CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7919|Reply: 27

Rintihan Aku

[Copy link]
Post time 31-5-2009 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Semasa kecil aku....

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat harmoni. Aku adalah satu-satunya anak lelaki. Ibu ku seorang yang boleh dikatakan mengongkong pergaulan aku. Hanya kakak-kakakku lah tempat aku bermain dan bergurau senda. Naluri aku pun sedikit demi sedikit menjurus kearah keperempuanan. Aku sangat lembik dan mudah merajuk. Walaubagaimana pun aku memang disayangi atuk nenek ibu dan bapaku. Tambahan pula aku sering kali sakit dan kurang bermaya lagi kurus kering, sudah pasti kasih sayang lebih dicurahkan kepada aku. Sampaikan satu masa ada yang cemburu dengan hal sebegini. Pernah ketika aku di taska, berbulan-bulan aku tidak ke sekolah disebabkan penyakit aku. Makan pun sering dipaksa dan disuap.

Semasa di Sekolah Rendah...

Pergaulan aku semasa di sekolah memang lebih kepada rakan-rakan perempuan. Setiap kali balik sekolah aku mesti bermain permainan perempuan seperti bermain tudung botol dan bermain getah. Rata-rata rakan aku yang rapat adalah perempuan. Bukan aku tidak mahu berkawan dengan lelaki tetapi aku tidak pandai bergaul dengan mereka. Aku tidak biasa. Walaubagaimanapun aku sangat aktif bersukan. Sering kali aku dapat mewakili sekolah tapi kadang kala aku aktiviti aku dihadkan oleh ibu bapaku. Kata mereka pelajaran lebih penting dan aku tahu aku tidak lah sepandai rakan-rakan yang lain, jadi aku harus berusah dengan gigih. Sehingga kini (umur aku sekarang pertengahan 20an) aku hanya berhubung dengan rakan-rakan perempuan. Rakan-rakan lelaki hanya bertegur sapa sahaja, aku memang tidak pandai bergaul dengan lelaki.

Semasa di Sekolah Menengah...

Alhamdulillah, walaupun bukan pelajar harapan tapi aku berjaya dengan cemerlang dalam UPSR dan lebih mengejutkan hanya dua lelaki sahaja yang berjaya aku dan seorang lagi rakan yang sememangnya sudah diduga. Aku sangat bersyukur. Aku dapat bersekolah di sebuah sekolah harian yang agak elit di pusat bandar dan hanya aku seorang sahaja  yang berjaya masuk kesana. Aku tiada teman dan sememangnya aku tidak mahu duduk di asrama. Aku berulang alik menaiki bas. Kehidupan aku di sekolah ini sangat membosankan dan menyeksakan aku. Disini aku lagi lah tidak mempunyai teman. Kadang-kadang rehat, aku hanya duduk di bangku di bawah pokok sambil melihat rakan-rakan lain bergurau senda. Aku mahu turut serta dengan mereka tapi aku tidak pandai. Tambahan pula aku berasa aku ini sangat lembik dan merasa amat rendah diri. Pernah satu ketika ada perempuan meminati aku. Sentiasa mengekori aku, aku perasan tapi sengaja aku buat endah tidak endah. Aku sering kali terdengar rakan-rakannya tertatwa-tawa sambil bisik membisik sesama sendiri. Aku jadi malu dan kalau boleh aku elakkan melalui depan kelas budak perempuan ini. Di dalam bas, aku lihat ramai budak-budak sekolah berpasang-pasangan. Tapi bila aku lihat, perasaan aku kosong seperti tiada apa-apa perasaan.

Semasa di Sekolah Menengah (Tingkatan 4&5)

