CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24190|Reply: 60

Senjata Tradisional : Misteri dan Kesaktian

[Copy link]
Post time 14-6-2009 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Hari khamis lepas, ngan petang semalam..
aku pegi muzium negara...
lama giler tak p sana... so.. ada laa memacam pameran..
antaranya pameran pasal senjata2 tradisional (pelbagai bangsa), kesaktian, misteri dan kisah2
yang katanya mmg bhubung rapat dan kesaktian senjata yang diguna.

nanti aku update skit-skit, ikut kemampuan aku carik info tuk disesuaikan dgn thread nih.




'Keris berdiri' di Muzium Negara
IBRAHIM (kiri) menunjukkan keris bernama Pengemian (jenis Madura) sambil diperhatikan oleh timbalannya,Wan Jamaluddin Wan Yusof pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Percayakah anda terhadap dakwaan sesetengah pihak bahawa senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik atau lading mempunyai unsur 'kesaktian' atau memiliki kuasa 'misteri'tertentu.

Biarpun begitu, segala-galanya akan terjawab apabila satu demonstrasi khas 'keris berdiri' dan 'keris bergerak' bakal diadakan pada pameran Senjata Tradisional, Misteri dan Kesaktian anjuran Muzium Negara pada 16 Disember ini hingga 20 April 2009.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia,Ibrahim Ismail, pameran berkenaan bertujuan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang dunia mistik mengenai senjata tradisional khususnya keris.

"Senjata yang bakal dipamer nanti adalah yang benar-benar mempunyai keistimewaan termasuk dari segi ukiran dan warisan
.
"Kami akan menjemput dua orang pakar dari Indonesia untuk melakukan demonstrasi tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Selain demonstrasi keris berdiri dan bergerak, terdapat jugademonstrasi ukiran berasaskan ais, perasapan, menempa keris, cuci keris, perubatan mengunakan senjata dan demonstrasi hulu serta sarung keris.

[ Last edited by  Syd at 14-6-2009 13:18 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2009 01:19 PM | Show all posts
anyway, pameran tu dah dilanjutkan tarikh tutupnya.

korang sempat lagi laaa nak pegi muzium, kalau nak tgk pameran nih...

(muzium pung dah ada memacam laaa nih)


Pameran senjata misteri dilanjutkan

Oleh NURHAFIZA MARZUKIE
[email protected]

KUALA LUMPUR 25 April - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan melanjutkan tempoh pameran Senjata Tradisional 'Misteri dan Kesaktian' sehingga 28 Jun ini ekoran sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Pameran yang diadakan di Muzium Negara itu telah menerima sebanyak 120,921 orang sejak dibuka pada 16 Disember tahun lalu dan dijadualkan tamat semalam.

Ketua Pengarah JMM, Ibrahim Ismail berkata, pengunjung terutama pelancong asing begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai misteri yang tersingkap di sebalik senjata tradisional itu terutamanya keris.

"Ini adalah inisiatif pihak jabatan untuk memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri keunikan seni warisan bangsa kita,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pameran tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami dan mendalami pengetahuan tentang keunikan senjata tradisional itu.

"Ramai yang tidak mengetahui sejarah dan asal-usul keris yang merupakan senjata untuk mempertahankan diri pada zaman dahulu.

"Kita berharap warisan ini tidak akan hilang walaupun kita sudah berada dalam dunia moden pada masa kini,'' katanya.

Ibrahim memberitahu, pameran seperti itu sedikit sebanyak boleh membantu memulihkan ekonomi negara terutamanya melalui peranan industri pelancongan.

Sementara itu, seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Caim, 29, berkata, pameran tersebut adalah sesuatu yang menarik dan memberi banyak maklumat mengenai keris.

"Sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya hanya dapat melihat keunikan dan cerita mengenai keris Malaysia melalui Internet sahaja,'' katanya.

