CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73092|Reply: 234

Tan Yew Leong Suami kepada Yasmin Ahmad(gambar)

[Copy link]
Post time 28-7-2009 07:56 AM | Show all posts |Read mode



3:06 pagi, 26 Julai Saya masih belum melelapkan mata. Sekejap tadi, dalam perjalanan pulang dari hospital, saya menangis teresak-esak.


Saya sudah menangis sebelumnya, tetapi tidak sekuat tadi. Di laman facebook, rata-rata menuliskan Al-Fatihah. Saya seperti disedarkan.


Benar sungguh, Yasmin Ahmad sudah tiada. Sebelum pulang tadi, sayasendiri melihat bagaimana suaminya meratapi ketika jenazah dibawakeluar dari ICU.


Saya pasti apa yang dirasai Tan Yew Leong ketika itu lebih pedihdaripada apa yang saya dan yang kita semua rasakan atas kehilangannya.


Yasmin Ahmad bukan saudara kandung saya.


Saya tiada pertalian darah dengannya. Tetapi untuk sekali ini,benarkan saya 'melanggar' sedikit batas profesionalisme perhubungankami.


Ia bukan sekadar hubungan seorang wartawan dengan seorang karyawan. Izinkan saya bercerita.


Saya mengenali Yasmin sekitar tahun 2004. Saya masih baru bergelar wartawan di KOSMO!.


Sebelum itu, saya hanya membaca tentangnya dan menonton Rabun dalam slot Cerekarama TV3.


Saya ditugaskan menemu ramahnya mengenai filem Sepet yangketika itu mendapat banyak potongan daripada Lembaga Penapisan FilemMalaysia. Yasmin berkeras enggan menayangkannya di pawagam. Pada sesitemu ramah itu, saya disambut ramah dengan seteko air teh.


Bercerita dengannya seperti sudah berpuluh-puluh tahun kenal.


Antara kata-katanya yang masih saya ingat: "Saya buat filem keranaibu bapa saya. Tak apalah kalau orang tak suka, asalkan orang tua sayabahagia."

Saya kemudian diajak menonton versi asal Sepet di panggung kecil di pejabatnya di Leo Burnett. Saya dibiarkan berseorangan.

Bila filem tamat, Yasmin datang bukakan lampu. Mata saya bengkak. Dia senyum, memeluk saya sambil berkata: "Cengeng!"

Keakraban kami mula tumbuh sejak itu. Apabila Yasmin akhirnya berlembut mahu menayangkan Sepet di pawagam, sayalah orang yang paling kuat mencanangkan kepada rakan-rakan supaya menonton.


Saya sendiri pergi ke panggung tiga kali. Setiap kali ada berita terbaru mengenai Yasmin, sayalah orang yang menulisnya.
Sampai ada yang mempersenda saya 'wartawan residen' Yasmin Ahmad, tetapi saya tidak peduli.

Dan saya juga tidak kisah menerima SMS daripadanya yang selalu datang lewat malam.


Idea-idea yang mahu dikongsinya bersama, rasa syukurnya tentangkemenangannya di festival-festival, mahupun sekelumit kekecewaannyaterhadap beberapa pihak yang tidak penat menyakiti.


Dia juga betah mengajak saya ke pejabatnya. Saja-saja datang minumteh, atau makan tengah hari, atau tonton iklan terbaru arahannya, bukanatas dasar kerja (okey ada waktu saya mengaku saya sendiri yangmenawarkan diri, tetapi dia tidak pernah berkata tidak).


Sebelum balik, dia akan bekalkan lagu-lagu simpanannya, ada juga lagu dari filem-filemnya seperti Hujan dan Ne Me Quitte Pas.
Waima, ketika saya putus cinta pun, dia menawarkan telinga untuk mendengar.

Satu perkara yang saya belajar daripadanya, dia ada menasihat, tetapi langsung tidak pernah menilai atau menjatuhkan hukuman.

Apatah lagi mengajar untuk membenci dan berdendam.


Sejak Sepet, kemudian Gubra, Mukhsin, Muallaf sampailah ke Talentime, saya antara pengunjung tetap panggung kecil di Leo Burnett itu.


Baru habis penggambaran, baru siap suntingan kasar, saya sudah meminta untuk menonton.


Sekali lagi, permintaan saya tidak pernah dihampakan.


Saya masih ingat, saya sanggup berpanas terik di Tanjung Karang, Selangor untuk meninjau lokasi Mukhsin.


Kalau tentang Yasmin, saya tidak perlu menunggu arahan editor untuk tugasan. Saya yang merelakan diri.


Begitu juga semasa penggambaran filem Muallaf di Ipoh, Perak.Saya masih mahu pergi melaporkan Sharifah Amani membotakkan kepala,walaupun hari itu merupakan hari terakhir saya bertugas di KOSMO!.


Pertengahan bulan Ogos tahun lalu, saya tersenyum macam kerang busuk bila Yasmin menghantar SMS yang tertulis: "Yang, you nak tak berlakon Talentime? Jadi judge, along with Jason Sepet and few others?"

Saya tidak sangka, gurauan lama saya masih dia ingat. Saya tidak kisah jadi pak pacak!


Biar tiada dialog, biar hanya beberapa saat kemunculan di layar,saya berterima kasih, hasrat saya yang mengada-ngada itu ditunaikannya.


Saya pasti, hari ini, bukan ibu bapanya saja yang bahagia menonton filem-filemnya, tetapi kita juga.
Lebih daripada itu, kita akan merindui iklan-iklan hari raya,merdeka, Gong Xi Fa Cai dan segala macam perayaan, hasil sentuhannya.


