CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5014|Reply: 24

misteri: meriam tegak ada penunggu!!

[Copy link]
Post time 2-8-2009 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Misteri: Meriam tegak ada penunggu
Oleh Mohd Azis Ngah




Cangkuk utama jengkaut yang digunakan untuk mengorek lubang bagi mengeluarkan meriam patah dua, enjinnya rosak. Pemandunya lari ketakutan dan demam kerana terkena 'teguran'

USIK mengusik, gurau senda suami isteri boleh membawa bahagia, tetapi jika berlebihan dan tidak kena pada tempatnya boleh membawa padah, apatah lagi jika membabitkan individu yang dikatakan mempunyai ilmu kebatinan tinggi.

Itulah yang berlaku kepada pasangan Che Wan dan suaminya dikenali Che Noh yang menetap di perkampungan Melayu Riau, di Pulau Dabo Singkep, Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia kira-kira 200 tahun dulu.

Semuanya bermula dengan gurauan, si suami sambil bergurau ingin mencampakkan isterinya ke laut untuk membuktikan kekuatan diri tetapi dicabar isterinya dengan menguji setakat mana ilmu suaminya.

Che Wan mengangkat sebuah meriam lalu dipacak ke pantai dan cuba dicabut suaminya tetapi gagal. Bahkan, hingga ke hari ini, belum ada sesiapa yang mampu mengeluarkan meriam itu yang cuma terbenam kira-kira 0.33 meter ke dalam pasir.



Penduduk kampung menggelarnya meriam tegak. Ada yang memanggilnya meriam pacak, yang pasti meriam dianggarkan sepanjang empat kaki (1.32 meter) itu berdiri tegak dengan muncung ke atas manakala bahagian bawahnya terbenam ke dalam pasir.
Pokok hidup dalam batu di Pantai Batu Berdaun.

Logiknya, jika meriam besi itu cuma terbenam 0.33 meter ke dalam tanah berpasir, ia cukup mudah untuk dikeluarkan, tetapi meriam ini mempunyai misteri tersendiri.

Kedudukannya di tepi jalan berturap di kawasan peranginan Pantai Batu Berdaun menyebabkan ada usaha mengalihkan ke tempat yang lebih selamat untuk ditempatkan di muzium.

Anehnya, semua percubaan untuk mengalih meriam dipercayai berusia lebih 200 tahun itu tidak pernah berhasil, padahal logiknya, jika digali dengan tangan pun memadai untuk mengeluarkan meriam berkenaan kerana ia tertanam di kawasan berpasir.

Penduduk di situ percaya meriam itu ada penjaganya kerana ia bukan sembarangan meriam. Mereka percaya ia dipacak di situ dan ‘dikunci’ hingga sekarang. Apabila pemegang ‘kunci’ (Che Wan) itu sudah meninggal, tiada sesiapa lagi yang boleh mengubahnya.
Peserta perkampungan belia DMDI bergambar di tepi Batu Berdaun.

Hinggalah sekarang tiada siapa yang tahu, tetapi yang pastinya mereka sepakat biarlah meriam itu bersemadi di situ bersama penjaganya.

Ini kerana penduduk pernah menggunakan jentolak untuk mengorek lubang mengeluarkan meriam berkenaan, hasilnya cangkuk utama jengkaut patah dua, manakala enjin jengkaut rosak. Pemandunya lari ketakutan kerana terkena ‘teguran’ penjaga meriam yang marah kerana cuba mengganggu kawasannya.

Cubaan diteruskan dengan membawa beberapa orang dukun bagi memudahkan urusan mengorek keluar meriam. Nasibnya berbeza, jengkaut tidak patah, tetapi sebaik saja mata cangkuk mencecah tanah, badan jentera pengaut itu tiba-tiba terangkat di bahagian belakang.

Seolah-olah mengorek benda yang terlalu keras hingga mata jengkaut pun tidak boleh masuk ke dalam pasir menyebabkan lagi sekali pemandunya lari ketakutan dan dikatakan demam berminggu-minggu.

Sepanjang laluan di pantai Batu Berdaun itu memang ada banyak meriam lama kerana di situ dikatakan antara benteng pertahanan utama kerajaan Melayu Johor Riau Lingga menahan asakan serangan meriam Belanda yang berpangkalan di Kampung Batu Bongkok.

Bagaimanapun, dua lagi meriam berhampiran sudah dialihkan dengan bantuan beberapa dukun yang meminta ‘izin’ mengalihkan meriam berkenaan.

Penduduk, Abdul Rani Atan Leman, berkata berdasarkan cerita lisan waris keturunan pasangan Che Wan dan Che Noh yang dikenali dengan panggilan Mak Cik Indon, berusia 78, mereka pernah mendapat mimpi supaya meriam dan apa saja barangan peribadi pasangan itu dijaga dengan baik.

