CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17161|Reply: 146

Perkara yang kita xtau (info) n patut tahu-Ismiulammraja II

[Copy link]
Post time 30-9-2009 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ismiulammraja at 30-9-2009 20:27

salam semua
dekat dalam rumah ni ismi akan banyak banyak info yang kebanyakan kita tidak tau
bukan beerti ismi  tahu sgt , info ni ismi cedok daripada blog pengamal perubatan.

buat permulaan ismi paparkan info ini

Agensi Pekerjaan

"Jin yang merasuk seorang wanita memberitahu saya bahawa dia hanya bekerja sahaja. Dia diminta supaya tinggal di badan wanita berkenaan. Majikannya tidak menyuruh dia menyakitkan wanita ini.

Saya tanya dia siapa majikannya. Katanya dia dan rakan-rakan mencari kerja dan ditawarkan oleh sebuah agensi pekerjaan jin di Perlis! Eh.. jin juga ada agensi mencari kerja. Ada katanya dan ramai yang mendaftar dengannya.

Seperti biasa saya nasihatkan dia tentang kesan bila dia tinggal di tubuh manusia, manusia itu akan sakit dan jika pesakit ini berjumpa perawat dia kemungkinan akan dibakar, disembelih dan sebagainya. Dia memberitahu saya bahawa majikannya tidak pula memberitahu hal-hal yang demikian. Akhirnya dia bersetuju ke Serambi Madinah beramai2.

Dalam kes ini kedapatan kumpulan jin sihir yang menubuhkan agensi pekerjaan tanpa memberitahu jin2 berkenaan bahawa mereka telah digunakan sebagai jin jahat. Ini juga menyedarkan kita tidak semestinya jin yang mengganggu itu jahat 100%. Para perawat perlulah berhati-hati dalam membuat keputusan bila berdepan dengan gangguan. "

petikan dari www.akrine.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 04:27 PM | Show all posts
hai is... akhirnya... kak hani dpt port baru... hehhehe... sonot2... anyway..tahniah.. umah baru.. citer baru tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 04:28 PM | Show all posts
3. Jin harimau makan jin anjing

Hari ini saya bersama ust. Zed melakukan rawatan secara dua kumpulan. Ini terpaksa kami lakukan kerana pesakit melebihi 10 orang dan saya ada urusan selepas zohor. Pesakit saya ada yang datang dari KTrganu.

Dihujung rawatan Zed merawat seorang guru lelaki dan sayapula merawat seorang wanita bersaka Harimau. Saya lihat Zed sudah keletihan (jam hamir 1.00 tghari). Saya katakan pada jin rimau pada perempuan yang saya rawat cuba lihat pesakit apa yang mengganggu. Jin rimau itu memberitahu saya ada seekor anjing yang busuk dan ular dalam tubuh cikgu berkenaan.

Kemudian saya lihat jin rimau mencabar jin anjing, kedudukan pesakit adalah 15m dan pada bilik yang bersebelahan. Mereka saling cabar mencabar, cikgu kelihatan tangannya mencengkam karpet sedang perepuan ini bergaya seperti mahu menerkam. Mula-mula jin jin rimau makan kaki anjing, dia ejek jin anjing. Jin anjing tetap melawan dan akhirnya wanita berkenaan menunjukan dia sedang meratah anjing berkenaan.

Saya dengan Zed hanya memerhatikan pergaduhan mereka.... masyaALLAH!


petikan dari www.akrine.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:28 PM | Show all posts
sian kat jin yg tak bersalah tu eik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 04:29 PM | Show all posts
xbanyak sgt citer dalam ni
just info yang asanyer patut di kongc
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:35 PM | Show all posts
boleh laaa... berguna per info tu,,,...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2009 04:41 PM | Show all posts
sumernya info pasal jin erk..

yes.. good info..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:43 PM | Show all posts
jin on tahu nk mngejek kn??

tahniah di atas pembukaan rumah baru anda.... :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 04:44 PM | Show all posts
hai, pelik jgk bila tgk rmah baru is ni xdi rasmikn oleh si anniez..
baru tertanya2 tgk anniez pn muncul....
pnjg umur dia...hihihiihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:47 PM | Show all posts
hahaha.. anniez takut tertaip dia no1 lagi kot... hahuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:49 PM | Show all posts
aik anniez np snyap je??

jgn biarkan anda terus diUsik oleh kak hani ni...

hehehehe

ismi pn bkn nk back up si anniez..kesian anniez tpksa hadapi sesorang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:51 PM | Show all posts
best gak sbb manyak yg kita x tau pasal jin2 nih..

xpelah.. anniez jadi yg ke - 7 jerk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 04:52 PM | Show all posts
Sembilan jenis sihir


# Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

# Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

# Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

# Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

# Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

# Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

# Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

# Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

# Ta抰il tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:52 PM | Show all posts
is nak back up?? lagi dia suka ada laa... mas laa kena back up.. mas kan no2 ,... hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:55 PM | Show all posts
yela tu kak....

kta xnk jd no 2...

hehehe tuan rumah n seluruh isi rmah nyer...
mas mahu pulang ke kayangan...