Beliau yang pertama kali datang ke negara ini berharap agar pameran tersebut akan di teruskan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 01:26 PM | Show all posts
ni, layan blog si sherrina (porumer cari gak)
kalau nak dapatkan gambaran awal ttg pameran tu...


aku tertarik dgn cerita pasal
kiyai selempang merah
lembing awang pulang ke dayang
batu batikam
lagi apa eh

pasal buluh sumpit orang asli
etc


layanzzzz;

http://sherrina.com/2009/01/muzium-negara-pameran-senjata.html

[ Last edited by  Syd at 14-6-2009 13:27 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 01:33 PM | Show all posts
Misteri dan kesaktian
Oleh Shamshul Azree Samshir
[email protected]

Pameran senjata tradisional papar rahsia, keagungan seni survival diri

SEJARAH membuktikan ketamadunan manusia banyak dipengaruhi faktor kekuatan benteng pertahanan serta kemampuan mengekang asakan musuh. Dalam konteks ini, keupayaan manusia menguasai seni pertahanan diri melalui hubungan secara fizikal, halus mahupun interaksi dengan alam lain atau paranormal amat penting dalam meneruskan survival hidup.


Selain kemahiran seni mempertahankan diri seperti silat Melayu mahupun kung fu, kepandaian manusia mencipta senjata sama pentingnya dalam melengkapi sistem pertahanan diri dan tanah jajahan. Akal manusia pintar berinovasi untuk mencipta senjata - baik daripada pemantauan terhadap persekitaran mahupun pemerhatian dari aspek kesesuaian senjata dalam kehidupan.


Pengamatan dan ketajaman pemikiran masyarakat lampau berjaya mencipta pelbagai senjata unik yang melambangkan identiti dan kehidupan sesuatu bangsa. Ini dapat dilihat jika kita membandingkan senjata Melayu, China atau pedang yang digunakan pahlawan Mongol. Keunikan dan kekuatan senjata yang dicipta pantas menjadi alat yang digeruni musuh hingga mendengar namanya saja, mampu mengecutkan perut seperti aura keris Taming Sari.


Keris misalnya, cukup sinonim dengan kepahlawanan Melayu malah diangkat sebagai lambang kedaulatan. Dalam penciptaan keris, dapat diperhatikan bentuk matanya berasas kepada nyalaan api atau lidah api yang melintuk dan meruncing ke atas. Motif alam semula jadi seperti pucuk rebung, awan larat, figura manusia dan burung serta dedaun, juga dapat dilihat pada keris.


Selain kehebatan senjata tradisional yang dilentur si pandai besi atau Tok Tukang, amalan ritual yang mengiring proses penyelenggaraan senjata terutama keris sering diperkatakan. Mengikut Muzium Negara, masyarakat Melayu terutama di kepulauan nusantara masih mempercayai keris dan senjata tradisional lain mempunyai semangat dan makhluk halus yang menjaganya.


Proses perasapan dalam kerja mencuci keris dikatakan bertujuan memberi makan kepada makhluk halus yang meresap ke dalam senjata terbabit. Bagi masyarakat Jawa, proses yang sama dilakukan bagi memasukkan racun ke dalam mata keris dan membersihkan kotoran. Ia juga dikatakan membuka pori-pori pada permukaan keris sehingga racun timbul semula.


Bagaimanapun, pakar keris berpendapat proses perasapan tidak memberi kesan kepada mata keris, sebaliknya lebih kepada upacara ritual serta kepercayaan semata-mata.


Menampilkan segmen segar bertemakan misteri dan mistik, Muzium Negara serta Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia menganjurkan Pameran Senjata Tradisional - Misteri dan Kesaktian mulai 16 Disember lalu hingga 20 April depan. Jika anda ingin mengetahui rahsia, misteri, mistik dan keunikan senjata lama - pastikan anda berkunjung ke pameran ini!


Antara lain, pameran istimewa ini mahu mendedahkan keunikan dan daya imaginatif tajam serta nilai estetika persenjataan kepada masyarakat. Bertolak dari sini, masyarakat dapat mengkaji falsafah kehidupan dan mencari akar umbi ketuanan bangsa.


Pameran ini juga mahu memberi kesedaran bahawa senjata dalam budaya masyarakat serantau bukanlah melambangkan keganasan dan kerakusan bangsa yang menciptanya, sebaliknya suatu perlambangan dan falsafah kehidupan agung.