“Dua lagi meriam sudah diizinkan untuk dialih, tetapi pelbagai hal berlaku. Satu daripadanya dihantar ke Lingga, dipadankan dengan pasangannya dan dibiarkan di situ. Itu warisan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga.

“Satu lagi dibawa ke Pulau Penyengat, Tanjung Pinang menaiki kapal. Dalam perjalanan, kapal itu karam, tetapi meriam itu berjaya diselamatkan. Sebab itu sampai sekarang penduduk tidak berani nak usik meriam tegak itu.

“Pernah berlaku meriam itu sudah hampir dikeluarkan, sudah senget, tetapi apabila datang semula esoknya, meriam itu tegak semula seperti asal. Mereka gali lagi, tinggalkan kawasan itu sebab hari gelap, tetapi apabila datang semula, meriam itu sudah tegak seperti asal,” katanya.

Apa yang boleh dilakukan hanyalah meletakkan pagar kecil di keliling meriam pacak itu sebagai tanda peringatan. Disebabkan kejadian aneh itu, kawasan itu turut menjadi tumpuan peminat nombor ramalan untuk mencuba nasib.

Penduduk pernah terserempak dengan beberapa kumpulan sedang ‘menurun’ nombor ekor pada waktu tengah malam tetapi mereka sekadar memerhatikan saja apa yang akan berlaku. Keesokannya heboh cerita kumpulan itu bertempiaran lari seolah-olah dikejar sesuatu.

Penulis berpeluang melihat sendiri meriam berkenaan dan mendapati kedudukan meriam itu tegak 90 darjah, langsung tidak senget walaupun sudah berada di situ sejak ratusan tahun dulu, padahal kedudukan berhampiran pantai dan ada kalanya dilanda ombak besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2009 05:52 PM | Show all posts
menarik ceita ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 06:42 PM | Show all posts
betul2 misteri meriam nih.. kalo ikut logiknya camna dia boleh tegak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 07:03 PM | Show all posts
musteri nusangtare nie..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 07:18 PM | Show all posts
meriam.... tegak......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 11:24 AM | Show all posts
ilmu org dulu2.................memang power...
dunia ngan akhirat jln seiringan......

zaman ni pulak.......ilmu dunia takder
nak jadi samseng.......
ilmu akhirat....jgn citer ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2009 11:35 AM | Show all posts
meriam tegak?? hem............
menarik!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 11:37 AM | Show all posts
misteri betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 12:18 PM | Show all posts
misteri yg tak terungkai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 01:45 PM | Show all posts
subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 01:52 PM | Show all posts
besh ar cite meriam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:47 PM | Show all posts
aku suke cerite hantu nie
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:02 PM | Show all posts
misteri btul,camne meriam tu leh tegak camtu..ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 04:51 PM | Show all posts
org dulu2... dia ada pakai ilmu..

macam2 jenis ilmu dorang pakai..

ada ilmu akhirat.,. ada gak ilmu dunia...

jd./. x heran r leh jd g2..

org buat neh.. mesti ilmu dunia neh tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:34 PM | Show all posts
subhanallah,, ada jugak benda2 cam ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:52 PM | Show all posts
no komen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2010 11:59 AM | Show all posts
Citer pasal meriam ni, kt rumah kampung aku kat Negeri Sembilan ada meriam lama. Ada 4 batang, 3 besar dan 1 kecik. Tapi yang kecik ni dah pecah.

3 meriam besar ni memang di letakkan di depan umah. Menurut cerita sepupu  masa aku skola dulu, pernah ada orang muzium datang nak amik tapi bila nak angkat tak boleh. Macam di paku kat bumi. Macam2 cara gak nak amik tapi tak dapat. So tinggal jela kt umah kampung ni.

Aku ada gak tanya bapak aku pasal ni, die diam je. Dia memang jarang cita pasal benda macam ni. So sampai skang aku tak pasti sama ada citer cousin aku tu kencing or betul2 terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 03:30 PM | Show all posts
kalau dapat keluarkan takde ganjaran kerr??? kalau ada 'best' gaks... heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:29 PM | Show all posts
takde gambar ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 02:01 PM | Show all posts
Citer pasal meriam ni, kt rumah kampung aku kat Negeri Sembilan ada meriam lama. Ada 4 batang, 3 besar dan 1 kecik. Tapi yang kecik ni dah pecah.

3 meriam besar ni memang di letakkan di depan umah. ...
guablur7 Post at 12-3-2010 11:59


guablur7..cite la..
kompom ramai yg nk taw
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.060660 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list