|
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. |
|
|
|
|
|
|
|
O2.... xdapat dikenal pasti sama ada betul ke x...
sebab belum terjadi
tunggu smapi waktu tiba nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 otakotak\ catat
Penentuan unsur seseorang BUKAN SAJA ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga TAPI JUGA bilangan abjad dlm nama..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 220796's post
melalui tarikh lahir pun ye jugak |
|
|
|
|
|
|
|
walau pun air dan angin tu ada sejuknya... empat empat unsur tu...air, api, angin dan tanah, semuanya boleh menyebabkan kematian atau kedukaan tau |
|
|
|
|
|
|
|
abjad dalam nama tu macam mana ya?
boleh tepek kat sini article tu?
untuk kita semua
kak rois epown boleh tepek juga tarikh lahir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 otakotak's post
kan dulu dah buat dlm thread dukun pujan |
|
|
|
|
|
|
|
articel untuk lelaki punya sifat xjumpa pula |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by greyrose at 31-5-2009 18:22
kan dulu dah buat dlm thread dukun pujan
owh lupa lupa
sorry kak rose.
betul betul.... abg pujan @ dukun pujan |
|
|
|
|
|
|
|
tanah...
tp mcm x bape kena je dgn skp skrg... kalu dh kawin berubah jd mcm tanah xtau la |
|
|
|
|
|
|
|
hahahha..aku tanah..xsama pn ngn perwatakan aku... |
|
|
|
|
|
|
|
kan ke baik tuan umah carik hadis ke nas ke ttg pompuan pah tu kupas n bincang dlm ni dr sudut dunia skrang..
unsur batu xde plak sbb pompuan mmg bnyk yg degil senang ckp kepala batuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, unsur2 tu ikut urutan kelahiran yang hidup atau termasuk yang telah meninggal dunia... cth : dia adalah anak ketiga kalau ikut turutan kelahiran tapi jadi anak sulung sebab dua orang saudara yang awal (pertama dan kedua) meninggal dunia sejak kecil lagi (sebelum dia lahir)... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 otakotak\ catat
kalau anak kembar nak kira mcm mana...
kakak pertama,adik kedua ke?
atau dua2 kira pertama? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|