Ketika berkunjung ke pameran ini minggu lalu, perkarangan Muzium Negara terutama Galeri Satu dan Dua yang menempatkan hampir 2,000 bilah peralatan senjata yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pameran senjata tradisional terbanyak, diubah menjadi medan penuh mistik. Replika keris dan pelbagai persenjataan kuno ditegakkan di perkarangan masuk menyerlah aura misteri dan kejutan yang menanti pengunjung.


Melalui terowong sejarah dunia persenjataan, pengunjung dibawa menyelami beberapa era senjata tradisional seawal Zaman Prasejarah yang dianggarkan bermula kira-kira 2,500 hingga 3,500 tahun lalu. Era ini pula terbahagi kepada Zaman Batu Awal (Paleotik). Pada zaman ini, alat-alat yang digunakan sebagai senjata belum sempurna buatannya dan digunakan untuk memburu, menumbuk, melicin, mengetuk dan mempertahankan diri dari serangan musuh atau binatang buas.


Senjata yang digunakan pada Zaman Pertengahan (Mesolititik) pula lebih baik dan mempunyai bentuk yang kemas. Manakala Zaman Batu Baru (Neolitik) menampakkan alat senjata yang lebih sempurna dan halus. Pada era ini, senjata seperti kapak, beliong dan pisau mula digunakan. Zaman Logam pula banyak menghasilkan senjata yang diperbuat daripada besi dan gangsa.


Paparan ini jelas membuktikan senjata ciptaan manusia melalui pelbagai peringkat evolusi termasuk kajian dan penyelidikan (R&D) yang disesuaikan dengan kemampuan akal fikiran manusia ketika itu serta aspek penggunaannya.


Eksplorisasi diteruskan dengan membawa pengunjung melihat bagaimana keris, termasuk senjata tradisi lain menjadi lambang kekuatan hulubalang serta kerajaan purba. Mengikut maklumat diperoleh dari Muzium Negara, senjata tradisi ini dikategorikan kepada beberapa kelompok seperti alat persenjataan (dengan tujuan baik); kekebalan dari malapetaka; semangat yang kuat; peribadi tinggi atau lambang kekuasaan; penyembuh penyakit serta azimat.


Namun, perlu diingatkan setiap upacara serta kepercayaan itu dipengaruhi oleh pegangan agama serta adat yang dipraktiskan oleh masyarakat sezamannya.


Sebagai alat persenjataan, fungsi utama senjata ialah untuk mempertahankan diri dengan tujuan membunuh atau mencederakan lawan. Alat persenjataan ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu senjata pendek, panjang serta tempur jarak jauh. Melalui paparan ini, pengunjung boleh melihat beberapa jenis senjata pendek seperti keris, badik, tumbuk lada dan senjata jambia.


Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Badik yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu, berasal dari negeri kepulauan Sumatera dan Jawa. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.


Senjata jambia pula memiliki bentuk mata bongkok serta dihiasi salutan perak atau emas dengan ukiran bunga dan awan larat. Senjata ini berasal dari Timur Tengah dan diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai pakaian peribadi. Ukuran matanya antara 20 hingga 30 sentimeter dengan cara menggunakannya mencekok dan mengebar mengikut alunan bentuk kedua-dua matanya.


Antara senjata pendek yang boleh ditemui di pameran ini ialah tekpi, beladau, pisau Bugis, pisau belada, pisau belati dan buku lima.


Memasuki segmen senjata panjang, pengunjung boleh melihat kepelbagaianjenis lembing yang amat popular sejak zaman prasejarah. Lembingdipercayai wujud di nusantara selepas menerima pengaruh senjata lembingChina. Ada beberapa jenis lembing yang digunakan termasuk lembingpatung, daun buluh, serampang, besi dua dan tipu dayak.


Lembing dikatakan mampu menewaskan musuh yang memiliki ilmukebal. Pada asalnya, lembing dicipta sebagai alat untuk berburu dankemudian digunakan sebagai senjata. Pengunjung juga boleh melihatsenjata panjang lain seperti tombak, pedang, sundang, golok, parang dankelewang.


Bagi segmen senjata tempur jarak jauh, pengunjung bolehmelihat lebih dekat meriam dan kekuatannya dalam mengawal bentengpertahanan negara. Meriam Melayu terawal dipercayai berasal dari Jawa,Brunei, Minangkabau dan Acheh seawal kurun ke-15. Johor dan Terengganudikatakan negeri yang mampu menghasilkan meriam terbaik.