Semasa di tingkatan 3 aku mendapat keputusan yang agak cemerlang dan aku ditawarkan belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Aku sangat gembira. Bermulalah kehidupan aku di asrama. Pelbagai kenangan pahit dan manis berlaku. Berpisah dengan ibu bapa dan adik beradik aku adalah pengalaman yang sangat menyakitkan hati aku. Tapi demi menyenangkan hati org tua aku. Aku kuatkan semangat. Aku tahu aku boleh lakukan. Disini aku belajar erti kehidupan. Selama ini aku tidak pernah bersusah membasuh baju tapi sekarang aku perlu lakukan sendiri. Ibu aku sangat risaukan aku, tetapi untuk meringankan kesedihan nya setiap minggu aku menelefon nya. Sedikit demi sedikit aku belajar bercampur gaul dengan lelaki. Tapi perasaan ketika itu pelik. Aku mengagumi lelaki dan menyukai lelaki. Aku tidak tahu kenapa perasaan sebegitu wujud. Perasaan pada perempuan juga wujud tapi tidak ketara jika di bandingkan dengan lelaki. Aku tidak tahu itu perasaan nafsu atau pun perasaan yang kagum sahaja. Aku disekolah boleh dikatakan sangat baik dan pendiam. Sering dikatakan jambu dan lembik tapi aku tidak pernah ambil peduli. Pernah aku diraba ketika hendak pergi mandi oleh budak nakal dalam dorm aku. Tapi itu hanyalah gurauan mereka. Sebenarnya mereka sangat baik. Pernah aku bergaduh dengan seorang budak dari dorm lain, mereka lah yang mem'backing' aku. Tapi dalam pada aku menjaga diri aku, aku terlanjur dengan seorang teman rapat. Dia melakukan perkara sebegitu semasa aku sedang tidur.  Aku sama sekali tidak menyangka dia sanggup melakukan perkara sebegitu terhadap aku. Tapi aku tidak menyesal pun malah aku menganggap perkara itu remeh sahaja. Aku tak mengerti perasaan apakah itu. Adakah aku gay??...aku pun tidak pasti. Tapi semasa pulang bercuti kakak aku pernah berkata 'Nasib baik kau duduk di asrama dan boleh diselamatkan, tengok sekarang dah tidak lembik macam dulu'. Tidak dinafikan aku sudah tidak berapa manja dan lembik lagi cuma naluri aku sahaja aku tidak pasti. Bermula dari ini lah perasaan aku sentiasa tidak tenteram. Aku kadang kala memarahi diri aku kdang kala aku bingung. Resah gelisah. Aku sangat iri hati melihat pasangan lain. Mereka sangat mesra tapi aku. Ada perempuan yang menyukai aku, tapi aku jenis yang tidak suka ambil peduli hal orang lain dan buat kerja sendiri-sendiri. Aku lebih suka berseorangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2009 08:23 PM | Show all posts
Semasa di Matrikulasi....

Sekali lagi aku bejaya, kini aku berjaya menjejakkan kaki ku ke Matrikulasi. Sebelum aku terlupa, Sekolah Asrama Penuh aku terletak di negeri lain. Dan sekarang Kolej Matrikulasi aku terletak di negeri lain pula. Aku sangat teruja dan gembira. Dalam pada itu sebenarnya pengalaman di Matrikulasi sangat pahit. Keputusan peperiksaan aku sangat teruk. Hanya satu punca.
Baiklah aku ceritakan. Seperti biasa aku sangat pendiam dan tidak suka bergaul. Di salam bilik aku ade 4 orang. Mereka semua sangat baik. Dan aku agak rapat dengan mereka. Bayangkan rakan-rakan sekelas aku pun tidak rapat. Aku biasanya makan seorang diri sahaja ataupun bila waktu petang dimana aku makan bersama rakan-rakan sebilik. Dalam diam aku diminati lelaki dan perempuan. Dan aku sedar semua itu. Budak perempuan itu sering kali tersenyum dan memandang aku. Aku tahu aku sangat bodoh tentang CINTA, aku tidak pernah memberi respon. Dalam pada masa yang sama aku diminati seorang lelaki. Entah bagaimana dia sering lepak di bilik aku. Sehinggakan pada suatu hari, ketika aku sedang tidur. Dia telah melakukan 'oral seks' keats aku. Aku gagal menolak kerana kenikmatan tidak terhingga. Kadang-kadang aku menyesal tapi pada masa yang sama aku mahukan nya lagi. Aku gelisah, resah, bercampur baur. Aku tak pasti apa yang aku lakukan ini. Aku jadi bingung. Aku marah diri sendiri. Aku menangis sendiri. Tapi semuanya aku tanggung sendiri. Hampir setiap malam aku diperlakukan. Kadangkala pukul 5pagi baru aku boleh tidur lena. Aku tidak bisa memarahi diasebab aku pun mahukan nya. Aku sedih.
Aku seringkali mengantuk didalam kelas, otak aku jadi lembap dan tidak bermaya. Setiap kali peperiksaan aku mendapat markah yang agak teruk. Oh ya, aku lupa menjelaskan, aku tidak pernah membalas perlakuan sebegitu keats budak lelaki tersebut, tetapi aku tidak pernah juga menolak. Aku biarkan sahaja dia perlakukan aku sebegitu. Bila tiba keputusan akhir semesta, sangat teruk. Tetapi dia sangat cemerlang. Aku menjadi sangat benci kepada dia.Aku menyalahkan dia. Setelah tamat matrikulasi aku tidak pernah berbuhung dengan dia. Pernah aku dengar dia mengungkapkan kata sayang dan cinta pada aku sambil memeluk aku. Tapi aku berpaling muka.