Yasmin, mampukah kami mencari penggantimu?


Saya pernah menulis perkataan ini semasa mengulas filem Mukshin - Yasmin tidak pernah gagal membuat saya menangis.
Hari ini, Yasmin buat saya menangis lagi. Kali ini bukan kerana filem-filemnya, tetapi kerana dia sudah meninggal dunia.


Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Kami pasti akan merinduimu...

SYAZWAN ZAKARIAH merupakan bekas wartawan hiburan KOSMO! yang kini bertugas sebagai penyampai dan pengarang hiburan Astro Awani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 07:58 AM | Show all posts
ingatkan laki dia yg tulis
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 07:59 AM | Show all posts
semoga roh zulkipli ahmad dan suaminya tan yew leong diberkati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:06 AM | Show all posts
semoga roh zulkipli ahmad dan suaminya tan yew leong diberkati Allah
mamaque Post at 28-7-2009 07:59



sape zulkipli ni???
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:10 AM | Show all posts
Yasmin Ahmad ini dulu ker yang menjalani pembedahan jantina daripada lelaki kepada pompuan?
Ini contoh pondan yang berjaya dalam kariernya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:12 AM | Show all posts
laki dia mcm lagi muda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 08:12 AM | Show all posts
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:20 AM | Show all posts
Yasmin Ahmad ini dulu ker yang menjalani pembedahan jantina daripada lelaki kepada pompuan?
Ini contoh pondan yang berjaya dalam kariernya.
BatuApi Post at 28-7-2009 08:10


tak baik ko cakap mcm tu...
dia bukan pondan la...kategori khunsa...jadi dia bole pilih gender mana dia lebih dominan...

dia dah try jadi lelaki tulen masa jadi penyanyi zulkipli ahmad thn 70'an...tapi mungkin tak sesuai dgn jiwa...
len kali kalo nak tulis..pikir2 dulu...
arwah tu dah jelas dan nyata byk buat amal thru karya dia masa idop...

ko..berapa byk amal utk masyarakat yg dah ko buat?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 08:22 AM | Show all posts
semoga roh zulkipli ahmad dan suaminya tan yew leong diberkati Allah
mamaque Post at 28-7-2009 07:59


neh sekor lagi posting sengal...nampak sgt posting ko dgn tujuan sinis.!!!!
tunggu la...esok lusa keturunan ko pulak diuji mcm tu....aku tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:28 AM | Show all posts
8# koko2

Khunsa tu spesis pondan jugak la...orang kedah cakap ponen.
Mana yang ada harga diri tak jual diri tapi mana yang tak ada harga diri jual bodi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 08:35 AM | Show all posts
8# koko2

Khunsa tu spesis pondan jugak la...orang kedah cakap ponen.
Mana yang ada harga diri tak jual diri tapi mana yang tak ada harga diri jual bodi.
BatuApi Post at 28-7-2009 08:28


khunsa bukan pondan atau mak nyah ler....khunsa ni ada 2 kemaluan...ketika lahir mmg tak dapat dipastikan lelaki atau perempuan sebab ada kes kes kemaluan yang mengelirukan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:35 AM | Show all posts
10# BatuApi
biarkan dia ,tu urusan dia dengan ALLAH.bagaimana dengan kita pula
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:36 AM | Show all posts
Dah gagal jadi lelaki nak jadi pompuan lak....satu escapism yang berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:39 AM | Show all posts
Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yg diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta’, ada dua jenis khunsa: khunsa ghair musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya dan khunsa musykil (yg sukar ditentukan).
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:40 AM | Show all posts
apa punya bodoh khunsa = pondan.

kalu bodo pegi belaja; jgn belagak tak tentu ala jadik bodo sombong takbleh di ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:44 AM | Show all posts
Dah gagal jadi lelaki nak jadi pompuan lak....satu escapism yang berjaya.
BatuApi Post at 28-7-2009 07:36 AM


kesian, akal cetek rupanya mamat ni. khunsa ngan pondan pun xleh beza. ko g masuk sekolah balik, dulu ada ajar time pendidikan islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 08:46 AM | Show all posts
13# BatuApi

ko tak baik cakap gitu..
bukan dia yang mintak jadik gtu..
ape perasaan ko bila ko dpt anak mcm tu?
pastu org ngata2..sedih tak?:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:47 AM | Show all posts
Arwah dah meninggal dan tak upaya untuk mempertahankan diri.... jgn lah cakap benda2 yg tak elok... byk lagi yg boleh dikatakan tentang arwah... apa salahnya kita sedekahkan al-fatihah dan mendoakan yg terbaik untuknya... segala amalnya biarlah Allah yg tentukan... bagi aku kematiannya pun dah cukup dipermudahkan oleh Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:53 AM | Show all posts
LAin kali fikir dulu, sebab setiap apa yang kita taip tu nanti akan jadi unsur penilai betapa tinggi ilmu dan akal kita...

I'll rest my case...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 08:56 AM | Show all posts
Aku rasa mcm kesian kat arwah walaupun dah mati tapi masih ada kontroversi yg mengaibkan yg menyelubungi arwah. Ini semua jadi pengajaran kpd kita semua tak ada makna hidup glamour dekat duniawi tetapi bila kita meninggalkannya duniawi pula masih mengkeji kita. Adalah lebih baik kita sentiasa mendekati Allah Swt semasa hidup redha dan belajar bersyukur dgn ketentuan yg Allah SWT takdirkan. Semoga roh arwah akhirnya tenang dialam barzark sehingga hari kiamat. Amin...

Aku pun tak tahu adakah beliau pengarah filem yg hebat pasal aku tak pernah menonton filem hasil karya beliau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047348 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list