Umumnya, meriam menggunakan peluru seberat enam paun ataulebih. Batu, bola batu atau besi sering dijadikan peluru meriam. MeriamMelayu dapat dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu meriam agung,buluh, jolong atau jenjulong, kalok, lela, rentaka atau ekor lontong.Selain meriam, beberapa senjata tempur jarak jauh dipamerkan sepertibusar dan anak panah; sumpitan; baling-baling dan baut rajut.


Apa yang menarik, selain senjata tradisional Melayu atau alamnusantara, Pameran Senjata Tradisional - Misteri dan Kesaktian jugamenampilkan senjata digunakan orang China, India, suku etnik Sabah danSarawak dan Orang Asli.


Lebih menarik, sesi demonstrasi turut diadakan sebagai segmensampingan. Ketika berkunjung, kumpulan Maharani dipimpin SheikhAbdullah Sani Hashim dari Muar, Johor, melakukan demonstrasi kerisberdiri. Upacara ini dilakukan mengikut tertib dan penuh kebatinan.Peluang menyaksikan bagaimana beberapa bilah keris berdiri tegak ditepi sarung, cukup menguji minda dalam mencari logik kebenarannya.


Menurut pengamalnya, Mustaffa Mansor, keris mampu ditegakkantanpa sokongan melalui pemahaman dan pematuhan terhadap keris itusendiri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 01:52 PM | Show all posts


Lembing Awang terbang tikam mangsa

Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]


Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.
        
   
Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancangmembalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjaditunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawaAwang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakanpemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yangmengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor,Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generas iterdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.

Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.

Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya. Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada ditangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibubapa Awang dan ibu bapa Bachuk.

Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.

“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.


INFO:

Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar

Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.



LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


* dipetik dari majalah MASTIKA keluaran Oktober 2001.
Teks asal oleh Sahidan Jaafar dan foto oleh Rashid Mahfof



Inilah rupa lembing Awang (lembing yang tidak membunuh)        


Menurut sejarawan Johor, Shahrom Hussien, peristiwa menyayat hati ini berlaku pada 1776, apabila anak penghulu Parit Bakar, Bacok dari keturunan Bugis berebutkan Dayang yang telah bertunang dengan pemuda sekampungnya, Awang.

Pertengahan 1776 - Ketika matahari pagi baru bersinar di ufuk timur, perahu Awang tiba di Pangkalan Kuala Parit Raja Muar , Johor setelah hampir genap tiga tahun lima bulan belayar. Dia mengandarkan dua batang lembing kurniaan Raja Bugis sambil menjinjing bungkusan kain mastuli (kain sutera yang kasar dan kuat) dan uncang yang mengandungi wang 377 duit sebagai hantaran perkahwinan dengan Dayang.

Sebaik Awang naik ke pangkalan, beberapa pemuda berlari-lari ke arahnya dengan kehairanan. Mereka seperti terkejut melihat Awang. Lantas mereka menyampaikan berita pernikahan Dayang dengan Bacok dan upacara persandingan yang akan diadakan selepas Asar nanti.

"Jadi semua ini angkara Bacok!!!!" kata Awang dengan geram. Pemuda-pemuda itu yang merupakan rakan-rakan awang mengangguk-angguk. Setiba di rumah, Awang termenung panjang. Di kala itu juga darahnya tambah menggelegak apabila terbayangkan kebaculan Bacok memfitnah kononnya dia mati dalam pelayaran.

"Sedangkan lautan luas dapat kuharungi, inikan pula bumi medan tempat berpencak. Tiap-tiap yang menebus mesti sanggup membayar....." kata Awang penuh geram.



En. Mohd Adam Mohd Hilir (waris Awang) mengaku menyimpan salah satu dari sepasang lembing Awang yang dibawa semasa melarikan diri dari Muar ke Endau


Tengah hari itu di hujung serambi, awang melumur salah satu lembingnya sementara sebilah lagi disandarkan ditepi tiang.

"Kenapa satu lembing saja dilumuri air limau?" tanya ibu Awang.