Tamat Zaman Matrikulasi aku.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:23 PM | Show all posts
confirm pondan tasek ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:28 PM | Show all posts
lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 08:32 PM | Show all posts
Semasa di Universiti...

Alangkah nasib baiknya aku dapat masuk ke universiti, tetapi kos yang aku dapat tidaklah boleh dibanggakan. Aku nekad untuk melupakan segala-galanya yang berlaku keatas diri aku. Tapi naluri aku tetap memberontak aku suka kepada lelaki pada masa yang sama aku suka pada wanita juga. Aku tidak mengerti perasaan ini. Di Universiti aku ditempatkan di sebuah asrama. Aku bersyukur mempunyai seorang teman sebilik yang sangat baik. Aku juga bersahabat denga ramai orang di kolej cuma aku tidak suka dan pandai bergaul dengan lelaki yang agak kasar dan nakal. Mungkin sebab aku sememangnya tidak pandai bergaul dengan mereka. Keadaan di universiti tiada bezanya juga aku tidak suka ambil peduli hal-hal orang lain. Aku selalu di gelar gay oleh rakan-rakan sekuliah. Tapi aku tidak ambil port semua itu. Aku tak lakukan kesalahan apa pun. Tapi sebenarnya aku agak manja dengan rakan-rakan sekuliah aku. mungkin sebab itu mereka berkata sedemikian.

Masuk tahun kedua dan ketiga aku ditempat kan bersebelahan dengan bilik maknyah. Aku bergaul dengan maknyah-maknyah di kolej. Mereka sangat baik terhadap aku dan sangat menjaga persahabatan. Aku senang bergaul dengan mereka. tapi hendak mengikut jejak mereka jauh sekali. Dibilik mereka selalu bercerita mengenai lelaki tapi aku tidak pernah menyampuk atau memberi respon walhal sememangnya aku mahu bercerita juga. Tapi aku tetap berdiam dan kadang kala aku buat-buat tidur.

bersambung..................
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:33 PM | Show all posts
aduh pnjngnyer nk bc....huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2009 08:39 PM | Show all posts

Reply #3 sayang_mulut's post

tasek chini ke nok??
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:45 PM | Show all posts
panjang seh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2009 08:48 PM | Show all posts
terus pening :eek:
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 08:57 PM | Show all posts
panjangnya luahan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:00 PM | Show all posts
> simpati .... teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:03 PM | Show all posts

Reply #11 melor!'s post

baca abis ke??
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:07 PM | Show all posts

Reply #12 budingyun's post

> bacer

> bagi lar dier pluang luahkn hati
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:09 PM | Show all posts

Reply #13 melor!'s post

xsanggup..baiknya melor..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:10 PM | Show all posts
sebab thread ni berkaitan dengan emosi pembuka thread, rasanya lebih sesuai beliau meluahkan emosi beliau di Board Cinta dan Emosi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:11 PM | Show all posts

Balas #7 pressor\ catat

tasek kenyir nok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2009 09:14 PM | Show all posts
mampu simpati je...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:16 PM | Show all posts
ade lagi sambungan ker...???


sila teruskan tuan umah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:59 PM | Show all posts
aku xtaw nak sedih ke simpati ke marah ke apa ke.....

just one question

apa yang kau cuba smpikan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 10:03 PM | Show all posts
thread yg ditendang dari atm
sesuai ke kat sini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075667 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list