|
Dengarnya...: Artis plastik gemar tumpang populariti
DAH banyak kali Cik Normah dengar kisah orang tu suka himpit orang ini. Orang ini suka himpit orang tu. Biasalah lumrah dunia hiburan ini, mana yang popular maka ramailah kawannya. Mana yang kurang popular pula, tak ramai yang mahu dekat.
Ini mengenai sikap seorang pelakon yang juga bergelar pengacara. Cik Normah dapat tahu, dia ni suka mengambil kesempatan pada orang. Katakan orang tu sedang popular, dia akan himpit orang tu supaya tumpuan lensa kamera juga akan diarahkan kepadanya. Dulu artis yang Cik Normah maksudkan ini cukup akrab dengan seorang pelakon wanita cantik dan tinggi lampai, bagaimanapun sejak namanya jarang menjadi sebutan, si pengambil kesempatan ini beralih arah kepada seorang aktres kontroversi.
Sekarang ini memang tak dinafikan artis itu dengan aktres kontroversi itu dikatakan rapat. Kalau ke mana-mana mereka kerap dilihat berdua, hingga ada yang membuat spekulasi mereka bercinta. Sementara hubungan dengan rakan lamanya pula Cik Normah tak berapa pasti bagaimana. Tapi Cik Normah tidak lagi nampak mereka muncul di mana-mana majlis sebelum ini.
Cik Normah tak berapa pasti sama ada cerita ini sahih atau tidak tetapi mengikut seorang teman Cik Normah, orang dalam industri memang kenal benar dengan sikap artis lelaki itu. Lagi pun Cik Normah bukannya kenal sangat dengan artis lelaki itu. Setakat ini Cik Normah tengok dia okay saja, tak tahulah perangai dia rupanya begitu. Kenapakah dunia hiburan ini penuh dengan orang yang ‘plastik’, bosannya Cik Normah dengan keadaan sebegini. Cik Normah memang takut berkelakuan begitu, sebab itu Cik Normah sedaya upaya berbaik dengan semua orang.
pssssttt....Awal ker |
|