"Tandanya lembing ini menangis mak. Ini yang betina. Ia malu kerana tak dapat disatukan dengan lembing jantan tu. Sebab itulah Awang terpaksa jauhkan antara satu sama lain. Sebab bukan jodohnya. Kalau tak diceraikan kita seisi rumah akan menangis mak," beritahu Awang. Melopong mulut ibu Awang mendengarnya.

Selepas Asar, Awang menyelinap dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi halaman rumah Dayang. Di pinggangnya tersisip badik berulang mambang, sementara tangan kanannya mengenggam sebilah lembing. Bunyi nafiri, gong dan gendang riuh-rendah tanda pengantin lelaki akan tiba. Bacok memakai baju pesak sebelah, berseluar singkat kaki kecil dan bertanjak hitam segak duduk di atas tandu.

Sebaik usungan tiba di depan tangga rumah pengantin, tanpa berlengah Awang merodok mata lembing ke perut Bacok. Gempar! Suara jerit pekik orang ramai yang ketakutan gegak gempita. Darah menyembur dari perut Bacok dan pemikul usungan lari lintang pukang.

Seorang dua tetamu bersusah payah mencabut lembing yang terlekat di perut Bacok. Sebaik tercabut, bagai ada kuasa ghaib, senjata itu melayang sendiri dan merodok salah seorang pengapit pengantin lelaki. Mangsa mencabut lembing daripada tubuhnya tetapi senjata itu seperti dipandu melayang pula mencari tetamu yang lain. Begitulah seorang demi seorang rebah sehingga lembing menemui mangsa ke-99 iaitu ayah Dayang.

Anehnya selepas dicabut lembing yang terlekat di perut ayah Dayang oleh tangan Dayang sendiri, pergerakan lembing tersebut terus "mati". Awang pula meninggalkan Muar berlayar ke Endau. Dayang menyimpan lembing berkenaan dan tidak bersuami sehingga ke akhir hayat. Lembing itu diperturunkan kepada keluarganya dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.

Menurut majalah MASTIKA lagi, lembing Awang (lembing yang membunuh) yang disimpan oleh waris Dayang sudah tidak dapat dikenalpasti siapa yang menyimpannya namun lembing yang satu lagi iaitu yang dibawa lari ke Endau masih elok tersimpan oleh waris Awang, En. Mohd Adam Mohd Hilir yang sekarang tinggal di Melaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 02:02 PM | Show all posts
Kiyai Salleh (parang terbang)


Mohd Salleh bin Abdul Karim

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.




Panglima Salleh (tengah) bersama anggota Polis Marin (Foto Berita Harian)
Pemimpin Tentera Selempang Merah banyak berjasa halang kekejaman askar Parti Komunis Malaya (PKM) di Muar dan Batu Pahat

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Muar dan Batu Pahat, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

Apa yang mengagumkan adalah Panglima Salleh sanggup 'turun padang' untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis dan bukan sekadar memberi arahan atau memerintah , beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa.

"Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916," beliau seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.

Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.

Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak 'nakal'. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.

Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.

Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.

Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.

Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama 'Robin Hood' apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.

Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai 'bertanam ubi' iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.

Ketika itu PKM mula menunjukkan 'wajah' sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.

Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.

Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.

Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan 'Persatuan Muhammadiah' dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.

Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.

Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam sanubarinya.

Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.

Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.

Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.

Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Muar dan Batu Pahat.

Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.

Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.

Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.

Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran 'Panglima' kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.


Komunis terkejut tubuh tak lut peluru

SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.

Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.

"Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.

"Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis," katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya 'Panglima Salleh Selempang Merah' yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

"Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.

"Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri," katanya.

Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.

Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.

Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.


Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.

"Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.

"Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan," katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka. Dan semenjak itu ada yang mengatakan bahawa Panglima Salleh tidak lagi kebal tetapi masih dilindungi allah semasa berperang.


PROFIL: Salleh Abdul Karim

# Gelaran lain: Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling

# Tahun lahir: 1916

# Tempat lahir: Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor

# Tarikh meninggal: 21 April 1959

# Sumbangan: Tokoh pejuang menentang komunis di Muar dan Batu Pahat, Johor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2009 02:36 PM | Show all posts


[quote]Batu Batikam

Pesona plus dari Batu Batikam:

1. Terdapat batu besar dan keras yang ditikam dengan keris, yang menurut sejarah ditikam oleh Datuk Perpatih Nan Sabatang sebagai pelampiasan emosi ketika bertikai dengan Datuk Katumanggungan.

