadi.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bersambung kat sini...
Masuk dalam so called office ...nampak India dua orang tadi ada duduk...
Meya straight masuk terus tanya ler apa citer...wah!!! So many aura jahat kat situ...and my mouth cannot stand anymore and everything for my head and heart keluar...
Meya nih kalau dah benda2 camnih ...I know how to handle and I am not afraid...
Sampai orang tuh kata apatah ...'janganler cakap macamtuh?' ...habis tuh dah betol...:@ apa yang Meya rasa time tuh...diorang nak ketuk dan tipu my father punya duit.
Kalau so called office tuh dibuat dari kayu gamaknya dah runtuh dah dengan my voice!!!
Last settle ...and India dua orang tuh memang ada interfere sket ...but I told them straight...'you tak tahu apa2 ...you diam...don't think I don't know who you are!!!!'
Last bayar RM600 ..bawak keta balik...
Tak sampai sebulan keta rosak balik...and memang takde repair or tukar apa2pun...my father knows ...sebab keta dia...dia tahu lerkan...
And Meya puas hati sebab lepaskan semua kat diorang dalam so called office...dan dua orang India yang datang kemudian tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awann72 at 28-4-2009 09:29
pernah.. tp mujur lah x da apa2. wlu dikelilingi 10 org samseng tu selama 1 jam. ada yg tendang keta pun ada.. sebabnya.. tetap nak tunggu plus, klu plus x dtg aku ckp aku tunggu polis. mujur lah ...
Persoalan nih pun terngiang2 kat dalam kepala Meya...sebab Meya tahu diorang tuh samseng...ada connection ker ek? |
|
|
|
|
|
|
|
klu ada apa2 aku nak call med jelah.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 28-4-2009 09:30
aku pernah terlibat dengan eksiden dalam 3 tahun lepas kat setapak. masa tu keadaan hujan renyai-renyai. baru je eksiden, menderu je datang callman ni. aku memang dah tahu apa akan aku buat bila ...
Good info...pengetahuan untuk Meya sama...tq |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 28-4-2009 09:46
bila derang panggil call man, kalau dapat kes kan derang dapat komisyen jugak. 1 kes paling kurang pun call man dapat dalam 2/3 ribu. aku tengok dalam 360 2/3 minggu sudah. pengakuan call man ...
Wow 2/3 ribu...no wonder ler diorang jadi macam beruk terkial2 nak cari kutu...macam siot ajek!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
yang buatkan derang ni berleluasa sebab pengetahuan kita kurang. patutnya kita kena tahu apabila berlaku eksiden, perkara pertama yang kita kena buat adalah maklumkan pada insurans. sebab insurans akan hantar tow truck dia sekiranya kete kita memang dah tak boleh nak bergerak. kita tak perlu bayar pun untuk service tersebut. tapi kalau dengan call man, paling kurang 2/3 ratus kena cekik. tu belum lagi dia hantar ke wokshop tah mana2. buatnya insurans tak approved wokshop tu, tak pasal2 kena bayar sendiri.
so sekarang ni aku make sure dalam henpon ada no telefon insurans & proton i-care. in case apa2 berlaku, aku akan maklumkan pada 2 pihak tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Meya pun selalu remindkan kat adik2 Meya camnih...and yang penting sekali kalau ada orang datang ...tutup tingkap kunci pintu sume...call cepat2 minta bantuan.
Hubby pun selalu ingatkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
pesanan aku ....
kalu berlaku eksiden, call la syarikat insurans keta anda & minta mrk hantar budak workshop.
Biasanye kompeni insurans akan hubungi semula pemanggil terbabit & beritahu nama callman or syarikat repair keta yg akan dtg membantu.
Anda tak perlu bayar2 ape2 kps budak callman yg dtg tu, cuma kalu malas nak buat urusan JPj ... blh la upah budak callman tu.
or kalau ada callman yg mengaku yg workshop dia panel utk insurans anda ... cepat2 call insurans anda utk kepastian & kalau ok baru la berurusan dgn callman tu
[ Last edited by waksir at 28-4-2009 10:36 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Waksir. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by waksir at 28-4-2009 10:22
pesanan aku ....
kalu berlaku eksiden, call la syarikat insurans keta anda & minta mrk hantar budak workshop.
Biasanye kompeni insurans akan hubungi semula pemanggil terbabit & beritahu nama ...
waksir, dalam kes aku ari tu, tow truck dari insurans akan call kita. so kita tak perlu risau dah le. insurans pun akan bagi tau kita no tow truck. ni kalau kes kena tarik le. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus topik ni... jenuh aku kasi kedit utk posting mengsharekan pengalaman korangg..
aku pong pernah kena gakk.. tapi member jepun aku laa yg bawak keter masa tu..
dia sign borangg.. pastu baru terhegeh hegeh call insurann
kalau dah sign pastu nak cancel, kena laa bayor rm300
therefore, jgn sign sebarangan oorrr... |
|
|
|
|
|
|
|
cayang takumi. ari ni dapat banyak kredit dari dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|