esk klu pnjg umr kta jmp lg...

take care 4 all of you...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 04:58 PM | Show all posts
Asalamualaikum....
Ismi dh ada rumah baru yea....
cat juga yang ketingalan zaman
Ismi, cat rasa tak syok la...
let say mcm tadi pagi, cat nak bangun pergi kerja, tapi tak bole bangun...
sampai cat kata dlm mimpi..."cat nk bangun, cat nk pergi kerja" sambil berusaha utk gerakkan badan dan baca ape2 yg patut.. tapi tak jalan.last2 ok gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 04:58 PM | Show all posts
ala mak ni..dan2 tu nak balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 05:13 PM | Show all posts
16# catstitch

ganguan cat tu ganguan dari badan cat tau apa ek
sbb kalu bahasa moden penyakit tu nama dia penyakit kemalasan
haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 05:16 PM | Show all posts
Dendam Jin Yang Terbakar


Sakit Haji S telah lama, beliau akan terasa panas yang amat sangat hingga tak terkata. Anak-anak Tn. Hj telah berpakat menghantar ke sebuah hospital swasta demi ayah yang tersayang. Seminggu beliau terlantar dihospital darah demi darah diambil tanpa sebarang petunjuk penyakit. Tn Hj. S minta aircond biliknya disejukan ke tahap maksimum kerana Hj. S merasa panas yang amat sangat. Isteri beliau menggigil kerana kesejukan.

Akhirnya pihak hospital memberitahu beliau yang Tn. Hj S disyakki dijangkati penyakit tb. Tiga hari kemudian doktor berkenaan membetulkan kenyataannya yang Tn. Hj. S tidak berpenyakit tb. Hj. S semakin letih, beliau tidak makan dan minum selama lebih seminggu kerana tiada selera.

Seorang doktor Islam akhirnya membawakan air zam-zam dan buah kurma. Hairan Tn. Hj. kerana dia boleh minum air zam-zam makan kurma yang diberikan oleh doktor berkenaan. Fahamlah dia bahawa penyakitnya memerlukan rawatan alternatif.

Beliau berubat dengan pelbagai perawat. Melalui rawatan dikenalpasti ada 5 ekor jin pada badannya. Seorang perawat telah berjaya mengIslamkan dan mengeluarkan 3 ekor jin berkenaan. Jin-jin berkenaan telah berjanji untuk mengeluarkan 2 ekor jin yang lain.

Bila Tn. Hj. S berjumpa dengan saya, saya dapat merasakan penderitaan yang dialaminya. Beliau tidak bermaya, tidak banyak bercakap dan badannya yang amat susut.

Bila saya rukyah jin pada badan Hj. S berdioalog dengan saya:

+ : Awak ada berapa dalam badan tn Hj?
- : Dua
+ : Tiga kawan yang dulu tak ajak awak keluar?
- : Mereka kata kalau nak masuk Islam, tunggu dalam badan

Ternyata perawat sebelum ini ada memberi maklumat yang tak tepat sehingga terjadi begini. Saya ajar dia mengucap dan dia memilih Muhammad sebagai namanya. Saya kata kawan awak akan diIslamkan di Serambi Madinah.

Saya tanya dia kenapa ganggu Hj. S? dia kata dia dendam. Hj. S bakar sebahagian badannya semasa mereka sedang duduk berehat-rehat. (Tn. Hj. S membakar sampah di belakang rumahnya dan api tersebut telah merebak ke pokok buluh berhampiran). Saya kata Tn. Hj. tak tahu mereka tinggal di sana. Dia kata dia amat marah. Saya beritahu sekarang ini kita saudara se agama tak perlu berdendam lagi. Diapun setuju keluar bersama rakannya dan berjanji tidak mengganggu Hj. S lagi.

Selepas di rawat, Hj. S kelihatan ringan badannya dan rancak berbual. saya scan semula dan alhamduliLLAH tiada gangguan lagi.

Pengajaran:

1. Pokok buloh adalah tempat kegemaran jin membuat perumahan mereka. Jangan menanamnya berdekatan dengan rumah anda. Menurut TG saya selain pokok buloh adalah pokok ciku dan kelapa gading adalah tempat landing jin.

2. Berhati-hati bila membuat pembakaran. Bacalah bismiLLAH dan ta'awuz sebelum membakar , mencurah air panas, melompat atau apa sahaja perbuatan yang melibatkan kawasan-kawasan yang dijangka menjadi tempat tinggal jin.

3. Jika pihak hospital tidak dapat mengenalpasti penyakit eloklah berikhtiar kaedah rawatan Islam. Jangan tunggu lama-lama hingga anda hilang kekuatan dan tumpuan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 05:16 PM | Show all posts
pandai laa is ni.. malas plak dia..

cat.. hani penah rasa mcm tu... mmg cakap mcm cakap dlm mimpi yg kita ada urusan kena setelkan n kena bngun... kalau penyakit malas mcm si is cakap tu.. kita tak perlu cakap dlm mimpi..pasal masa tu mata dah terkebil2 atas katil.. apa laa is ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 1.514162 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list