2. Dapat melihat lobang hasil tikaman secara langsung pada batu

3. Terletak di Nagari Limo Kaum.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 02:56 PM | Show all posts


ni tgh perasapkan keris katanya...

ada baca mentera2 tertentu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2009 03:18 PM | Show all posts
Salaam.
Aku mempunyai sebilah keris dari Majapahit.
Mengikut sejarahnya keris ini hanya satu lok dan datang ke Malaysia dengan menaiki kapalterbang.
Si pembawa keris ini tidak tahu apa- apa berkenaan keris tersebut.

Dia membawa keris ini di dalam beg galas dan apabila sampai di tempat 'scanning' KLIA, tiada kedapatan bahawa keris itu ada di dalam beg galasnya.
Namun beberapa pekerja KLIA tahu dan ada melihatnya tetapi mereka semacam bersikap tak acuh.Hanya kemudian beberapa hari barulah mereka heboh.

Dia pada satu hari mengasah keris tersebut menggunakan kertas pasir.

Mengikutnya keris ini pernah menikam dan mengenai dua orang sekali gus ketika pergaduhan.
Semasa aku menerimanya terdapat kesan darah kering di bilahnya.
Detingannya adalah padu.

Beratnya adalah di hujung lebihkurang satu kg.

Aku ada membawanya kepada seorang kenalan dan setelah membuat ritual keris itu berdiri.
Kata kenalanku ini penjaganya adalah besar dan menjaganya sendiri memang payah.

Kini ia ada di bilik ku dan pada setiap malam Juma'at bilikku akan berbau harum.

Nanti akan aku postkan gambarnya jika mendapat keizinan.
Aku akan cuba meminta keizinan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 03:22 PM | Show all posts
Kuasa mistik


Kuasa mistik atau kesaktian adalah merujuk kepada sesuatu kuasa yang dianggap dapat memberikan kelebihan kepada seseorang atau alat senjata.

[sunting] Kuasa mistik pada senjata

Senjata Melayu yang sering dipercayai mempunyai kesaktiannya tersendiri, antaranya adalah keris dikatakan terdiri dari dua kategori iaitu:-

   1. Tuah keris
   2. Khadam Keris

Tuah Keris adalah kuasa mistik hasil dari doa and dan mantera empu (pembuat)keris yang dikatakan 'terperangkap' dalam lipatan-lipatan besi keris dan besi pamor keris semasa proses pembikinan keris. Keris ini sebegini dikatakan tidak memerlukan 'sesaji' seperti asap kemenyan, bunga dan sebagainya.

Khadam keris pula adalah kuasa mistik keris yang terhasil daripada mantera sama ada semasa proses penghasilan ataupun selepas proses pembikinan, yang mana khadam atau jin (saka) dimasukkkan kedalam keris tersebut. Keris sebegini dikatakan memerlukan 'sesaji' yang pelbagai macam. Ini adalah haram di sisi agama Islam yang merupakan agama orang Melayu rata-ratanya.

Tetapi, rata-rata kebanyakan keris tidak mempunyai apa-apa kuasa mistik, atau lebih dikenali dikalangan orang Melayu sebagai 'isi'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 03:24 PM | Show all posts

Reply #9 rdzaccess's post

nanti paste laa gambo tu kalau dapat izin

berat tu...kalau dah sekilo satu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 04:11 PM | Show all posts
Memang berat, tapi hanya di hujung, walaubagaimana pun ianya balance kalau di pegang dan di hunuskan.
Sarungnya licin tanpa dibubuh apa- apa pengilat tetapi ada rosak sikit.
Terdiri dari sebatang kayu tanpa di belah dua, yakni macam di korek.

Pada bilahnya terdapat semacam beberapa kombinasi keluli ada yang semacam tempekan kekuningan semacam emas dan ianya di sepuh berlipat- lipat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 04:14 PM | Show all posts

Reply #12 rdzaccess's post

waktu kat muzium tu hari
ada jugak pameran senjata orang dedulu..
apa ke nama senjata tu..

parang kot..
then ada karat..

someone told me..
tgk mata parang tu

parang nih dah makan darah


/- tak tahu laa mcm mana dia tahu...tapi nampak laa mata parang tu..dah berkarat bagai segala..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 04:33 PM | Show all posts



UPACARA menegakkan keris dilakukan penuh tertib
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 09:08 PM | Show all posts
bagus, menarik, sarat dengan info dan ilmu terbaru, teruskan lagi Syd!
kroit suka betul dengan thread2 Syd semua..   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 10:40 PM | Show all posts

Reply #15 kroit92's post

hehe
kroit, bila last p muzium?

ni nak share ttg pengalaman terbaru p muzium katanya...




ni, sedutan catatan duka ala2 ina naim punye...

ok..kita mulakan... 1 2 3 ...



tersebutlahhhh kisahhhh....


muzium negara...
lama tul tak pegi..
last pegi time pameran hantu duluuuuuuuuuu...
pastu tak lama, muzium under renovation kan?

hmmm...
hari khamis tu hari...pergi sebab terbaca pasal pameran 200 serangga tu...

pastu pegi, rupanya pameran yang betul nye dah over

ada laa dia taruk yang balance2 tu kat ruang tgh2 muzium tu...jadiklah laaa..dapat gak tgk...

hmm...muzium skrg dah best laaa...tak puas tul nak pegi..
kekdahnya dah lama tak pegi...sbb tu nampak mcm best

kat tingkat bawah...

1. pasal manusia zaman2 terdahulu, zaman batu semua tu laaaa...
2. ada tengkorak, rangka2 dan cara tanam mayat dan kubur zaman dedulu...perak man laa, gua cha laa etc
3. pastu ada laaa tembikar lama, alat2 senjata etc orang dulu2 semua tu....
4. cara presentation pung best...semua dihujung jari...nak bahasa malaysia ke english, pilih jerk...ala2 3D pung ada...
5. zaman2 ada candi etc pung ada sekali display

pastu kat pintu lagi satu

1. ada citer pasal melaka
2. alat2 kebesaran
3. islam di melaka etc
4. cara perdagangan
5. kisah raja2
6. hang tuah pung ada...hehe


naik tingkat atas

1. pasal zaman penjajah, portugis, belanda, jepun etc. ada replika a famosa etc
2. sosio ekonomi...bijih timah laa, kebun getah laa etc
3. banyak gambar2 menarik


pintu lagi satu..

1. pasal pasca kemerdekaan
2. kisah pejuang kemerdekaan
3. pengaruh Islam
4. komunis
5. raja-raja
6. pemimpin negara
7. individu2 yang manaikkan nama Malaysia etc
8. ada mini cinema (ala2 wayang pacak...hehehhe



tak tahu ada dua galeri kat ngan parking tu
baru ke lama

1. galeri pasal orang asli
2. galeri pasal orang melayu (adat, kahwin, batik, etc)


oh ye, pameran senjata mmg best. ada cerita, gambar menarik, info yang bagus, ada unsur2 mistik etc

datanglah lawat muzium negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 05:17 PM | Show all posts
wah..menarik gak...lagik syd.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 05:18 PM | Show all posts

Reply #17 dr_stein's post

hari nih takde mood nak tambah lagi
tunggu balik umah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 06:03 PM | Show all posts
yenil pegi muzium bawak anak sebelum cuti sekolah bulan 3..saja elak masa cuti sekolah sebab rasanya akan ramai orang waktu cuti tu..

memang menarik..cerita pasal orang perak (perak man)..jenis2 tengkorak manusia yang ditemui..jenis alatan yang ditemui dalam kubur..

lepas tu pergi ke satu bilik penuh dgn cerita sejarah dari zaman melaka sampailah ke zaman getah & timah..lepas tu baru naik atas tengok senjata tu..pergi ramai2 dgn hubby & anak takla terasa seram..cuma segala bulu berdiri sebab sejuk ya amat dalam tu..

bagus syd..macam2 info dapat dari artikel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 06:05 PM | Show all posts

Balas #14 Syd\ catat

siyes boleh diri ek?..

dia diri sebab balance atau berdiri sebab dipegang makhluk yg tak nampak?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.159643 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list